Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Latihan Microsoft® Office Word 2007

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Latihan Microsoft® Office Word 2007"— Transcript presentasi:

1 Latihan Microsoft® Office Word 2007
[Nota kepada jurulatih: Untuk bantuan terperinci tentang menyesuaikan templat ini, sila lihat slaid paling akhir. Dan juga, cari teks pelajaran tambahan dalam anak tetingkap nota sesetengah slaid. Bermula dengan pantas

2 Kandungan kursus Gambaran keseluruhan: Anda dah tahu tentang “word”?
Pelajaran 1: Mengetahui tentang Reben Pelajaran 2: Mencari perintah harian Pelajaran 3: Senarai mudah Dua pelajaran pertama termasuk senarai tugas yang dicadangkan, dan semua termasuk satu set soalan ujian.

3 Gambaran keseluruhan: Anda dah tahu tentang word?
Word 2007 sudah keluar. Kursus ini akan membantu anda untuk segera bermula. Anda akan belajar cara mencipta dokumen yang hebat dan kelihatan profesional yang bakal menarik perhatian kawan-kawan dan teman sekerja anda.

4 Matlamat kursus Bekerja dengan Reben — ciri baru yang membuatkan Word lebih mudah digunakan berbanding dahulu. Mencari perintah harian biasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas anda.

5 Mengetahui tentang Reben
Pelajaran 1 Mengetahui tentang Reben

6 Mengetahui tentang Reben
Apabila anda buka Word 2007, pertama yang anda dapat lihat ialah Reben, kawasan yang meliputi bahagian atas Word. Rumah Fon Perenggan Reben membawa perintah paling popular ke hadapan, agar anda tidak perlu tercari-cari dalam atur cara bagi perkara yang anda lakukan sepanjang masa. Ini menjadikan kerja anda lebih mudah dan pantas. Reben telah dibuat kajian dan direka mengikut pengalaman pengguna supaya perintah berada di kedudukan optimum. Pelajaran ini akan memberitahu anda lebih lanjut tentang Reben dan cara menggunakannya.

7 Menggunakan Reben untuk tindakan biasa
Reben menawarkan penggunaan yang ringkas dan mudah di mana semua tindakan biasa ditunjukkan pada satu tempat. Rumah Paste Fon Perenggan Sebagai contoh, anda boleh potong dan tampal teks menggunakan perintah pada tab Rumah; mengubah pemformatan teks dengan menggunakan Gaya; dan mengubah warna latar halaman pada tab Tataletak Halaman.

8 Apa yang ada pada Reben? Membiasakan dengan tiga bahagian Reben akan membantu anda tahu cara menggunakannya. Ia adalah tab, kumpulan dan perintah. Rumah Fon Perenggan Tab: Reben ada tujuh tab asas di bahagian atas. Setiap satu mewakili kawasan aktiviti. Kumpulan: Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan yang menunjukkan item berkaitan bersama-sama. Perintah: Perintah adalah bebutang, menu, atau kotak di mana anda boleh memasukkan maklumat. Semua yang ada pada tab telah dipilih betul-betul mengikut aktiviti pengguna. Sebagai contoh, tab Rumah mengandungi semua perkara yang anda kerap gunakan, seperti perintah dalam kumpulan Fon untuk menukar fon teks: Fon, Saiz Fon, Tebal, Italik, dan sebagainya.

9 Pelancar Kotak Dialog dalam kumpulan
Rumah Fon Perenggan Fon Fon Jarak Aksara Sesetengah kumpulan mempunyai anak panah pepenjuru kecil di sudut bahagian kanan bawah dipanggil Pelancar Kotak Dialog . Bercakap tentang versi terdahulu, jika anda tertanya-tanya sama ada anda boleh dapat rasa dan rupa yang sama seperti versi Word terdahulu, jawapan ringkasnya ialah tidak. Namun selepas anda mula meneroka sedikit Reben, anda akan biasa dengan kedudukan item yang dicari dan akan menyukai betapa mudahnya kerja anda selesai dengan reka bentuk yang baru. Klik untuk lihat pilihan lain berkaitan kumpulan itu. Ia akan terpapar dalam kotak dialog atau anak tetingkap tugas biasa yang anda kenali daripada versi Word terdahulu.

10 Tab tambahan muncul Sesetengah tab muncul hanya apabila anda memerlukannya. Alat Gambar Format Bentuk Gambar Sempadan Gambar Kesan Gambar Gaya Gambar Katakan anda menyelitkan gambar dan ingin melakukan lebih banyak perkara dengannya, seperti memangkas atau mengubah cara teks diatur pada gambar. Di manakah perintah ini boleh ditemui?

11 Tab tambahan muncul Sesetengah tab muncul hanya apabila anda memerlukannya. Alat Gambar Rerumah Format Bentuk Gambar Sempadan Gambar Kesan Gambar Gaya Gambar Anda tidak perlu tercari-cari. Anda hanya perlu: Apabila anda klik jauh dari gambar, Alat Gambar hilang, dan kumpulan lain kembali. Nota: Alat-alat mengikut permintaan muncul untuk lapangan aktiviti lain juga, seperti jadual, lukisan, diagram dan carta. Pilih gambar. Alat Gambar akan muncul. Klik tab Format. Kumpulan dan perintah tambahan muncul untuk mengerjakan gambar, seperti kumpulan Gaya Gambar.

12 Bar alat Mini Sesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan anda ingin ia tersedia tidak kira apa yang anda sedang lakukan. Tataletak Halaman A23B Contohnya anda ingin format beberapa teks dengan segera, tetapi anda sedang bekerja dengan tab Tataletak Halaman. Anda boleh klik tab Rumah untuk melihat pilihan pemformatan, tetapi ada cara yang lebih pantas.

13 Bar alat Mini Sesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan anda ingin ia tersedia tidak kira apa yang anda sedang lakukan. Tataletak Halaman A23B Pilih teks anda dengan menyeret menggunakan tetikus, kemudian tuding pada pilihan. Bar alat Mini sangat elok untuk pilihan pemformatan, tetapi bagaimana pula jika anda ingin perintah jenis lain untuk sentiasa tersedia? Gunakan Bar Alat Capaian Segera. Slaid berikut akan menjelaskannya. Bar alat Mini akan muncul dalam gaya pudar. Jika anda tuding pada bar alat Mini, ia akan menjadi keras, dan anda boleh klik pilihan pemformatan padanya.

14 Bar Alat Capaian Segera
Bar Alat Capaian Segera adalah kawasan kecil di bahagian kiri atas Reben. Rumah Tambah ke Bar Alat Capaian Segera Suaikan Bar Alat Capaian Segera… Ia mengandungi perkara yang anda guna berulang kali setiap hari: Simpan, Buat Asal, dan Ulang. Tayang Bar Alat Capaian Segera Di Bawah Reben Minimumkan Reben Gambar menunjukkan cara anda boleh tambah perintah kegemaran lain anda ke Bar Alat Capaian Segera supaya ia tersedia tidak kira tab mana anda berada. Anda juga boleh alih keluar bebutang daripada Bar Alat Capaian Segera.

15 Cadangan untuk latihan
Gunakan Reben. Jadikan tab tambahan muncul, kemudian selitkan gambar dan kerja menggunakan Alat Gambar. Kerja dengan bar alat Mini. Gunakan Bar Alat Capaian Segera. Sembunyikan kumpulan dan perintah.

16 Ujian 1, soalan 1 Jika anda klik bebutang ini dalam Word 2007, apa berlaku? (Pilih satu jawapan.) Anda sembunyikan Reben buat sementara supaya anda ada ruang lebih besar untuk dokumen anda. Anda gunakan saiz fon lebih besar untuk teks anda. Anda lihat pilihan tambahan. Anda tambah perintah pada Bar Alat Capaian Segera.

17 Ujian 1, soalan 1: Jawapan Anda lihat pilihan tambahan.
Biasanya kotak dialog akan muncul, dan ia mungkin kelihatan sama dengan versi Word terdahulu.

18 Ujian 1, soalan 2 Di manakah Bar Alat Capaian Segera dan bilakah anda patut gunakannya? (Pilih satu jawapan.) Ada di sudut kiri atas skrin, dan anda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran anda. Terapung di atas teks anda, dan anda perlu gunakannya untuk buat perubahan pemformatan. Ada di sudut kiri atas skrin, dan anda perlu gunakannya untuk mencapai dokumen dengan segera. Ada pada tab Rumah, dan anda perlu gunakannya untuk melancarkan atau memulakan dokumen baru dengan segera.

19 Ujian 1, soalan 2: Jawapan Ada di sudut kiri atas skrin, dan anda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran anda. Ia adalah bar alat kecil dengan bebutang Simpan, Buat Asal, dan Ulang. Anda boleh tambah perintah kegemaran anda dengan mengklik kanan perintah dan pilih Tambah ke Bar Alat Capaian Segera.

20 Ujian 1, soalan 3 Bar alat Mini akan muncul jika anda melakukan yang berikut? (Pilih satu jawapan.) Dwiklik tab aktif pada Reben. Pilih teks. Pilih teks dan kemudian tuding padanya. Mana-mana satu yang di atas.

21 Ujian 1, soalan 3: Jawapan Pilih teks dan kemudian tuding padanya.
Ia juga akan muncul jika anda klik kanan teks terpilih anda.

22 Mencari perintah harian
Pelajaran 2 Mencari perintah harian

23 Mencari perintah harian
Word 2007 adalah baru dan memang menarik. Tapi anda ada perkara yang perlu dibuat. Jadi inilah masanya untuk mencari lokasi sebenar perintah yang paling kerap digunakan. Sebagai contoh, di manakah anda cipta dokumen? Di manakah bulet, gaya dan penyemak ejaan? Bagaimana pula dengan mencetak? Pelajaran ini akan menunjukkan bahawa reka bentuk atur cara baru menempatkan perintah ini di mana anda memerlukannya.

24 Mula dengan Bebutang Microsoft Office
Rumah Dokumen Terbaru Baru Buka Terbit Tutup Pilihan Word Keluar Word Bebutang Microsoft Office kini adalah tempat untuk mulakan Word. Di sebelah kiri menu, anda dapat lihat semua perintah untuk bekerja dengan fail. Di sinilah tempat untuk cipta dokumen baru atau membuka yang sedia ada. Anda juga ada perintah Simpan dan Simpan sebagai di sini. Sebelah kanan menu menyenaraikan dokumen anda yang terbuka baru-baru ini. Ini biasanya mudah dilihat supaya anda tidak perlu gelintar komputer untuk mencari dokumen yang anda kerap kerjakan. Apabila anda menekannya, menu akan muncul yang anda gunakan untuk cipta, buka, atau simpan dokumen.

25 Bagaimana pula dengan gaya?
Minat dengan pendekatan pemformatan lebih cekap dan berkuasa bukan setakat perintah tebal dan italik? Anda tentunya ingin tahu tentang gaya dalam Word baru. ¶ Normal ¶ Tiada Ru… Tajuk 1 Tajuk 2 Gaya Anda boleh memilih sama ada Gaya Cepat yang tersedia atau menggunakan gaya yang anda telah buat sebelum ini. Gaya Cepat yang paling kerap digunakan akan muncul pada Reben.

26 Bagaimana pula dengan gaya?
Anda kerja dengan gaya pada tab Rumah, dalam kumpulan Gaya. ¶ Normal ¶ Tiada Ru… Tajuk 1 Tajuk 2 Gaya Gambar menunjukkan cara mendapatkan gaya yang anda inginkan. Gaya cepat adalah gaya tersedia penampilan profesional yang cepat dan mudah digunakan. Dan ia ada penampilan baru dengan versi Word ini. Klik bebutang ini untuk lihat beberapa lagi Gaya Cepat yang sedia untuk digunakan. Klik Pelancar Kotak Dialog untuk membuka anak tetingkap Gaya. Gaya Cepat bukan setakat perkara yang mudah dan cantik dilihat untuk dokumen anda. Menggunakan gaya ini di seluruh dokumen anda memberikan kelebihan yang besar: pengayaan satu sentuhan. Gaya Cepat yang paling kerap digunakan akan muncul secara terus pada Reben. Anak tetingkap Gaya mempunyai gaya tersuai yang mungkin dicipta oleh anda dalam versi Word terdahulu, dan di sinilah tujuan anda untuk mencipta gaya baru atau mengubah suai yang sedia ada.

27 Format Pengecat Satu lagi perintah pemformatan kelajuan tinggi ialah Format Pengecat. Ia terdapat paling kiri pada tab Rumah, dalam kumpulan Papan Klip. Rumah Papan Klip Fon Perenggan Sekiranya anda tidak biasa dengan Format Pengecat, ia adalah cara pantas menduakan pemformatan dari satu seksyen teks kepada yang lain. Untuk menggunakan Format Pengecat, letak kursor pada teks di mana formatnya anda ingin salin dan kemudian klik bebutang Format Pengecat. Jika anda ada lebih daripada satu tempat untuk mengecat pemformatan anda, pastikan anda dwiklik Format Pengecat untuk mengekalkannya. Kemudian pilih teks yang anda ingin cat pada format baru. Untuk menutup Format Pengecat, klik semula bebutang, atau tekan bebutang ESC.

28 Zum Selepas anda selitkan sesuatu, anda mungkin perlu melihat butiran dengan jelas. Jadi anda pasti ingin tahu di mana letaknya kawalan zum. Lihat di sudut kanan bawah. Seret penggelongsor ke kanan untuk zum ke dalam, dan seret ke kiri untuk zum ke luar. Tip Mengklik nombor peratus di sebelah kiri penggelongsor akan membuka kotak dialog Zum, di mana anda boleh tentukan peratusan zum. Jika tetikus anda beroda, anda boleh tekan terus bebutang CTRL dan pusing roda ke depan untuk zum ke dalam, atau ke belakang untuk zum ke luar. Anda juga boleh temui perintah Zum pada tab Paparan.

29 Sedia untuk cetak? Anda boleh mencetak —tetapi adakah anda bersedia?
Pertama lebih bijak untuk semak bagaimana halaman anda disusun untuk pencetak. Tataletak Halaman Inden Semua yang anda perlukan terdapat pada tab Tataletak Halaman. Kumpulan Persediaan Halaman mengandungi Saiz (8.5 x 11, A4, dan sebagainya), Orientasi (landskap dan potret), dan Jidar. Tepat sekali: Seting jidar adalah mudah dicapai, pada aras yang sama dengan perintah lain dalam kumpulan ini. Ingat dalam versi terdahulu anda perlu pergi jauh, ke menu Fail, Persediaan Halaman, dan sebagainya? Kini tidak lagi.

30 Ya, sedia untuk cetak Selepas anda benar- benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office. Rumah Pratonton dan cetak dokumen Baru Cetak Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak. Buka Cetak Cepat Simpan Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan. Simpan Sebagai… Pratonton Cetakan Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak Cetak… Ingat bahawa anda kini mempunyai pilihan: Perintah tambahan ini dijelaskan dalam slaid berikut. Jika anda klik perintah Cetak, anda akan dapat kotak dialog Cetak. Sebaliknya jika menuding anak panah ke sebelah kanan perintah Cetak, anda akan dapat lihat tiga perintah tambahan.

31 Ya, sedia untuk cetak Selepas anda benar- benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office. Rumah Pratonton dan cetak dokumen Baru Cetak Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak. Buka Cetak Cepat Simpan Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan. Simpan Sebagai… Pratonton Cetakan Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak Cetak… Ingat bahawa anda kini mempunyai pilihan: Cetak membuka kotak dialog Cetak yang biasa dilihat. Cetak Cepat menghantar dokumen anda ke pencetak dengan serta merta. Pratonton Cetakan menunjukkan kepada anda bagaimana dokumen yang dicetak akan kelihatan. Jika anda kerap menggunakan perintah ini anda mungkin ingin menambahkannya ke Bar Alat Capaian Segera. Cetak Cetak Cepat Pratonton Cetakan

32 Di balik tabir Semua ciri yang anda gunakan dalam Word setiap hari terdapat pada Reben dan mudah ditemui. Rumah Dokumen Terbaru Baru Buka Terbit Tutup Pilihan Word Keluar Word Jadi di manakah seting di balik tabir yang bukan tentang menghasilkan dokumen, tapi yang mengawal cara Word bekerja? Ini termasuk seting seperti keselamatan dan maklumat pengguna, kamus ejaan, dan AutoBaiki.

33 Di balik tabir Bagaimanakah anda mengawal cara Word bekerja?
Rumah Dokumen Terbaru Baru Buka Terbit Tutup Pilihan Word Keluar Word Semua seting ini adalah sebahagian daripada Pilihan Word, yang anda dapat lihat bila anda klik bebutang Pilihan Word. Ia terdapat pada menu yang terbuka apabila anda klik Bebutang Microsoft Office.

34 Cadangan untuk latihan
Tambah senarai berbulet. Guna Gaya Cepat, kemudian zum ke luar untuk melihat semua perubahan. Tukar set Gaya Cepat. Guna Format Pengecat. Buat perubahan keseluruhan dengan tab Tataletak Halaman. Kemudian cuba tab lain. Cetak dalam pelbagai cara yang ada.

35 Ujian 2, soalan 1 Anda boleh guna senarai berbulet menggunakan perintah dalam kumpulan mana dan tab apa? (Pilih satu jawapan.) Dalam kumpulan Perenggan pada tab Tataletak Halaman. Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah. Dalam kumpulan Simbol pada tab Selit. Dalam kumpulan Teks pada tab Selit.

36 Ujian 2, soalan 1: Jawapan Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah.
Ini adalah di mana anda boleh menggunakan senarai berbulet. Petua: Anda juga boleh guna senarai berbulet dengan menggunakan bar alat Mini. Bermula dengan pantas

37 Ujian 2, soalan 2 Bagaimana cara anda memilih pilihan cetak dalam versi Word baru? (Pilih satu jawapan.) Klik bebutang Cetak pada Reben. Klik bebutang Cetak pada Bar Alat Capaian Segera. Gunakan Bebutang Microsoft Office. Sama ada pilihan pertama atau kedua di atas.

38 Ujian 2, soalan 2: Jawapan Gunakan Bebutang Microsoft Office.
Ini ialah di mana anda membuka Pratonton Cetakan juga.

39 Ujian 2, soalan 3 Sudut manakah yang mempunyai kawalan zum? (Pilih satu jawapan.) Kanan atas. Kiri atas. Kiri bawah. Kanan bawah. Bermula dengan pantas

40 Ujian 2, soalan 3: Jawapan Kanan bawah.
Kawalan di sudut kanan bawah adalah yang anda gunakan untuk zum ke dalam dan ke luar. Anda juga boleh guna menu Paparan untuk melihat kawalan zum.

41 Pelajaran 3 Senarai mudah

42 Senarai mudah Senarai adalah komponen berguna bagi mana-mana dokumen, sama ada anda meringkaskan maklumat atau menjadikannya lebih mudah difahami. Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Bulan Marikh Phobos Deimos Senarai bernombor adalah penting untuk menunjukkan turutan maklumat. Jika anda tidak kisah tentang turutan, senarai berbulet mungkin lebih baik. Senarai boleh jadi aras tunggal, dengan semua item mempunyai hierarki dan inden yang sama; atau berbilang aras, bermakna terdapat senarai di dalam senarai. Senarai aras tunggal juga dirujuk sebagai senarai “lapisan tunggal” atau “mudah”. Anda boleh lihat perbezaan di antara senarai aras tunggal dan berbilang aras dalam gambar, yang menunjukkan senarai berbulet aras tunggal, senarai bernombor aras tunggal, dan senarai berbulet berbilang aras. Pelajaran ini adalah tentang senarai mudah.

43 Cipta senarai sambil anda menaip
Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil anda menaip. Ruang Titik A Titik Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Jika anda perlukan senarai berbulet, cuma taip asterisk (*) diikuti ruang. Asterisk akan bertukar menjadi bulet, dan senarai anda bermula. Selepas anda selesai menaip item pertama dalam senarai anda, tekan kekunci ENTER, dan bulet baru akan muncul di baris berikutnya. Nota: Dalam Word, senarai diindenkan secara automatik daripada jidar halaman.

44 Cipta senarai sambil anda menaip
Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil anda menaip. Ruang Titik A Titik Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Untuk mencipta senarai bernombor secara automatik, taip nombor satu dan titik (1.), diikuti dengan ruang. Ini adalah baru untuk Word 2007; dalam versi terdahulu, anda perlu tekan kekunci ENTER sebelum senarai dimulakan.

45 Cipta senarai sambil anda menaip
Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil anda menaip. Ruang Titik A Titik Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Oleh kerana senarai berhuruf adalah hanya jenis senarai bernombor yang berbeza, taipkan huruf a dan titik (a.), diikuti ruang, untuk memulakan senarai berhuruf. Anda juga boleh menggunakan simbol yang berlainan untuk memulakan senarai apabila anda menaip, termasuk anak panah, tanda sempang, dan segi empat. Anda akan temui senarai lengkap simbol dalam Kad Rujukan Segera yang dipaut di akhir kursus.

46 Menghentikan senarai Anda telah masukkan item terakhir dalam senarai anda. Bagaimana anda mengakhiri senarai dan menghentikan bulet atau nombor muncul? Gambar menunjukkan kaedah terbaik. Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun Kekunci Enter Kekunci Backspace Cara paling mudah berhenti mencipta senarai ialah menekan kekunci ENTER dua kali, seperti ditunjukkan di sebelah kiri. Jika anda inginkan sesuatu yang sedikit berbeza, sebagai contoh, teks yang berinden pada aras sama seperti teks atau bulet di atas, gunakan kekunci BACKSPACE. Lanjutan tentang menekan kekunci ENTER dua kali: Setiap kali anda menekan ENTER pada akhir senarai, anda mendapat bulet atau nombor baru; tetapi jika anda menekan ENTER sekali lagi, bulet atau nombor terakhir akan hilang, dan anda bersedia untuk memulakan perenggan baru pada baris yang baru. Lanjutan tentang menggunakan kekunci BACKSPACE: Katakan anda berada di tengah-tengah senarai. Anda ingin menaip beberapa teks di bawah bulet anda yang diindenkan pada aras yang sama dengan teks di atas. Dalam senario ini, gunakan kekunci BACKSPACE. Melakukannya akan mengalih keluar bulet tetapi mengekalkan persamaan inden teks. Jika anda ingin teks baru sejajar di bawah bulet dan bukannya dengan teks di atas, tekan BACKSPACE semula. Akhir sekali, untuk keluar terus daripada senarai inden, tekan BACKSPACE semula. Nota: Inden senarai lalai boleh ditukar supaya bulet atau nombor pada jidar halaman (anda akan ketahui caranya kemudian). Dalam kes ini, menekan BACKSPACE dua kali (dan bukannya tiga kali) mengeluarkan anda daripada senarai.

47 Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai
Katakan anda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan anda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar. Perenggan tak tersenarai Terdapat beberapa kaedah menangani senario ini; kaedah yang anda pilih bergantung kepada keadaan dokumen anda dan pilihan peribadi anda. “Sub perenggan” adalah perenggan yang tidak bernombor atau berbulet.

48 Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai
Katakan anda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan anda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar. Perenggan tak tersenarai Anda boleh cipta sub perenggan dalam senarai dengan menekan kekunci SHIFT+ENTER, dan bukan hanya kekunci ENTER, untuk tamat setiap blok teks. “Sub perenggan” adalah perenggan yang tidak bernombor atau berbulet. Untuk teruskan senarai selepas sub perenggan, taip nombor berikut diikuti titik; senarai akan sambung secara automatik.

49 Bulet atau nombor? Tersalah jenis senarai? Mula dengan bulet tapi sekarang inginkan nombor pula, atau sebaliknya? Jangan risau, menukar dari satu jenis ke jenis yang lain adalah mudah. Rumah Fon Perenggan Utarid Zuhrah | Hanya klik di mana-mana dalam senarai anda, kemudian klik bebutang Bulet atau Penomboran pada Reben.

50 Bulet atau nombor? Anda juga boleh menggunakan bebutang ini untuk mulakan senarai baru. Rumah Fon Perenggan Utarid Zuhrah Sama ada klik bebutang dan mula menaip untuk cipta item senarai pertama anda atau pilih teks yang anda telah taip dan klik bebutang Bulet atau Penomboran untuk menukar setiap perenggan menjadi item senarai. Kedua-dua bebutang ini akan “ingat” jenis senarai yang paling akhir anda gunakan dan akan menggunakan jenis yang sama di masa akan datang. Jadi jika senarai bernombor yang terakhir anda gunakan sebenarnya berhuruf, anda akan mendapat senarai berhuruf lain jika anda klik bebutang Penomboran pada lain kali. Dan jika reka bentuk bulat yang akhir anda gunakan adalah segi empat hitam, itulah yang anda akan dapat berikutnya. (Lebih banyak tentang reka bentuk sebentar lagi). Tip: Jika anda ingin mengisih senarai selepas menciptanya, sebagai contoh, menjadi turutan abjad, anda boleh gunakan bebutang Isih dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah pada Reben. Sila ingat apabila anda mengisih senarai bernombor, hanya item senarai yang akan diisih, bukan nombor (jadi nombor 1 tetap muncul dahulu, dan seterusnya).

51 Ujian 3, soalan 1 Apakah senarai aras tunggal?
Senarai tanpa sub senarai dalam mana-mana item individu. Senarai dengan setiap bulet atau nombor pada inden yang sama. Senarai dengan satu item sahaja. Senarai yang menggunakan hanya nombor, tanpa bulet.

52 Ujian 3, soalan 1: Jawapan Senarai tanpa sub senarai dalam mana-mana item individu. Tiada senarai dalam senarai untuk senarai aras tunggal!

53 Ujian 3, soalan 2 Apakah yang anda perlu taip untuk mencipta senarai berbulet secara automatik yang menggunakan titik hitam sebagai reka bentuk bulet? (Pilih satu jawapan.) 1. dan ruang @ dan ruang a. dan ruang * dan ruang

54 Ujian 3, soalan 2: Jawapan * dan ruang.
Taipkan asterisk diikuti ruang, itu sahaja.

55 Ujian 3, soalan 3 Bagaimana cara menyusun perenggan baru supaya teks diindenkan dengan jumlah yang sama seperti teks dalam item senarai berbulet di atas? (Pilih satu jawapan.) Habiskan senarai, kemudian guna inden pada pembaris untuk mengatur permulaan perenggan baru. Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE untuk menghapuskan bulet. Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE dua kali. Tambah item senarai yang baru, dan tekan kekunci ENTER sekali lagi.

56 Ujian 3, soalan 3: Jawapan Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE untuk menghapuskan bulet. Ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan perenggan berinden.

57 Menambah sempadan, pewarnaan atau kesan isian
Pelajaran 4 Menambah sempadan, pewarnaan atau kesan isian

58 Menambah sempadan, pewarnaan, atau kesan isian
Sempadan, pewarnaan dan kesan isian hiasan bukan hanya untuk surat berita percutian. Word menawarkan pelbagai pilihan untuk membingkaikan dan menonjolkan teks, jadual dan sel jadual, grafik dan keseluruhan halaman. Pelajaran ini memperkenalkan pilihan tersuai dan tersedia ini dan menunjukkan kepada anda cara menambahkannya ke dokumen anda. Sempadan halaman hiasan dan grafik dengan isian gradien

59 Sempadan halaman Anda boleh tambah sempadan penuh atau separuh ke sebarang bahagian mana-mana halaman dokumen anda. Word menyediakan pelbagai sempadan halaman yang sudah tersedia, sama ada untuk urusan atau yang banyak hiasan. Dokumen dengan sempadan halaman grafik

60 Sempadan halaman Anda boleh pilih:
Tataletak Halaman Sempadan dan Pewarnaan Anda boleh pilih: Sempadan Sempadan Halaman Pewarnaan Seting Gaya Pratonton Warna Lebar Gunakan untuk: Seni Pilihan OK Batal Jenis sempadan keseluruhan, daripada kotak ringkas kepada berbayang kepada 3-D kepada gaya tersuai rekaan anda sendiri. Gaya, warna dan ketebalan garisan. Gaya artistik, boleh jadi menyeronokkan jika dokumen anda tidak formal atau untuk hari atau acara istimewa atau percutian.

61 Sempadan dan pewarnaan untuk teks
Tataletak Halaman Sempadan dan Pewarnaan Anda boleh letak sempadan dan pewarnaan di sekeliling kumpulan teks atau grafik yang berasingan bagi membezakannya. Sempadan Sempadan Halaman Pewarnaan Seting Gaya Pratonton Warna Lebar Gunakan untuk: Seni Pilihan OK Batal Kotak dialog Sempadan dan Pewarnaan juga boleh dicapai melalui bebutang dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah

62 Ujian 4, soalan 1 Apakah cara paling mudah untuk menambah sempadan ke halaman? (Pilih satu jawapan.) Lukis kotak di keliling halaman Klik bebutang Sempadan Halaman dalam kumpulan Latar Halaman pada tab Tataletak Halaman Lukis jadual di keliling halaman

63 Ujian 4, soalan 1: Jawapan Klik bebutang Sempadan Halaman dalam kumpulan Latar Halaman pada tab Tataletak Halaman Anda juga boleh pilih bebutang Sempadan dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah

64 Ujian 4, soalan 2 Apakah yang anda boleh guna sebagai sempadan halaman? (Pilih satu jawapan.) Jenis-jenis sempadan yang berbeza, seperti 3-D dan berbayang. Gaya, warna dan ketebalan garisan yang tersuai. Sempadan bergrafik. Semua yang di atas.

65 Ujian 4, soalan 2: Jawapan Semua yang di atas.
Anda boleh tetapkan jenis sempadan, gaya garisan, warna dan ketebalan yang berlainan. Anda boleh juga tetapkan sempadan grafik untuk peristiwa atau acara istimewa.


Download ppt "Latihan Microsoft® Office Word 2007"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google