(ayat inti dan jenis ayat)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
UNSUR-UNSUR BAHASA FONEM MORFEM KATA FRASA KLAUSA KALIMAT PARAGRAF
Advertisements

KALIMAT BAHASA INDONESIA
Pendahuluan Setiap hari kamu menyimak berbagai informasi. Ada yang berupa berita, pertanyaan, ataupun perintah. Informasi tersebut ada yang diungkapkan.
Ciri Kebahasaan Teks Prosedur Kompleks
JENIS KALIMAT.
kalimat Pengertian kalimat
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
KALIMAT AKTIF PASIF DAN KALIMAT LANGSUNG TAK LANGSUNG
KALIMAT.
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
Klasifikasi Kalimat Kalimat adalah satuan bahasa yang secara relatif berdiri sendiri, mempunyai intonasi final (kalimat lisan), dan secara aktual ataupun.
TATA KALIMAT BAHASA INDONESIA (SINTAKSIS)
Kosongkan Cangkir Tehmu
Ragam Kalimat BAHASA INDONESIA
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
Nor Asiah Ismail Jenis ayat.
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
TUGASAN BMM 1064 NAMA PENSYARAH : CIK NOR ASIAH BINTI ISMAIL
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
UNIT 13 AYAT MAJMUK.
Pengertian Tatabahasa,
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
(ayat inti dan jenis ayat)
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
Frasa Kerja.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
(ayat inti dan jenis ayat)
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 AYAT MAJMUK.
JENIS AYAT.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
MINGGU 12 Sintaksis.
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
Tatabahasa (9) Kata Kerja
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
KELOMPOK 8 TATA KALIMAT BAHASA. TATA KALIMAT / SINTAKSIS Sintaksis adalah Pengaturan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan satuan satuan yang.
Transcript presentasi:

(ayat inti dan jenis ayat) MINGGU 10 Klausa dan Ayat (ayat inti dan jenis ayat)

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: kriteria ayat klausa pola ayat inti jenis ayat

Ayat mengandung kriteria yang berikut: * Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. * Makna yang lengkap dan sempurna. * Terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. * Pengucapannya bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. * Intonasinya sempurna.

CONTOH AYAT AYAT Pemuda itu beristerikan orang asing KLAUSA Pemuda itu beristerikan orang asing FRASA Pemuda itu beristerikan orang asing KATA Pemuda itu beristeri akan orang asing MORFEM Pemuda itu ber isteri akan orang asing

JENIS / RAGAM AYAT AYAT INTI / AYAT DASAR Ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat gabungan, ayat aktif, ayat pasif AYAT TERBITAN

AYAT TERBITAN Ayat terbitan diwujudkan melalui proses berikut: * Peluasan * Penggantian * Pengguguran * Penyusunan semula

AYAT KLAUSA Ayat Tunggal Ayat Majmuk

KLAUSA / AYAT Ayat tunggal satu klausa sahaja: * Yang merah itu mahasiswi * Dia menerima pujian * Budak ini amat sopan * Mahasiswa ini tersenyum * Mereka mengembala kambing Ayat majmuk lebih daripada satu klausa Orang itu mahasiswa tetapi orang ini penjual roti Anak ini menangis walaupun sudah diberi susu Mereka menjual kasut untuk memenuhi masa lapang

KLAUSA Klausa ialah unut deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat. Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan predikat. Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat. Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.

KLAUSA BEBAS / KLAUSA TAK BEBAS Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri untuk menjadi ayat yang lengkap, dan dilafazkan dengan intonasi yang sempurna. Contoh klausa bebas susunan biasa dan susunan songsang: * Wajahnya cantik Cantik wajahnya * Warnanya biru Biru warnanya * Kamu kedekut Kedekut kamu * Beliau akan pergi Akan pergi beliau Susunan kompleks: Wajahnya cantik(KB) kerana dia menjaganya setiap hari (KTB) Warnanya biru (KB) kerana terkena hujan setiap hari (KTB) Beliau akan pergi (KB) kalau masa mengizinkan (KTB)

FUNGSI KLAUSA DALAM AYAT MAJMUK PANCANGAN Subjek: Apa yang terjadi masih menjadi kenangan Objek: Semua orang mengetahui bahawa tuduhan itu fitnah belaka Pelengkap: Semua orang tahu bahawa isterinya orang Siam Penerang: Saya mendapat khabar bahawa dia sudah berumah tangga Keterangan: Mahasiswi itu menangis kerana terlalu gembira

GOLONGAN KLAUSA Klausa Nama: klausa yang dapat menggantikan KN /FN dalam ayat bahawa, kata tanya, kata kerja. Klausa adjektif: kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif. yang Klausa keterangan: klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata/frasa keterangan masa, sebab musabab, akibat, syarat, tolak ansur, tujuan, perbandingan

KLAUSA NAMA: BAHAWA Subjek: *Bahawa kenyataannya itu salah tidak dapat dinafikan lagi. *Bahawa beliau itu ulama sudah diketahui orang banyak. Objek: *Mahasiswa itu mengetahui bahawa dia akan berjaya. *Saya melihat bahawa sedikit sekali mahasiswa yang datang kuliah pada hari ini. Komplemen:*Pendapatnya ialah bahawa kegawatan ekonomi semakin hebat selepas SUKOM. *Ideanya ialah bahawa kita mesti berkorban demi negara tercinta.

KLAUSA NAMA: KATA KERJA Subjek: *Bertanya itu akan menambahkan pengetahuan. *Membaca puisi dapat meredakan kemarahan. Objek: *Orang itu mencuba memasak nasi. Komplemen: *Cita-citanya ialah menjadi peragawati. *kegemaran isterinya ialah mengail ikan.

KLAUSA SIFAT: YANG Aminah seorang perawan yang berusia 20 tahun. Mahasiswa yang tinggal berhampiran dengan sekolah itu telah balik ke kampung. Istana yang tersergam indah di atas bukit Sebukur itu istana sultan Melaka. Polis yang mati ditembak semalam itu berasal dari Sabah. Amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh semua rakyat. Kehidupan yang penuh pancaroba ini perlu dihadapi dengan tabah.

KLAUSA KETERANGAN MASA: *Dia terperanjat apabila isterinya muncul dengan tiba-tiba. *Tatkala rombongan itu tiba, hari sudah malam. SEBAB: *Halimah sangat sedih kerana dia memperoleh ijazah kelas ketiga. *Oleh sebab gagal dalam kursus perkahwinan, dia menangguhkan majlis pernikahan. AKIBAT: *Saudara tunggu di sini hingga saya kembali. *Dia bersorak sampai suaranya serak. SYARAT: *Saya akan menjadi calon jika ada kesempatan. *Saya akan memancing, jika tidak hujan.

KLAUSA KETERANGAN TOLAK ANSUR: *Dia tidak sombong walaupun dia kaya raya. *Pertandingan bola jaring akan diteruskan, biarpun cuaca buruk. TUJUAN: *Fatimah masih ragu-ragu untuk menerima pinangan jejaka itu. *Yang manis usahlah cepat ditelan agar engkau selamat. PERBANDINGAN: *Wajahnya kusut seperti janda baru bangun. *Orang itu lebih suka diam daripada bercakap seperti murai.

POLA AYAT INTI Pola ayat intyi BM terbahagi kepada empat, iaitu: > FN + FN: *Binatang ini unta *Empat orang itu mahasiswa > FN + FSN: *Cerita ini tentang Hang Jebat *Kota itu di Turki > FN + FAdj: *Madu itu manis (seperti gula) *Orang ini kaya (dengan kemiskinan) > FN + FKJ: *Intan itu berkilauan (dengan indahnya) *Puteri kesayangannya menangis (dengan kuat) FAdj dan FKJ dapat diperluas dengan FSN

AYAT: NILAI KOMUNIKATIF / MAKNA Ayat Penyata / Berita / Keterangan: penyataan (biasa dan pentakrifan), pengakuan / pengesahan, amaran, penggandaan. Ayat tanya: pertanyaan tertutup, dan pertanyaan terbuka. Ayat perintah: positif (suruhan, halus, (permintaan, silaan)); negatif (larangan, harapan, ajakan, penyerahan). Ayat seruan: vokatif (panggilan biasa, doa), bukan vokatif. Ayat emfatik

AYAT BERITA Ayat berita dikenali juga dengan nama ayat penyata, ayat keterangan atau ayat deklaratif. Tujuannya untuk membuat sesuatu penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal / perkara. Dalam bentuk tulisan, ayat ini diakhiri dengan tanda titik, dan dalam bentuk lisan, ayat ini diakhiri dengan suara menurun. Contoh ayat berita: * Anaknya pandai mengaji. * Sesiapa yang mengelat dalam peperiksaan akan diambil tindakan tegas. * Saya mengesahkan bahawa mahasiswa ini masih bujang.

AYAT TANYA Ayat tanya dikenali juga dengan nama ayat interogatif, iaitu ayat yang dimaksudkan untuk menanya seseorang atau menanyakan sesuatu. Ditandai oleh intonasi tanya dengan nada meninggi sedikit sebelum kesenyapan terakhir. Lima cara untuk membentuk ayat tanya, iaitu: menambahkan kata apakah, membalikkan urutan kata, menggunakan kata bukan atau tidak, mengubah intonasi ayat, dan menggunakan kata tanya. * Halimah isterinya? * Suaminya siapa? * Bukankah itu rumahnya?

AYAT PERINTAH Dikenali dengan nama ayat arahan atau ayat imperatif, iaitu ayat untuk menyatakan perintah atau suruhan, larangan dan silaan. Ayat perintah dapat berbentuk ayat tak transitif atau ayat transitif (aktif dan pasif). Ayat FAdj yang menjadi predikat boleh juga wujud dalam bentuk ayat perintah bergantung pada jenis adjektifnya. Ayat selain FAdj dan FKJ menjadi predikatnya tidak boleh wujud dalam bentuk ayat perintah. Dalam tulisan, ayat perintah diakhiri dengan tanda seru (!), dan dalam lisan, diakhiri dengan nada yang menaik sedikit. > Tutup pintu itu! (suruhan) > Silalah istirahat dahulu!(silaan) > Usahlah merajuk!(larangan)

AYAT SERUAN Dikenali juga dengan nama ayat interjektif, iaitu ayat yang mengungkapkan perasaan kagum, takut, marah, geram, sakit, suka, duka, terperanjat, dan sebagainya. Diwujudkan daripada ayat berita yang predikatnya FAdj, dan juga ayat perintah. Ditandai oleh intonasi seruan dengan tekanan keras dan disertai nada meninggi yang menurun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) > Pak Lebai! > Bodoh! > Alangkan bebasnya pergaulan mereka!

AYAT EMFATIK Ayat yang memberikan penegasan khusus pada subjek. Penegasan dibuat melalui dua cara, iaitu: > menambahkan partikel lah pada subjek > menambahkan kata hubung yang di belakang subjek Penegasan pada subjek mewujudkan pergeseran makna, iaitu subjek itulah yang melakukan sesuatu bukan yang lain. Contoh: Dia memulai perdebatan itu: Dialah yang memulai perdebatan itu Mahasiswa generasi ini akan menunjangi wawasan: Mahasiswa generasi inilah yang akan menunjangi wawasan. Kemasukan kata lah dan yang dalam ayat, menjadikan ayat itu bertukar kedudukan dan fungsi subjek dan predikat.

KESIMPULAN Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa, maknanya lengkap, terdiri daripada susunan perkataan yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan Semua jenis ayat boleh menerbitkan ayat terbitan tetapi ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menerbitkan ayat inti Klausa ialah deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat yang menjadi konstituen ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas Pola ayat inti terbahagi empat, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA, dan FN + FSN Dari segi nilai komunikatifnya, ayat terbahagi lima, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan ayat emfatik.