Kecemerlangan dan Kemerosotoan Kerajaan Banu Umayyah Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 1/Bab 2) Kecemerlangan dan Kemerosotoan Kerajaan Banu Umayyah
OBJEKTIF BAB 2 Memberi penjelasan tentang perkembangan yang berlaku pada zaman Banu Umayyah. Menganalisa faktor kecemerlangan dan kemerosotan yang dicapai oleh Banu Umayyah. Merungkaikan sebab kemunculan permasalahan dalam pentadbiran Banu Umayyah. Bab 2 / 2
KECEMERLANGAN BANU UMAYYAH Tempoh pemerintahan 40-132H. BU diperintah oleh 14 Khalifah. Kecemerlangan bermula bila Mu’awiyah mula pegang tampuk pemerintahan secara bay‘ah. Beliau memberi tumpuan kepada usaha untuk memantapkan pembangunan negara. Beliau berhadapan pihak Byzantium dengan tingkatkan tentera darat dan armada laut BU. Beliau berjaya tawan beberapa negara dan pulau di pinggiran Laut Tengah. Wilayah lain turut diterokai spt AU, Andalus dan negara Asia Tengah, serta wilayah India. Bab 2 / 3
KECEMERLANGAN BU (samb.) Mu’awiyah turut disokong oleh tokoh terkenal: ‘Abd Allah b. ‘Abbas, ‘Abd Allah b. ‘Umar, ‘Abd Allah b. al-Zubayr dan Abu Ayyub al-Ansari. Zaman gemilang ini terencat pada era Yazid dan Mu’awiyah II. Ini kerana muncul masalah dalaman BU. Era ‘Abd al-Malik dan al-Walid dianggap juga sebagai zaman gemilang. Mrk dapat kembalikan keagungan BU. Begitu juga zaman ‘Umar dan Hisham. Bab 2 / 4
DIMENSI KECEMERLANGAN BU Melibatkan sektor politik, ekonomi dan kebudayaan. Banu Umayyah menukar sistem de jure kepada de facto. Monarki ditunjang, shura dipinggirkan. Mu’awiyah dapat mewujudkan armada laut Banu Umayyah yang gagah. Usaha pemantapan politik digiatkan seperti penubuhan dawawin yang bersifat eksklusif. Usaha memperbaiki saliran air berjaya meningkatkan hasil pertanian. Bab 2 / 5
DIMENSI (sambungan) Hasil pertanian yang meningkat turut memantapkan perkembangan ekonomi. Sektor pendidikan juga berkembang pesat. Bbrp institusi pengajian muncul di Makkah, Madinah, Dimashq, Fustat, Basrah dan Kufah. Pelbagai ilmu berkembang pesat seperti sejarah, geografi, bahasa, mantiq dan ilmu-ilmu keislaman. Beberapa seni bina Banu Umayyah kekal dalam sejarah dan tamadun Islam seperti mimbar, menara dan bilik imam. Qubbat al-Sakhra’ & Masjid Umawi. Bab 2 / 6
KEMEROSOTAN BANU UMAYYAH Faktor cuaca Banjir besar, kemarau panjang, gempa bumi dan ribut pasir. Berada di luar kemampuan manusia. Faktor manusia Silap rancang strategi. Kegawatan politik. Kegawatan ekonomi dan budaya. Ini membawa kepada kehancuran Banu Umayyah di masa hadapan. Beberapa kesilapan didapati berlaku dlm BU. Bab 2 / 7
KEMEROSOTAN BANU UMAYYAH Faktor kesilapan BU: Pengabaian aspek keadilan. Penghakisan hak asasi manusia. Penyalahgunaan kuasa. Ini menyebabkan muncul perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat dan golongan pentadbir yang teraniaya. Krisis keyakinan ini menjadi virus yang amat bahaya dalam masyarakat. Muncul kes Husayn yang tidak berpuas hati atas pelantikan Yazid (Putera Mahkota). Malah terdapat kes-kes yang lain. Bab 2 / 8
FAKTOR KERUNTUHAN BU Pembunuhan Husayn Umat Islam tidak setuju bila Mu’awiyah lantik Yazid sebagai pengganti. Ini kerana ia bersalahan dengan janji Mu’awiyah dan bercanggah dengan konsep shura. Ini membawa kepada tragedi Karbala’ pada tahun 61H/680M. Husayn terbunuh, Yazid tidak mengarahkan sedemikian. Tragedi ini jadi isu agama & politik. Bab 2 / 9
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Pembunuhan Husayn Kestabilan Banu Umayyah mula goyah. Malah ia membawa kepada pembunuhan Khalifah Yazid sendiri. Dinasti Sufyaniyyah pupus kerana mrk menzalimi keluarga ‘Abd al-Muttalib. Begitu juga dgn dinasti Marwaniyyah. Hisham bunuh cucu Husayn, Zayd b. Zayn al-‘Abidinal-Walid bunuh cicit Husayn, Yahya b. Zayd. Bab 2 / 10
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Kesan Peristiwa Karbala’ Kekacauan berlaku di seluruh wilayah secara serentak. Barbar memberontak, Qayrawan jatuh ke tangan musuh. Hijaz turut menentang, Ibn al-Zubayr isytihar diri sebagai Khalifah mengggantikan Yazid. Orang Syiah turut menentang, digelar golongan al-Tawwabun. Orang Kufah rampas Kufah dari Mus’ab b.al-Zubayr, gabenor Ibn al-Zubayr. Bab 2 / 11
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Kesan Peristiwa Karbala’ Gabenor Banu Umayyah di Iraq (‘Ubayd Allah b. Ziyad) isytiharkan diri sebagai Khalifah. Timbul juga tentangan Khawarij spt di Ahwaz, Isfahan dan Kirman, dipulih oleh Khalifah ‘Abd al-Malik (pengasas kedua BU). Perebutan kuasa berlaku dalam keluarga BU. Contoh: Tindakan dan usaha al-Walid untuk lantik anaknya dan ketepikan Sulaiman, saudaranya. Masalah membabitkan golongan pentadbir yang menjadi penyokong individu tertentu. Bab 2 / 12
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Penyalahgunaan Kuasa Pemerintah Tindakan Khalifah memberi kemudahan kepada penyokong turut diikuti oleh gabenornya. Ini menyebabkan pemberontakan berlaku di seluruh wilayah. Contoh: Yazid b. Muhallab di Iraq dan ‘Amr b. Sa‘id. Terdapat ramai bekas gabenor dan pegawai tentera yang mencari suaka politik di negara bukan Islam. Ulama tidak berani menegur tindakan Khalifah yang melampau, al-Walid III. Berlaku penentangan rakyat secara kolektif menolak kezaliman. Bab 2 / 13
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Perebutan Kuasa Antara Putera BU Akhir pemerintahan BU, perebutan kuasa semakin ketara antara putera BU. Peperangan berlaku sesama sendiri demi memegang kuasa pemerintahan. Faktor ‘asabiyyah begitu tebal dalam setiap kelompok. Muncul golongan Hashimiyyah yang berjuang atas nama ahl al-bayt. Arab ‘utara’ & ‘selatan’ bermusuhan. Sifat ini telah dibendung oleh Nabi, tapi setelah pertikaian ‘Ali-Mu’awiyah, isu ini menjadi subur. Bab 2 / 14
RUMUSAN Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kewibawaan pemimpinnya. Pemimpin itu perlu menerima sokongan rakyat secara padu. Pemimpin itu juga perlu ada visi dan wawasan yang jelas. Dengan demikian, kecemerlangan dapat dicipta. Sebaliknya, ketiadaan unsur itu, membawa kepada kemerosotan. Pemimpin perlu berfungsi sebagai pelindung ummah. Bab 2 / 15