BAHASA MELAYU MOHD SUFRI YAKUP PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 5/2011 IPG KAMPUS RAJANG SARAWAK
PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN Pada amnya terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan untuk menyampaikan pelajaran membaca : (i)-Pendekatan Membina (Sintesis) (ii)-Pendekatan Cerakinan (Analisis) Pendekatan Membina Cara yang bersandarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Contoh ayat: Nina ada baju merah. Langkah-langkah yang digunakan: Perkenalkan huruf (a, b ,d ,I ,j ,h ,r , u , m ,n ) Perkenalkan suku kata (ba , ni , na , ju, rah, me, da) Perkenalkan perkataan (baju, Nina, ada, merah) Perkenalkan rangkai kata (baju merah, Nina ada Perkenalkan ayat ( Nina ada baju merah) Pada keseluruhannya, kaedah ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata
(ii) Pendekatan cerakinan Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara sintesis Menggunakan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘ Nina ada baju baru’ Langkah-langkah yang digunakan :
Perkenalkan ayat (Nina ada baju baru) Perkenalkan rangkai kata ( Nina ada, baju baru) Perkenalkan perkataan ( Nina, ada, baju, baru) Perkenalkan suku kata (ni, na, da, ba, ju, ru, a) Perkenalkan huruf (n, I, a, d, j, r, u)
Pada keseluruhanya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Namun begitu, telah terbit satu cara yang lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Caraa ini ialah cara elektrik atau lebih dikenali dengan nama cara campuran
Pendekatan elektrik Cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu cara membina dan cara cerakinan Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata. Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.
Kelebihan Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-murid dalam pelajaran membaca dan mengikut situasi Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai dengan fonem bahasa Malaysia Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru supaya dapat menghapuskan konflik pendapat.
Cara mengajar Tujuannya ialah untuk membolehkan muri-murid membaca ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memehami isinya. Bentuk huruf : huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya : -a-ayam p-payung i-ikan Bentuk bahasa Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya: Ba-bakul, bawang, barang Menggunakan gambar Alat mengajar : kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya boleh digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.
PENDEKATAN BERFORMATKAN KBSR Ada 4 pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah Pendekatan A -kaedah campuran yang memberatkan bentuk Cerakinan -kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal -dalam pengenalan huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.
-Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut : Tunjukkan gambar : gambar baju Tunjukkan kad perkataan :baju Tunjukkan kad suku kata : ba ju Gandingkan kad suku kata : ba ju Bunyi huruf : b (beh) a (a) j (jeh) u(u) Bunyi suku kata : ba ba ju ju g) Membaca perkataan : baju
2) Pendekatan B -berasakan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. -peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan, iaitu /m/ dan /s/. -tujuannya adalah untuk menarik minat murid murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. -pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
Perkenalkan huruf fonik : k Sebut bunyi huruf : k k k k k Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk membentuk suku kata :ka ka ka Suku kata tertutup : kak kak kak Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka..kak Membaca perkataan : kakak Membaca ayat : ini kakak
3) Pendekatan C -biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi kata. -ia berdasarkan perkara-perkara berikut: Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik Suku katanya adalah jelas dan mudah Perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid -pendekatan C boleh dilaksanaka mengikut langkah-langkah yang berikut :
Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k, m Mengabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki, ku +ku =kuku Membaca ayat : kaki ku, kuku kaki, kuku kakiku
-berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu Pendekatan D -berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi Besar. -menggunakan kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah su Kata. -boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut: Tunjukkan gambar : Namakan huruf tunggal : b a j u Perkenalkan kad suku kata : ba ju Perkenalkan kad perkataan : baju Membaca ayat : itu baju ini baju