Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KEPERLUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KEPERLUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN"— Transcript presentasi:

1 KEPERLUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
DIDALAM PROGRAM PPLH Disediakan Oleh : FOREST PLANTATION DEVELOPMENT SDN BHD 1

2 PROGRAM PEMBANGUNAN LADANG HUTAN (PPLH)
Mesyuarat Jemaah Menteri (05 March 2005) memberi mandat kepada MPIC untuk mewujudkan PPLH bagi: membantu mencapai sasaran nilai eksport produk berasaskan kayu kepada pasaran dunia (lebih kurang RM53Billion menjelang tahun 2020) sepertimana halatuju NATIP. mengurangkan tekanan keatas hutan simpan dalam pengeluaran bahan mentah kayu memberi galakan kepada Agensi / Syarikat dalam melaksanakan pembangunan ladang hutan secara mampan untuk industri perkayuan negara. Sasaran asal keluasan tanaman adalah seluas 375,000 Hektar (25,000 Hektar / Tahun) dalam masa 15 tahun dengan anggaran hasil kayu 75 Juta m3 (5 Juta m3 / Tahun) bagi keperluan bahan mentah komoditi kayu negara selaras dengan Polisi Industri Perkayuan Negara (NATIP). 1

3 OBJEKTIF 2

4 FUNGSI FPDSB Mengagihkan dana PPLH kepada syarikat dan agensi kerajaan melalui pinjaman mudah PPLH Memberi dan menyelaras khidmat nasihat berkaitan teknologi terkini dalam aktiviti pembangunan ladang hutan Membantu kerajaan dalam menangani isu - isu berkaitan industri huluan bagi keperluan industri perkayuan negara Memastikan pembangunan industri huluan di bawah program PPLH selari dengan Polisi Industri Perkayuan Negara (NATIP) Menyelaras dan memantau aktiviti pelaksanaan PPLH 3

5 PROGRAM PPLH - 9 spesis yang diluluskan
4

6 LADANG HUTAN (59 PERJANJIAN) TELAH DIBANGUNKAN (ha)
STATUS PROGRAM PPLH (sehingga 28 Februari 2017) LADANG HUTAN (59 PERJANJIAN) KELULUSAN (ha) TELAH DIBANGUNKAN (ha) 115,499.30 114,532.64 5

7 KEPERLUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA BAGI PROGRAM PPLH
Mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya di kawasan kerja. Pengetahuan serta bersedia dalam menghadapi risiko. Melindungi keselamatan serta kesihatan pekerja. Ketanggungjawaban majikan dalam melindungi pekerja serta peraturan - peraturan yang terlibat dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Perkerjaan. 6

8 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan , 1994 telah digubal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Department of Occupational Safety And Health (DOSH) pada tahun 1994; Akta ini bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan tetamu yang berurusan dengan organisasi tersebut. Di bawah Seksyen 15(i) “..menjadi tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang yang berada di kawasan tersebut..”. Seksyen 15(ii)..”memperuntukan majikan hendaklah setakat yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja yang bekerja bersama mereka.... “Setakat yang praktik merujuk kepada :- Teruk dan bahaya atau risiko perkerjaan tersebut ; Pengetahuan dan cara menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko; Terdapat kesesuaian cara menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko ; dan Kos menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko. Oleh itu, majikan adalah bertanggungjawab penuh untuk melindungi pekerja dari aktiviti melibatkan risiko, menghadkan tempat dan suasana bekerja yang selamat dan sihat dan mengadakan perundangan keselamatan dan kesihatan dengan peraturan dan tataamalan industri seperti di bawah peruntukan Akta. Dibawah Seksyen 19 “.. Kegagalan majikan mamatuhi peraturan ini akan menyebabkan majikan disabit kesalahan dan denda sebanyak RM50, atau dua (2) tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Tanggungjawab majikan adalah memastikan pengawasan perubatan, mengkaji pegawai keselamatan dan kesihatan dan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. (dibawah Seksyen 28,28 & 30 Akta tersebut) 7

9 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994
Kes-Kes Mahkamah Kes Pertama : Mat Jusoh bin Daud –v- Syarikat Seberang Takir Sdn Bhd Fakta kes : Plaintif diambil bekerja sebagai pengeraji di kilang papan Defendan dan telah tercedera semasa bekerja sehingga 3 jari kanan Plaintif terputus. Mahkamah memutuskan : Defendan cuai kerana tidak menyediakan jumlah pekerja yang cukup untuk melakukan kerja tersebut. Kekurangan berlaku kerana majikan tidak mengambil pekerja yang cukup. Kes Kedua : Chong Fah Lin –v- United Engineers (M) Sdn Bhd Fakta kes :- Plaintif bekerja sebagai buruh binaan dan telah terjatuh semasa memasang kepingan zink kepada bumbung setingi 25 kaki dan mengalami cedera parah. Defendan menafikan tanggungjawab terhadap Plaintif kerana kerja tersebut telah disub kontrak dan di bawah tanggungjawab kontraktor. Mahkamah memutuskan : Wujud hubungan diantara majikan dan pekerja mengikut “common law” dan wujud tanggungjawab Defendan terhadap Plaintif. Walaubagaimanapun terdapat peruntukan yang meletakkan tanggung jawab pekerja memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan pada dirinya sendiri. Kegagalan mematuhi peruntukan ini pekerja boleh didenda RM1, atau penjara tiga (3) bulan atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 24(i) Akta tersebut) Peruntukan Seksyen 39 - memberi kuasa kepada pegawai keselamatan dan kesihatan untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan tujuan Akta. Peguatkuasaan Akta ini berjaya menyediakan suasana kerja yang selamat dan sihat terhadap pekerja dan sesiapa yang berada di kawasan tersebut. 8

10 AKTA KERJA 1955 Bertujuan melindungi pekerja dari sebarang exploitasi oleh majikan dan meletakan faedah - faedah minima yang perlu diberikan kepada pekerja yang melindungi dari Akta ini. Secara amnya untuk melihat hak - hak dan tanggungjawab majikan kepada pekerja. Faedah minima tertakluk kepada: gaji minima RM2, kebawah terpakai untuk pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Merupakan rangka Undang - Undang menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum , penamatan kontrak. Jika faedah minima tidak dipatuhi , pekerja boleh membuat laporan. Aduan laporan adalah kepada Pengarah Tenaga Kerja yang berfungsi sebagai Mahkamah Buruh. Seksyen 69 Akta Buruh telah memberi kuasa kepada Pengarah Tenaga Kerja mendengar aduan dari pekerja melebihi RM2, tetapi tidak lebih RM5,000.00 Akta ini adalah berkaitan dengan akta -akta lain seperti: Akta KWSP 1991 Akta Gaji Minima 2012 Akta Pekerja Asing Akta Keselamatan Sosial Pekerja Majikan yang tidak mematuhi Akta Kerja boleh dikenakan hukuman penalti atau denda. 9

11 11


Download ppt "KEPERLUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google