Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGENALAN PPIM DISUSUN OLEH : CIK HJH. AIZAR MD.JAMAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGENALAN PPIM DISUSUN OLEH : CIK HJH. AIZAR MD.JAMAN"— Transcript presentasi:

1 PENGENALAN PPIM DISUSUN OLEH : CIK HJH. AIZAR MD.JAMAN
PN. LATIFAH MALUDDIN DISAMPAIKAN OLEH : SHAMSINA SHAMSUDDIN PPIM PN. BPG

2 FALSAFAH PPIM : Sebuah Pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan Negeri Daerah di Institut Pengajian Tinggi,Institut-institut Perguruan dan sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Aktiviti : Sebagai Ko-Kurikulum pendidikan secara formal dan tidak formal.

3 TUJUAN Membimbing Puteri-Puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi INTELEK, ROHANI, EMOSI dan JASMANI berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

4 2. Menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap KEHARMONIAN dan KEMAKMURAN bangsa, masyarakat dan negara dengan ajaran Islam.

5 MATLAMAT 1. Menseimbang antara perkembangan INTELEKTUAL,
SOSIAL, FIZIKAL DAN SPIRITUAL puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. 2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim dikalangan puteri-puteri. 3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

6 4. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. 6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

7 OBJEKTIF Objektif Pada Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah : -
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang: i. Taat kepada Allah,Raja dan Negara. ii. Berilmu. iii. Berakkhlak Mulia. iV. Berbakti kepada Masyarakat.

8 1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi
Akhlak,Rohani,Jasmani menjadi insan Kamilah,Berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya hidup mereka berasaskan jalan yang diterima ALLAH S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

9 1.3 Membentuk : Sebuah kumpulan yang
BERIDENTITI SENDIRI, PROGRESIF dan DITERIMA MASYARAKAT. 1.4 Mengukuhkan : PERSAUDARAAN GENERASI MUDA dan MENGHORMATI GENERASI TUA.

10 2. OBJEKTIF PPIM PADA PERINGKAT INSTITUT/MAKTAB/INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI ( kerajaan dan swasta) 2.1 Melahirkan Pemimpin : CEKAP,BERKETRAMPILAN,BERWIBAWA, BERDEDIKASI dan mempunyai WAWASAN bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu : i. Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada ALLAH S.W.T. RASUL S.A.W. dan pemerintah serta cintakan Negara.

11 Menguasai berbagai bidang ilmu.
iii. Berakhlak Mulia. iv. Berbakti kepada Masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama.

12 2.2 Membimbing para pemimpin pelatih
PUTERI dari segi INTELEK, AKHLAK, EMOSI, ROHANI dan JASMANI Menjadi insan KAMILAH, BERILMU, BERDAYA MAJU, BERDAYA JUANG, BERDAYA TAHAN dan BERKETRAMPILAN.

13 2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran
Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredai ALLAH S.W.T dan dapat berbakti kepada : KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. 2.4 Membentuk sebuah kumpulan : BERIDENTITI SENDIRI, DAN BERWAWASAN, PROGRESIF, BERFIKIRAN TERBUKA SERTA MAMPU MENJADI PENGGERAK MASYARAKAT.

14 2.5 Mengukuh : PERSAUDARAAN antara
GENERASI MUDA dan MENGHORMATI GENERASI TUA serta menjadi PENGHUBUNG KESINAMBUNGAN antara GENERASI LAMA dan GENERASI BARU.

15 LOGO PPIM PENGERTIAN LOGO : Dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis : “PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA” Di tengah logo ada suatu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi ( Akronim daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM ejaan jawi( Pa Pa Alif )

16 Di bawah logo ini tertulis
perkataan :- “PUTERI” bagi ahli-ahli puteri, “PEMIMPIN PUTERI” bagi pemimpin-pemimpin. PENGERTIAN WARNA : MERAH SAMAR : Melambangkan keharmonian dan kelembutan HIJAU : Agama PUTIH : Kesucian KUNING : Kesetiaan dan ketaatan

17 BENDERA PPIM BENDERA PPIM berbentuk : SEGIEMPAT,BERWARNA MERAH
JAMBU,dan ditengah-tengah terdapat LENCANA PERGERAKAN. Ukuran LENCANA adalah SEPERTIGA daripada ukuran BENDERA.

18 PENGGUNAAN BENDERA PPIM : - SETIAP UPACARA RASMI - TATACARA PERJUMPAAN
KEDUDUKAN BENDERA DALAM TCP BENDERA NEGERI

19 COGANKATA BERILMU BERIMAN BERAMAL

20 LAGU Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan (Ulang kedua-dua rangkap)

21 IKRAR Bahawa kami,ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,berikrar akan : taat kepada Allah,Rasul,Pemerintah,guru dan ibu bapa. memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak membangunkan diri dengan sempurna mengukuhkan silaturrahim sesama puteri berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan negara.

22 SULUH KATA PPIM P : Patuh kepada ibubapa
U : Ugama / agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith T : Taat kepada Allah dan Rasul E : Erat ukhwah Islamiyah R : Rela berbakti kerana Allah I : Iman dipupuk ilmu dituntut I : Insaf diri : Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (innallillahi wa innailayhi rajiun) S : Solat ditunai setiap waktu L : Larangan Allah dijauhi A : Akhlak mulia pengukuh keimanan M : Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan.

23 UNI FORM Uniform Puteri : Tudung : jenis kain lembut.
Bentuk : tiga segi atau bulat Labuh : 5 inci labuh di bawah pusat Baju Kurung Putih Sekolah : berpesak Labuh : 1 inci bawah aras lutut Labuh tangan : sama dengan buku pergelangan tangan. Kain Sarong Bersusun Sebelah Kiri : 3-4 susunan 3 inci lebar Labuh Kain : 1 inci dibawah buku lali Kasut : Kasut sekolah putih dan sarung kaki putih. Kasut Pemimpin : warna hitam bertutup depan,bertumit dan sarong kaki warna kulit.

24 BUKU LOG KANDUNGAN BUKU LOG : 1. Biodata / Profile Diri
2. Falsafah PPIM 3. Matalamat 4. Objektif 5. Logo 6. Bendera 7. Moto / Cogankata 8. Lagu Puteri 9. Ikrar Puteri 10. Suluh Kata 11. Struktur organisasi 12. Catatan / laporan aktiviti

25 TAHAP PERINGKAT SEKOLAH
TAHAP SEKOLAH RENDAH : - PUTERI BONGSU - PUTERI BONGSU CEMERLANG TAHAP SEKOLAH MENENGAH : - PUTERI KECIL - PUTERI TENGAH - PUTERI SULUNG - PUTERI SULUNG CEMERLANG

26 STRUKTUR ORGANISASI Majlis Pentadbir Kebangsaan
Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan Negeri Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan Daerah Jawatankuasa PPIM Peringkat Sekolah ( Sekolah Rendah) Jawatankuasa PPIM Peringkat Sekolah ( Sekolah Menengah ) Jawatankuasa Pentadbir Perhubungan Pendidikan Guru ( BPG ) dan Institusi Pengajian Tinggi. Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan Institut / Maktab / Universiti

27 CARTA ORGANISASI Sekolah Rendah

28 t a m a t Selamat maju jaya


Download ppt "PENGENALAN PPIM DISUSUN OLEH : CIK HJH. AIZAR MD.JAMAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google