Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM"— Transcript presentasi:

1 BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 FIQH ISLAMI BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM

2 MAKSUD AYAT DARI FIRMAN ALLAH S.W.T
Allah telah mengurniakan manusia dengan nikmat pakaian bagi menutupi aurat. Sebaik-baik pakaian itu ialah pakaian takwa. Menutupi aurat dapat menjaga umat Islam daripada bahaya kemaksiatan dan kemungkaran. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

3 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT DAN HIKMAHNYA
Aurat ialah bahagian tubuh yang wajib dipelihara atau ditutup oleh seseorang Muslim sama ada lelaki atau perempuan dari pandangan orang-orang yang bukan mahramnya. Hukum menutup aurat ialah wajib bagi orang Islam yang telah mencapai usia baligh. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

4 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT DAN HIKMAHNYA
Di antara hikmah menutupi aurat ialah: Menunjukkan identiti Islam sebagai agama yang mengutamakan kesopanan dan kerapian Mempertingkatkan iman dan takwa Menerapkan jiwa murni dan menjaga hati agar dijauhkan daripada sifat keji Menjaga diri daripada gangguan orang-orang yang berniat buruk 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

5 PAKAIAN BAGI LELAKI Batas aurat lelaki ialah di antara pusat dengan lutut. Diharamkan bagi lelaki menggunakan pakaian yang dibuat daripada sutera. Sabda Nabi, “Janganlah kamu memakai pakaian sutera kerana sesungguhnya sesiapa yang memakainya di dunia, dia tidak dapat lagi memakainya di akhirat.” (HR. Bukhari dan Muslim) 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

6 PAKAIAN BAGI LELAKI Diharamkan juga untuk memakai perhiasan emas.
Mengenai cincin yang dibuat daripada perak, Rasulullah s.a.w. sendiri memakainya dan diperbolehkannya. Bagi logam-logam lain seperti besi, tiada dalil yang mengharamkannya. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

7 PAKAIAN BAGI PEREMPUAN
Menutup aurat bagi perempuan muslim yang baligh adalah wajib. Maka mereka hendaklah menjaga auratnya dari pandangan orang-orang yang bukan mahramnya (orang yang haram dinikahi seperti bapa, datuk, abang, adik lelaki dan sebagainya). 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

8 PAKAIAN BAGI PEREMPUAN
Batas aurat bagi perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan. Syarat pakaian yang dipakai: Tidak singkat Tidak ketat Tidak jarang atau tipis sehingga memperlihatkan bentuk tubuhnya. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

9 PAKAIAN BAGI PEREMPUAN
Kaum wanita dibolehkan memakai sutera dan emas sesuai dengan sifat kewanitaannya. Tetapi perlu berwaspada dan bersifat sederhana dalam berpakaian dan berhias agar tidak menarik perhatian kaum lelaki. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

10 PAKAIAN BAGI PEREMPUAN
Wanita juga perlu mengelak dari memakai wangi-wangian di luar rumah agar tidak menarik perhatian kaum lelaki kerana boleh menimbulkan kemaksiatan. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

11 ADAB BERPAKAIAN Di antara adab berpakaian:
Mengenakan pakaian yang indah, rapi dan bersih Mengenakan pakaian yang tidak berlebih-lebihan Tidak menimbulkan sifat sombong atau riak 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

12 ADAB BERPAKAIAN Pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan dan sebaliknya. Tidak merubah pemberian Allah Mengutamakan yang kanan dan membaca doa 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

13 BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Di antara adab dalam pergaulan: Menundukkan pandangan dan memelihara hati Pandangan pertama dihalalkan, manakala yang kedua tidak dibolehkan kerana menimbulkan nafsu yang merosakkan. Seorang Muslim perlu mengalihkan pandangan bagi menjaga hatinya. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6

14 BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram Islam melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ada orang ketiga. Tujuannya untuk menjaga kebaikan daripada berlakunya perkara yang dilarang agama, menjaga adab kesopanan dalam pergaulan. 2008 KBM 4 FIQH BAB 6


Download ppt "BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google