UNIT 1: KEPENTINGAN KOMPUTER DALAM KOMUNIKASI
PENGENALAN Komputer dicipta dan digunakan sebagai pemudahcara dalam proses komunikasi manusia. Komunikasi melalui komputer memberi impak dalam kehidupan manusia dari segi:- cara berhubung cara berkongsi makna cara mencipta makna cara bertukar makna cara menghantar dan menerima makna
Komunikasi merupakan mesin yang digunakan untuk mengendali data input sebagaimana yang diarahkan oleh pengguna
KATEGORI KOMPUTER
Komputer mikro (microcomputer) Dikenali sbg komputer peribadi (PC) atau desktop. Untuk kegunaan peribadi & perseorangan Terbesar-worstation & terkecil notebook. Cth kegunaan kejuruteraan - untuk lukisan & lakaran rekabentuk untuk pembangunan produk baru
Komputer mini (minicomputer) Digunakan oleh lebih dpd seorang pengguna pada satu masa. Biasanya digunakan oleh syarikat kecil & sederhana.Cth kegunaan kejuruteraan - mengawal proses pengeluaran & chemical plants
Kerangka Utama (mainframes) Digunakan oleh syarikat/organisasi yg besar. Terbesar-supercomputer. Cth kegunaan kejuruteraan - pemprosesan nombor (number cruncher).
KEPENTINGAN KOMPUTER
Proses penyelesaian masalah dalam tugasan Boleh menaikkan imej dan kredibiliti seseorang Mendapat maklumat dengan lebih cepat dan tepat Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Meningkatkan produktiviti Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.