Bab 5 Input dan Output
Fail Input dan Output Piawai Kemasukan input dan penghasilan output dalam C mesti melalui suatu fail. Papankunci dianggap sebagai fail input yang piawai dalam C Monitor pula dianggap sebagai fail output yang piawai dalam C Penimbal (buffer) digunakan sebagai storan sementara sebelum suatu baris atau jujukan aksara itu lengkap membolehkan pengguna membetulkan input sebelum menekan <enter> (rujuk rajah 2-12 m/s 44 , Forouzan 2001)
Fungsi printf printf( format_output [, senarai_nilai] ); Fungsi output piawai ialah printf Bentuk umum fungsi printf adalah: printf( format_output [, senarai_nilai] ); Format_output adalah suatu rentetan yang menentukan bentuk output bagi nilai-nilai yang disenaraikan Senarai_nilai boleh terdiri dari pembolehubah, pemalar, ungkapan, dan gabungan kesemuanya Bentuk fungsi printf yang paling mudah adalah untuk mencetak rentetan kerana: Rentetan itu sendiri adalah format outputnya, dan Tidak ada senarai_nilai
Spesifikasi Output %s untuk rentetan Untuk mencetak suatu nilai, format_output perlu mengandungi spesifikasi output Bagi setiap nilai, spesifikasi outputnya bergantung kepada jenis data tersebut Contoh: %s untuk rentetan %c untuk aksara %d untuk integer %f untuk float atau double %e untuk float/double yang menggunakan notasi saintifik
Mencetak Rentetan Rentetan boleh juga dicetak menggunakan spesifikasi output %s Contoh: printf(“%s”, “Cetak suatu rentetan\n”); yang sebenarnya setara dengan: printf(“Cetak suatu rentetan\n”); Spesifikasi lebih banyak digunakan jika melibatkan pembolehubah. . char nama[ ] = “Nadiah”; printf(“%s”, nama);
Mencetak Aksara printf(“%c %c %c”, ‘U’, ‘K’, ‘M’); Contoh 1: printf(“%c %c %c”, ‘U’, ‘K’, ‘M’); U K M Contoh 2: printf(“%c%c%c”, ‘U, ‘K’, ‘M’); UKM Contoh 3: aks1 = ‘U’; aks2 = ‘K’; aks3 = ‘M’; printf(“%c %c %c”, aks1, aks2, aks3);
Mencetak Integer Format spesifikasi output untuk mencetak integer adalah lebih terperinci Format umum: %[<lebar_medan>.<bil_digit_yg_mesti_dicetak>]d Contoh: printf(“Nilai ialah:%10.6d”, 56342); Nilai ialah:~~~~056342 printf(“Nilai ialah:%10.3d”, 56342); Nilai ialah:~~~~~56342 printf(“Nilai ialah:%4d”, 56342); Nilai ialah:56342
Mencetak Nombor Nyata Format umum: %[<lebar_medan>.<nombor_titik_perpuluhan>]f Contoh: printf(“Nilai ialah:%10.4f”, 32.6784728); Nilai ialah:~~~32.6785 printf(“Nilai ialah:%7d”, 56342); printf(“Nilai ialah:%10f”, 32.6784728); Nilai ialah:~32.678473 printf(“Nilai ialah:%10.5f”, 32.6784); Nilai ialah:~~32.67840 printf(“Nilai ialah:%5f”, 32.6784728); Nilai ialah:32.678473 printf(“Nilai ialah:%.3f”, 32.6784728); Nilai ialah:32.678
Gabungan Spesifikasi Output #include <stdio.h> void main( ) { int umur; float tinggi; umur = 21; tinggi = 1.73; printf(“Ali berumur %d tahun dan dengan ketinggian %.2f cm\n”, umur, tinggi); } Output: Ali berumur 21 tahun dan dengan ketinggian 1.73 cm _
Fungsi scanf Fungsi input piawai ialah scanf Format umum fungsi scanf: scanf( format_input, senarai_pembolehubah ); Format_input adalah rentetan aksara yang menentukan bentuk rentetan input Senarai_pembolehubah adalah lokasi di mana setiap data input akan disimpan dalam ruang ingatan Sepertimana format_output, format input mengandungi spesifikasi tertentu berdasarkan jenis data yang dimasukkan Pengguna perlu memasukkan data mengikut format dan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam aturcara
Contoh Penggunaan scanf scanf(“%c%d”, &aks, &nom); Cara input aksara ‘b’ dan nombor 13: b13<enter> Contoh 2: #include <stdio.h> void main( ) { int hari, bulan, tahun; scanf(“%d %d %d”, &hari, &bulan, &tahun); printf(“Hari: %d, Bulan: %d, Tahun: %d”, hari, bulan, tahun); } Input: 25 6 2002<enter> Output: Hari: 25, Bulan: 6, Tahun: 2002