Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Pantun Berkait (Bekerja)
Noormelissa Binti Noorzaidy Nur Anisha Binti Roslan Nur Batrishiya Binti Helwany Had Muhammad Haikal Afnan Bin Zulkiflee Muhammad Saiful Adni Bin Mohd Nasir
2
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.
Perahu layar mudik ke pangkalan, Sampai di pangkalan, memunggah barang; Wahai rakan, handai dan taulan, Bangkit segera kita berjuang. Sampai di pangkalan memunggah barang, Barang habis dibawa ke rumah; Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. Barang habis dibawa ke rumah, Tiada satu tinggal di perahu; Hapuskan semangat culas dan lemah, Semua kerja mestilah tahu. Tiada satu tinggal di perahu, Tidaklah bimbang barangkan hilang; Semua kerja mestilah tahu, Bajak, cangkul, tebas dan tebang. Tidaklah bimbang barangkan hilang, Semuanya ada dalam selamat; Bajak, cangkul, tebas dan tebang, Semuanya dikerja dengan cermat. Semuanya ada dalam selamat, Boleh disimpan turun-temurun; Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. Boleh disimpan turun-temurun, Itulah tanda barang yang berharga; Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega. Itulah tanda barang yang berharga, Payah dicari susah mendapat; Semuanya siap hati pun lega, Tiadalah tinggal terbuang penat.
3
Maksud setiap rangkap Rangkap 1 : penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Rangkap 2 : kita diarahkan supaya mengikis sifat malas. Rangkap 3 : semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas. Rangkap 4 : kita perlu menguasai bidang tugas masing-masing. Rangkap 5 : setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti. Rangkap 6 : sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar. Rangkap 7 : kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat dapat disiapkan. Rangkap 8 : penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.
4
Tema Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
5
Persoalan Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tugas.
Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat. Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja. Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kepuasan kerana berjaya menyelesaikan kerja-kerja yang berat. Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
6
Bentuk Bentuknya terikat
Terdiri daripada 8 rangkap Berisi 4 baris serangkap Ada pembayang dan maksudnya Bilangan katanya 3 hingga 5 patah kata sebaris Terdiri daripada 10 hingga 11 suku kata sebaris Setiap rangkap pantun mempunyai baris yang berkait Rima akhir abab
7
Gaya Bahasa Repetisi ( perulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap)
Contohnya : Sampai di pangkalan memunggah barang (Rangkap 1 baris 2 dan Rangkap 2 baris 1) Inversi (ayat songsang) Contohnya : Semuanya siap hati pun lega.
8
Unsur Bunyi Asonansi ( perulangan vokal a)
Contohnya : Bajak, cangkul, tebas dan tebang, semuanya ada dalam selamat. (Perulangan vokal e). Contohnya : Semua kerja mestilah tahu, Kerja yang berat tidaklah gerun. (Perulangan vokal i). Contohnya : Tiada satu tinggal di perahu, Tidaklah bimbang barangkan hilang. Aliterasi ( perulangan konsonan d) Contohnya : Dapat dikerjakan dengan cermat. (Perulangan konsonan t). Contohnya: Tiadalah tinggal terbuang penat.
9
Nilai Kegigihan. Contohnya : Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan. Kerajinan. Contohnya : Sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Berhati-hati. Contohnya : Jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Kesyukuran. Contohnya : Hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.
10
Pengajaran Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
Kita perlulah membuang sikap malas dan lemah semangat. Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan. Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita perlulah bekerja bersungguh- sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.