Tafsir MawdHu’i
PENGENALAN “Maudhu’i” diambil daripada perkataan “Maudhu’” yang bermaksud: Topik Antara definisinya: Mengumpul ayat-ayat al-Quran yang bertaburan dalam surah-surah al-Quran yang berkaitan dengan satu topik secara lafaz atau hukum, seterusnya mentafsirkannya berdasarkan maqasid al-Quran.
PERMULAAN TAFSIR MAUDHUI 1) Rasulullah menafsirkan beberapa ayat quran Cth: ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَـٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ Surah al-an’am:82 وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَـٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُ ۥ يَـٰبُنَىَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ۬ Surah Luqman:13 = Sahabat tidak faham tentang makna “zulm” dalam surah al- an’am lalu diterangkan oleh Rasulullah dengan surah luqman
PERMULAAN TAFSIR MAUDHUI 2) Ibn Abbas mengumpulkan ayat-ayat yang bercanggah dari sudut zahirnya Cth: فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَلَآ أَنسَابَ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَلَا يَتَسَآءَلُونَ Surah al-mukminun: 101 وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ يَتَسَآءَلُونَ Surah as-soffat: 27 وَلَا يَكۡتُمُونَ ٱللَّهَ حَدِيثً۬ا Surah an-nisa’: 42
PERMULAAN TAFSIR MAUDHUI 3) Pengasingan secara khusus bagi subjek ulum quran Cth: Kitab Nasikh Mansukh, Kitab asbab an-nuzul, kitab ahkam al-quran dan sebagainya
KEPENTINGAN 1- Dapat meleraikan masalah umat Islam kontemporari. 2- Merupakan medium penting dalam penyampaian erti al-Qur’an ebrsesuaian dengan generasi kini. 3- Membuktikan betapa insan amat memerlukan solusi yang sentiasa terdapat dalam al-Qur’an.
KEPENTINGAN 4- Merupakan inovasi ilmu bagi penjelasan erti al- Qur’an. 5- Membuktikan kesesuaian al-Qur’an dengan masa kini. 6- Merealisasikan dan menerapkan Maqasid al- Qur’an dalam kehidupan insan.
7- Mengeratkan ilmu al-Quran dengan pelbagai ilmu agama yang lain dan menafikan kepincangan ilmiah. 8- Perluasan petunjuk dan maksud ayat-ayat al- Quran yang mungkin tidak dibincang sebelumnya. 9- Memudahkan pemahaman al-Quran dengan skop yang lebih fokus dan terancang.
JENIS-JENIS TAFSIR MAWDU’I Istilah dan lafaz al-Quran: al-Silm, al-Jihad, al-‘Adl, Ummah… Tajuk al-Quran: Pentadbiran, Metode Dakwah, Sabar dalam al-Quran Surah al-Quran: Perbincangan ilmiah berkenaan isi sesuatu surah
JENIS PERTAMA: ISTILAH AL-QURAN 1) Memilih perkataan yang ingin dikaji. Cth: “Jihad” 2) Kenal pasti asal perkataan tersebut melalui buku yang khusus seperti: Mu’jam lisan al-arab oleh Ibn Manzur dan sebagainya
JENIS PERTAMA: ISTILAH AL-QURAN 3) Cari perkataan tersebut tedapat di dalam surah apa dan disebut sebanyak berapa kali dengan menggunakan buku yang khusus seperti: Mu’jam al- mufahras li al-faz al-quran oleh Muhd Fuad Abdul Baqi dan sebagainya
JENIS PERTAMA: ISTILAH AL-QURAN 4) Mengeluarkan ayat quran yang lengkap yang mempunyai perkataan “Jihad” di dalamnya. Cth: وَإِن جَـٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَآۚ Surah al-ankabut: 8 وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ Surah luqman:15
JENIS PERTAMA: ISTILAH AL-QURAN 5) Atur ayat mengikut tertib penurunan surah. Dimulakan dengan surah al-alaq dan seterusnya
Jenis kedua: Tajuk al-Quran 1) Pilih tajuk untuk dikaji. Cth: “Keadilan” 2) kumpul semua ayat-ayat Quran yang bersangkut paut tentang tajuk yang dipilih 3) Kenal pasti makna perkataan yang terdapat di dalam ayat-ayat yang telah dikumpulkan
Jenis kedua: Tajuk al-Quran 4) Menerangkan sebab penurunan ayat, bacaan yang betul, makki atau madani dan memberi sedikit pengenalan mengenai ayat tersebut
Jenis kedua: Tajuk al-Quran 5) Menghuraikan tafsiran ayat tersebut dengan mendatangkan hadith, kata-kata sahabat, tabiin dan mufassir 6) Mengaitkan tafsir ayat dengan isu semasa 7) Menerangkan pengajaran ataupun nasihat melalui tafsir ayat tersebut
Jenis ketiga: Surah al-Quran 1) Pilih surah yang ingin dikaji. Cth: Surah al-baqarah 2) Terangkan asbab nuzul, makki madani, pengenalan surah dan sebagainya 3) dibahagikan surah-surah kepada kelompok yang kecil 4) hurai ayat-ayat tersebut
RUJUKAN Al-Khalidi, Salah ‘Abd al-Fattah. 1428-2008. al- Tafsir al-Mawdu‘i bayn al-Nazariyyah wa al- Tadbiq. Amman: Dar al-Nafa’is.