Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Advertisements

KPS 5042 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
PERANG DUNIA PERTAMA.
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA.
PATRIOTISME DAN NASIONALISME
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PROSES POLITIK MINGGU 2 BY MKAA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
SEJARAH TINGKATAN 3 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
2.4.2 Perjuangan Tokoh UMNO Tokoh-tokoh UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949 Antaranya:-
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
MALAYSIA YANG BERDAULAT
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Manusia dan Masyarakat Di Zaman Khulafa’ Rashidin
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA EROPAH
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
kaum ke arah kemerdekaan
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Bab 7.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
NEGARA DAN KENEGARAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA OBJEKTIF
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
BAB 4 NASIONALISME.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
IMPERIALISME BARAT.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Malaysia yang berdaulat
MALAYSIA YANG BERDAULAT
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
NEGARA DAN KENEGARAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA OBJEKTIF
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
NEGARA DAN KENEGARAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA OBJEKTIF
SEJARAH AWAL NEGARA MELAKA PENJAJAHAN KUASA ASING
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
Disediakan oleh : Pn. Anita Paramasvaran SMK SERI MUTIARA, CHERAS.K.L
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Transcript presentasi:

Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa Merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam Pendorong gerakan : Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi & Dr. Burhanuddin al-Helmy(Kaum Muda) Akhbar & majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah : al-Imam, Neracha, Idaran Zaman & Pengasuh

Tokoh Gerakan Islah

Isu dan perjuangan Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia Gesaan supaya orang Melayu dapat memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu Mengkritik raja & pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu

Pertentangan Antara Kaum Muda Dengan Kaum Tua Gerakan ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada alim ulama Golongan ini telah menguasai masyarakat dengan fahaman mereka iaitu: Islam adalah tentang akhirat Penekanan terhadap fardu ain sahaja Kesannya ialah Kaum Muda amat sukar untuk mempengaruhi masyarakat Melayu

Tekanan ke atas Kaum Muda Hanya dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja Ini kerana undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu bagi menghalang pengaruh mereka Tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut

Kejayaan Kaum Muda Menubuhkan beberapa buah madrasah Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat spt fardu ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan

Akhbar, Majalah dan Novel: Penggerak Kesedaran Kebangsaan Penulis akhbar yang terkenal: Zainal Abidin Ahmad(1920-an) Onn bin Jaafar dan Abdul Rahim Kajai(1930-an) Akhbar yang terkenal: Warta Malaya Lembaga Malaya Majlis Utusan Melayu Warta Negara Fajar Sarawak

PEJUANG MELALUI PENULISAN

Tulisan penulis-penulis tersebut telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu Mengkritik dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu Persoalan tentang sosial @ pendidikan, ekonomi dan politik yang dibangkitkan oleh akhbar secara menyeluruh tahun 1930-an bertujuan untuk menyedarkan & memajukan orang Melayu

Akhbar Dan Isu Yang dibangkitkan Sosial/pendidikan Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu(pertukangan & kerja tangan) Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi

Sosial/pendidikan Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat

Ekonomi Menggalakkan syarikat kerjasama Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu Melarang orang Melayu menjual tanah Menyeru orang Melayu berjimat cermat Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur

Politik Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat) Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

Majalah Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana & puisi yang disiarkan Sehingga tahun 1940-an – terdapat 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan & orang asing Antara majalah terkenal : Majalah Guru(1924), Pengasuh(1918) dan Bulan Melayu(1930)

Majalah Dan Isu Yang Dibangkitkan Majalah Guru Pengarangnya: Muhamad Dato’ Muda Linggi Yusuf Ahmad Mohd Sidin Rashid Pendidikan anak-anak Melayu Menyeru perpaduan orang Melayu Meniupkan semangat cinta akan negara Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa & sastera Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa

Majalah Dan Isu Yang Dibangkitkan Pengasuh Pengarangnya: Dato’ Nik Mohamad Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu Memperluas ilmu dalam semua bidang Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Majalah Dan Isu Yang Dibangkitkan Bulan Melayu Pengarangnya: Zainon Sulaiman Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa

Novel Menyumbang kepada perkembangan semangat nasionalisme Penulisan bermula awal abad ke-20 menjadi rancak tahun 1930-an Sikap menentang penjajah dituntut untuk membela maruah bangsa Wanita digalakkan mempunyai sikap positif untuk memajukan diri & membangunkan bangsa Mesej-mesej tersebut terdapat dalam novel : Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila & Melor Kuala Lumpur

Novel dan Isu Yang Dibangkitkan Tema semangat kebangsaan Keris Melaka Pengarang: Ahmad Bakhtiar Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Novel dan Isu Yang Dibangkitkan Tema semangat kebangsaan Anak Mat Lela Gila Pengarang: Ishak Haji Muhammad Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan Menghargai warisan bangsa sendiri Mencintai tanah air Menolak kesenangan demi maruah bangsa

Novel dan Isu Yang Dibangkitkan Tema semangat kebangsaan Putera Gunung Tahan Pengarang: Ishak Haji Muhammad Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa Mencintai tanah air Berasa bangga dengan kebolehan sendiri Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa

Novel dan Isu Yang Dibangkitkan Tema semangat kebangsaan Melor Kuala Lumpur Pengarang: Harun Aminurrashid Emansipasi @ kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa

Kesimpulan Peranan akhbar, majalah & novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu amat jelas Isu-isu berkaitan sosial, ekonomi & politik yang disiarkan menyebabkan pembaca mendapat idea baru & pendedahan tentang gerakan nasionalisme di luar & di dalam negara Mereka dapat membandingkan & menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu. Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda

Kesatuan Melayu Singapura(KMS) Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura Pengasasnya(mendapat pendidikan Inggeris) – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh Bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura Peranan Mohammad Eunos Abdullah : Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat(mewakili orang Melayu) Kejayaan beliau –kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British, memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura. Kesannya – mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an

Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM) Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A Tujuan penubuhan: Menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan & bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu

Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938) Objektif penubuhan- untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan & perkhidmatan kerajaan Dengan ini, perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan

Sarawak Persatuan Melayu Miri(1936) Persatuan Melayu Sarawak(1939)- diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.Tujuan Penubuhannya: Mengeratkan perpaduan Melayu Menggalakkan pendidikan Menjaga budaya & maruah bangsa Menegakkan ajaran Islam Kesannya : mendapat sambutan orang Melayu Sarawak (di Kuching)

Kesedaran berpersatuan tidak menonjol Sabah Kesedaran berpersatuan tidak menonjol Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena iaitu di Jesselton(Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau Aktiviti mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan sekolah Melayu Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah

Kesatuan Melayu Muda(KMM) Ditubuhkan pada tahun 1939 Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob(wartawan akhbar Majlis) Objektif: Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu Wbp tujuan penubuhan KMM ialah lebih bersifat politik KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu

Ibrahim Haji Yaakob

Tindakan Ibrahim Haji Yaakob: Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British Kesannya : Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan 150 orang penyokong KMM ditangkap British akhir tahun 1941 & dipenjarakan di Changi, Singapura

Kongres Melayu Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi masalah sosiekonomi & politik Orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian Kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun Semangat kebangsaan berlaku kesan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun Dasar Jepun: Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan nilai budaya Jepun diperkenalkan Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu. Kebebasan hanya diberi kepada pertubuhan yang menyokongnya & yang bergerak di bawah pengawasan Jepun Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun

Akibat tekanan Jepun – gerakan menentang Jepun telah berlaku Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People’s Anti-japanese Army(MPAJA) untuk menentang Jepun dan disokong oleh British(memberikan bantuan senjata) & bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun Pasukan Bintang Tiga ditubuhkan(keahliannya – Melayu, Cina dan India) Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang Anggotanya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun

Ibrahim Yaakob meminta Jepun Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun yang bersesuaian dengan matlamat asal KMM iaitu menubuhkan Melayu Raya @ Indonesia Raya Melayu Raya@ Indonesia Raya Slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu sahaja Menghidupkan empayar Melayu seperti Majapahit atau Melaka Idea ini dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Abdul Hadi Hassan, pensyarah Ilmu Tarawikh di MPSI

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) ditubuhkan sebagai badan yang akan melaksanakan Melayu Raya Kongres Pemuda KRIS di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia Walaupun Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945, tetapi kerana kekalahan Jepun secara mengejut, Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 15 Ogos 1945 Persidangan KRIS di Kuala Lumpur dibatalkan Ibrahim Yaakob, isterinya & orang kanannya berlindung di Indonesia Usaha pembentukan Melayu Raya @ Indonesia Raya gagal September 1945, British kembali menguasai Tanah Melayu

RUMUSAN Sistem pendidikan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang tempatan. Mereka mula terdedah kepada idea dan pandangan baru Pengaruh kebangkitan Islam di Asia Barat dan kegiatan nasionalisme di negara-negara sekitar Tanah Melayu turut menyedarkan orang tempatan untuk bangkit menentang penjajahan Akhbar, majalah dan novel telah menjadi alat penyebaran idea kebangsaan kepada seluruh masyarakat

Kemunculan dan persatuan negeri serta badan sosial dan sastera telah menyebabkan kegiatan nasionalisme menjadi lebih teratur dan mempunyai objektif yang jelas. Pendudukan Jepun telah melahirkan semangat menentang penjajah melalui gerakan bawah tanah. Semua kegiatan nasionalisme berfokus pada matlamat orang Melayu untuk membebaskan diri daripada tekanan penjajahan. Generasi baru perlu mempunyai semangat tersebut.