Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR"— Transcript presentasi:

1 BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD MUSANIF BERSEMUKA I

2 Unit 1 Konsep dan Pengertian Falsafah
Perkataan “ falsafah” daripada bahasa Yunani philosophia iaitu philo ertinya cinta dan sophia ertinya hikmat.(hal.2) Falsafah bermakna”ingin mengerti dengan “cinta kepada kebijaksanaan”. (hal. 3) Menurut Al-Farabi, falsafah adalah “ilmu tentang alam untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar”.(hal. 4)

3 Al-Kindi mengatakan falsafah adalah “pengetahuan tentang realiti segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan manusia”.(hal. 4) . Heraclitus menyatakan definisi tepat untuk falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu.(hal. 4)

4 Hakikat Bahasa Bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan.
Bahasa sebagai alat atau kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. Bahasa sebagai fenomena sosial yang menghubungkan antara individu atau kumpulan dalam masyarakat.

5 Bahasa merupakan alat yang merakam, menimbunkan dan mewariskan khazanah kebudayaan.
Bahasa sebagai satu urutan lakuan pertuturan. (hal.7-8)

6 Falsafah Bahasa Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau kajian bahasa (linguistik).(hal. 6) Falsafah bahasa melibatkan dua bidang kajian iaitu: bidang falsafah. - bidang kajian bahasa (linguistik).

7 Falsafah Bahasa dan Falsafah Linguistik
FB meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. FL membincangkan dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu meneliti kaedah dan amalan ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka.

8 FB merupakan percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri-ciri bahasa.
FL (kebahasaan) merupakan percubaan untuk menjelaskan masalah-masalah falsafah. FB adalah nama untuk satu subject matter dalam falsafah manakala FL adalah nama untuk satu kaedah dalam falsafah.(hal. 9-11)

9 Bidang Kajian Falsafah Bahasa
Kebanyakan ahli falsafah berpendapat bahawa perkara yang mula-mula dikaji dalam falsafah bahasa ialah bidang pemaknaan (semantik). Kemudian dikaji pula tentang hakikat pengetahuan (epistemologi), persoalan nilai (etika), aspek keindahan (estetika), budaya dan sosial (antropologi dan sosiologi), alam jagat raya atau kosmos manusia (kosmologi), hakikat kewujudan (ontologi), dan tentang alam zahir dan ghaib (metafizik).

10 Hakikat Pengetahuan Pengetahuan bermaksud keadaan tahu,iaitu
hasil pekerjaan mengenali, menyedari, menginsafi, mengerti, dan menurani. 1.Pengetahuan indera yang diperoleh melalui kerja anggota pancaindera iaitu melihat, mengecapi, mendengar, membaui, dan meraba atau merasa. 2.Pengetahuan ilmu hasil penyelidikan, pengamatan dan penganalisisan terhadap pengetahuan pancaindera, untuk lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik yang nyata secara zahiriah.

11 3. Pengetahuan falsafah terhasil sebagai persambungan daripada pengetahuan ilmu/sains dengan cara merumuskan sesuatu secara sejagat dan hakikat,daripada asal permulaan kepada pengakhiran, daripada serpihan kepada keseluruhan dan daripada zahir kepada batin.

12 Unit 2 Bahasa, Pemikiran Dan Alam
Bahasa adalah lambang yang berbrntuk bunyi dan boleh menjadi kenderaan pembawa segala fikiran yang abstrak dan pengetahuan konsepsi manusia.

13 Bahasa dan Fikiran Fikiran merupakan kandungan bahasa (content of language) dan bahasa sebagai wahana fikiran (vehicle of thought). (hal. 17) Ini bermaksud bahasa sebagai alat untuk menyampaikan buah fikiran. Oleh itu, dalam proses berfikir, mungkin banyak menggunakan bahasa, mungkin sedikit menggunakan bahasa atau langsung tidak menggunakan bahasa.

14 Proses Berfikir dan Bahasa
Berfikir secara autistik. Berfikir secara mengingat kembali. Berfikir secara imaginasi. Berfikir secara memberi perhatian. Berfikir sebagai satu kepercayaan. Berfikir secara mendalam. (hal.19-21)

15 Bahasa dan Alam Nyata Ahli falsafah bahasa seperti Whorf menyatakan realiti kewujudan manusia sebenarnya adalah bahasanya. (hal. 25) Bahasa -> realiti Perkataan -> benda Realiti berlapis-lapis dan berperingkat-peringkat seperti bulatan sepusat (concentric circle). (hal. 26)

16 Bahasa dan Perkembangan Pemikiran
Ahli psikologi – fikiran boleh dihasilkan tanpa bahasa. Ahli psikolinguistik – fikiran dan bahasa tidak dapat dipisahkan. Ahli perkembangan bahasa kanak-kanak – pemerolehan bahasa kanak-kanak terletak pada development psychology.

17 Hipotesis Kognisi – pemerolehan bahasa dapat dijelaskan berdasarkan fikiran dan proses kebahasaan sebenar.

18 Unit 3 Bahasa Dan Pengelihatan Dunia Penutur
Pengelihatan dunia bermaksud kemampuan manusia melakukan persepsi terhadap alam nyata dan di samping itu menimbulkan apa yang dipersepsikan dalam konsep-konsep yang diwujudkan oleh bahasa.(hal. 33) Unsur-unsur bahasa yang menjadi teropong pengelihatan dunia penutur tidak terbatas kepada perbendaharaan kata tetapi juga meliputi unsur-unsur nahu. (hal. 38)

19 Kategori genus; Bahasa Melayu (tiada),Bahasa Arab dan Inggeris (ada)
Kategori genus; Bahasa Melayu (tiada),Bahasa Arab dan Inggeris (ada). (hal ) Tindak balas terhadap penggunaan kata, ungkapan atau ayat. (hal. 42) Sifat interaksi dalam permintaan. (hal. 43)

20 Sifat Kesejagatan Bahasa
Benjamin L. Whorf mengatakan bahawa ada sesuatu kesejagatan dalam bahasa-bahasa asli manusia. Sifat kesejagatan dilihat melalui ciri persamaan antara bahasa. Dari segi binaan perkataan, semua bahasa mempunyai unsur asas perkataan, iaitu morfem.

21 Semua bahasa juga mempunyai golongan kata asas, kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya.
Semua bahasa manusia mempunyai tiga bunyi yang umum,iaitu vokal, konsonan, dan diftong. Semua bahasa mempunyai unsur perkataan dalam ayat dan dikategorikan kepada subjek, predikat, dan objek ayat.

22 Sifat Khusus Bahasa Ciri-ciri perbezaan mewujudkan sifat khusus atau partikular antara bahasa. Dalam sistem bunyi, julat atau range bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong berbeza. Urutan bunyi-bunyi dan ciri-ciri koartikulasinya juga berbeza.

23 Dari segi pembentukan kata, ada bahasa yang bersifat isolatif (kata akar sahaja), aglutinatif (menggunakan penambahan) dan infleksi (menggunakan penambahan dan perubahan dalaman). Dari segi sintaksis ada bahasa dalam tipologi SVO (subject-verb-object), SOV, dan VSO. (hal )

24 Sifat Transendental Bahasa
Sifat transendental adalah sifat bahasa untuk tujuan perhubungan dengan alam ghaib atau “tinggi” yang merentasi alam nyata. Terdapat perhubungan antara Allah yang ghaib dengan manusia yang zahir. Yang ghaib tidak diliputi oleh ruang dan masa sedangkan bahasa manusia ada ruang (gelombang bunyi dan tulisan) dan masa (waktu pengujarannya).

25 Allah mengajar Adam a.s realiti kewujudannya (Surah al-Baqarah,31).
Allah berkata-kata dengan Nabi Musa (Al-A’raf,143). Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab (Surah Yusuf,2). Allah mengutuskan rasul dalam bahasa kaumnya (Surah Ibrahim,4). (hal )

26 Peperiksaan Pertengahan
Meliputi Unit 1-3 Baca modul dan ‘slide’ bersemuka I Jawab SATU soalan sahaja dalam kertas soalan. Selamat menduduki peperiksaan

27 Sekian, jumpa lagi.


Download ppt "BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google