KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH HHHC9301- KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : MOO CHIEN YIN NO.MATRIK : A144540 NO. KAD PENGENALAN : 940826-14-5020 FAKULTI : FAKULTI SAINS KESIHATAN PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN /2 NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. HING HIANG LIAN
LAPORAN AKHIR Nama aktiviti ini adalah PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT UKM SESI AKADEMIK 2013/2014. Aktiviti dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti hini telag diadakan pada 1 hingga 2 Mac 2014 di UKM Bangi. Saya merupakan salah seorang peserta dalam pertandingan ini. Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) Peringkat UKM merupakan suatu aktiviti tahunan terbesar bagi badan beruniform BSMM Cabang UKM yang dijalankan pada setiap tahun. Setiap kolej kediaman telah dijemput untuk menghantar kumpulan untuk bertanding dalam pertandingan tersebut. PPC ini mempunyai 5 kategori iaitu kawad kaki, team test, bandaging, community base dan kuiz.
Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli pertolongan cemas yang berpengetahuan. Ia juga dapat melatih sebuah kumpulan untuk membina semangat kerjasama sepanjang pertandingan ini. Selain itu, peserta-peserta juga dapat berkomunikasi dengan mangsa dengan lebih berkesan dalam sesuatu kes kecemasan. Kami telah menjalani banyak sesi latihan untuk PPC. Dalam setiap latihan, kami dapat mempelajari ilmu-ilmu yang berbeza dan ini membolehkan saya untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain dalam sesuatu kes kecemasan. Saya telah belajar untuk menjadi seorang yang berdisiplin semasa dalam latihan kawad kaki. Kami perlu mematuhi arahan daripada komander dan melakukan gerakan yang betul. Disiplin adalah amat penting dalam kalangan mahasiswa mahasiswi, ia juga amat penting dalam kehidupan seharian untuk melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni. Semangat
bekerjasama juga amat penting dalam kehidupan kami bekerjasama juga amat penting dalam kehidupan kami. Kami akan bekerja atau diamanahkan untuk melakukan sesebuah tugasan dalam kumpulan dan semangat kerjasama ini dapat memudahkan kerja tersebut serta meningkatkan produktiviti sesebuah kumpulan itu. Saya juga telah belajar pelbagai ilmu pertolongan cemas seperti pembalutan dan pengangkutan. Saya boleh mengaplikasikan teknik-teknik pembalutan dan merawat luka tersebut semasa saya berhadapan dengan situasi kecemasan. Dengan adanya ilmu itu, saya dapat menghulurkan bantuan kepada orang lain dalam keadaan kecemasan. Saya boleh memanfaatkan ilmu-ilmu ini dalam sepanjang hayat saya. Komunikasi adalah amat penting dalam kehidupan seharian kami. Sepanjang latihan pertandingan, saya belajar cara berkomunikasi dengan mangsa dengan sesuai dan berkesan. Kami harus bertutur dengan lembut dan bersopan dengan mereka. Semasa berhadapan dengan orang lain, kami
harus bersopan santun. Kami dilarang untuk menjengkelkan perasaan mereka atau bercakap dengan mereka tentang sesuatu perkara yang negatif. Kami juga belajar cara untuk memujuk dan memberi keselesaan kepada seseorang mangsa supaya dapat menenangkan emosi mereka. Kemahiran-kemahoran ini amat berguna dan saya boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan saya semasa bergaul dengan orang lain. Dengan mempunyai ilmu pertolongan cemas yang luas, saya lebih beryakin untuk memberi bantuan kepada orang lain. Saya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan sebagai ahli pertolongan cemas dan saya dapat memberi rawatan kepada mereka yang tercedera. Pelbagai ilmu dan teknik yang telah diajarkan oleh jurulatih kami. Saya telah mencatatkan perkara-perkara tersebut dan menyusun atur mereka dengan baik. Saya menguruskan maklumat-maklumat ini dengan teratur dan saya telah mengulangkaji setiap perkara ini sebelum latihan.
Sesi latihan kami adalah pada waku malam Sesi latihan kami adalah pada waku malam. Kami perlu meluangkan masa pada waktu malam untuk menhadirkan diri ke latihan ini. Saya perlu menguruskan masa saya dengan sesuai supaya tidak mengabaikan akademik saya. Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak ilmu dan saya akan memanfaatkan ilmu tersebut. Saya akan mengaplikasikan perkara-perkara ini dalam kehidupan harian saya dan menjadikan diri saya seorang yang berilmu dan sedia membantu. Link berikut adalah video yang mengandungi gambar dan video sebagai bukti saya sepanjang aktiviti PPC. https://www.youtube.com/watch?v=Q6cOPwcuTDI
SEKIAN TERIMA KASIH