Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehDevi Kusnadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BAHAGIAN ADAB ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH DAN MENERIMA NIKMAT
NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN Muka surat
2
PENGERTIAN NIKMAT NIKMAT : Ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.
3
PENGERTIAN MUSIBAH MUSIBAH IALAH SEMUA BENTUK KESUSAHAN HALANGAN DAN KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH SESEORANG SEPERTI KESAKITAN, KELAPARAN DAN KEMATIAN.
4
ADAB MENERIMA NIKMAT Kita dikehendaki sentiasa bersyukur apabila menerima nikmat dari Allah. CARA BERSYUKUR DGN HATI DGN LISAN DGN AMALAN
5
BERSYUKUR DENGAN HATI Menyakini bahawa nikmat yang diterima ialah kurniaan Allah dan akan disoal pada hari akhirat.
6
BERSYUKUR DENGAN LISAN
Memuji Allah dengan menyebut “Al-Hamdulillah” ((الحمد لله dan mengerjakan sujud syukur.
7
BERSYUKUR DENGAN AMALAN
Menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
8
AKIBAT TIDAK BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Allah menarik balik nikmat yang diberi. Individu dan masyarakat menjadi mundur. Ditimpa kesempitan hidup. Tidak dihormati oleh masyarakat. Menerima azab di akhirat.
9
ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
Bersabar apabila menerima musibah. Tidak berputus asa dan berusaha menyelesaikan masalah. Berdoa dan bertawakal kepada Allah. Lapangkan dada dan berfikir secara positif. Beristighfar memohon keampunan dari Allah.
10
KELEBIHAN BERADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
Mendapat keampunan dan rahmat dari Allah. Bertambah keimanan kepada Allah. Mendapat kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat. Dihormati oleh masyarakat. Mendapat gantian nikmat yang lebih baik daripada Allah. Kecekalannya akan dikenang walaupun telah meninggal dunia.
11
PENGHAYATAN Redha dengan ketentuan Allah.
Sentiasa berusaha mengatasi masalah dengan sabar dan menerima nikmat dengan penuh syukur. Menjauhi diri dari sifat-sifat keji apabila menerima nikmat dan musibah.
12
UCAPAN KETIKA MENERIMA NIKMAT DAN MUSIBAH
اَلْحَمْدُ ِللهِ ِإنَّا ِللهِ وَِإنَّا ِإلَيْهِ رَاجِعُونَ
13
LATIHAN PENILAIAN Berikan pengertian nikmat dan musibah.
Apakah akibat orang yang tidak bersyukur apabila menerima nikmat? Apakah kelebihan beradab ketika ditimpa musibah?
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.