Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
AYAT PASIF
2
Golongan Ayat Pasif Terbahagi kepada 3
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama dan kedua. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
3
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter- Subjek Kata kerja pasif Oleh + frasa nama Keterangan Ikan itu dimakan oleh kucing semalam Buah itu dipetik oleh ayah sebentar tadi Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang Tahi ayam itu terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai
4
Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif ‘di’ , kata
sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Ayat-ayat di atas, boleh menjadi: Ikan itu sudah dimakan kucing semalam. Buah itu dipetik ayah sebentar tadi. Batu itu tersepak Ali ketika pulang Namun demikian sekiranya binaan oleh +FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut: Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. (betul) Ikan itu sudah dimakan semalam kucing. (salah) Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah. (betul) Buah itu telah dipetik sebentar tadi ayah. (salah)
5
Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ‘ter-’ , kata sendi nama ‘oleh’ tidak boleh digugurkan misalnya: Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.(betul) Batu itu tersepak Ali ketika pulang (salah) Tahi ayam terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai.(betul) Tahi ayam terpijak adik semasa berjalan ke kedai. (salah) Untuk ayat pasif di atas semua bahagian binaan ‘oleh’ + FN boleh juga digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan tekanan. Contohnya: Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. Ikan itu sudah dimakan semalam. Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah.. Buah itu dipetik sebentar tadi. Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang. Batu itu tersepak ketika pulang.
6
Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke….an. Dalam ayat berberntuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diiperlukan. Subjek Predikat Budak itu bermandikan peluh. Mereka keletihan sepanjang hari. Surat ibunya belum berjawab. Orang ramai ketakutan Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Kata gantinama diri orang pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berlainan.
7
Ayat pasif dengan kata gantinama diri orang pertama dan kedua
Untuk ayat pasif bentuk ini kata gantinama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata gantinama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata gantinama diri orang pertama dan kedua yang hadir dihadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya: Subjek Frasa kerja pasif dengan gantinama diri pertama/kedua Keterangan Kerja itu sudah saya selesaikan semalam Makanan itu belum aku rasai lagi belumku rasai Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya akan kau jelaskan
8
Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut:
Saya telan gula-gula itu. Yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa : Gula-gula itu saya telan. Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap ‘Saya telan gula-gula itu’. Sebagai ayat aktif iaitu sama seperti ayat Saya menelan gurla-gula itu. Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan cara menyebutkan kedua-dua ayat itu kelalui intonasi
9
Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena diahdapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh berikut: Subjek Kena Kata kerja dasar Oleh + frasa nama Pencuri itu kena tangkap oleh polis Dia tipu oleh pemuda itu Mereka hasut oleh anasir luar
10
Sekian, terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.