SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
panduan pelaksanaan program guru pengganti terancang negeri johor 2012 Kc 02(a) panduan pelaksanaan program guru pengganti terancang negeri johor 2012
DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG KERTAS CADANGAN MESYUARAT KSPPD BIL 2/2012 DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG tajuk panduan pelaksanaan program guru pengganti terancang negeri johor 2012 KRA /KPI jpn johor MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI YANG DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN GLOBAL dikemukakan oleh SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK tujuan MENINGKATKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI SAMPING MEMASTIKAN HAK MURID MELALUI PROSES PEMBELAJARAN DIPEROEH SECARA MAKSIMUM KETIKA BERADA DI SEKOLAH.
DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG KERTAS CADANGAN MESYUARAT KSPPD BIL 2/2012 DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG latar belakang ISU PERGERAKAN GURU KELUAR SEMASA BERTUGAS DISEBABKAN KEPEPENTINGAN PERKHIDMATAN, KEWAJIBAN, TANGGUNGJAWAB, HAL-HAL PERIBADI SEPERTI CUTI, KHIDMAT SOSIAL. TERDAPAT JUGA KES DI MANA GURU HADIR TETAPI TIDAK BERLAKU PdP, DISEBABKAN KOMITMEN LAIN DAN SEBAGAINYA, SUDAH MENJADI FENOMENA BIASA SEJAK DAHULU LAGI YANG MEMERLUKAN SATU KAEDAH PENYELESAIAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF UNTUK MEMASTIKAN ANAK DIDIDK DI BILIK DARJAH MEMPEROLEH HAK YANG SEPATUTNYA.
DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG KERTAS CADANGAN MESYUARAT KSPPD BIL 2/2012 DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG impak MURID MENDAPAT HAK BELAJAR YANG SEPATUTNYA, PENGURUSAN GURU PENGANTI DAPAT DIURUSKAN DENGAN LEBIH SEMPURNA DAN LANCAR SERTA GURU YANG DIGANTI DAPAT MENYEDIAKAN TUGASAN UNTUK MURID DENGAN LEBIH SEMPURNA. penutup PROGRAM GURU PENGGANTI TERANCANG AMAT PERLU DILAKSANAKAN WALAUPUN PROSES MENYEDIAKAN GURU PENGGANTI INI AGAK KEMAS DAN BERJALAN LANCAR TETAPI KADANGKALA TERDAPAT BEBERAPA PERKARA PERLU DILIHAT TERUTAMANYA KESEDIAAN GURU PENGANTI DAN KUALITI MASA PEMBELAJARAN.
LATARBELAKANG Isu pergerakan guru keluar semasa bertugas disebabkan kepentingan perkhidmatan,kewajiban, tanggungjawab, hal-hal peribadi seperti cuti, khidmat sosial dan terdapat juga kes di mana guru hadir. Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara ini dan ada ketikanya sangat bersimpati kepada pihak pengurusan sekolah ( Pengetua dan Guru besar) apabila bilangan guru yang keluar pada satu-satu masa bertugas di luar jangkaan
Kementerian Pelajaran Malaysia memberi beberapa panduan untuk menguruskan keadaan ini seperti yang terdapat di dalam SPI Bil 10/1995 ( Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sekolah Rendah dan Menengah) khususnya perkara VII dan Standard Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru pengganti.
Isu murid di dalam kelas tetapi tiada PdP Cuti Sakit Kursus Mesyuarat Cuti Bersalin Aktiviti KoKu Aktiviti Luar Aktiviti Sosial/Kemasyarakatan Kes-Kes Kecemasan Guru Ganti Tidak Mengajar
perlu dilihat kesediaan guru pengganti dan kualiti masa pembelajaran. RASIONAL Program Guru Pengganti Terancang amat perlu dilaksanakan walaupun proses menyediakan guru pengganti ini agak kemas dan berjalan lancar tetapi perlu dilihat kesediaan guru pengganti dan kualiti masa pembelajaran.
Kebiasaannya; 1. Guru pengganti terlewat masuk ke kelas dan keluar awal, sekadar menjenguk dan kemungkinan tidak masuk kelas 2. Berlaku pembaziran waktu sekiranya guru pengganti kurang kreatif 3. Membebankan guru pengganti 4. Sukatan pelajaran akan terganggu
MATLAMAT Meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di samping memastikan hak murid melalui proses pembelajaran diperoleh secara maksimum ketika berada di sekolah.
OBJEKTIF Mewujudkan perasaan sayang dan bertanggungjawab kepada murid dan masa yang ada, sama ada kepada guru yang diganti mahupun kepada guru pengganti. Guru yang diganti dapat menyediakan tugasan untuk murid dengan lebih sempurna. Guru pengganti tidak terasa terbeban.
OBJEKTIF Murid mendapat hak belajar yang sepatutnya. Pengurusan guru pengganti dapat diuruskan dengan lebih sempurna dan lancar. Mengatasi masalah salah laku displin. Menggalakkan kreativiti dan inovasi guru terutama dalam pembelajaran dan pengajaran.
STRATEGI PELAKSANAAN PRA SEMASA PASCA
Pra pelaksanaan: Panitia berbincang dan menyediakan modul atau rakaman dan diletakkan di dalam setiap kelas atau diuruskan oleh Ketua Bidang/Guru Kanan Mata pelajaran. Guru mata pelajaran menyediakan bahan/modul sendiri dan menyerahkan kepada Ketua Bidang/Guru Kanan Mata pelajaran atau Guru Penolong Kanan Kurikulum sebelum meninggalkan sekolah untuk tujuan-tujuan tertentu. Semua guru perlu menyediakan bahan umum untuk kes-kes kecemasan dan perlu diserah kepada Ketua Bidang/Guru Kanan Mata Pelajaran atau Panitia masing-masing.
4. Guru media perlu membuat rakaman-rakaman ilmiah melalui tv pendidikan atau sumber-sumber lain dan disimpan dengan baik. Bahan rakaman ini sangat penting terutamanya ketika ketiadaan guru melebihi kelas yang ada 5. Menyediakan bahan bacaan asas terutama untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang secukupnya dan diletakkan di dalam kelas sebagai alternatif dan secara tidak langsung boleh memantapkan lagi program NILAM 6. Semua bentuk bahan, modul atau rakaman perlu dirancang, disedia dan diuruskan di awal tahun atau sebelum pergerakan seseorang guru dan setiap pergerakan hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah.
Semasa Pelaksanaan. 1. Guru yang diganti perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian(RPH) untuk setiap hari yang diganti, Tidak termasuk Guru cuti bersalin atau bertugas luar atau bercuti dalam jangka masa yang panjang – berbincang dengan pengurus sekolah) dan menyediakan bahan/maklumat yang berkaitan untuk guru pengganti. 2. Jadual atau slip guru pengganti boleh menggunakan borang PK02(SPSK) dan perlu ditampal ke dalam buku rekod pengajaran guru pengganti mengikut hari yang berkenaan. Setelah guru pengganti menerima slip guru ganti, beliau perlu terus merujuk kepada Ketua Bidang/Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan Kurikulum untuk mendapatkan bahan untuk murid.
3. “Tukar ganti waktu” secara “Suka sama suka” adalah dibenarkan untuk mengatasi guru tidak hadir dan perkara ini bersesuaian dengan SPI Bil 10/1995(merujuk kepada perkara VII) 4. Bagi kes-kes tertentu, murid dikumpul di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk di adakan aktiviti pembelajaran secara bengkel dan diawasi oleh beberapa guru atau diadakan tayangan dari bahan rakaman ilmiah yang telah tersedia dirakam oleh guru media.
Selepas/pasca pelaksanaan: 1. Menyediakan borang maklum balas atau borang dapatan semasa relief dijalankan dan memulangkan kepada guru yang diganti untuk tindakan lanjut. 2. Tugasan atau latihan yang diberi kepada murid perlu disemak dan diperiksa oleh guru yang diganti.
PEMANTAUAN 1. Pemantauan pelaksanaan Guru Pengganti Terancang akan dijalankan oleh Pengetua Guru besar/ Ketua Bidang/ Guru Kanan Mata pelajaran/ Guru Kanan Kurikulum/ Guru Kanan Hem/ GPK1/GPK HEM/ Guru Kanan Sidang Petang atau Penyelia Petang 2. Pemantauan Program dijalankan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Sekian Terima Kasih