Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SEMANTIK DAN PERISTILAHAN"— Transcript presentasi:

1 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR

2 SOALAN: Peribahasa ialah susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas, mempunyai makna yang tertentu, mengandungi teladan dan pengajaran. Masyarakat Melayu lama dapat menggambarkan perasaan, tindak tanduk, kegemaran, kebencian dan cara berfikir melalui peribahasa. Pilih 5 jenis peribahasa yang sesuai dan analisis dari sudut tujuan, fungsi, dan makna secara tersurat dan tersirat.

3 Definisi Peribahasa Jawapan:
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat)

4 Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untuk masyarakat pada ketika dahulu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kata- kata yang terkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajam serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara berikut: •Menghiasi karangan dan percakapan. •Menguatkan tujuan karangan atau percakapan. •Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.

5 Antara jenis-jenis peribahasa yang wujud di alam Melayu:
Pepatah Bidalan Kata-kata hikmah perbilangan Simpulan bahasa

6 Perumpamaan Peribahasa berlapis yang mengandungi makna tersurat dan tersirat. Didahului dengan kata ‘bak’, ibarat, bagai, laksana, macam, seperti, dan umpama. Contoh perumpamaan: “bagai pungguk merindukan bulan” Maksud Perumpamaan: Seseorang yang merindukan orang yang jauh

7 Pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis, mempunyai sifat yang bernas, memberatkan sifat ringkas, dan bijak susunan katanya. Contoh : air beriak tanda tak dalam (orang yang banyak bercakap tandanya kurang ilmu) malu bertanya sesat berjalan, alah bisa tegal biasa. (jika tidak tahu hendaklah belajar agar tidak jahil)

8 Bidalan Merupakan ayat yang mempunyai makna selapis
mengandungi unsur nasihat kerap terdapat penggunaan kata-kata seperti biar, jangan. Biasanya terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama menyatakan maksud dan bahagian kedua menyatakan ialah bagi pematah bagi maksud tersebut. Bidalan juga mengandungi pernyataan pada bahagian awalnya diikuti pelengkap pada bahagian yang menyusulnya. Contoh : biar lambat, asalkan selamat. Tak akan lari gunung yang dikejar. Ikutlah resmi padi,semakin tinggi semakin menunjuk. Biar mati anak jangan mati adat. Ada padi semua kerja menjadi.

9 Kata-kata hikmah/perbilangan
diucapkan oleh orang yang bijaksana, berfungsi sebagai panduan hidup dan menjadi percakapan umum. Contoh: Semakin kita belajar semakin banyak kita mengenal kebodohan kita. Jangan dipandang orang yang berkat, pandang apa yang dikata. Bertangguh itu pencuri masa. Bersatu teguh bercerai roboh.

10 Simpulan bahasa rangkaian kata yang telah tetap tersimpul dengan susunan khas, bentuk simpulan bahasa ringkas dan kebanyakannya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja. Mempunyai makna berlapis iaitu makna tersirat, berlainan daripada makna tersurat atau makna asalnya. Contoh: anak emas (anak kesayangan) panjang tangan (suka mencuri), buah hati (kekasih), kepala batu (degil), kaki ayam (tidak berselipar .

11 Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekali gus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak.

12 Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai ‘oral constitution’ atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup.

13 SOALAN 2 Dalam bidang semantik, terdapat beberapa makna yang perlu diketahui oleh pengguna bahasa, antaranya ialah makna denotatif dan makna konotatif. Huraikan kedua-dua makna ini dengan memberikan contoh yang sesuai

14 Makna Denotasi Merupakan makna kata yang sesuai dengan makna yang sebenarnya atau sesuai dengan makna kamus. Contoh : Adik makan nasi. Makan ertinya memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

15 Makan Konotasi Merupakan makna kiasan atau makna yang timbul setelah disusun dalam kalimat. Makna konotasi terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: Konotasi positif merupakan kata yang memiliki makna yang dirasakan baik dan lebih sopan. Konotasi negatif merupakan kata yang bermakna kasar atau tidak sopan.

16 Contoh konotatif positif:
Guru itu sudah pergi menghadap ilahi Contoh konotatif negatif: Guru itu sudah mampus!

17 SOALAN 3 Peminjaman istilah bahasa asing dalam pembentukan istilah baharu bahasa Melayu boleh dilakukan atas dasar yang ditetapkan. Jelaskan dasar pembentukan istilah tersebut.

18 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

19 iv. Istilah baharu hendaklah memperlihatkan kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia ; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihatkan bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

20 SOALAN 4 Pembentukan istilah dalam bahasa Melayu melalui pelbagai proses. Antaranya termasuklah proses pengimbuhan, penggabungan dan analogi bentuk. Huraikan dua daripada proses pembentukan istilah tersebut dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

21 Kata akar / dasar diberi imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan (Morfem Terikat Terbahagi Serentak atau Morfem Terikat Terbahagi Bertingkat). Contoh: Serap, diserap, menyerapi, diserapi, menyerapkan, diserapkan, penyerapan, penyerap, terserap, zat penyerap, kedayaserapan, daya serap

22 Proses Penggabungan Peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata akar / kata dasar. Kemudian diberi makna yang berbeda daripada kata asal. Terdapat tiga jenis penggabungan, iaitu: > Perangkaian menjadi satu Contoh: beritahu, jawatankuasa, olahraga, bumiputera > Penggunaan sempang Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin kira > Penulisan secara terpisah Contoh: atur cara, rumah tangga, tengah hari, jalan raya, alat tulis, kahwin campur

23 Makna ayat atau semantik ayat.
SOALAN 5 Makna ayat atau semantik ayat.

24 Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. i- Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah : Para pelajar yang dihormati.

25 Ii- Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat : Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca.

26 Iii- Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.


Download ppt "SEMANTIK DAN PERISTILAHAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google