Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Oktober 15, 2009 KAEDAH CERAKIN AYAT ZABA Pengiran Dr Haji Mohamed bin Pengiran Damit Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam

2 BENDA DAN CERITA “Benda” dan “cerita” = tunjang atau teras bagi sebarang apa ayat: jika ada keduanya jadilah ayat; dan jika tiada tidaklah jadi. Zainal- ‘Abidin bin Ahmad 1962:265) 1. Rumah batu besar yang di atas bukit itu. 2. Datang ke sana bersama saya malam tadi. 3. Dibelinya di kedai Cina dengan harga 20 sen seratus. 4. Baru balik dari Melaka melihat temasa orang mandi Safar. 5. Belum berapa lama dahulu seorang pengail dengan perahu- perahunya.

3 Tiap-tiap kumpulan perkataan yang sempurna maksudnya demikian itu tetaplah tak dapat tidak ia mencakapkan darihal sesuatu benda dan menyatakan apa hal benda itu. Misalnya jika kita kata: 1. Engkau ini raja manusia. 2. Saya sakit kepala. 3. Ayatnya tiada di rumah. 4. Dia ke Melaka semalam. 5. Burung itu tengah membuat sarang. 6. Pintu bilik itu dikuncinya dari dalam. 7. Bangkai kucing itu sudah saya tanamkan. 8. Kitab itu belum saya baca lagi.

4 Benda a. Dia ada di situ sekarang. b. Siapakah datang ke sini?
1. NAMA a. Bapanya pergi ke laut b. Rumah saya ditepi pentai 2. GANTI NAMA a. Dia ada di situ sekarang. b. Siapakah datang ke sini? 3. PERBUATAN NAMA a. Bermain bola menyehatkan badan b. Mengembara itu besar faedahnya. 4. PERBUATAN ATAU SIFAT a. Terlalu tinggi terbangnya b. Panjangnya 25 kaki. 5. AYAT YANG BERKUASA NAMA a. Ia berbuat demikian itu diketahui oleh bapanya. b. Bapanya mati itu sudah sepuluh tahun.

5 Cerita 2. PERBUATAN a. Burung itu membuat sarang.
1. NAMA atau GANTI NAMA a. Dia itu guru saya. b. Namanya Muhammad Amin. c. Ini dia. 2. PERBUATAN a. Burung itu membuat sarang. b. Pintu bilik itu dikuncinya. 3. SIFAT a. Ayahnya tiada di rumah. b. Saya sakit kepala. 4. RANGKAIAN LAIN atau AYAT LAIN a. Kitab itu dialah mengarangnya. b. Kuih itu sedap benar rasanya. c. Meja saya sudah patah kakinya. d. Surat ini belum saya baca lagi.

6 BENDA PECAHAN-PECAHANNYA
BENDA BETUL atau PENAMA BENDA PENERANGNYA Contoh: 1. Kucing di rumah saya itu selalu saja menangkap tikus. 2. Dia itu terlalu cerdik. 3. Ayah saya belum balik lagi. 4. Kucingnya selalu menangkap tikus.

7 BENDA BENDA BETUL PENERANGNYA Kucing di rumah saya itu Dia itu Ayah saya nya

8 CERITA DAN PECAHANNYA C 1. HAL E 2. PENERANG HAL R 3. PENYAMBUT
I 4. PENERANG PENYAMBUT T 5. PENCUKUP A 6. PENERANG PENCUKUP

9 1. HAL = Nama atau Perbuatan atau Sifat yang sebenar-benar jadi teras cerita kepada ayat itu. Contoh: (1) Dia itu guru sekolah. (2) Banyak burung membuat sarang dalam kebun saya itu. (3) Kucing itu mengiau sahaja selalu. (4) Kucingnya itu terlalu pandai menangkap tikus (5) Tikus sangat takut akan dia. (6) Ayah saya sakit kaki. (7) Engkau ini terlampau kuat makan.

10 2. PENERANG HAL = Perkataan-perkataan yang meluaskan atau menerangkan “hal” itu. Contoh: (1) Dia itu guru sekolah. (2) Banyak burung membuat sarang dalam kebun saya itu. (3) Kucing itu mengiau sahaja selalu. (4) Kucingnya itu sangat pandai menangkap tikus. (5) Tikus sangat takut akan dia. (6) Ayah saya sakit kaki. (7) Engkau ini terlampau kuat makan.

11 CERITA HAL PENERANGNYA
1. guru sekolah 2. membuat dalam kebun saya itu 3. mengiau sahaja selalu 4. pandai - sangat - menangkap tikus 5. takut selalu 6. sakit kali 7. kuat terlampau makan

12 3. PENYAMBUT = Nama atau perkataan-perkataan berkuasa nama yang jadi penyambut kepada perbuatan melampau pada ayat yang memakai perbuatan melampau jadi halnya. (1) Kucing itu selalu menangkap tikus. (2) Burung itu membuat sarang di situ. (3) Bermain bola itu menyihatkan badan. (4) Saya dapati dia tengah sakit teruk.

13 4. PENERANG PENYANBUT = perkataan-perkataan Sifat atau yang berkuasa Sifat yang meluaskan atau menerangkan penyambut itu kepada ayat yang ada penyambut di dalamnya. Contoh: (5) Berikanlah kepadanya kain itu sehelai. (6) Mengapakah engkau simpan gulai sudah basi itu? (7) Ia sentiasa memerhati apa-apa yang dibuat orang.

14 CERTIA PENYAMBUT PENERANG PENYAMBUT 1. tikus 2. sarang 3. badan 4. dia tengah sakit teruk 5. kain itu sehelai 6. gulai sudah basi 7 . apa-apa yang dibuatnya

15 5. PENCUKUP perkataan atau rangkaian-rangkaian perkataan yang jadi pencukup kepada “hal” jika hal itu perbuatan “kurang” atau lain-lain perkataan yang tiada cukup tujuannya. Contoh: (1) Ia jadi guru (2) Adalah padi itu bermacam-macam jenisnya. (3) Dipanggilnya saya abang. (4) Ia harus agaknya tidak datang.

16 6. PENERANGN PENCUKUP = perkataan yang meluaskan atau menerangkan pencukup itu pada ayat yang memakai pencukup dalam ikatannya. Contoh: (5) Ia jadi guru bahasa Melayu kepada Tuan Governor. (6) Kami jadikan dia ketua di tempat itu.

17 CERITA PENCUKUP PENERANNGNYA 1. guru 2. bermacam-macam jenisnya
3. abang 4. tidak datang 5. guru Bahasa Melayu kepada Tuan Governor 6. Ketua di tempat itu

18 PERBUATAN KURANG = perbuatan [yang] terkadang dipakai dengan makna yang tidak cukup maksudnya walaupun ia perbuatan melampau yang sudah ada penyambut, atau walau ia perbuatan tiada melampau sekalipun. Ia berkehendakkan kepada suatu perkataan atau rangkaian perkataan lain bagi menyempurnakan maksudnya.

19 … perkataan yang mencukupkan maksudnya itu dinamakan PENCUKUPnya
… perkataan yang mencukupkan maksudnya itu dinamakan PENCUKUPnya. Contoh: (1) Saya panggil dia Kulup. (2) Ia memandang kita hina. (3) Dialah menyuruh saya datang ke sini. (4) Ia jadi guru.

20 AYAT KECIL Adapun jika yang menyambungkannya itu sendi kata penambat, maka tetaplah ayat-ayat yang bersambung itu ayat besar dan ayat kecil. Bahagian yang dikatakan “ayat kecil” ialah yang dimulai dengan sendi kata penambat itu seperti yang berhuruf condong dalam misalan-misalan di bawah: Semenjak ia balik belum ada saya berjumpa dia. Kalau hari tidak hujan tentu saya datang. Saya tidak dapat pergi kerana kepala saya sakit. Ceritakanlah kepada aku supaya aku tahu benar salahnya. Nantilah di sini sampai aku balik.

21 AYAT KECIL YANG JADI PENERANG
Perhubungan ayat kecil dengan ayat besar dengan jalan sendi kata penambat ini kebanyakannya ialah bagi menerangkan sifat atau sebab atau maksud atau hasrat atau masa atau kadar atau lain-lain dalam ayat besar itu. Misalnya 1. Orang yang tuan panggil itu sudah datang. Ayat besar: Orang itu sudah datang. Ayat kecil: yang tuan panggil menyifatkan orang.

22 AYAT Benda Cerita Benda betul Pen BBl Hal Pen Hal Penyambut Pen Peny
Pencukup Pen Penc


Download ppt "BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google