Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PELAN TINDAKAN STRATEGIK BAGI MENANGANI KERACUNAN MAKANAN DI NEGERI MELAKA Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Dalam Pencegahan dan Pengawalan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PELAN TINDAKAN STRATEGIK BAGI MENANGANI KERACUNAN MAKANAN DI NEGERI MELAKA Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Dalam Pencegahan dan Pengawalan."— Transcript presentasi:

1 PELAN TINDAKAN STRATEGIK BAGI MENANGANI KERACUNAN MAKANAN DI NEGERI MELAKA
Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Dalam Pencegahan dan Pengawalan Kejadian Keracunan Makanan Oleh : Dass Kandunni Ketua Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

2 Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka
Pelan Tindakan Strategik Bagi Menangani Keracunan Makanan Di Negeri Melaka Pemantauan kebersihan kantin dan dapur asrama sekolah akan dijalankan secara berkala sepanjang tahun. Kantin atau dapur asrama dengan kadar kebersihan kurang daripada 71% akan ditutup sementara dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Kantin atau dapur asrama yang gagal menepati syarat-syarat kadar kebersihan akan disasarkan untuk pemantauan pencemaran makanan yang disediakan. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

3 Pemantauan Kebersihan Kantin & Dapur Asrama Sekolah
Memastikan penyediaan dan penjualan makanan adalah bersih dan selamat. Mengurangkan kejadian penyakit bawaan makanan dan minuman. Penutupan premis yang tak suci Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

4 Penutupan Kantin & Dapur Asrama Sekolah Yang Tak Suci
Pemeriksaan awal oleh Pegawai Berkuasa Pemeriksaan ulangan oleh Pegawai Di Beri Kuasa Membuat Keputusan – Tidak mematuhi (< 71%) Arahan Tutup Sek.11(Tidak Melebihi 14 hari) Memberi arahan kerja pembersihan untuk memperbaiki keadaan Pengusaha menandatangi akuan terima Arahan kerja TAMPAL NOTIS PENUTUPAN Mematuhi Dibenarkan beroperasi B Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

5 Carta Alir Pemantauan Ke Premis Yang Diarah Tutup
Lawatan berkala dijalankan untuk bagi mempastikan premis yang diarah tutup tidak beroperasi Keputusan Engkar Perintah Dapatkan bahan bukti untuk tindakan mahkamah Menyediakan laporan siasatan Mendapatkan arahan Timb.Pendakwa Raya untuk pendakwaan kesalahan berkenaan Mendaftarkan kes di mahkamah B Mematuhi Tiada Tindakan

6 CARTA ALIR PROSES PEMBUKAAN SEMULA PREMIS
Terima permohonan dari pengusaha untuk periksa semula Tidak mematuhi: Lanjutan Arahan Penutupan Premis Mematuhi ( Surat penarikan balik arahan penutupan di keluarkan ) Pengusaha tidak memohon pembukaan semula premis Jalankan pemeriksaan semula pada tarikh akhir arahan tutup premis Keputusan Sekiranya mematuhi Pembersihan tidak dijalankan Proses penutupan premis dijalankan semula oleh Pegawai Diberi Kuasa

7 Pemantauan Pencemaran Makanan 1
Pemilihan kantin atau dapur asrama sekolah untuk pemantauan pencemaran makanan yang disediakan adalah berdasarkan pada syarat berikut: Penilaian Kadar kebersihan kantin & dapur asrama adalah dibawah 80% dan Pengusaha kantin & dapur asrama mempunyai rekod keracunan makanan berpunca daripada makanan yang disediakan atau dibekalkan olehnya. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

8 Pemantauan Pencemaran Makanan 2
Sampel makanan bagi analisis mikrobiologi kajikuman adalah diambil berdasarkan pada faktor berikut: Pengusaha makanan yang mengabaikan kebersihan premis Pengusaha makanan yang gagal untuk mengambil tindakan keatas arahan Jabatan Kesihatan Makanan yang disediakan adalah punca bagi keracunan makanan Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

9 Carta Alir Tindakan Keatas Makanan Yang Menyalahi Undang-undang
Penagambilan sampel makanan bagi analisis pencemaran kuman. Keputusan Tidak mematuhi kehendak Akta Makanan Dapatkan bahan bukti untuk tindakan mahkamah Menyediakan laporan siasatan Mendapatkan arahan Timb.Pendakwa Raya untuk pendakwaan kesalahan berkenaan Mendaftarkan kes di mahkamah B Mematuhi Tiada Tindakan

10 Hukuman Bagi Makanan Tercemar Dengan Mikro Pathogenik
Bagi makanan yang didapati tercemar dengan mikrorganisma pathogenik (kuman yang boleh menyebabkan penyakit) merupakan satu kesalahan dibawah Sek.13(1) Akta Makanan 1983 Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-keduanya. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

11 Hukuman Bagi Makanan Tidak Mematuhi Standard Mikro
Makanan yang didapati tercemar dengan mikrorganisma dalam kadar melebihi yang ditetapkan dibawah Jadual 15 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 merupakan satu kesalahan dibawah Sek.13B(e) Akta Makanan 1983 Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebehi RM20,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebehi 5 tahun atau kedua-keduanya. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

12 Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka
Tindakan Terhadap Kantin & Dapur Asram Sekolah Semasa Wabak Keracunan Makanan Bagi kantin dan dapur asrama yang disyaki menyediakan atau membekalkan makanan yang menjadi punca keracunan makanan akan ditutup sementara bagi tempoh 14 hari sehingga keputusan analisis spesimen pengendali maknan diterima. Pengusaha perlu memastikan bahawa pengendali makanan yang terlibat dalam penyediaan makanan adalah dilarang untuk menyediakan makanan sehingga dibenarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

13 Pembekal Makanan Alternatif Semasa Wabak Keracunan Makanan
Pengusaha perlu memastikan bekalan makanan alternatif dalam tempoh premisnya ditutup. Pengusaha hendaklah memilih pembekal makanan daripada senarai pembekal makanan yang didaftar dibawah Jabatan Ketua Menteri Melaka atau daripada mana-mana pembekal didalam daerah berkenaan sahaja. Pembekal yang dipilih perlu mematuhi syarat-syarat pengendalian makanan yang ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

14 Penalti Bagi Tidak Mematuhi Arahan Semasa Wabak Keracunan Makanan
Tindakan penutupan kantin atau dapur asrama sekolah dan arahan bagi pembekalan makanan alternatif semasa keracunan makanan adalah dibuat dibawah Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Mana-mana pengusaha kantin atau dapur asrama sekolah yang gagal mematuhi arahan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebehi 2 tahun atau denda atau kedua-duanya. Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka

15 TERIMA KASIH “PERKONGSIAN PINTAR” UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN MAKANAN
Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jab.Kesihatan Negeri Melaka


Download ppt "PELAN TINDAKAN STRATEGIK BAGI MENANGANI KERACUNAN MAKANAN DI NEGERI MELAKA Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Dalam Pencegahan dan Pengawalan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google