BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
Advertisements

TATA BAHASA FUNGSIONAL
PEMBENTANGAN SOALAN ULANGKAJI
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
Linguistik sebagai Ilmu:
Pengertian Tatabahasa,
HAKIKAT BAHASA DAN LINGUISTIK : SATU PERBANDINGAN
Jenis-jenis Wacana Lisan
BAHASA MELAYU MOHD SUFRI YAKUP PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 5/2011
FALSAFAH BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
PERKAMUSAN DEFINISI Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
TEORI KOMUNIKASI MASSA DAN MASYARAKAT
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
TEORI KOMUNIKASI MASSA DAN MASYARAKAT
PEMBIDANGAN LINGUISTIK
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGERTIAN TATABAHASA,
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
NOTA 3 BBM 5201 PEMBANGUNAN BAHASA MELAYU: PENDEKATAN STRUKTURAL
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
FEM 3301 Etika & Nilai Dalam Pembangunan Unit 2: Aliran Etika
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 2 OTAK KIRI DAN KANAN & FALSAFAH BERFIKIR
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA

Teori Bahasa dan Teori Linguistik Teori bahasa : teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta tentang struktur bahasa sejagat yang ada dalam semua bahasa manusia di dunia ini.

Teori Linguistik (TL) : seperangkat hipotesis yang digunakan untuk menerangkan data bahasa sama ada bersifat lahiriah (bunyi bahasa) atau bersifat batiniah (makna). TL adalah cabang linguistik yang menumpukan perhatian pada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa.

Andaian Utama dalam Teori Bahasa Andaian utama dalam teori bahasa menurut ahli falsafah bahasa bahawa manusia secara sedia jadi (innate) mempunyai kebolehan untuk berbahasa. Kebolehan ini merupakan sifat akal (berlawanan dengan sifat biologis seperti bernafas) yang bertempat di dalam otak.

Nahu akal: kecekapan untuk mengait dan menghubung secara paradigmatik (menegak) dan sintagmatik (mendatar) akan makna kontekstual dalam otak untuk membuat ayat akal.

Ayat akal: ayat yang tidak mempunyai apa-apa lambang atau simbol, tetapi merupakan imejan-imejan atau impressions dalam otak.

Proses Pengeluaran Bentuk Bahasa Peringkat I : bahasa akal yang dibentuk oleh nahu akal yang ada secara innate dan sejagat di dalam bahagian Wernick. Peringkat II : bahasa linguistik dalaman yang dibentuk oleh nahu linguistik dalaman yang ada secara innate dan sejagat di dalam bahagian Broca.

Peringkat III : Bahasa fonologis luaran dan diterbitkan melalui organ ujaran manusia setelah diterapkan rumus fonologi dalam bahagian Broca. Bahasa tidak lagi sejagat tetapi berbeza antara masyarakat dan antara individu.

Ayat dan Kebenaran Kebenaran adalah ilmu yang mengatur alam semesta yang dinyatakan secara emik berupa ayat. Kebenaran adalah ayat yang dikenali dalam linguistik terdiri daripada ‘benda’ dan ‘cerita’ atau ‘subjek’ dan ‘predikat’.

Judul dan Cerita Judul: gatra @ bahagian ayat yang diutamakan atau ditegaskan dengan meletakkannya di permulaan ayat. Proses membawa gatra @ bahagian itu ke permulaan ayat disebut penjudulan.

Kebenaran dari segi ayat – apabila penegasan/proposisi sesuatu ayat tentang sesuatu situasi, bersifat faktual, iaitu benar dari segi fakta. Proposisi ayat melambangkan beberapa perkara:

Makna berfakta: yang tentu boleh benar dan boleh salah. Makna hal keadaan @ situasi: yang boleh jadi ada @ tiada @ mungkin ada. Makna bukan penegasan @ pernyataan, iaitu ayat soalan, perintah dan seruan.

Ciri-Ciri Ayat Yang Benar Ayat yang subjeknya memang terdapat di dunia. Ayat yang sedemikian rupa sehingga pengalaman pembaca dan pendengar diperlukan untuk membuktikan bahawa predikatnya adalah sifat nama, perbuatan, atau nama yang boleh dikaitkan dengan subjeknya. Ayat yang predikatnya tidak perlu dibuktikan lagi kebenarannya untuk subjeknya.

Aliran Pemikiran Struktural Dari segi analisisnya, setiap unit dalam bahasa mempunyai unsur-unsur dalam hubungan mendatar (sintagmatik) dan menegak (paradigmatik). Hubungan sintagmatik itulah yang melahirkan struktur.

Perkataan rumah , strukturnya dua suku kata ru + mah, S1 + S2 Perkataan rumah , strukturnya dua suku kata ru + mah, S1 + S2. Struktur fonemnya KVKVK (K = konsonan, V = vokal). Frasa rumah besar, strukturnya KN + KS (KN = kata nama, KS = kata sifat). Dari segi fungsinya terdapat struktur Inti + Keterangan ( Inti = rumah, Keterangan = besar)

Ayat Saya hendak makan, strukturnya KN – KKB – KK (KN = kata nama, KKB = kata kerja bantu, KK = kata kerja).Dari segi fungsinya, saya adalah pelaku @ subjek, dan hendak makan adalah perbuatan @ predikat. Oleh itu, terdapat struktur Pelaku – Perbuatan dan Subjek – Predikat.

Aliran Linguistik London Dalam aliran ini ada 4 bidang utama, iaitu sistemik, fungsional, wacana, dan pragmatik. Analisis wacana adalah kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaan dalam urutan ujaran. Yang difokuskan adalah penggunaan bahasa dalam konteks situasi pertuturan yang sebenarnya.

Kaedah Sistemik Memberi tumpuan kepada makna, penggantian paradigma tidak boleh dilakukan sembarangan. Frasa @ ayat yang dihasilkan sesuai dengan penggunaannya dalam masyarakat dan mempunyai makna yang boleh diterima.

Misalnya, frasa baju merah boleh diterima kerana ada maknanya dan digunakan dalam masyarakat. Sebaliknya frasa baju lazat tidak boleh diterima kerana tidak ada penggunaan baju yang lazat dalam masyarakat penutur.

Sejarah Falsafah Bahasa Plato berpendapat bahasa dikaitkan dengan nama dan realiti dikaitkan dengan benda. Bahasa  Realiti Nama  Benda

Hubungan perkataan dengan benda ada dua jenis: Perkaitan jernih : kaitan perkataan dengan benda menunjukkan ciri-ciri tabii yang ada pada benda yang dirujuknya. Perkaitan tak jernih : kaitan perkataan dengan benda berdasarkan persetujuan masyarakat.

Aristotle telah memperluas pendapat Plato tentang falsafah bahasa. Beliau yang mula-mula menganalisis ayat kepada 2 komponen, iaitu nominal (onoma) @ subjek dan verbal (rhema) @predikat.

Menurut FB ala Aristotle, bahasa adalah bahagian alam yang boleh dicapai melalui tulisan (kajian nahu). Bahasa adalah alat untuk menunjuk @ mewakili apa sahaja di alam ini (kajian ilmu logik). Nahu mengkaji bentuk bahasa, ilmu logik mengkaji peranan bahasa.

Perlambangan Perkataan dan Pentakrifan Denotasi: melambangkan tiap-tiap benda/perkara, misalnya perkataan rumah melambangkan tiap-tiap bangunan di dalam dunia ini yang dijadikan tempat kediaman manusia.

Designasi : melambangkan sejumlah sifat yang harus ada pada benda/perkara yang dilambangkan oleh perkataan itu, misalnya sifat-sifat yang harus ada pada rumah, sejenis bangunan/binaan yang dijadikan tempat tinggal menetap manusia.

Sifat pentakrif: sejumlah sifat yang penting yang tanpanya benda itu tidak akan dapat dicakupi oleh perkataan yang dilabelkan kepadanya, misalnya rumah adalah satu jenis binaan/bangunan, tempat manusia tinggal menetap.

Sifat pengiring: sifat-sifat lain yang tanpanya perkataan itu masih boleh dilabelkan kepadanya, misalnya rumah boleh mempunyai sifat binaan batu, kayu, satu tingkat, dua tingkat, berderet dan lain-lain.

Selamat menduduki peperiksaan