PRESTASI BAHASA/LINGUISTIK

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Menyimak lafal, tekanan, intonasi, dan jeda yang baku dan yang tidak
Advertisements

Fonologi Dewi Puspitasari.
Struktur Fonologi Bahasa Indonesia
FONOLOGI Dosen : ABUSAMAN BIN AHMAD,S.Pd Program Studi Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia Universitas Terbuka.
PEMBENTANGAN SOALAN ULANGKAJI
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Pengertian Tatabahasa,
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
HAKIKAT BAHASA DAN LINGUISTIK : SATU PERBANDINGAN
SCLM 5103 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
AIMAN DANIEL & AMMAR SUFI
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
FALSAFAH BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
Taklimat matapelajaran Bahasa melayu
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
KOMUNIKASI.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
Tajuk: Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Nama: Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik:
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BUNYI KONSONAN Terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. 1. Bibir 7. Gigi Gusi - Lelangit keras 2.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGERTIAN TATABAHASA,
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

PRESTASI BAHASA/LINGUISTIK UNIT 6 PRESTASI BAHASA/LINGUISTIK PENANGGAPAN CAKAPAN

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan penanggapan cakapan dari segi: > konsep > proses > kekompleksan > peringkat, dan > model > masalah

PENANGGAPAN CAKAPAN Proses penanggapan cakapan merupakan bahagian penting dalam kajian psikolinguistik, iaitu mengkaji bagaimana pendengar menanggap isi percakapan daripada penutur Penanggapan bermakna apa-apa yang diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dalam hati, atau serapan. Ini terjadi kerana adanya kesedaran diri yang ditandai oleh reaksi memilih, atas dasar hati nurani (concience) Cakapan bermakna pertuturan, pembicaraan, perbualan, perundingan atau apa-apa sahaja yang dicakapkan, iaitu percakapan yang dihasilkan melalui bunyi

PENANGGAPAN CAKAPAN Penanggapan cakapan merupakan satu proses penerimaan pancaindera terhadap bunyi percakapan, iaitu satu proses yang menerima sensasi, yang dihasilkan oleh gelombang bunyi (sound wave) dalam sistem pendengaran. Bunyi keluar daripada mulut, ditanggap oleh telinga, dan diproses dalam otak Seterusnya menghasilkan gambaran persepsi bagi ciri linguistik sesuatu ujaran. Misalnya, pendengar menanggap bunyi cinta daripada penutur seperti yang tergambar dalam gambar rajah berikut:

PENANGGAPAN CAKAPAN cinta Penutur (P1) Pendengar (P2)

PENANGGAPAN CAKAPAN Dalam proses tersebut, diandaikan penutur mendengar bunyi daripada pendengar seperti rentetan fonem, iaitu fitur vokal (segmen, unit) yang distingtif dan terkecil dalam leksikon (kata), yang tertib, satu kepas satu, secara berasingan Pada hakikatnya, bunyi yang didengar itu bersambungan dan tidak terpisah. Bunyi tersebut dalam tulisan diwakili oleh lambang tertentu yang secara umunya dikatakan huruf (abjad, aksara)

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Prinsip Lakuan Bahasa: proses penanggapan cakapan tertakluk kepada undang-undang bahasa. Sesuatu masyarakat, sesebuah sekolah, sebuah bilik darjah, dan seorang mahasiswa yang sedang menelaah buku teksnya ialah satu sistem Demikian juga halnya dengan bahasa. Setiap bahasa, mempunyai undang-undang tertentu, yang menguasai bunyi, kalimat dan susunannya, bukan sembarangan sahaja Undang-undang itu diterapkan dalam ayat, frasa, perkataan, kata, morfem dan fonem

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Bahasa mempunyai undang-undangnya sendiri. Misalnya, dalam Bahasa Inggeris (BI), kita temukan urutan bunyi konsonan spr dan spl seperti dalam spring dan split. Urutan bunyi tersebut, tidak terdapat dalam Bahasa Melayu (BM), kerana dalam BM konsonan tanpa vokal tidak berbunyi Bunyi konsonan sengau ny dan ng pada awal kata kurang terdapat dalam BI. Dalam BM, ny dan ng kurang terdapat pada awal kata, dan ny tidak terdapat langsung pada akhir kata. Contohnya nyanyi, nyaring, nganga. Ini menunjukkan bahawa BM dan BI mempunyai undang-undangnya sendiri, yang dipersetujui oleh masyarakat bahasa berkenaan

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Contoh yang lain ialah dari aspek penggunaan sistem kata majmuk. BI menyebut bus station, flower garden, BM menyebut stesen bas, kebun bunga. Keadaan ini berlaku kerana perbedaan kebudayaan dan nilai hidup Demikian juga dalam sistem susunan kalimat, BI menyebut She is lazy, BM Dia malas atau Dia adalah malas. Jika disebut Dia ialah malas, maka ayat itu dianggap tidak gramatis, iaitu terkeluar daripada nahu BM, Jika disebut She lazy juga dianggap tidak gramatis dalam BI Setiap peringkat bahasa mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi. Undang-undang itu dapat dikesan apabila seseorang menggunakan bahasa dengan betul, mengikut peraturan rumus bahasanya. Penutur akan menyedari kesilapan bahasa yang dilakukannya dalam percakapan

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Bergantung kepada konteks: Setiap unit bahasa yang hendak diinterpretasikan itu perlu megambil kira konteksnya. Penyesuaian dengan konteks bermakna matra hubungan kata tersebut tidak dapat dipisahkan dengan situasi dan budaya Sebahagian erti suku kata diberikan oleh kolokasi daripada kata itu. Contohnya, salah satu daripada erti malam ialah kolokasinya dengan gelap, siang berkolokasi dengan terang. Ucapan selamat malam ditentukan oleh konteks perjumpaan pada waktu malam, dan ucapan selamat pagi, tengah hari, petang ditentukan oleh konteksnya

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Menurut teori linguistik, lakuan bahasa ditentukan oleh konteks fonologi, konteks morfologi, konteks leksikon dan konteks situasi Setiap konteks itu berperanan sebagai lingkungan untuk unsur atau unit pada setiap aras (level) bahasa itu Setiap aras mempunyai erti yang dapat dibedakan dan dianalisis Secara gambar rajah dapat dibuat seperti yangbberikut:

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN semantik lingkungan budaya kategori semantik konteks situasi sintaksis kategori sintaksis konteks sintaksis morfologi bahasa mofem konteks morfologi leksikon kata konteks leksikon fonetik fonem konteks fonetik

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Perkataan BI, misalnya board pada aras fonetik, diragukan kerana mempunyai banyak erti. Aras morfologi dan aras semantik, iaitu konteks situasi dapat menjelaskan keraguan tersebut, kerana konteks itu berada dalam lingkungan budaya, tempat laku ucapan itu disisipkan Hadirnya satu chess board dalam situasi ini akan menyingkirkan kemungkinan erti a commercial board atau erti a board of studies Demikian juga perkataan BM seperti ayat anak saudara Harun, yang memberikan dua pengertian, iaitu anak kepada Harun atau anak adik beradik Harun Contoh lain, kereta api lama berhenti di Kajang, membawa dua pengertian, iaitu kereta api itu sudah tua usianya, tetapi berhentinya sekejap atau kereta api itu baru dibeli, tetapi masa berhentinya lama

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Kalimat itu hanya dapat difahami dengan jelas berdasarkan konteks situasi. Dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan erti setiap kalimat berdasarkan lima matra, iaitu: > Hubungan setiap fonem dengan konteks fonetiknya (hubungan fonem dalam kata) > Hubungan kata dalam kalimat > Hubungan morfem dalam kata dengan morfem yang sama dalam kata lain, dan hubungannya dengan kata itu > Jenis kalimat tempat kalimat itu digolongkan > Hubungan kalimat dengan konteks situasi

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Bergantung kepada pengkategorian: Unit bahasa mempunyai golongannya sendiri. Perkataan didasarkan kepada semantik, sama ada perkataan itu menggambarkan kenyataan atau lainnya. Benda yang digambarkan itu akan digolongkan kepada kategori tertentu. Pendengar akan mengasingkan fonem dalam golongan yang sama, dan fonem dalam golongan yang berlainan Dalam BM, fonem /p/ dalam perkataan pakai, apa dan tetap adalah kurang berbeda dari segi bunyi, tetapi mempunyai tugas tertentu dan erti yang berlainan p - awal perkataan p - tengah perkataan p - akhir perkataan BM = /p/ - p

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Dalam BI, p dalam perkataan put, spin dan tip, hampir sama bunyinya, tetapi tugasnya berbeda ph phut - awal perkataan P spin - tengah perkataan P tip - akhir perkataan ph BI = /p/ p p-

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Dalam bahasa Thai, p dalam perkataan phaa dan paa ialah satu fonem yang mempunyai tugas sendiri phaa = mengiris paa = ayah /ph/ bahasa Thai /p/

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Bunyi yang meninggi atau menurun apabila sesuatu suku kata itu disebut, dapat juga membedakan makna. Dalam bahasa Cina, Thai dan Vietnam, banyak fonem yang sama, dibedakan maknanya oleh tinggi rendahnya suara Bahasa Vietnam mengandung enam jenis tona, iaitu bunyi meninggi atau menurun, yang membedakan makna BM tidak ada tona seperti ini

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN 1. ma = bantu 2. ma = memeriksa 3. ma = tetapi 4. ma = kuburan 5. ma = kuda 6 ma = umbut padi hay

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Perkataan juga dapat dikategorikan mengikut tekanan, iaitu bunyi keras atau lunak sesuatu suku kata apabila disebut 1. ( ) tanda keras 2. ( ) tanda sedang 3. ( ) tanda lemah 4. ( ) tiada tekanan

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Dalam BI, tekanan suara juga dapat membedakan makna perkataan. Misalnya, kata impɔ:t ialah verb dan impɔ:t ialah noun Begitu juga dengan bunyi panjang, pendek apabila disebut dapat membedakan makna. Misalnya: [ši:p] - sheep (biri-biri) [šip] - ship (kapal)

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Pancaran selari: Beberapa fonem bukanlah diterbitkan dalam percakapan secara berasingan, tetapi secara berangkai-rangkai atau bersambung-sambung, tidak terpisah seperti yang dijangkakan Hal ini terjadi kerana adanya proses psikologi yang menghubungkan bayangan bunyi itu dengan konsep yang sama Ini dapat diperjelas melalui gambar rajah berikut:

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Odisi Fonasi k: konsep K b b: bayangan bunyi k b Fonasi (phonation) Odisi (audition)

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Dalam kajian fonetik, keterangan tersebut telah dibuktikan oleh alat, seperti spektogram, palatogram, laringoskopi, letromiografi… Alat ini dipakai untuk menentukan sifat atau mengukur bunyi bahasa Fonetik juga memerlukan Teknik pendengaran untuk membedakan bunyi bahasa yang didengar. Dengan cara itu, bunyi bahasa dapat dideskripsikan sebagai kasar, garuk, halus, nyaring, lantang, lunak… Alat itu juga dapat menganalisis bunyi dari segi sifatnya. Gambar gelombang bunyi dapat dirakam untuk penggunaan analisis. Sifat bunyi, seperti ukuran gelombangnya, kesengauan, daerah sebutan dan lainnya amat senang dipelajari melalui gambar rajah akustik. Misalnya, bunyi ayat The dog snapped dapat dilihat gelombang bunyi pada rajah spektogram berikut:

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN

PROSES PENANGGAPAN CAKAPAN Spektograf di bawah pula menggambarkan bunyi [b], [ǣ] dan [g] yang disampaikan selari, iaitu tidak terpisah b ǣ g f r e k u n s I MASA

KEKOMPLEKSAN PENANGGAPAN CAKAPAN Proses penanggapan cakapan: Satu proses yang lebih kompleks daripada penerimaan bunyi percakapan. Ada dua pendapat tentang hal ini. > Pendengar dikatakan bergantung kepada konteks dalam proses penanggapan cakapan. Proses semantik dan sintaksis digunakan untuk menentukan fonem yang didengarnya, iaitu dari atas ke bawah (top- down) > Proses ini menunjukkan bahawa penanggapan bunyi percakapan bersambungan, dan juga menentukan sekatan semantik, dan menolong pendengar mendengar semua perkataan dalam aliran percakapan Pendengar akan melalui proses dari bawah ke atas (bottom-up) untuk memahami percakapan. Gerak geri fonem dan perkataan dapat menentukan makna. Proses ini menunjukkan wujudnya serentetan fonem yang tertib secara berasingan

KEKOMPLEKSAN PENANGGAPAN CAKAPAN Pendekatan proses penanggapan cakapan: Untuk melihat proses yang kompleks ini, beberapa pendekatan telah dikenal pasti, iaitu: > menganalisis ciri akustik bunyi percakapan yang hendak dikenali pendengar sebagai sesuatu fonem [b], [t], [d], [k], [g]… > mencipta bunyi percakapan tiruan menggunakan komputer untuk mengenalinya > meminta pendengar mengecam bunyi percakapan dalam suasana bising atau terdapat gangguan

KEKOMPLEKSAN PENANGGAPAN CAKAPAN Dalam proses percakapan yang berasingan, pendengar didapati tidak mendengar penggalan fonetik secara suatu keseluruhan, tetapi yang diterimanya ialah fitur distingtif pendengaran. Gabungan semua itulah yang dapat menentukan fonem yang didengar Fonem dapat dihuraikan dan dibedakan berdasarkan: > fitur artikulasi, iaitu tempat, cara dan suara artikulasi > fitur akustik, iaitu frekuensi, intensiti dan durasi bunyi ucapan > fitur persepsi, iaitu yang didasarkan pada diskriminasi pendengaran

KEKOMPLEKSAN PENANGGAPAN CAKAPAN Contoh Matrik Fitur Distingtif BM

PERINGKAT PENANGGAPAN CAKAPAN Peringkat auditori: Deskripsi bunyi berdasarkan pendengaran, iaitu mendeskripsikan apa-apa yang boleh didengar Pendengar menerima rentetan isyarat akustik yang pendek. Apabila didengar bunyi itu, pendengar akan melakukan analisis permulaan, iaitu menganalisis percakapan dalam bentuk isyarat akustik Pendengar menerima rangkaian percakapan pada suatu masa, dan kemudian dianalisis untuk kewujudan akustik. Misalnya, bunyi fonem [d], iaitu dalam [di] dan [du] Fonem [d] mempunyai bentuk yang tersendiri, yang berbeda dengan penggalan fonetik yang lain. Ia mempunyai bentuk tersendiri yang membolehkan peringkat fonetik mengenalinya sebagai [d], [di] dan [du] adalah tidak sama

PERINGKAT PENANGGAPAN CAKAPAN Ada dua jenis isyarat akustik, iaitu: > isyarat bergantung kepada konteks, atau dikenali sebagai isyarat tak bebas konteks, seperti [d] dalam [di] dan [du] > isyarat bebas konteks. Bunyi [s] dalam apa-apa konteks pun adalah sama. Contoh lain [š], [z], [ž], [c], [ǰ]

PERINGKAT PENANGGAPAN CAKAPAN Peringkat fonetik: Pendengar mengenali sesuatu penggalan fonetik hasil daripada analisis peringkat pertama. Di sini, pendengar meletakkan penggalan fonetik ke dalam urutan yang sama Penggolongan bunyi bahasa itu dilakukan dengan kesan bunyi, iaitu proses penggolongan bunyi yang mempunyai sifat yang sama ke dalam satu gologan Setelah dipenggal, bunyi itu diberikan lambang, walaupun bunyi itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan bentuk lambang. Misalnya, bunyi [b] dalam BM (konsonan letupan dua bibir bersuara), diberi lambang /b/ dalam tulisan rumi dan ب dalam tulisan jawi, yakni ada dua lambang yang berlainan bagi bunyi yang sama

PERINGKAT PENANGGAPAN CAKAPAN Peringkat fonologi: Kajian dilakukan untuk menjelaskan bagaimana bunyi bahasa diujarkan. Pendengar biasanya merujuk undang-undang fonologi bahasanya dalam membuat keputusan, iaitu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Misalnya, kata BI structure, akan disebut struktur dalam BM, kerana perubahan berdasarkan penyesuaian ejaan dan lafaz Green Berg dan Jankin telah membuat uji kaji tentang hal ini. Dia mendengarkan bunyi perkataan [stik] dan [szik]. Satu pada telinga kiri, dan satu lagi di telinga kanan secara serentak. Subjek masih mengatakan bahawa, yang didengarnya ialah bunyi [stik]

PERINGKAT PENANGGAPAN CAKAPAN Demikian juga uji kaji yang telah dilakukan oleh Day. Dia mendengarkan bunyi [lanket] dan [banket]. Subjek mengatakan bahawa mereka mendengar [blanket] Pada satu ketika dahulu, saya pernah menyebut [jagus] untuk [gajus] semasa mengajar di sebuah sekolah. Apabila disoal kembali, pelajar tetap menjawab [gajus] bukan [jagus] Contoh di atas jelas menunjukkan bahawa pendengar atau subjek merujuk undang-undang bahasanya dalam menganalisis perkataan yang didengar dalam pelbagai situasi

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Pemadanan acuan: Sistem pemadanan acuan mengandaikan jika seseorang itu melihat A, maka ia akan menerimanya sebagai input. Dalam otaknya, seolah-olah ada acuan untuk A Pendengar akan mencari dalam ingatannya, apakah penggalan fonetik yang didengarnya itu. Ini bermakna, setiap pnggalan fonetik itu ada acuan dalam ingatannya Keadaan itu sebenarnya mustahil kerana setiap penggalan fonetik yang didengarnya itu sentiasa berbeda

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Penggalan fonetik yang diucapkan oleh kanak-kanak berbeda dengan penggalan fonetik yang diucapkan oleh wanita warga emas. Demikian juga jika dibandingkan bunyi orang asing yang bertutur bahasa Melayu. Bunyinya tentulah tidak sama dengan bunyi yang diucapkan oleh penutur jati/asIi bahasa itu Dalam konsep ini, wjud pertanyaan: > Apakah acuan dalam otak pendengar itu berlainan caranya diujarkan? > Adakah kelainan (A, A, A, a, a, a) ini mempunyai acuan dalam ingatannya? Adalah tidak mungkin, dalam ingatan, ada acuan kelainan penggalan fonetik

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Pengesanan fitur: Sebelum pendengar mendapat tahu nama penggalan fonetik yang didengarnya, ia terlebih dahulu menerimanya sebagai input, dan cuba mengesan fitur yang ada pada sesuatu penggalan fonetik. Misalnya: /m/ = konsonantal, sonoran, sengau, anteriov, suara, hadapan Adalah dipercayai bahawa pendengar mempunyai acuan bagi setiap fitur distingtif setiap penggalan fonetik. Masalahnya ialah pendengar tidak dapat mengendalikan kelainan yang ditentukan oleh konteks. Ini menunjukkan bahawa dalam diri pendengar memang ada kebolehan lain untuk mengenali penggalan fonetik yang didengar

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Analisis secara sintesis: Hal ini telah dikemukakan oeh Hale dan Steven. Dalam analisis ini, diandaikan pendengar mempunyai sistem penghasilan dalaman (internal production system) bunyi percakapan Apabila didengar rentetan bunyi percakapan, pendengar akan sintesis rentetan itu untuk mengenali apakah yang didengarnya. Misalnya, ia mendengar bunyi [lost]. Sebelum ia menentukan bunyi itu, ia sintesis terlebih dahulu. Apakah ia mendengar last, didapatinya tidak. Ia akan berfikir berulang kali, dan akhirnya ia dapat menentukan, yang didengarnya itu ialah lost

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Dengan cara tersebutlah, pendengar dapat menyesuaikan dirinya dengan setiap cara percakapan yang didengar. Misalnya, orang Cina bercakap bahasa Melayu. Terdapat dalam kalangan mereka yang tidak boleh menyebut fonem /r/ yang disebut [l]. Contohnya, kata [lari] disebut [lali] Demikian juga dalam kalangan orang India yang bercakap bahasa Melayu. Ada antara mereka yang tidak dapat menyebut fonem /h/ pada akhir kata. Misalnya, kalimat jangan hisap dadah disebut [jangan hisap dada] Mungkin pada peringkat permulaan, mereka menghadapi kesulitan, tetapi dengan analisis secara sintesis ini, mereka kemudiannya dengan mudah memahami dan dapat mengujarkannya dengan betul

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Teori motor: Mengikut teori ini, apabila pendengar ingin mengenali bunyi, ia dapat menganalisisnya dengan gerak motor mekanisme artikulasi Sebelum itu, ia juga perlu mengenal pasti dan memahami fungsi alat dan daerah artikulasi yang ada dalam mekanisme artikulasinya

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN MEKANISME ARTIKULASI rongga hidung gusi lelangit keras lelangit keras gusi rongga mulut bibir atas lelangit embut hujung lidah velik gigi bawah anak tekak bibir bawah akar lidah rongga tekak belakang lidah thyroid cartilage epiglottis pita suara esofagus

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN menyebut [p] dalam padi menyebut [t] dalam tali

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN menyebut [k] dalam kati menyebut [s] dalam saya

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN menyebut [š] dalam syarat menyebut [m] dalam masuk

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN menyebut [n] dalam nadi menyebut [ ŋ ] dalam datang

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Keadaan ini masih ada masalahnya, kerana ada orang yang tidak boleh berbahasa, tetapi dapat memahami percakapan, misalnya tunawicara. Namun demikian, teori motor inilah yang dianggap paling baik digunakan Pengamatan berasingan dan pengamatan bersambungan: Kajian menunjukkan bahawa kemungkinan adanya persamaan dan perbedaan antara kedua-dua corak penanggapan cakapan itu. Pengamatan berasingan tidak didasarkan kepada konteks, sedangkan pengamatan bersambungan berdasarkan konteks bunyi dihasilkan, dengan bantuan aspek sintaksis dan semantik

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Miller Isard telah mengadakan uji kaji terhadap pendengar, dengan mengemukakan ayat yang berlainan, iaitu ayat yang gramatis, ayat yang tidak logik, dan ayat yang tidak gramatis, dalam suasana yang bising Hasilnya didapati, pendengar lebih senang dan tepat memahami maksud ayat yang gramatis. Ini menunjukkan bahawa pendengar bergantung kepada sintaksis dan semantik

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Warren dan Obusek juga telah membuat uji kaji untuk melihat peranan konteks. Mereka telah memberikan dua perkataan kepada subjek supaya didengar dengan teliti, iaitu perkataan legislature dan legixlature Pada perkataan kedua itu, foem /s/ telah digantikan dengan fonem /x/. Namun, pendengar masih menganggap bahawa bunyi yang didengarnya ialah [s] bukan [x] Ini menunjukkan bahawa adanya ketergantungan kepada konteks. Apabila tiga penggalan fonetik disirnakan, iaitu [lexxxlature], pendengar masih menyimpulkan bahawa perkataan yang didengarnya adalah seperti bunyi yang terdahulu, legislature, iaitu bunyi yang betul

MODEL PENGAMATAN CAKAPAN Andainya ada empat kumpulan yang sedang berbincang, iaitu kumpulan 1: CDE, kumpulan 2: HGHI, kumpulan 3: AB, dan kumpulan 4: KZ. Walau bagaimanapun bunyi bising, A dan B masih dapat memahami tajuk yang dibincangkan Ini menunjukkan bahawa pendengar memiliki kebolehan untuk menumpukan perhatian kepada apa-apa yang didengarnya Dalam proses pendengaran tersebut, diragui, sama ada terdapat atau tidak gangguan daripada kumpulan yang lain. Daripada pemerhatian, ternyata bahawa gangguan itu tetap wujud, namun, tidak memberikan kesan yang signifikan kepada kumpulan yang lain

MASALAH PENANGGAPAN CAKAPAN masalah dalam penanggapan cakapan disebabkan oleh perkara yang berikut: Bunyi cakapan yang didengar itu bersambungan bukannya berasingan. Semua penggalan yang didengar adalah ilusi. Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai kebolehan untuk memenggal-menggalkan bunyi percakapan Penggalan fonetik tidak mempunyai ciri kesamaan, tetapi berbeda. Misalnya, [b] dalam bill, ball, bull, able, rob … Pemenggalan fonetik tidak mempunyai satu rentetan aliran percakapan. Misalnya, pertunjukan [ pәrtunjuɁkan]. Dalam BI Amerika, terdapat perkataan rider [raiDә], writer [rai:Dә]

MASALAH PENANGGAPAN CAKAPAN Jika aliran percakapan boleh dipenggal-penggalkan fonetiknya, kita pasti akan menghadapi kesukaran dalam mengenalinya. Ini disebabkan adanya kemungkinan penggalan itu terjadi begitu cepat sehingga sukar hendak dikenali Bahasa percakapan (lisan) tidak sama dengan Bahasa tulisan. Misalnya, dalam surat, dapat dibaca perkataan pertama hingga akhir, dengan syarat, setiap perkataan dalam perenggan itu ditulis dengan terang. Kalau tulisan dalam plastik yang bercahaya ditindankan tulisan itu dengan dua keping plastik, kita tentu sukar untuk membacanya kerana pandangan terganggu. Dalam percakapan, biarpun ada gangguan, kita masih dapat memahaminya

KESIMPULAN Penanggapan cakapan ialah proses penerimaan pancaindera terhadap bunyi percakapan, iaitu proses yang menerima sensasi yang dihasilkan oleh gelombang bunyi dalam sistem pendengaran Proses penanggapan cakapan berasaskan prinsip lakuan bahasa, bergantung kepada konteks, pengkategorian dan pancaran selari Kekompleksan penanggapan cakapan dapat diperjelas melalui proses penanggapan cakapan dan pendekatan proses penanggapan cakapan

KESIMPULAN Peringkat penanggapan cakapan merangkumi peringkat auditori, fonetik dan fonologi Model pengamatan cakapan dijelmakan melalui pemadanan acuan, pengesanan fitur, analisis secara sintesis, teori motor dan pengamatan berasingan dan pengamatan bersambungan Proses penanggapan cakapan adalah lebih sukar dan kompleks daripada proses pengeluaran bunyi bahasa

MADAH PUJANGGA ORANG YANG PALING KUAT DI DUNIA INI IALAH ORANG YANG TEKAL BERDIRI ATAS KAKINYA SENDIRI Wahai anakanda kekasih bunda wajib olehmu memelihara amanah pantang larangnya usah disanggah supaya hidupmu membawa faedah