Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu"— Transcript presentasi:

1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

2 Asal usul perkataan Melayu
Pertama kali timbul dalam tulisan Cina ( M) Dikatakan orang Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China berasal daripada perkataan Malaya – kependekan perkataan “Himalaya” yang bermaksud tempat bersalji Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari/mengembara. Hal ini dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan

3 Asal usul bangsa Melayu
Berasal daripada golongan Austronesia di Yunan Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru – 2500 SM Keturunannya orang asli di Semenanjung Malaysia, Dayak (Sarawak), Batak (Sumatera) kumpulan kedua Melayu Deutro berpindah ke AT pada zaman Logam – 1500 SM keturunannya orang Melayu di Malaysia Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam Menduduki kawasan pantai dan lembah di AT Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto

4 Definisi bahasa Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bahasa berfungsi untuk menyampaikan maklumat, menyatakan perasaan, suruhan/ larangan Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi

5 Golongan-golongan bahasa Nusantara yang penting:
Jawa : bahasa Sunda, Madura, Jawa Kalimantan : bahasa Iban, Melanau, Kayan Sumatera : bahasa Melayu, Aceh, Minangkabau, Batak, Lampung, Orang Laut Filipina : bahasa Tagalog, Sulu, Palau, Tombulu, Iloko, Nikol, Bisaya Kemboja : bahasa Cam

6 Perkembangan bahasa Melayu
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

7 Bahasa Melayu Kuno

8 Salah satu bahasa daripada bahasa Nusantara
digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat BM yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa

9 Agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu - BM banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada penggayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) bahasa Melayu Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan pada ketika itu BM juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan

10 Bukti dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava iaitu:
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

11 batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. (Kurun ke -9)
BM telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Sriwijaya, sekaligus meluaskan penyebaran ke tanah jajahan takluknya.

12 Ciri-ciri BM Kuno Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (bulan - wulan) Tidak wujud bunyi e pepet (dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (semua-samuha, saya: sahaya)

13

14 Peralihan BM Kuno ke BM Klasik

15 Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan BM Kedatangan Islam ke Tanah Melayu - mengubah sistem BM terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan

16 Terdapat tiga batu bersurat yang penting: (kurun ke-14)
Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( )-ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pada abad itu

17 Bahasa Melayu Klasik

18 Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting :
zaman kerajaan Melaka zaman kerajaan Acheh zaman kerajaan Johor-Riau BM telah berkembang dengan pesatnya pada zaman Melaka kerana: pengaruh politik Melayu membolehkan BM disebarkan dengan mudah BM digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah kebudayaannya tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab membolehkan perkembangan BM dalam bidang kesusasteraan

19 Antara karya sastera yang penting ialah Sulalatus Salatin, Undang-undang Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Hanafiah Selepas kejatuhan kerajaaan Melaka (1511), pusat perkembangan BM berpindah ke Aceh Di Aceh, BM digunakan dalam penulisan sastera tasawuf, syair sufi, falsafah dan karya ketatanegaraan Tokoh penulis yang penting: Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nurudin al-Raniri, Abdul Rauf al-Singkel

20 Hamzah Fansuri: Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Perahu, Syair Syarab al-Asyikin Syamsuddin al-Sumaterani: Mirat al-Mukminin, Miratul Iman, Syarah Rubai Hamzah Fansuri Syeikh Nuruddin al-Raniri: Siratul Mustakim, Asrar al-Insan, Bustan al-Salatin Abdul Rauf al-Singkel: Mirat al-Tulub

21 Satu bukti tentang tingginya martabat BM dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

22 BM seterusnya berkembang ke Johor-Riau
BM seterusnya berkembang ke Johor-Riau. Pusat perkembangannya di Pulau Penyengat Tokoh penulis yang penting: Raja Ali Haji – Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa (1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865) dan Tuhfat al- Nafis (1865)

23 Ciri-ciri BM Klasik Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif. Menggunakan bahasa istana - tuanku, baginda, bersiram, mangkat  Kosa kata arkaik dan jarang digunakan - ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)  Banyak menggunakan kata pangkal ayat- sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang: pendepanan predikat Banyak menggunakan partikel `pun' dan `lah'

24 Syahadan adapun raja Bentan itu perempuan Permaisuri Iskandar Syah namanya. Suami baginda itu sudah hilang, ada anaknya seorang perempuan terlalu amat baik rupanya tiada bertara pada zaman itu, Wan Seri Beni namanya. Adapun akan baginda itu raja besarlagi pada zaman itu ialah yang pergi ke benua Siam. Bagindalah yang pertama nobat maka diturut oleh segala raja-raja yang di bawah angin ini. Setelah Permaisuri Iskandar Syah mendengar khabar itu maka baginda pun menitahkan Perdana Menteri yang bernama Indera Bupala dan Aria Bupala menjemput Sang Sapurba. Tatkala itu kelengkapan Bentan empat ratus buah kapal banyaknya.

25 Perkembangan Bahasa Melayu Moden

26 dikatakan bermula pada abad ke-19.
hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman BM moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk BM klasik. Sebelum penjajahan British, BM mencapai kedudukan yang tinggi berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

27 Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum

28 Perancangan Bahasa Melayu
Perancangan taraf Perancangan korpus bahasa/bahan Perancangan strategi

29 Perancangan taraf Pemilihan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 menguatkuasakan pelaksanaan BM sebagai bahasa rasmi BM sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Laporan Rahman Talib – kelulusan BM sebagai syarat wajib memasuki skim latihan perguruan Dasar BM di universiti tempatan – wajib dapat kepujian BM di peringkat SPM

30 Perancangan Korpus Bahasa
Pengekodan perkamusan Pengekodan ejaan Pengekodan peristilahan Pengekodan tatabahasa Pengekodan sebutan

31 Perancangan strategi 3 bentuk strategi untuk mencapai matlamat menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara: Memberikan nilai kepada BM - nilai sentimen, nilai pentadbiran, nilai ekonomi, nilai sosial Menubuhkan badan pelaksana (DBP, Institut Bahasa) Kempen bahasa

32 Perubahan aksara penulisan BM sehingga kini
Tulisan yang mula digunakan ialah pallava (India) Timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut: tulisan Rencong tulisan Pallava tulisan Kawi tulisan Jawi tulisan Rumi

33 Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu

34 Weinreich (1968), menyatakan terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesuatu bahasa meminjam perbendaharaan sesuatu bahasa yang lain. keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep baru dalam bahasa – sukar untuk mencari perkataan yang sama dalam bahasa natif (asli)

35 kerap menggunakan perkataan asing
bagi mengatasi masalah homonim (bunyi sama, maksud lain) untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat.

36 Bahasa Sanskrit Imbuhan awalan : maha-, pra-, panca-, eka-, dwi-
Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit Fenomena semula jadi - bumi suria bhumi surya Bahasa, pembelajaran, kesusasteraan sastera bahasa sastra bhasa Sifat/keadaan sempurna mesra sampurna misra Imbuhan awalan : maha-, pra-, panca-, eka-, dwi- Imbuhan akhiran : -wan, -wati, -man, nita Bunyi pinjaman : sy (syurga), swa (swasta), dwi (dwibulanan)

37 Bahasa Arab Bidang contoh Agama Tauhid, umrah, sah, imam, fardhu Ilmu
Kamus, hafaz, riwayat, sejarah Benda/ kejadian Haiwan, wajah, sifat Hukum/ peraturan Hakim, adil, zalim, insaf

38 Bahasa cina Nyonya Angpau Samseng Popia Kongsi camca

39 Pengaruh Portugis B.Portugis B.Melayu menteiga Mentega Limao Limau
Dado Dadu Sapato sepatu

40 Bahasa Inggeris B.Inggeris B.Melayu Book Buku Lamp Lampu Ball Bola
Cheque Cek Mind minda


Download ppt "Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google