NAMA : MUHAMMAD SHAHIR TAJUK : BIOTEKNOLOGI ULBS BAHASA MELAYU NAMA : MUHAMMAD SHAHIR TAJUK : BIOTEKNOLOGI
APAKAH ITU BIOTEKNOLOGI? Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi untuk memanipulasikan organisme hidup bagi tujuan : Menghasilkan atau mengubah suai sesuatu produk biologi Meningkatkan mutu hasil penternakan atau tanaman Membangunkan pengunaan mikroorganisme dalam sesuatu tujuan yang khusus
PENGENALAN Terdapat dua cabang utama dalam bioteknologi iaitu tradisional dan moden. Contoh-contoh proses tradisional ialah pembuatan baja organik serta kimia, agen biokawalan, sel serta kultur tisu. Bioteknologi moden pula melibatkan kombinasi kejuruteraan diagnostik dan teknologi vaksin genetik seperti genomik, bioinformatik, tranformasi molekul dan pembiakan. Hampir semua penyakit boleh dirawat menggunakan teknologi ini.
INDUSTRI PERTANIAN Dalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan generasi baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu justeru, dengan menggunakan bioteknologi masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan. Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : > Buah yang besar > Buah tanpa biji > Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak > Tumbuhan yang lebih kiuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.
Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ? Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat mencacatkan penghasilan pembentukan biji benih. Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak. Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik dalam kalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani.
INDUSTRI TERNAKAN Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan. Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia
Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya : > Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak > Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di bervitamin > Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.
INDUSTRI PERUBATAN Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia. Hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam. Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.
Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang kala memerlukan darah simpanan untuk menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh diatasi dengan mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita akibat pertumbuhan sel mutasi boleh menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era bioteknologi.
CONTOH HARIAN BIOTEKNOLOGI Baju hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya. Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya datang dari pokok kacang soya transgenik. Penghasilan tapai dan air tuak. Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.
Peluang Kerjaya dalam Bioteknologi
TAMAT