Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN"— Transcript presentasi:

1 PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN
Topik 3

2 Erti Persepsi Rangsangan ke atas mana-mana organ deria kita. Memberikan makna kepada ransangan yang diterima. Dikaitkan dengan pengalaman tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara satu fenomena dengan fenomena lain yang diperolehi dengan menyimpulkan maklumat dan menafsirkan makna mesej yang diperhatikan.

3 Erti Persepsi Terdapat dua jenis persepsi iaitu persepsi pasif dan persepsi aktif. Persepsi pasif akan berlaku kerana deria kita memang sentiasa beroperasi. Persepsi aktif berlaku apabila kita digerakkan untuk memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan.

4 Proses-proses Persepsi
Pemilihan rangsangan Penyusunan dan dan membentuk struktur ke atas apa yang kita lihat Menginterpretasikan atau memberi makna kepada apa yang diperhatikan.

5 Proses persepsi Kita juga meringkaskan rangsangan dengan mengkategorikan maklumat dan mencipta stereotaip. Apabila kita melakukan stereotyping kepada orang, kita meletakkan mereka sebagai kategori tidak fleksibel dan sama di mana-mana. Misalnya, membuat kesimpulan bahawa semua lelaki memang suka mengecewakan wanita.

6 Proses persepsi Kesan Halo berlaku apabila kita memberi sifat-sifat positif kepada orang lain kerana kita sukakan mereka. Kesan Horn pula berlaku apabila kita memberi sifat-sifat negatif kepada orang lain kerana kita tidak sukakan mereka.

7 Aktiviti: Kira bilangan titik hitam

8 Aktiviti: Kira bilangan kaki gajah

9 Aktiviti: Adakah garisan-garisan yang melintang itu selari?

10 Aktiviti: Ada berapa orang?

11 Persepsi Antara Perseorangan
Proses 1: pembentukan impresi atau gambaran terhadap seseorang: Apabila gambaran awal yang kita bentuk mengenai seseorang memberi kesan kepada interpretasi setiap persepsi kemudiannya, kita katakan kesan primacy telah berlaku. Apabila kita banyak memberi tumpuan kepada perkara terakhir mengenai seseorang maka kita katakan kesan recency telah berlaku.

12 Persepsi Antara Perseorangan
Proses 2: Penyusunan maklumat mengenai orang lain. Aplikasi teori personaliti implisit. Teori persoanaliti implisit merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai orang secara amnya. Misalnya, kita yakin bahawa apabila rakan kita itu mengerjakan solat kita memberikan satu set andaian kepadanya bahawa dia itu jujur, beriman, bermoral tinggi dan baik perilakunya.

13 Persepsi Antara Perseorangan
Proses 3: Memahami makna perilaku seseorang Teori atribusi merupakan teori yang menyatakan kecenderungan untuk menyesuaikan sesuatu motif atau sebab perlakuan- perlakuan yang diperhatikan. Kita cuba untuk memahami apa yang menyebabkan seseorang itu berkelakuan tertentu. Misalnya, kita cuba memahami diri pelajar yang tidak menunjukkan minat semasa kuliah kerana pelajar itu mungkin tidak sarapan pagi, mungkin ada masalah keluarga, atau mungkin dia memang tidak sukakan pensyarahnya. Kecenderungan kita menyesuaikan perilaku seseorang dengan motifnya menggambarkan teori atribusi telah beroperasi ke atas diri kita.

14 Teori Atribusi dibahagikan 2 jenis:
Teori Correspendent Inference: Kita cuba menentukan niat seseorang yang menyebabkan kesan daripada melakukan sesuatu- iaitu menentukan darjah kesengajaan perlakuannya. Misalnya kita memerhatikan seseorang itu sengaja bercakap terlalu laju, kita mentafsirkan niatnya adalah hendak menipu kita. Kita pun mengambil tindakan untuk tidak mempercayainya.

15 Teori Causal Attribution:
Terdapat tiga sebab yang dikenalpasti mengapa seseorang membuat sesuatu tindakan iaitu: keadaan (circumstances) rangsangan (stimulus) orang itu sendiri

16 Aktiviti: Anda simpati kepada siapa?
Gadis A atau Gadis B, jika Gadis A adalah gadis yang cantik, walaupun tidak setia, Gadis B adalah gadis yang tidak setia, walaupun cantik. Adakah anda mahu kahwin kalau saya katakan: Kahwin itu berat tetapi bahagia Jawapan: ________ Atau, Kahwin itu bahagia tetapi berat Jawapan: ________

17 Persepsi Dalam Komunikasi: Tanggapan Awal
Orang berpegang teguh kepada tanggapan awal. Rupa fizikal boleh memberikan tanggapan awal yang positif kepada seseorang Amalan facework (rupa fizikal) yang sesuai boleh mengubah gaya komunikasi orang dengan diri kita.

18 Halangan-halangan Persepsi
Tidak mengendahkan perkara-perkara yang lebih terperinci Membuat generalisasi umum Berpegang kepada konsep awal (pre- conception) Terlalu yakin kepada perlakuan yang konsisten

19 Halangan-halangan Persepsi
Meyakini idea awal mengenai sebab musabab sesuatu perlakuan yang diperhatikan Memilih penjelasan atau penerangan mudah terhadap sesuatu yang kompleks Mengenepikan situasi yang menyebabkan perlakuan itu dilakukan oleh seseorang

20 Halangan-halangan Persepsi
Menjadikan maklumat yang tidak memadai sebagai memadai Memberikan penekanan kepada maklumat negatif sahaja Mengubah atribusi kita untuk memenuhi selera kita kepada seseorang yang kita suka atau tidak suka.

21 Strategi Memperbaiki Kemahiran Persepsi Peribadi
Meningkatkan kefahaman tentang proses persepsi Meningkatkan kebolehan membuat pemerhatian Mengenali unsur-unsur yang memberi makna Periksa persepsi kita

22 Strategi Memperbaiki Kemahiran Persepsi Peribadi
Tingkatkan kesedaran tentang ketidaktepatan persepsi kita dan perbaiki Tingkatkan kesedaran mengenai persepsi orang lain ke atas diri kita dan dapatkan maklumbalas yang membina dan ikhlas Bentuk orientasi decentrering, empati dan other-orientation


Download ppt "PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google