Di Titian Kemerdekaan (halaman. 23) DHARMAWIJAYA Di Titian Kemerdekaan (halaman. 23)
Rangkap 1 telah datang angin kemerdekaan melambai tanah air berlagu sentosa telah gemilang sumpah kerelaan membelai bangsa sepanjang usia. Maksud Rangkap 1: Semangat sambutan hari kemerekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang cintakan tanahair. Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk membebaskan Negara, hingga kini semua warganegara berada dalam situasi yang menyenangkan
Rangkap 2 setiap menjelang kemerdekaan ini bergemalah di hati anak pribumi sejhtera bangsa neggenggam kemenangan keramat bangsa menentang keagungan. Maksud Rangkap 2: Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan , semangatnya mula dirasai oleh setiap warganegara. Kemerdekaan yang dicapai telah memmbolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa. Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang penjajah.
Rangkap 3 kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak di sini langit jernihmu dijunjung cinta kasih tiadakan retak meski debar sengketa melanda jantung. Rangkap 3: Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan dan ketaatan kepada Negara tercinta tanpa berbelah bagi.Walaupun sering diancam dengan perselisihan fahamyang boleh mengugat keamanan Negara. Semangat nasionalisme tidak pernah luntur.
Rangkap 4 tanah air tercinta hamparan setia kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh cita menjunjung bakti mahkota kedaulatan. Maksud Rangkap 4: Negara kita menuntut setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada Negara. Ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih, seharusnya generasi muda hari ini perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur jasa demi untuk menjamin maruah Negara yang tercinta.
Semangat nasionalisme TEMA Semangat nasionalisme Kecintaan terhadap negara tercinta apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangat cintakan negara semakin membara. Peri pentingnya semangat kecintaan terhadap negara dengan terus memberi sumbangan demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
PERSOALAN 1. Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan 2. Berjuang menentang penjajah 3. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai 4. Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara
HARAPAN Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini mengingati pejuang-pejuang negara yang telah berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini menghargai pengorbanan dan jasa para pejuang berjuang menuntut kemerdekaan menentang penjajah. Penyajak mengharapkan agar penduduk negara ini mengekalkan perpaduan demi negara tercinta. Penyajak mengharapkan agar generasi hari terus menumpahkan taat setia pada negara yang tercinta.
Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini menjunjung maruah dan kedaulatan negara Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini terus menabur bakti dan memberi sumbangan kepada negara tercinta.
Nada: Nada patriotik
GAYA BAHASA UMUM PERULANGAN ASONANSI ALITERASI METAFORA PERULANGAN KATA DI TENGAH BARIS PESONIFIKASI PERULANGAN RIMA HIPERBOLA PERULANGAN KATA IMEJAN PERULANGAN FRASA / RANGKAIKATA
RANGKA JAWAPAN FAKTA Asonansi HURAIAN Perulangan bunyi huruf-huruf vokal dalam sebaris sajak CONTOH telah datang angin kemerdekaan ULASAN berdasarkan contoh di atas, unsur asonansi dapat dikesan pada perulangan bunyi vokal a KESAN Penggunaan unsur asonansi dapat meninggalkankesan kemerduan dan kelembutan pada bunyi. FAKTA Aliterasi HURAIAN Perulangan bunyi huruf-huruf konsonan dalam sebaris sajak CONTOH seluhur suara seteguh cita ULASAN berdasarkan contoh di atas, unsur aletarsi dapat dikesan pada perulangan bunyi konsonan s KESAN Penggunaan unsur aliterasi dapat meninggalkan kesan kelantangan bunyi pada sajak.
FAKTA Metafora HURAIAN Perbandingan dua kata yang bersifat abstrak dan konkrit yang membawa maksud di luar kelaziman. CONTOH telah datang angin kemerdekaan ULASAN berdasarkan contoh di atas, unsur metafora dapat dikesan pada perbandingan dua kata antara angin yang bersifat konkrit dengan kemerdekaan yang bersifat abstrak. KESAN Penggunaan unsur metafora dapat memberikan gambaran yang lebih jelas.