Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Perkhidmatan Kesihatan Sekolah"— Transcript presentasi:

1 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

2 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
merangkumi: Penjagaan kesihatan Pemakanan Promosi kesihatan Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh: Doktor perubatan dan pergigian Jururawat Guru-guru

3 Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah: Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan

4 Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (sambungan)
Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif. Mengawal penyakit yang berjangkit. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak- kanak ketika di sekolah. Memberikan perhatian kepada kanak- kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

5 Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

6 Carta organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Malaysia
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH Carta organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Malaysia Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

7 PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada: Doktor (Ketua pasukan) -1 Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih -1 Penolong Jururawat -2 Atendan -1 Pemandu -1 Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut: Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius. Mencegah dan mengawal penyakit. Memberi khidmat pertolongan cemas. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

8 AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah: Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah; Rawatan, rujukan dan tindak susul; Imunisasi; Pendidikan Kesihatan; Kaunseling; dan Rekod dan laporan.

9 AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Penilaian Status Kesihatan Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Rujukan dan Tindakan Susulan Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi: - pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk, - tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk.

10 AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Khidmat Kaunseling Sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih. Pemakanan Aktiviti pemakanan meliputi: - Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. - Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain. Pertolongan Cemas Sekolah perlu menyediakan seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan Bilik khas kesihatan ('sick-bay')

11 AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Pendidikan Kesihatan Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi: - Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. - Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah. - Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Aktiviti-aktiviti meliputi pendaftaran dan penempatan, diagnosis dan pengesahan dan rujukan kes untuk program pemulihan

12 PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN TATACARA
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan menjalankan lawatan ulangan bagi murid-murid sekurang-kurangnya sekali setahun. Perkhidmatan yang diberikan akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak pra sekolah, Darjah 1, Darjah 6, Ting. 3 dan Ting. 5. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain juga akan diperiksa pada masa lawatan. Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan murid- murid di sesebuah sekolah.

13 AKTIVITI LAWATAN PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH
Lawatan Pertama - Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian - Berat badan dan ukuran tinggi - Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran - Pemeriksaan Perubatan - Imunisasi - Rawatan Khas Lawatan Ulangan - Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi: a. Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan pertama. b. Kes-kes tindakan susulan. c. Kes-kes rujukan. - Rawatan Cacing

14 SEKIAN, TERIMA KASIH


Download ppt "Perkhidmatan Kesihatan Sekolah"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google