Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

IDA 152 : ISLAM DAN PERADABAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "IDA 152 : ISLAM DAN PERADABAN"— Transcript presentasi:

1 IDA 152 : ISLAM DAN PERADABAN
Tajuk : Kesan Kedatangan Islam di Nusantara Pensyarah : Maruwiah Ahmat Disediakan Oleh : Alderine Shumok anak Bundan Brissly anak David Clby Pressly Petrus Sylvester bin Jipinus

2 PENGENALAN Kedatangan Islam di nusantara tidak membawa apa-apa kesan dan pengaruh terhadap masyarakat di nusantara berdasarkan dakwaan oleh sesetengah pihak. Walaubagaimanapun, pendapat sedemikian amat keterlaluan dan tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas yang telah menyokong teori dan bukti Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab yang dikemukakan oleh John Crawford, wujudnya suatu perubahan atau “Zaman Baru” di Eropah akibat daripada kebangkitan Islam di Tanah Arab. Kedatangan Islam di nusantara juga sekali gus membawa suatu perubahan di negara kita. Pendapat ini lebih kukuh dan berasas kerana kedatangan Islam ini membawa satu bentuk persambungan dan perubahan. Namun, masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman yang bercanggah dengan Islam walaupun kedatangan Islam telah membawa pelbagai perubahan. Perubahan yang berlaku di nusantara akibat daripada kedatangan Islam di nusantara merangkumi 5 aspek utama.

3 Kesan Kedatangan Islam di Nusantara
Politik dan perundangan Sosial dan ekonomi Bahasa dan kesusasteraan Pendidikan dan ilmu pengetahuan Kesenian dan agama serta kepercayaan

4 POLITIK DAN PERUNDANGAN
Dari segi politik, ini jelas dibuktikan bahawa kedatangan Islam telah memberi pengaruh dalam penggunaan nama Sultan atau Malik pada Raja-raja Melayu dan terbentuknya kerjasama antara ulama dengan umara (pemerintah). Perubahan yang dibawa kesan daripada kedatangan Islam ke nusantara jelas apabila wujudnya kerajaan Melayu-Islam yang berpunca daripada gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau ini. Selain itu, pertemuan di antara masyarakat Ta-Shih dengan Ratu Siam dari kerajaan Ho-Ling (Kalingga) di Jawa Timur menyebabkan wujudnya penempatan masyarakat Ta-Shih dan dikatakan pengaruh Islam telah menjalar dalam pemerintahan Srivijaya. Ini mengakibatkan berlakunya pengislaman Raja Jambi yang pertama dan kerajaan Srivijaya bertukar corak menjadi kerajaan Islam yang terkenal iaitu “ Kerajaan Sribuza Islam ”. Namun, kerajaan tersebut tidak berkekalan begitu lama akibat serangan daripada Dinasti T’ang.

5 Kerajaan Islam Perlak mula muncul pada abad ke-9 dengan Sultan Maulana ‘Abdul Aziz Shah sebagai raja pertamanya. Malah wujudnya pula kerajaan Samudera-Pasai pada abad ke-11. Pengesahan keagungan raja di nusantara juga menghubungkan nasab keturunan mereka dengan tokoh-tokoh besar Islam di samping hanya melalui hadis yang disalahgunakan. Kini asal-usul mereka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain atau Nabi Khidir seperti di Melaka, serta dengan Nabi Adam atau Nabi Syith seperti di Jawa selepas mereka dianggap sebagai inkarnasi atau penitisan para dewa. Terdapat pula dakwaan iaitu raja-raja sebagai Paku Buwono, yakni Paku Alam ini, atau Amangkurat, yakni yang memangku dunia akhirat ini akibat daripada pengaruh Syiah dan tasawuf tentang konsep imam dan wali sebagai “ Qutb Alam ”. Dari segi undang-undang pula jelas menunjukkan betapa taraf sosial seseorang mempengaruhi bentuk hukuman yang akan diterimanya. Semakin tinggi kedudukannya semakin besarlah kemungkinan terlepas dari hukuman, sedangkan bagi rakyat jelata hukumannya lebih berat.

6 Contohnya tindakan Sultan Mahmud Syah yang menganiaya orang dan keluarga pembesarnya sendiri, namun perbuatannya itu tidak dikenakan hukuman kerana hanya sekadar raja berada ‘di atas undang-undang’ atau kebal di sisi undang-undang. Demikian juga keistimewaan yang dimiliki oleh golongan pembesar istana seperti Bendahara dan Temenggung yang membolehkan mereka turut terlepas dari hukuman. Misalnya bendahara enggan merajakan Sultan Zainal Abidin di Pasai dan Sultan Mahmud hanya sekadar murka serta tidak menegurnya selama tiga hari. Rakyat biasa sudah pasti menerima hukuman yang lebih berat daripada sultan mereka sekiranya mereka melakukan perbuatan sama seperti yang dilakukan oleh bendahara berkenaan.

7 BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca ketika era kerajaan Melayu Melaka ( ). Misalnya bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu . Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengetahuan, persuratan perhubungan antara wilayah dan lain-lain lagi. Kesan kedatangan Islam di tanah Melayu turut menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam yang terkenal pada zaman Sultan Muzaffar Syah( ). Di samping itu, pada kurun ke-16 Acheh muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal dengan ‘Serambi Mekah’. Acheh telah menjadi pusat penterjemahan dan penjualan kitab-kitab suci yang berkaitan dengan ajaran Islam. Setelah kedatangan Islam ke nusantara, tulisan jawi telah digunakan dan mengambil alih tulisan Pallava, Kawi serta Nagari. Tulisan arab atau jawi telah diperkenalkan setelah kedatangan Islam dan perubahan besar yang berlaku ialah apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan arab kepada bahasa Melayu.

8 Selain itu, bahasa Melayu juga turut dipilih sebagai bahasa penghantar, persuratan dan alat penyebaran serta penyampaian agama Islam di seluruh tanah Melayu. Pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar agama Islam telah menaikkan taraf kecekapan dan kewibawaan bahasa Melayu. Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di alam Melayu. Di samping itu terdapat juga penggunaan kata dan istilah dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu. Contohnya sultan, syukur, masjid dan berkat yang sehingga kini masih digunakan di negara kita. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kitab serta sastera semasa pada zaman selepas itu,malah buku-buku sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi. Contoh pinjaman kata-kata Arab dalam pelbagai bidang: Aspek/Bidang Contoh perkataan Ibadat sujud, rukuk, solat, sah Mualamat wadiah, mudharabah, Qard al-Hasan Munakahat wali, ijab, kabul, nikah Hukum wajib, harus, makruh, haram

9 Bentuk lain puisi ialah rubai, nazam dan gazal.
Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Kedatangan Islam di tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar dalam warisan kesusasteraan Melayu. Pengaruh sastera yang dibawa oleh Islam mempamerkan tema atau persoalan yang memiliki nilai-nilai Islam. Bermula daripada karya yang bersifat mudah kepada kompleks, semua hasil karya yang disesuaikan atau diterjemahkan terbahagi kepada dua iaitu kumpulan prosa dan puisi. Karya berbentuk puisi ialah seperti syair yang mengandungi tulisan berangkap dan mempunyai rima akhir ‘aaaa’. Sementara puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam ialah seperti ‘syair perahu’ dan ‘syair burung pingai’ oleh Hamzah Fansuri dan ‘syair makrifat’ oleh Abdul Rauf Fansuri. Bentuk lain puisi ialah rubai, nazam dan gazal. Kesusasteraan rakyat disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam dan seloka. Sehingga kini amalan ini masih lagi wujud di negara kita. Antara hasil kesusasteraan Melayu yang ditulis ialah seperti Hikayat Nabi Muhammad saw, Hikayat Para Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-Ahli Sufi dan Orang-Orang Yang Salih. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre dan matlamat sastera tersebut. SSSWSSSW

10 Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fikah, ilmu tasawwaut, ilmu kalam, falsafah dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai hasil kesusasteraan Melayu yang dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam sendiri. Contohnya ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbuah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj. AA

11 KESENIAN DAN AGAMA SERTA KEPERCAYAAN
Dalam bidang kesenian pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu nisan, binaan-binaan, masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umumnya, terdapatnya tulisan-tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al-Quran serta ajaran-ajaran Islam serta juga angka-angka Arab pada makam atau batu-batu nisan tersebut. Kedatangan Islam membawa kesan terhadap kesenian di nusantara dapat dibuktikan apabila terdapat tulisan syair Parsi dan pola hiasan daun yang sama dengan hiasan permaidani Parsi pada batu nisan Naina Hisham al-Din. Mengenai batu nisan, sebenarnya ia merupakan karya seni Islam yang awal sekali masuk ke nusantara. Antaranya ialah batu nisan Syeikh Abdul Qadir Hussain Syah Alam yang bertarikh 903 M. yang dijumpai di Langgar, Kedah, batu nisan seorang Arab yang dijumpai di Pekan, Pahang yang bertarikh 1082 M, batu nisan Sultan Malik al-Salih di Pasai yang bertarikh 1297 M, batu nisan yang ditemui di Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh 1303 M, makam Maulana Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa yang bertarikh 1417 M, dan batu nisan seorang puteri di Pasai yang bertarikh 1428 M.

12 Kesenian batu nisan dan makam ini dapat dilihat pada bentuk dan juga hiasannya. Pada bentuknya kalau diteliti batu nisan Maulana Malik Ibrahim itu mempunyai bentuk seperti badan kapal terbalik yang mengesahkan pengaruh Parsi. Dari segi perhiasannya terdapat tulisan yang dipetik dari ayat-ayat suci Al-Quran yang membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Sesetengahnya ada pula tulisan-tulisan syair Farsi, atau pola hiasan daun-daunan yang juga menyamai gaya buatan Farsi. Selain daripada batu-batu nisan, bentuk masjid juga merupakan karya dan seni bina Islam yang terpenting di nusantara. Dari segi corak dan polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi dari abad ke-14 hingga ke-18 M masih mempertahankan kelanjutan struktur tradisional. Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai tempat-tempat ibadat tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan. Tiap-tiap bahagian bangunannya memberi gambaran kosmologi atau gambaran alam semesta yang setiap bahagian tersebut mempunyai pengertian dan peranan. Kedatangan Islam ke tanah Melayu terutamanya telah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu daripada mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha kepada kepercayaan animisme. Masyarakat Melayu percaya akan konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. SS

13 PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Pengaruh Islam dalam semua bidang adalah berpunca dari kejayaan Islam itu sendiri dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan pendidikannya. Bersama-sama dengan kedatangan Islam juga telah berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka perkembangan ilmu pengetahuan bukan sahaja berlaku di rumah-rumah, masjid dan surau malah hingga ke istana-istana raja. Fungsi istana selain daripada tempat-tempat belajar dan muzakarah, ini juga berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku. Golongan raja-raja dan pembesar-pembesar bukan sahaja menggalakkan rakyat supaya mencari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam bahkan mereka sendiri melibatkan diri dalam kegiatan tersebut secara bersungguh-sungguh. Ulama-ulama asing yang datang bukan sahaja dijadikan guru malah diberi kedudukan yang tinggi dalam hierki sosial yang setaraf dengan pembesar dan pentadbir.

14 Rakyat jelata juga digalakkan supaya belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas-asas agama. Hasil daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan. Mengenai pendidikan Islam di Acheh, sejarahnya bermula sejak zaman kerajaan Perlak lagi yang mencapai kemuncaknya pada zaman kerajaan Acheh pada abad ke-17 dan 18. Bermula dengan pendidikan dasar di masjid dan madrasah (meunasah), lalu meneruskan pelajaran menengah di rangkang, dan akhirnya menamatkan pengajian tinggi di Balee dan di Dayah. Walau bagaimanapun, masjid juga berperanan sebagai pusat pengajian tinggi, antaranya ialah seperti Masjid Bait al-Rahim, Masjid Bait al-Rahman dan Masjid Bait al-Musyahadah. Mengenai para guru dan ulama, kebanyakan mereka adalah orang-orang asing seperti dari Tanah Arab, Parsi, Turki, India dan sebagainya. Walau bagaimanapun Acheh juga mempunyai barisan ulamanya sendiri yang tidak kurang handalnya. Di Acheh kedudukan ulama sangat tinggi sehingga ada kalanya dia dapat bertindak sebagai wakil sultan sementara waktu sebelum dipilih seorang sultan baru. Tentang murid-muridnya pula, pendidikan Islam di Acheh benar-benar bersifat kerakyatan di mana kebanyakan mereka terdiri dari kalangan rakyat jelata. Mereka sama ada berasal dari orang-orang tempatan sahaja ataupun dari orang-orang luar Acheh, seperti dari Melaka, Pattani dan sebagainya. ss

15 Dalam aspek ilmu pengetahuan, sudah pasti keutamaan diberikan kepada ilmu syar’iyah atau naqliyah yang merangkumi tiga sendi ajaran Islam, iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf. Pertama sekali dalam bidang ilmu tauhid, seawal-awal kitab yang telah ditemui ialah Kitab Tauhid oleh Ahmad bin Aminuddin dari Kedah. Di Acheh pula, antara tokoh yang terkenal ialah Nuruddin al-Raniri yang berasal dari Gujerat, India. Dalam bidang tauhid, beliau pernah menterjemahkan kitab Syarh al-Aqaid al-Nasafiyah oleh al-Taftazani, serta mengarang kitab Hidayat al-Iman. Dalam bidang fiqh pula, di Melaka pernah digunakan kitab Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi sebagai rujukan. Di Acheh, kitab fiqh pertama yang pernah ditulis ialah Sirat al-Mustaqim oleh Nuruddin al-Raniri, dan selepas itu muncul pula kitab Mir’at al-Tullab oleh Abdul Rauf al-Fansuri dan Safinat al-Hukkam oleh Jalaluddin al-Tursani. Akhirnya dalam bidang tasawuf, perkembangannya sangat pesat sekali ekoran dari kegiatan dakwah tokoh-tokoh sufi di Nusantara sejak abad ke-13 itu. Seawal-awal kitab tasawuf yang pernah dijumpai di Nusantara ialah Bahr al-Lahut oleh Syeikh Abdullah Arif, seorang mubaligh sufi yang menyebarkan Islam ke Sumatera pada tahun 1165 M. Di Melaka, selain kitab Ihya Ulumiddin oleh al-Ghazali, juga digunakan kitab Insan al-Kamil oleh Abdul Karim al-Jili dan kitab al-Durr al-Manzun oleh Abu Ishak al-Syirazi sebagai rujukan dalam ilmu tasawuf. ss

16 SOSIAL DAN EKONOMI Dari segi teorinya sistem sosial dalam Islam menolak sebarang perbezaan darjat dan kedudukan, kecuali atas dasar ilmu dan taqwa. Tetapi dalam praktiknya sistem sosial selepas kedatangan Islam juga tidak banyak berubah kerana masih berasaskan semangat kesedaran kelas (class consciousness). Jika pada masa sebelumnya, susun lapis menyarakat terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan yang diperintah, maka selepasnya juga kedudukan seperti ini terpelihara dengan baiknya. Dengan merujuk kepada kerajaan Melaka, hierarki sosial masyarakatnya dapat dibuat dalam bentuk piramid kerana golongan yang teratas sangat sedikit bilangannya, sedangkan golongan paling bawah sangat ramai bilangannya. Dengan wujudnya hierarki sosial yang berbentuk superior-inferior seperti ini melahirkan social barrier antara golongan atasan dengan golongan bawahan, apalagi golongan atasan tinggal di kawasan supra-village sphere yang terasing dari golongan bawahan. Dengan adanya social barrier inilah yang menjadikan mobiliti sosial ke atas terlalu sukar, oleh kerana yang dipentingkan ialah keturunan atau kebangsawanan seseorang.

17 A = Golongan pemerintah B = Golongan yang diperintah
Ini bermaksud golongan bawahan mempunyai peluang yang sangat tipis dan sukar untuk memperbaiki taraf sosialnya. Meskipun pernah berlaku mobiliti menegak kepada tokoh seumpama Hang Tuah yang dapat meninggikan tarafnya yang rendah ke peringkat tinggi, tetapi ini adalah suatu pengecualian memandangkan jasa-jasanya yang amat banyak dan kesetiaannya yang bulat terhadap sultan. Dari segi adat istiadatnya apa yang nyata ia diatur semata-mata untuk memisahkan dan menjarakkan lagi jurang di antara kedua-dua kelas tersebut. Sebab itu terdapatlah larangan-larangan tertentu terhadap rakyat, seperti larangan memakai warna kuning, membuat anjung atau serambi bertiang gantung, keris dan gelang kaki yang diperbuat dari emas meskipun ia seorang kaya. Sultan Pembesar Ulama istana Rakyat biasa Hamba A B SS

18 Adat istiadat ini pun sebenarnya suatu undang-undang juga, oleh kerana sesiapa yang melanggarnya dengan memakai benda-benda warna kuning misalnya, akan dihukum bunuh. Manakala, ekonomi masyarakat nusantara masih bersifat agraria dengan menjalankan kegiatan pertanian, perikanan, penternakan dan yang seumpamanya yang masih lagi bergantung kepada pemberian alam. Kedatangan Islam sememangnya merancakkan dan mengaktifkan lagi kegiatan perdagangan daripada sebelumnya. Di sana sini tumbuhnya pasar-pasar dan kota-kota yang bersifat internasional, di mana terdapat pedagang-pedagang asing dari China, India, Arab, Parsi, Turki dan sebagainya. Jika dahulunya sistem jual-beli dijalankan melalui barter trade dan juga melalui mata wang, tetapi dengan pertambahan pedagang-pedagang asing sudah semestinya lebih banyak dijalankan melalui sistem mata wang. Meskipun demikian tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sistem ekonomi Islam ada diamalkan. Jika dirujuk kepada sistem ekonomi Islam, terdapat Bait al-Mal atau perbendaharaan negara yang dikutip dari punca-punca zakat yang diwajibkan atau dari sedekah yang disunatkan serta daripada punca-punca lain seperti jizyah, ghanimah, al-fai’ dan sebagainya. Sebagai tambahan, kedatangan Islam telah memperkenalkan konsep dasar kesamarataan di nusantara di samping menggalakkan masyarakat hidup saling membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengambil pendekatan ukhuwah Islamiah. ss

19 Malah, institusi masjid sebagai institusi yang dapat merapatkan hubungan sosial antara sesama ahli anggota masyarakat diwujudkan. aa

20 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, tidaklah dapat dinafikan tentang kewujudan pengaruh Islam di nusantara sama ada dalam bidang politik dan perundangan, sosial dan ekonomi, kesenian, bahasa dan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. Namun begitu, warisan tradisi pra-Islam masih diteruskan tanpa tergugat dan tercemar dalam semua aspek kehidupan masyarakat di nusantara. Unsur-unsur pra-Islam secara sinkritisme telah memainkan peranannya seiring dengan unsur-unsur Islam. Walaupun wujudnya perubahan besar akibat dari kedatangan Islam tetapi kita juga harus mengakui tentang adanya kesinambungan tradisi dalam masyarakat nusantara.


Download ppt "IDA 152 : ISLAM DAN PERADABAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google