BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
FRASA Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa (samb.) Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Contoh: Bakul sampah (FN) membasuh kain (FK) di halaman (FSN) sungguh halus (FA)
Jenis-jenis Frasa 4 jenis frasa: Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FSN) Frasa Nama (FN) Frasa nama (FN) –boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Frasa (samb.) Frasa nama boleh berfungsi sebagai subjek dan objek dalam ayat. Contoh: Hasni mengusap kucing yang comel itu. FN FN (subjek) (objek)
Binaan Frasa Konstituen Frasa Nama Kata Nama sebagai unsur intinya. Boleh wujud sendirian atau dengan sederet penerang yang hadir sebelum atau selepas. 1. Pertandingan itu sudah bermula. 2. Pembangunan ekonomi memerlukan sumbangan daripada semua rakyat. 3. Senaman menyihatkan badan.
Frasa Nama (samb.) Pendapat 1 Unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. KN senaman sebagai pengisi FN boleh diganti oleh kata kerja bersenam: Bersenam menyihatkan badan. Merokok kebiasaan ayah. Berolahraga menjadi kegemaran remaja. Putih melambangkan kesucian.
Konstituen Frasa Nama (samb.) Pendapat 2 Unsur-unsur yang menduduki tempat subjek frasa nama dalam ayat bukan merupakan pengisi sejati, tetapi hakikatnya penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan (elipsis). (Kegiatan) bersenam menyihatkan badan. (Tabiat) merokok kebiasaan ayah. (Aktiviti) berolahraga menjadi kegemaran remaja. (Warna) putih melambangkan kesucian.
Frasa Nama (samb.) Kesimpulan frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama, tetapi di peringkat kewujudannya inti frasa nama dapat juga dibentuk oleh kata kerja & kata adjektif.
Frasa Nama (samb.) Binaan Frasa Nama Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sedereten perkataan. Jenis frasa nama: Terdiri daripada satu perkataan – inti mewakili seluruh frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penerang. * Inti - unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu.
Binaan Frasa Nama Inti + Penerang: (keturunan) orang + Melayu (kegunaan) alat + pemadam (penyambut) pengarang + cerpen (jenis) harimau + bintang (kelamin) ayam + jantan (tempat) penduduk + bandar (arah) kawasan + barat (anggota badan) rantai + leher (tenaga p’gerak) seterika + elektrik (perihal/perkara) lesen + perniagaan (milik) rumah + saya (nama khas) planet + Marikh
Binaan Frasa Nama (samb.) Inti + penerang bukan nama Inti + penentu hadapan: lima + rumah Inti + penentu belakang: calon ini Inti + penerang KK: mesin + jahit Inti + penerang KA: sekolah + rendah Inti + penerang KS: surat + dari kampung Inti + pen. bil. Ordinal: rukun + kelima
Binaan Frasa Nama (samb.) Inti + Inti Inti + inti (sama erti): tubuh + badan kampung + halaman rakan + taulan hamba + abdi Inti + inti (lawan erti): kerusi + meja tuan + puan teruna + dara datuk nenek
Binaan Frasa Nama (samb.) Susunan Konstituen Frasa Nama (Hukum D-M) Terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen – dahulu & kemudian. D – diterangkan M (menerangkan). Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan yang kedua.
Hukum DM (samb.) D – diterangkan M (menerangkan) Orang lelaki kelapa sawit Guru bahasa baju kemeja *Aminah Restoran *Gigi Klinik *Pos pejabat *gunting rambut kedai * Inti terletak di belakang.
Binaan Frasa Nama (samb.) Kekecualian Hukum D-M Penerang mendahului unsur yang diterangkan – berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan – nama-nama jawatan: Perdana Menteri Pembantu Penyelidik Naib Presiden Timbalan Pengerusi
Penanda Frasa Nama 1. Kepala (Kata Nama) diberi unsur keterangan (kata penerang) sebagai penandanya. (i) Penerang penentu FN FN Penentu hadapan: (Bil/Pen bil)) Pen KN KN Pen (a) Lima orang askar telah terkorban. (b) Beberapa pucuk senapang hilang. Penentu belakang: (KGN tunjuk) lima askar rumah itu (a) Rumah ini bersih. orang (b) Anjing itu menggigit orang.
Penanda Frasa Nama (samb.) (ii) Kata nama sebagai penerang: (a) Murid sekolah sedang menyanyi. (b) Hati orang mana kita tahu. (iii) Kata Adjektif sebagai penerang: (a) Gadis miskin itu rajin. (b) Anjing garang itu menggigit orang.
Rajah Pohon Frasa Nama FN FN KN FN KN FA (inti) (Pnrg) (inti) (Pnrg) KN Adj murid sekolah gadis miskin
Penanda Frasa Nama (samb.) (iv) Kata kerja sebagai penerang. (a) Waktu makan pagi ialah pukul tujuh. (b) Dia tidak meneruskan lagi perbuatan menipu itu. (v) Kata/frasa depan sebagai penerang. (a) Dia melihat jam di dinding. (b) Keputusan untuk bersara sudah diambil. (vi) Kata hubung “yang” sebagai penerang. (a) Barang yang baik memang mahal harganya. (b) Tetamu yang dari Jepun itu sudah pulang.
Rajah Pohon Frasa Nama (samb.) FN FN KN FK KN FS (inti) Pnrg) (inti) (Pnrg) KK waktu makan jam di dinding
FN KN KH (inti) (Pnrg) Rel FA Adj murid yang baik
~ SEKIAN ~