Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN"— Transcript presentasi:

1 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN
PEMBUKTIAN HHHC9101 SET32 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN A146011

2 Penerangan program Nama Program : Program Tautan Kasih Bersama Anak- Anak Yatim Al-Kausar Penganjur : Sekretariat HP Sosial Dan Kebertanggungjawaban, Pelajar Tahun /2014 UKM Dengan kerjasama : Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi Tarikh Program : 8 Mac 2014 – 17 Mei 2014 Tempat Program : Rumah Bakti Al-Kausar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Selangor Jumlah peserta (Anggaran) : 25 Orang Jumlah peserta ( Sebenar) : 25 Orang

3 perbincangan pertama tentang perancangan program
Diusulkan oleh penasihat HHHC9101, Dr Khadijah berikutan program kemasyarakatan bersama anak-anak yatim di Al-Kausar semasa perjumpaan pertama. Ajk yang dilantik perlu menjalankan tugas yang telah diberikan mengikut skop ajk masing-masing bagi melancarkan pelaksanaan program. perbincangan pertama tentang perancangan program

4 PERANAN DALAM PROGRAM Menjadi ajk program merupakan satu pengalaman yang bermakna di mana kami di barisan ajk program perlu mengaturkan jadual yang bersesuaian bagi setiap pelajar yang akan menjalankan khidmat sosial bersama anak yatim di al-Kausar. Akibat pelajar mempunyai kekangan masa kuliah serta komitmen lain di Ukm, jadual yang dibuat akan berubah dari semasa ke semasa dan memerlukan pantauan ajk program sepanjang program berlangsung. Komunikasi di antara pelajar amatlah penting bagi memastikan setiap pelajar melaksanakan amanat yang telah diberikan iaitu khidmat sosial yang dijalankan bersama anak yatim tersebut.

5 PELAKSANAAN PROGRAM Program yang dijalankan adalah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim antara pukul 7 hingga 11 malam di rumah anak yatim al-Kausar secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian pelajar pada hari Selasa sehingga Khamis. Antara program utama yang dirancang semasa ramah mesra tersebut adalah menolong dan bersama-sama mereka dalam menyiapkan kerja rumah serta memberikan mereka kefahaman tentang apa-apa pelajaran yang tidak difahami di sekolah.

6 PELAKSANAAN PROGRAM Tetapi, oleh sebab kami akan sampai di rumah tersebut pada waktu maghrib, kami membuat perancangan baru iaitu selain daripada mengajar mereka membuat kerja rumah, kami cuba isikan masa maghrib dan isyak dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kami mengerjakan solat berjemaah maghrib dan isyak bersama-sama serta kami turut mengajar mereka mengaji al-Quran selepas maghrib bagi menunggu isyak untuk solat berjemaah bersama- sama.

7 Solat berjemaah maghrib dan isyak
Membaca al-Quran

8 PELAKSANAAN PROGRAM Setelah solat isyak berjemaah, bermula agenda utama kami iaitu membantu mereka dalam menyiapkan kerja rumah dan beramah mesra bersama mereka. menelaah pelajaran

9 Suasana ramah mesra di rumah anak yatim al-Kausar
PELAKSANAAN PROGRAM Suasana ramah mesra di rumah anak yatim al-Kausar

10 Keadaan pembelajaran di al- Kausar
PELAKSANAAN PROGRAM Keadaan pembelajaran di al- Kausar

11 LAPORAN AKHIR Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan menjalankan Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Al-Kausar , pelbagai kenangan dan pengalaman yang saya dapat. Hanya kesyukuran yang mampu diucapkan kepada yang Maha Kuasa di atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada penggerak kepada program ini Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Al-Kausar yang telah diusulkan oleh Dr Khadijah merupakan satu idea yang sangat menarik. Tidak pernah terbayang di fikiran saya bahawa suatu masa saya mampu menjadi sebahagian daripada masyarakat yang peka terhadap keadaan masyarakat yang lain dan turut sama membantu mereka yang dalam kesusahan dan kurang bernasib baik. Sesungguhnya, anak yatim di al-Kausar merupakan insan yang sangat mulia yang perlu diberikan kasih sayang yang lebih kerana nasib mereka yang kurang bernasib baik di usia yang masih muda di antara lingkungan 5 tahun sehingga 16 tahun.

12 LAPORAN AKHIR Peranan dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya di dalam program ini adalah ajk program. Peranan yang agak rumit berikutan dalam penyusunan jadual bagi pelajar-pelajar dalam melaksanakan tugas sepanjang program. Perbincangan demi perbincangan turut diadakan bagi memastikan pergerakan program ini berjalan seperti yang dirancang. Perancangan awal program seperti mana yang telah dibuat di dalam kertas kerja adalah aktiviti di hujung minggu sahaja iaitu membantu anak-anak yatim tersebut mengikut mata pelajaran. Tetapi hasil perbincangan oleh penasihat iaitu Dr Khadijah bersama pengasas rumah anak yatim tersebut, kami telah membuat perancangan yang baru iaitu aktiviti setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula pukul 7 malam hingga 11 malam.

13 LAPORAN AKHIR Berikutan perubahan masa program menyebabkan ajk program terpaksa membuat perancangan dan jadual yang baru. Oleh sebab masa yang dijalankan merupakan masa kuliah, pelajar-pelajar mempunyai banyak komitmen lain seperti kelas malam, perjumpaan program lain, perbincangan kumpulan serta banyak lagi masalah yang dihadapi menyebabkan ajk program perlu mempunyai komunikasi yang baik bagi menyusun jadual pelajar mengikut kesesuaian masa masing-masing. Sebelum program berjalan setiap minggu kami perlu berhubung dengan pelajar bagi menyusun jadual bagi melancarkan program ini. Walaupun program ini mempunyai banyak kekangan dan kesulitan, itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan sebuah program sosial yang mampu membuat anak-anak yatim itu tersenyum. Sebagai ajk program yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran program, Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, saya serta rakan-rakan yang lain mampu berganding bahu bagi memastikan kelancaran program ini sehingga ke penghujungnya.

14 LAPORAN AKHIR Pengalaman dan pembelajaran yang saya dapat daripada program ini adalah menjadi seseorang yang tanggungjawab, kehidupan bersosial serta memupuk kemahiran berkomunikasi. Sesungguhnya kita bertanggungjawab terhadap kesusahan dan penderitaan masyarakat setempat dan tugas kita sebagai masyarakat yang prihatin untuk melakukan lebih banyak kerja- kerja sosial bagi membantu masyarakat yang dalam kesusahan. Kemahiran komunikasi turut dapat dipupuk sepanjang menjalankan program ini apabila saya sebagai ajk program perlu berkomunikasi dengan pelajar bagi menyusun jadual yang bersesuaian. Di samping itu, kemahiran komunikasi ini turut dipupuk apabila bersama anak-anak yatim itu di mana saya perlu berkomunikasi dengan baik semasa bersama mereka menjalankan aktiviti. Saya perlu memastikan cara dan bahasa komunikasi yang betul digunakan semasa bersama mereka supaya tidak menyinggung perasan mereka.

15 LAPORAN AKHIR Akhir sekali, sebagai kesimpulan bagi laporan akhir mengenai Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Al- Kausar, saya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah serta ucapan terima kasih kepada Dr Khadijah di atas bimbingan serta komitmen sepanjang program ini dijalankan. Selain daripada memenuhi keperluan kemahiran insaniah, banyak perkara yang saya dapat sepanjang program ini dijalankan dan bersesuaian dengan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban serta kemahiran komunikasi. Semoga pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang program ini mampu digunakan dalam kehidupan seharian.

16 MAJLIS PENUTUPAN


Download ppt "KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google