Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia;

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia;"— Transcript presentasi:

1 Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia;
Perlembagaan Raja Berperlembagaan Kuasa Pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman Pilihan Raya Parti-Parti Politik

2 Perlembagaan Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ia adalah dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara, antaranya Senarai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia membahagikan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Negeri dan Bersama.

3 Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Ketertinggian perlembagaan dapat dilihat pada Keluhuran Perlembagaan Malaysia yang mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Bermaksud Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan dan Parlimen juga memperoleh kuasa daripada perlembagaan.

4 Ketertinggian juga boleh dilihat pada Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah. Undang-undang negeri mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terbatal dengan sendiri. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen. Mahkamah berkuasa menetukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

5 Kepentingan Perlembagaan
Berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemeritahan kerajaan Menjamin taat setia rakyat Menjmin hak asasi dan kebebasan rakyat Peranan Yang di Pertuan Agong menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta tidakdipersoalkan Menjamin kerjasama di antara kerajaan Pesekutuan dan Kerajaan Neger Menjadi rujukan dalam menggubalkan undang-undang Menjamin kedudukan hak istemewa orang melayu dan bumputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan

6 Pindaan Perlembagaan Sejak tahun 1957 perlembagaan telah dipinda beberapa kali Tujuan : i. Melindungi kepentingan rakyat ii. Menjaga kepentingan rakyat iii.Melicinkan pentadbiran negara iv.Supaya sesuai dengan keperluan semasa v. Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah vi. Memastikan kandungannya dipatuhi dengn rela hati vii.Melarang perkara sensitif dipersoal secara terbuka (pemerintahan beraja, agama islam, bahasa Melayu,hak istimewa dll) viii.Memelihara keharmonian rakaya berbilang kaum. * Akta Hasutan 1970 diluluskan bertujuan melarang seseorang bercakap sewenang-wenangnya perkara sensitif

7 Langkah-langkah pindaan perlembagaan oleh Parlimen
Kaedah Pertama Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu Kaedah kedua Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang diPertuan Negeri Sarawak dan Sabah Kaedah ketiga Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen Kaedah keempat Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen

8 Kedudukan Yang diPertuan Agong mengikut perlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak berdasarkan Perlembagaan.Baginda juga perlu mendapat nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda. Yang di-Pertuan Agong ialah jawatan yang diwujudkan sejak Tahun 1957. Baginda adalah tonggak negara dan Ketua Utama Negara.

9 Bidang kuasa Yang di Pertuan Agong
Sebagai ketua negara Mempunyai kuasa memanggil dan membubar parlimen Ketua tetinggi Angkatan Bersenjata Berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan P. Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah Betanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Mempunyai kuasa budi bicara lantik Perdana Menteri Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat dibawah “Undang-undang X ” jika didapati keselamatan negara terancam Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya,ahli Perkhidmatan kehakiman,serta pengerusi dan tim. Pengerusi Suruhahjaya Perkidmatan Awam

10 Pindaan Perlembagaan dilaksanakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

11 Badan Perundangan Fungsi badan perundangan adalah menggubalkan undang-udang bagi menjaminkan keadilan dan kesehteraan rakyat Parlimen badan yang bertanggungjawab menggubalkan undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri : i. Yang di-Pertuan Agong ii. Dewan Negara (senat) iii. Dewan Rakyat

12 Dewan Rakyat

13 Dewan Negara, menyemak segala Rang Undang-Undang yang dihantar kepada mereka dari Dewan Rakyat

14 Ciri-ciri keahlian Dewan Rakyat Di pilih dalam Pilihan raya Umum
219 ahli dalam D.Rakayat Tempoh perhidmatan 5 tahun Tugas utama menggubal dan melulus undang-undang Undang-undang yang diluluskan di parlimen dinamai sebagai Akta Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di namai enakmen kecuali di Sabah dan Sarawak dinamai Ordian Dewan Negara Dilantik 0leh YDP Agong Dewan Tertinggi dalam sistem pemerintahan negara 69 ahli Umur sekurang-kurangnya 30 tahun Tempoh jawatan berkhidmat 3 tahun

15 Proses meluluskan undang-Undang di Parlimen
Cadangan oleh kementerian Penggubalan rang undang-undang oleh Jab. Peguam Negara Pembacaan pertama di D.Rakyat iaitu pembacaantajuk Pembacaan Kedua di D. Rakyat dan Undang-Undang dibahas Perbincangan secara terperinci pada J/kuasa di d. Rakyat Pembacaan ketiga- dibahas sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara Pembentangan di dewan Negara. Proses yg sama spt di atas Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh D. Negara kepada DYMN Yang di-Pertuan Agong perkenan dan diturunkan cap Mohor Negara Pewartaan pemberitahuan undang-undang dalam warta kerajaan

16 Badan Pelaksana (Eksekutif)
Jemaah Menteri/ Kabinet merupakan badan Pelaksana dasar-dasar kerajaaan Tugas J. Menteri menggubal dasar-dasar kerajaaan dalam semua perkara Perdana Menteri merupakan ketua Jemaah Menteri PM dan Tim. PM juga mengetuai Kementerian Tugas kementerian : i.menggubal dasar-dasar kerajaan ii.Merancang iii.menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial negara kita

17 Kementerian Diketuai oleh Menteri Dibantu oleh Timbalan Menteri
S/U Parlimen dan S/U politik

18 Perkhidmatan Awam Ketua Setiausaha Negara Ketua Setiausaha Kementerian
Kumpulan Pegawai Perkhidmatan Awam Ketua Pengarah ( Jabatan Kerajaan)

19 Badan Berkanun Badan seperuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu spt kewangan. Ditadbir oleh Lembaga pengarah dan bert/jawab kpd Menteri yang berkenaan Bertanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan

20 Suruhanjaya Suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan kenaikan pangkat,perlantikan dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam Contoh Suruhanjaya : - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman - Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera

21 Badan Kehakiman (Judisiari)
Bidang kuasa Badan Kehakiman * mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah * menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan dan Badan Pelaksana * mentafsir perlembagaan Pesekutuan dan perlembagaan Negeri * mengisytiharkan undang-undang bertulis kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri * mengisytuharkan tindakan kerajaan sah atau tidak disisi undang-undang negara

22 Mahkamah bebas daripada kawalan badan perundangan dan badan pelaksana

23 Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah
Sistem Mahkamah Mahkamah Atasan Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah Mahkamah sesyen Mahkamah Rendah Mahkamah Majistret

24 Kedudukan Hakim dalam sistem Kehakiman Malaysia
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri Urusan perlantikan,kenaikan pangkat, dan perlucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong Tidak boleh dipecat tanpa sebab Hakim tidak boleh melibatkan diri dalam politik

25 Pilihan Raya Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada peringkat negeri atau persekutuan Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan prosedur yang telus dan teratur Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusan direkodkan. Dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Keanggotaan SPR dilntik oleh Yang di-pertuan Agong Tiga fungsi SPR i. menetukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya ii. Menjalankan pendaftaran pemilih iii. Mengendalikan pilihan raya umum / kecil Pilihan raya Umum di adakan serentak seluruh negara bagi memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewn Undangan Negeri. Kecuali di Sabah dan Sarawak pilihan raya umum memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewn Undangan Negeri secara berasingan Pilihan raya kecil di adakan sekiranya berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen/ Dewan Undangan negeri Pilihanraya mesti di adakan dalam tempoh 60 hari di semenajung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak di

26 CALON Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Syarat calon pilihan raya ialah warganegara Malaysia, umur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan perkhidmatan awam dan tidak disabit kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat keampunan.

27 PENGUNDI Pengundi yang layak boleh mengundi setelah namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya. Pengundi hanya boleh mengundi di sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar luar negara dan pegawai kerajaan bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar.

28 KEPENTINGAN PILIHANRAYA
Pilihan raya penting dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab dan mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara. Mereka sendiri yang menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan melalui pilihan raya.

29 Pilihanraya Umum pada tahun 1955

30 Kempen dan membuang undi adalah aspek penting dalam pilihan raya negara

31 Proses Pilihan Raya Penetapan Tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR Penamaan calon oleh parti-parti yang betanding Penyediaan Manifesto oleh parti yangvbertanding Pelancaraan kempen pilihan raya Pengumuman tempat pengundian dan pengiraan dan penjumlahan undi oleh SPR Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian Pembuangan undi Pengiraan und Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pgawai pilihan raya

32 Parti-parti politik di Tanah Melayu sehingga 1963
Malayan Democratic Union ( MDU ) Pertubuhan Kebngsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) Malayan indian Congress ( MIC ) Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu ( AMCJA ) Hizbul Muslimin Malayan Chinese Assosiation ( MCA) Golongan profesional Cina. Dis 1945 Orang Melayu. Menentang Malayan Union . 11 Mei 1945 Orang India. Menjaga kepentingan Org. India. Ogos 1946 Menentang PTM. Anggotanya Pers. Bukan Melayu. Sept. 1946 Ditubuh pd ’an. Perjuangannya disambung – PAS Orang Cina. Menjaga kepentingan Org. cina

33 Parti-parti politik di Tanah Melayu sehingga 1963
Parti kemerdekaan Tanah Melayu ( IMP ) Parti Islam Se- Tanah Melayu ( PAS ) Parti Buruh se Tanah Melayu Parti Negara Menuntut p/raya 1955. Sept 1951 Menubuhkan sebuah negara Islam. 24 Nov 1951 Menentang keganasan komunis. Ditubuh 1952 Mendapat kemerdekaan Tanah Melayu. Pangasas Dato’ Onn ja’afar. Feb. 1954

34 Parti-parti politik di Sarawak sehingga 1963
Memupuk kesetian dan perpaduan kaum. DatucPatinggi abg Abdillah .Tubuh 1940’an Mendapat kemerdekaan bagi Sarawak. Ong kee Hui. 12 jun 1959 Mendapat kemerdekaan bagi sarawak. Orang iban dr Saribas stephan kalong Ningkan . 10 April 1961 Mencapai perpaduan dan hak dalam perlembagaan. Datu Tuanku Hj Bujang Tuanku othman. !961 Menjaga hak dan kepentingan orang Dayak. Temenggung Jugah A/Barieng Julai 1962 Berusaha ke arah perpaduan. Melindungi Bumiputera dlm Pol,eko & Sosial.Datu Bandar Abg Mustapha Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS ) Parti Bersatu Rakayat Sarawak (SUPP) Parti Kebangsaan sarawak ( SNAP ) Barisan Rakayat Jati Sarawak ( BARJASA ) Parti Pesaka anak Sarawak ( PESAKA ) Parti Cina Sarawak ( PCS ) Parti Negara Sarawak ( PANAS)

35 Parti-parti politik diSabah sehingga 1963
Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu ( UNKO ) Parti Kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO ) Parti Pasok Momogun(PPM) Sabah Chinese Assosiation (SCA ) Menyatu dan mengeratkan hubungan antara Orang Kadazan Dusun.Donald Stephan. Ogos 1961 Perjuang B. melayu, Ag. Islam Tun Datu Mustapha D.Harun Disember 1961 Melindungi Hak B/Putera di pedalaman. G.S Sundang Tubuh pada1962 Menjaga kepentingan orang Cina Sabah. Khoo Siak Chew


Download ppt "Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia;"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google