Penulisan Berita Media Elektronik
Penulisan berita elektronik merangkumi a. Berita radio & TV b. Internet (Blog)
a. Berita Radio & TV
Penulisan Berita Radio & TV 1. Kata-kata umum menggunakan kata-kata yang banyak diketahui maknanya oleh khalayak umum.
2. Angka-angka dibulatkan Elak menulis angka-angka yang terlalu lengkap. Contoh: 821.332.451 – 821 juta
3.Sign-Posting. Sebutkan jabatan, gelaran, sebelum nama orang. Contoh: Ketua Polis Negara –Tan Sri— mengatakan… .
4.Gunakan ayat tidak langsung. Gunakan ayat atau petikan tidak langsung supaya pendengar mudah memahami. Contoh ayat tak langsung: PM berjanji akan membina rumah di sini
Universiti Putra Malaysia (UPM) 5. Hindari singkatan atau akronim, tanpa menjelaskan maknanya terlebih dulu. Contoh: Universiti Putra Malaysia (UPM)
6 .Present Tense. Gunakan perspektif hari ini. Untuk unsur waktu gunakan kata-kata “kelmarin”, “hari ini”, “besok”, “lusa”, bukan nama-nama hari (Isnin). Contoh: Mahasiswa Persatuan Silat UPM akan melakukan aksi pertunjukkan silat pada hari ini…
b. Blog Menurut Luthfi (2009) blog adalah electronic diary atau buku harian elektronik..
Ciri-ciri Penulisan Blog 1. Tajuk/ Nama Blog Tajuk yang dipilih adakala mencerminkan pandangan dan identiti seseorang blogger. Tajuk yang dipilih juga mestilah menarik dan mudah menarik. 2. Profil – Identiti blogger blogger bebas sama ada mahu mendedahkan identiti sebenar ataupun tidak, atau menggunakan nama samaran. 3. Posting Blogger akan muat turun artikel-artikel yang ditulis oleh mereka dalam bahagian ini. Ruangan ini akan mencerminkan pandangan blogger ke atas sesuatu isu.
4. Blogrolls Blogrolls merupakan senarai link blog yang diminati oleh blogger. Blogrolls juga merupakan satu pengiktirafan blogger kepada blogger lain. 5. Ruangan Komen Ini merupakan ruangan yang diisi oleh pembaca blog dan memberikan komen ke atas artikel yang dibaca. 6. Arkib Arkib merupakan simpanan artikel-artikel yang dimuat-turunkan. Pembaca boleh memilih mana-mana artikel untuk dimuat turun.