Nor Asiah Ismail Jenis ayat.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
STRUKTUR KALIMAT.
Advertisements

Kalimat Berita, Tanya, dan perintah
KALIMAT BAHASA INDONESIA
Pendahuluan Setiap hari kamu menyimak berbagai informasi. Ada yang berupa berita, pertanyaan, ataupun perintah. Informasi tersebut ada yang diungkapkan.
KALIMAT BERITA NEGATIF.
KALIMAT.
Ciri Kebahasaan Teks Prosedur Kompleks
JENIS KALIMAT.
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
KALIMAT BERITA NEGATIF.
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
Ciri Kebahasaan Teks Prosedur Kompleks
Klasifikasi Kalimat Kalimat adalah satuan bahasa yang secara relatif berdiri sendiri, mempunyai intonasi final (kalimat lisan), dan secara aktual ataupun.
TATA KALIMAT BAHASA INDONESIA (SINTAKSIS)
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
KALIMAT Kalimat: rentetan kata yang disusun sesuai kaidah yang berlaku/bagian teks (wacana) yang mengungkapkan pikiran secara utuh.
Ragam Kalimat BAHASA INDONESIA
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
6/19/ :43 AM SUMUR IMPIAN MEMPERSEMBAHKAN TANDA BACA.
Selamat Pagi.
KALIMAT EFEKTIF
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
MODUL SBC TANDA BACA BM 011.
TUGASAN BMM 1064 NAMA PENSYARAH : CIK NOR ASIAH BINTI ISMAIL
Kelompok 2 Rizka Dian Utami Zafril Hakim Nurul Rahayu Ali Lukman Hakim
Setiap ayat terdiri diri daripada dua bahagian a. subjek b. predikat
(ayat inti dan jenis ayat)
E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
PENULISAN MINIT MESYUARAT
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
(ayat inti dan jenis ayat)
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 Sintaksis.
(ayat inti dan jenis ayat)
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
(ayat inti dan jenis ayat)
Maksud Kata Tanya Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Kata Ganti Nama Tanya siapa, apa dan mana digunakan juga sebagai.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT TERGANTUNG ATAU AYAT TAK GRAMATIS
JENIS AYAT.
JENIS-JENIS AYAT NAMA : LAW KOK CHUN.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
Tatabahasa (12) – Kata Sendi Nama
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
MINGGU 12 Sintaksis.
Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat
Tatabahasa (9) Kata Kerja
Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
Transcript presentasi:

Nor Asiah Ismail Jenis ayat

Jenis ayat Ayat penyata Ayat tanya Ayat perintah Ayat seruan

Ayat penyata/ayat berita/ayat keterangan Ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.

Contoh ayat penyata Nadiah jurutaip Dia wartawan. Abdullah sedang tidur. Penjual ikan itu sentasa tersenyum. Guru mengajar murid. Norlia membeli pakaian dari kedai itu. Musa menjadi pegawai polis. Bunga cempaka itu wangi. Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

Ayat tanya Ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Terbahagi dua (berdasarkan anda suara dan penggunaan perkataan tertentu) iaitu: Ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat tanya dengan unsur tanya.

Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat yang lazim diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Lambang nada tanya ialah (?) Contoh: Encik zulkifli pengurus syarikat itu? Puan Mariam guru sekolah? Adik masih menangis? Dia terperanjat? Emak membasuh kain?

Ayat tanya tanpa kata tanya Boleh disertai partikel tanya –kah yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judl ayat. Lisan partikel –kah biasanya diletakkan pada hujung ayat. Contoh: Dia ke sekolah? Dia ke sekolahkah?

Contoh partikel ..kah dalam ayat tanya tanpa kata tanya Mereka berlepas pagi tadi? Mereka berlepas pagi tadikah? Aayt hendak membaca akhbar sekarang juga? Ayah hendak membaca akhbar sekarang jugakah? Istana raja itu cantik? Istana raja itu cantikkah? Minggu lalu kamu ke Melaka? Minggu lalu kamu ke Melakakah?

Contoh bagi ayat tanya berubah konstuen Konstituen yang dijudulkan + -kah Subjek Unsur predikat lain Ke sekolahkah Dia? Pagi tadikah mereka Berlepas? Sekarang jugakah Hendak membaca akhbar? Cantikkah Istana raja itu? Ke Melakakah kamu Minggu lalu?

Huraiannya… Ayat-ayat yang mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya. Subjek tidak boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel –kah.

Subjek pendepanan dengan partikel –kah dalam ayat songsang Contohnya: Encik Alikah guru itu? (Guru itu Encik Ali) Orang muda itukah pengurusnya? (Pengurusnya orang muda itu) Mariamkah ibunya? (Ibunya Mariam)

Kata hubung yang mengalami pendepanan dengan partikel-kah. Contohnya: Diakah yang ke sekolah? Merekakah yang berlepas pagi tadi? Istana raja itukah yang cantik?

Ayat songsang hasil daripada proses pendepanan predikat Yang ke sekolah dia. Yang terlepas pagi tadi mereka. Yang cantik istana raja itu.

Ayat-ayat pasif tanpa kata tanya Surat itu ditulis oleh Ahmad. Surat itu ditulis oleh Ahmad? Ditulis oleh Ahmadkah surat itu? Yang ditulis oleh Ahmad surat itu. Surat itukah yang ditulis oleh Ahmad? Yang ditulis oleh Ahmadkah surat itu?

…boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak, atau bukan seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Encik Zulkifli pengurus syaratikat itu? Ya, Encik Zulkifli pengurus syarikat itu. Puan Mariam guru sekolah? Bukan, Puan mariam bukan guru sekolah. Adikkah yang menangis? Ya, adiklah yang menangis.

Ayat tanya dengan unsur tanya Ialah ayat tanya yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Terbahagi kepada tiga: 1. Ayat tanya dengan kata tanya. 2. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. 3. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.

Ayat tanya dengan kata tanya Ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa Contoh: Harga barang ini berapa? Keadaan ayahnya sesudah pemebdahan bagaimana? Hari perkahwinannya bila? Adiknya tidak mahu pegi mengapa? Awak datang lambat kenapa?

Proses pendepanan Berapa harga barang ini? Bagaimana keadaan keadaan ayahnya sesudah pembedahan? Bila hari perkahwinannya? Mengapa adiknya tidak mahu pergi? Kenapa wak datang lambat?

Bentuk bahasa lisan perlu menerima partikel -kah Berapakah harga barang ini? Bagaimanakah keadaan ayahnya sesusah pembedahan? Bilakah hari perkahwinannya? Mengapakah adiknya tidak mahu pergi? Kenapakah awak datang lambat?

Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya Mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat seperti berikut: Benda itu apa? Gurunya siapa? Adik awak mana?

Proses pendepanan predikat Apa benda itu? Siapa gurunya? Mana adik awak?

Bentuk bahasa tulisan menerima partikel -kah Apakah benda itu? Siapakah gurunya? Manakah adik awak?

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dalam ayat pasif Apakah yang kamu buat? Siapakah yang patut saya temui? Manakah yang dipilih olehnya?

Ayat tanay dengan frasa sendi nama tanya Didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa Frasa sendi nama tanya hadir dalam predikat Contoh: Tuan tinggal di mana? Mereka datang dari mana? Ali hendak ke mana? Penyakit ini merebak sejak bila?

Proses pendepanan predikat dengan partikel -kah Di manakah tuan tinggal? Dari amanakah mereka datang? Ke manakah Ali hendak pergi? Sejak bilakah penyakit itu merebak?sampai bilakah Ali boleh memegang jawatan itu? Dengan siapakah anak Encik Ali berkahwin?

Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup Dilihat dari segi jawapan Aayt tanya tertutup ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan Aayt tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi sebaliknya ebrgantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya.

Contoh ayat tanya tertutup Encik Zulkifli pengurunya? Ya, Encik zulkifli pengurusnya. Kuruskah Puan Mariam? Tidak, Puan Mariam tidak kurus. Menangiskah adik? Tidak, adik tidak menangis.

Ayat tanya terbuka Apakah benda itu? Benda itu komputer telapak. Gurunya siapa? Gurunya Encik Tan. Dari manakah mereka datang? Mereka datang dari Brunei. Bikalah kita hendak bertolak ke Sabah? Kita hendak bertolak ke Sabah pada ahri esok.

Ayat perintah Digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua (awak, kamu, engkau) yang biasanya digugurkan.

Jenis ayat perintah Ayat suruhan Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaan

Ayat suruhan Ayat yang digunakan untuk memberi perintah atau larangan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua (awak, kamu, engkau) Untuk tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan

Contoh ayat suruhan Keluar dari bilik ini! Pergi dari sini! Jaga barang-barang ini. Awak siapkan kerja itu sekarang. Engkau tunggu dia di sini. Pujuk budak yang menangis itu.

Ayat suruhan… Boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat. Sperti konstituen yang menerima –kah, konstituen yang menerima –lah juga mengalami proses pendepanan. Contohnya: Keluarlah dari bilik ini! Pergilah dari sini!

Ayat suruhan… Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN-, awalan itu digugurkan. Contohnya: Pergi dari sini! Jaga barang-barang ini. Awak siapkan kerja itu sekarang. Engkau tunggu di di sini. Pujuk budak yang menangis itu.

Ayat suruhan… Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalam, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu. Menjeritlah sekuat-kuatnya. Berdermalah kepada anak-anak yatim. Mengucaplah banyak-banyak. Berangkatlah dengan segera. Bersiaplah untuk bertolak sekarang juga.

Ayat larangan Ayat yang menggunakan kata alrangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh: Jangan ambil jarta orang. Kamu jangan beritahu dia. Usah kaupedulikan dia. Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu. Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi. Awak tak usah datang lagi.

Ayat larangan… Partikel –lah dapat melembutkan ayat larangan. Contohnya: Janganlah ambil harta orang. Kamu janganlah beritahu dia. Usahlah kaupedulikan dia. Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu. Tak usahlah kauambil tahu akan hal aku lagi. Awak tak usahlah datang lagi.

Ayat larangan… Ayat larangan yang bersifat umum dan tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel –lah Contohnya: Dilarang merokok. Ditegah berludah di sini.

Ayat silaan Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja unutk menjemput atau mempersilakan seseorang. Kata silaan digunakan pada permulaan ayat. Contohnya: Sila datang ke rumah saya. Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Sila serahkan borang ke pejabat Jemput datang ke majlis sukan hari ini. Jemput minum the yang terhidang itu. Jemput masuk. Jemput naik.

Ayat silaan… Ayat silaan juga boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas –lah. Contohnya: Silalah datang ke rumah saya. Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Silalah serahkan borang ke pejabatan.jemputlah datang ke majlis sukan hari ini. Jemputlah minum teh yang terhidang itu. Jemputlah masuk. Jemputlah naik.

Ayat permintaan Menggunakan akta permintaan, seperti minta dan tolong untuk memohon permintaan dan pertolongan. Contoh: Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. Minta tuan benarkan kami masuk. Minta kamu semua bertenang. Tolong tutup pintu itu. Tolong selesaikan pergaduhan itu. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.

Ayat permintaan… Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengeritan yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis larangan. Ayat berikut tidak dianggap betul (salah): Sila jangan merokok. X Jangan merokok. / Tolong jangan ambil. X Jangan ambil. / Minta jangan berludah. X jangan berludah. /

Ayat larangan… Boleh dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Harap jangan merokok. Harap jangan ambil. Harap jangan berludah.

Ayat seruan Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan, sperti taku, marah, takjub, geram, sakit dll. Intonasi seruan digambarkan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat. Kata seru yang biasa digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dll

Contoh ayat seruan Ibu! Anakku! Comelnya! Oh, Tuhanku! Amboi, garangnya! Wah, besarnya kereta abang! Cis, terimalah tikamanku! Eh, ali rupanya yang datang! Nah, ambillah wang ini! Aduh, bisanya! Syabas, engkau telah menang!

Terima kasih