BAB 14 Pengangkutan Pesakit
Pengenalan Memindahkan mangsa kecederaan membawa satu risiko bahawa anda akan menjadikan keadaan mangsa itu lebih teruk. Jangan memindahkan mangsa itu kecuali di berada dalam keadaan yang amat bahaya dan memerlukan perlindungan sementar menunggu kedatangan bantuan. Jangan bahayakan diri sendiri semata-mata kerana hendak memindahkan mangsa tersebut.
Pengusung Kaedah yang anda pilih untuk memindahkan mangsa daripada bahaya bergantung : Keadaan kecemasan Keadaan mangsa
Jangan mengalih mangsa kecederaan yang cedera parah kecuali keadaan mengancam nyawa Jangan membuat andaian bahawa mangsa boleh duduk atau berdiri tanpa sokongan Jangan mengalih mangsa tanpa bantuan orang lain
Pembawa dan Pengangkat Keadaan Mangsa Seorang pemberi pertolongan cemas Dua orang pemberi pertolongan cemas Sedar boleh berjalan usungan menopang Sedar, tidak boleh berjalan Mengendong Menarik Usungan kerusi Usungan di luan dan buritan Tidak sedar diri
Bagaimana mengangkat dengan betul Jarakkan kaki anda dengan selesa Pelihara belakang anda tegak dan lutut bengkok Gengam tangan keseluruhan Jangan hilangan keseimbangan Ubahsuai posisi dan mulakan tindakan.
Usungan Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Cemas Kaedah Menopang Berdiri di sebelah mangsa Letakkan sebelah lagi tangan anda di sekeliling panggang mangsa itu Gerakkan kaki di bahagian dalam.
Kaedah Mendukung Abda hendaklah mencangkung di sebelah mangsa kecederaan Letakkan lengan anda pada tubuh badan mangsa kecederaan iaitu atas pada pinggang. Letakkan sebelah lagi tangan anda di bawah paha mangsa itu. Rapatkan badan mangsa terhadap anda dan angkat
Kaedah Menggendong Anda hendaklah membengkok di depan mangsa itu. Belakang anda hendaklah mengadap mangsa Mintalah mangsa itu meletakkan lengannya disekeliling leher anda. Peganglah dengan erat akan paha mangsa dan bangun perlahan-lahan. Belakang anda hendaklah tegak dan lurus.
Usungan Bagi Dua Orang Pemberi Pertolongan Cemas Kaedah Duduk Dua-Tangan Anda hendaklah mencaki\ung mengadap antara satu sama lain di kanan dan di kiri mangsa tersebut. Silangkan lengan anda di belakang mangsa dan paut pada tali pinggang mangsa itu.
Letakkan sebelah lagi tangan anda di bawah lutut mangsa. Pautlah pergelangan tangan antara satu sama lain. Bawalah lengan anda yang telah bercantum ke tengah-tengah paha mangsa. Rapatlah diri anda pada mangsa itu. Dengan memelihara belakang anda tegak lurus, bangun perlahan-lahan dan angkat mangsa serentak.
Usungan Di Luan Dan Buritan Dudukkan mangsa itu dan letakkan lengannya pada dadanya. Anda hendaklah mencangkung di belakang mangsa itu. Letakkan lengan anda di bawah ketiaknya dan paut pergelangan tangannya dengan erat. Mintalah pembantu anda untuk mencangkung di sebelah mangsa itu. Letakkan tangannya di paha mangsa dan pautlah pahanya. Bangunlah perlahan-lahan serentak dan usung mangsa.
Pengusung (Strecer)
Pengusung Yang Diubahsuai Pengusung ubahsuai dengan menggunakan alat-alat yang mendatar seperti daun pintu atau papan iklan taua kayu. Sorongkan kayu menerusi lengan baju tebal atau jaket. Anda hendaklah menguji kekuatan pengusung ubahsuai sebelum menggunakannya.
Pengusung Penyelamat Terdapat beberapa jenis pengusung yang direkabentuk untuk mengusung mangsa kecederaan dari tempat yang sukar untuk dilalui oleh kenderaan seperti terowong, bukit, lombong dan jurang Pengusung ‘paraguard’ Pengusung ‘neil robertson’
Katil Troli Kebanyakan ambulans membawa katil troli. Mempunyai pemegang teleskopi dan bar-bar penarik, rel pelindung dan tali pinggang keselamatan serta brek roda.
Membawa Pengusung Seorang pembawa berdiri pada setiap pemenang pengusung. Setiap pembawa mencakung dan memegang erat pemenagng pengusung.
Dengan mengikut arahan selanjutnya, pembawa hendaklah melangkah dengan kaki yang hampir pada pengusung bergerak dahulu. Untuk menurunkan mangsa, pembawa hendaklah berhenti mengikut arahan. Pembawa hendaklah mencakung mengikut arahan seterusnya dan meletakkan pengusung perlahan-perlahan di atas tanah.
Soalan Kaedah yang anda pilih untuk memindahkan mangsa kecederaan daripada bahaya bergantung kepada tiga faktor iaitu ______________