Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
RINGKASAN BAB 1 – TING. 5 A). IMPERIALISME – i. Makna
Advertisements

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
DISEDIAKAN: NOR LIANA KASSIM 5 UMMU HABIBAH
Disediakan oleh: Kumpulan 3
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
SEJARAH TINGKATAN 2 KUMPULAN 9.
CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
BAB DUA Dasar Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PENTADBIRAN NEGERI & KERAJAAN TEMPATAN
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Topik 3 Sistem pemerintahan dan pentadbiran (Minggu 7 – Minggu 9)
DISEDIAKAN: NOR LIANA KASSIM 5 UMMU HABIBAH
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA EROPAH
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
WARISAN KESULTANAN MELAYU
PENGENALAN.
GERAKAN PENJAJAHAN.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA PENAMPAN KESELAMATAN BRITISH
Bab 7.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Sejarah Tahun 6 UNIT 10: MALAYSIA DAN DUNIA
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KULIAH 1 SEJARAH AWAL NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
KULIAH 1 SEJARAH AWAL NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
IMPERIALISME BARAT.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
PAS PENGENALAN AM.
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH AWAL NEGARA MELAKA PENJAJAHAN KUASA ASING
KEGEMILANGAN MELAKA.
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN.
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
PEMERINTAHAN BERAJA DINASTI ROMANOV : PERANAN MAHARAJA DI RUSIA DISEDIAKAN DAN DIBENTANGKAN OLEH: SHAHA & AIDA.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Transcript presentasi:

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Imperialisme Barat di Asia Tenggara Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialis Barat Portugal Sepanyol Belanda Britain Perancis Amerika Syarikat

Kekayaan Bahan Mentah Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah serta mempunyai tanah yang subur sesuai dengan pelbagai tanaman Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah

Revolusi Perindustrian Pada kurun ke-15 dan 16, Portugal,Sepanyol dan Belanda ada tujuan untuk mendapatkan barangan mewah seperti teh dan rempah Sejak kurun ke 17, berlaku kepesatan sektor perindustrian dalam kalangan negara-negara Ero[ah yang membolehkan pengeluaran hasil perkilangan yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Penggunaan Kapal Wap Membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat Pembukaan Terusan Suez Memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui benua Afrika Jimat kos, perjalanan selamat

Tugas Menyebarkan Tamadun Perancis berpegang kepada slogan “menyebarkan tamadun” yang bermaksud menjadi tugas bangsa Perancis untuk mentamadunkan orang-orang Timur Mubaligh Kristian juga berpendapat adalah menjadi tugas mereka menyebarkan agama Kristian kepada penduduk setempat yang dijajah mereka

Beban Orang Putih British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan slogan “Beban Orang Putih” dalam menjalankan imperialisme mereka Kedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka lebih maju dan bertamadun jadi adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang lain

Persaingan Kuasa-Kuasa Barat Jika semakin banyak tanah jajahan diperoleh, maka semakin dipandang tinggi dan dihormati Mereka berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar Kewujudan sesebuah kuasa besar sering dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki

Kesan Imperialisme Barat kepada Asia Tenggara Filipina Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil(barangay) yang diperintah oleh golongan datu. Setelah Sepanyol menguasai Filipina, Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi seperti di Mexico

Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina : Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda Maksud Sistem Encomienda : Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan pemerintahnya diketuai encomiendero Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina : menjaga keamanan mengutip cukai mengkristiankan penduduk barangay Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina. mengenakan cukai yang tinggi mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

Indonesia - Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam di Jawa. - Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Ada juga pembesar daerah / bupati (Jawa) - Selepas kedatangan Belanda, Pentadbiran di Indonesia terbahagi kepada dua: Pentadbiran pusat Diketuai oleh Gabenor Jeneral Pentadbiran tempatan Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda

Burma Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Di bawah raja ialah Hluttaw (Majlis diraja) dan Wun (Pegawai tinggi kerajaan), di bawah Hluttaw dan Wun ialah Myothugyi (Ketua Bandar), dibawahnya ialah Ahmudan (Pegawai diraja) dan dibawahnya ialah Athi (Pembesar-pembesar tradisional) Selepas kedatangan British, Hluttaw (Majlis Diraja) telah kehilangan fungsi. Jawatan-jawatan tradisi seperti Wun, Myothugyi, Ahmudan dan Athi dimansuhkan. Sistem undang-undang barat diperkenalkan dan dijadikan undang-undang utama. British memperkenalkan Majlis Perundangan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan jabatan Pelajaran.

Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis : ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China. pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Melaka Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan Apabila Portugis menakluk Melaka, institusi raja di Melaka telah runtuh. Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja ini telah terhapus. Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri selat (NNS). Pemerintah tertinggi dalam NNS ialah Gabenor. Gabenor dibantu olh residen kaunselor Pentadbiran di peringkat kampung pula masih mengekalkan jawatan penghulu. British telah memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerh dan penubuhan balai polis.

Kepentingan mempertahankan negara kita daripada dijajah Mengekalkan pemerintahan negara sendiri Bebas menentukan hala tuju negara mengikut acuan sendiri Melindungi budaya bangsa negara Menjamin kesejahteraan hidup tanpa penindasan Mengekalkan perpaduan antara kaum Mengelakkan sistem politik, ekonomi dan sosial dikuasai oleh penjajah

Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. Rakyat sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada penjajahan Rakyat taat setia kepada raja dan negara Memperkukuh keharmonian dan perpaduan antara kaum Meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran teknologi Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan Pemimpin negara berpandangan jauh dan berwawasan

Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina Union Indochinoise merupakan Persekutuan Indochina Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904 Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.

• Thailand Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand Melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan Penasihat barat digunakan untuk melatih pegawai tempatan Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis Penasihat Amerika dalam jabatan kastam Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Thailand Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn memperkenalkan majlis Penasihat rendah, majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri melantik juruaudit dari Britain pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidikan • memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan raja mutlak pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara Penubuhan Kerajaan Pusat Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan Pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi Pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan Terhapusnya institusi raja Raja kehilangan kuasa

Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain Pengenalan sistem undang-undang Barat Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka

British memperkenalkan sistem kehakiman barat Raja menerima penasihat Barat Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu pembesar tempatan hilang pengaruh pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

SPM 2005 7 (a) Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke 15 hingga awal abad ke 20? (10M) (b) Terangkan kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara. (10M)

SPM 2011 Penjajah Barat telah bertapak di negara kita sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan sebab negara kita dijajah oleh penjajah barat. (8M) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah? (6M) Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. (6M)