Penyelaras Pengurusan Risiko UiTM Cawangan Terengganu Bengkel Kemaskini Daftar Risiko PTJ UiTM Cawangan Kelantan HRD (A) 2 April 2017 Oleh: Zuraini Jusoh Penyelaras Pengurusan Risiko UiTM Cawangan Terengganu
Kandungan Permulaan Mekanisme Pengurusan Risiko Universiti Pencegahan Kesiapsiagaan
BAHAGIAN I PERMULAAN
Pengenalan Pelaksanaan Dasar dan Mekanisma Pengurusan Risiko UiTM diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko Strategik Universiti Bil. 1/2014 pada 9 Oktober 2014. Tujuan: Menjelaskan struktur tadbir urus serta peranan dan tanggungjawab setiap jawatankuasa yang berkaitan serta warga universiti dalam menguruskan risiko Universiti. Konteks: Mengenalpasti risiko, menganalisa risiko, menilai dan mengkategori tahap risiko, mengawal risiko, pemantauan dan semakan semula.
Tafsiran “Pusat Tanggungjawab” ertinya setiap kampus cawangan, fakulti, jabatan, bahagian, institut dan pusat yang ditubuhkan di dalam UiTM “Unit Pengurusan Risiko” ertinya unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengintegrasi aktiviti pengurusan risiko bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM “Pemilik Isu” ertinya Unit/Bahagian/Jabatan yang mengenalpasti dan melaporkan risiko yang dijangka untuk didaftarkan di dalam Daftar Risiko “Pemunya Tindakan” ertinya pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan Kaedah Kawalan Tambahan yang dicadangkan dilaksanakan dan memantau tahap risiko
Tafsiran “Risiko” ertinya kebarangkalian terjadi sesuatu perkara yang memberi impak negatif kepada pencapaian objektif organisasi “Pengurusan Risiko” ertinya satu struktur rangka kerja proses-proses menguruskan risiko-risiko kejadian luar jangka “Daftar Risiko” ertinya dokumen yang digunapakai oleh setiap PTJ bagi merekodkan risiko yang dikenalpasti mengikut format yang disediakan oleh UPR. “Punca Risiko” ertinya aktiviti/proses/faktor yang menjadi punca kepada sesuatu risiko “Impak Risiko” ertinya kesan/akibat yang dijangka berlaku sekiranya tiada langkah kawalan
Tafsiran “Toleransi Risiko” ertinya satu tahap risiko yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Universiti dimana tahap risiko tersebut boleh diterima beserta pelan tindakan untuk mengurangkan kesan jika risiko menjadi kenyataan “Kaedah Kawalan Sedia Ada” ertinya kaedah yang telah dilaksanakan bagi mengawal risiko dari menjadi kenyataan “Langkah Kawalan” ertinya usaha-usaha yang dijalankan bagi mengelak sesuatu risiko menjadi kenyataan “Kawalan Tambahan” ertinya cadangan tambahan atau penambahbaikan kaedah kawalan yang difikirkan lebih efektif daripada Kaedah Kawalan Sedia Ada
Tafsiran “Kebarangkalian” ertinya kemugkinan sesuatu risiko itu berlaku. Lima (5) Tahap kebarangkalian ialah Jarang, Kemungkinan Rendah, Ada Kemungkinan, Kemungkinan Tinggi dan Hampir Pasti “Penilaian Impak” ertinya tahap impak risiko kepada individu mahupun Universiti sekiranya risiko itu menjadi kenyataan. Lima (5) tahap impak ialah Tiada Kesan, Kecil, Sederhana, Besar dan Sangat Besar “Tahap Impak Risiko” ertinya matrik impak dengan mengambil kira faktor Kebarangkalian dan Penilaian Impak. Empat (4) tahap impak risiko ialah Rendah, Sederhana, Tinggi dan Ekstrem
Kategori Risiko
BAHAGIAN II MEKANISME PENGURUSAN RISIKO UNIVERSITI
Tadbir Urus Pengurusan Risiko UiTM (2014) Sumber : Arahan Dasar dan Mekanisma Pengurusan Risiko UiTM (2014)
Tadbir Urus Pengurusan Risiko UiTM (2016) Sumber : Pekeliling Tadbir Urus Pengurusan Risiko Universiti (2016)
Jawatankuasa Pemilik Risiko
Tanggungjawab Jawatankuasa Pemilik Risiko Mengesahkan risiko yang dikenalpasti Mengesahkan tahap risiko mengikut keutamaan Mengesahkan langkah kawalan yang dicadangkan untuk dilaksanakan Meluluskan aktiviti pengurusan risiko di PTJ Mengesahkan daftar risiko berimpak tinggi
Tanggungjawab Jawatankuasa Pemilik Risiko
BAHAGIAN III PENCEGAHAN
Rangka Kerja Pengurusan Risiko
Pendokumentasian Risiko RISIKO = Kebarangkalian X Impak
Pendokumentasian Risiko
Pendokumentasian Risiko
BAHAGIAN IV KESIAPSIAGAAN
Tindakan Kawalan Semua PTJ hendahlak secara bersendirian atau bekerjasama: Memantau dan mengemaskini Tindakan Kawalan yang bersesuaian Menyediakan manual/prosidur pelaksanaan Tindakan Kawalan yang berkaitan Menyediakan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau Perniagaan (BCP) bagi menghadapi kemungkinan risiko menjadi kenyataan
Terima Kasih Zuraini Jusoh zuraini338@tganu.uitm.edu.my 09-840 3996 / 09-840 1294 019-988 4316