Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pembentukan Imej dan Penampilan Diri Yang Positif.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pembentukan Imej dan Penampilan Diri Yang Positif."— Transcript presentasi:

1 Pembentukan Imej dan Penampilan Diri Yang Positif

2 Objektif sesi Memberi kesedaran tentang kepentingan dan kesan imej individu terhadap organisasi. Menggalakkan peserta untuk berubah ke arah pembentukan imej yang lebih positif. Meningkatkan ketrampilan dalam profession dan peribadi.

3 Satu gambaran atau pernyataan dalam imaginasi atau ingatan (tidak semestinya di dalam bentuk yang boleh dilihat). Keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Definasi IMEJ

4 IMEJ Pakaian Kekemasan Diri Berjalan Bercakap Duduk Hemah Diri Layanan
Kesihatan Personaliti Kekemasan Diri Bercakap Hemah Diri Kebersihan Pengetahunan Sikap

5 Istilah Imej Satu gambaran atau pernyataan dalam imaginasi atau ingatan (tidak semestinya di dalam bentuk yang boleh dilihat). Keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain

6 Imej Imej merupakan pandangan, gambaran dan persepsi terhadap seseorang oleh individu yang lain berdasarkan pandangan pertama. Jika dari pandangan pertama imej seseorang itu tidak menarik pada pandangan atau pandangan orang lain, ini akan menjejaskan perhubungan atau komunikasi seterusnya antara individu yang berkenaan dengan orang lain.

7 Apa yang anda lihat pada kali pertama adalah tanggapan yang anda akan berikan tentang apa yang anda nampak. Jika pandangan pertama adalah cantik dan menarik, secara psikologinya anda akan menilaikan seterusnya yang baik tentang apa yang anda lihat berdasarkan persepsi pertama. Begitu juga sebaliknya.

8 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan imej yang positif ialah:
Imej bukan hanya terletak pada cara berpakaian, malah imej juga dinilai dari segi personaliti yang meliputi gaya bercakap, berjalan, makan, duduk, ketawa, hemah diri, dan juga kesihatan. Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan imej yang positif ialah:

9 Hemah diri Hemah diri ialah cara pembawaan diri seseorang individu melalui amalan-amalan bagi santapan rohani, setiap yang beragama hendaklah patuh pada ajaran agama mereka termasuk menjauhi diri dari melakukan sifat-sifat yang menjadi ‘dosa’ dalam agama masing-masing.

10 Pakaian PAKAIAN YANG SESUAI: WARNA FESYEN BENTUK BADAN MAJLIS CUACA
UMUR Kebersihan pakaian penting bagi mengelakkan bau yang kurang enak. Pemakaian aksesori dan bauan (minyak wangi) adalah penyumbang imej pakaian. Aksesori dan minyak wangi diguna sederhana. Agar anda tidak kelihatan ‘Walking Christmas Tree’ kerana terlalu banyak aksesori.

11 Kekemasan Diri Faktor ini ada kaitan dengan cara berpakaian. Pakaian dan aksesori hendaklah disesuaikan dengan : Aspek umur, Warna, Jenis majlis dan sebagainya.

12 Berjalan Orang lain boleh menilai diri kita dari gaya kita berjalan.
Orang yang berjalan ‘hentak kaki’ imej yang gelojoh dan kasar!. Orang yang terlalu ‘mendada’ memberikan imej yang sombong, manakala orang berjalan ‘terlalu menunduk’ (boleh tunduk tetapi tidak keterlaluan) akan dikatakan sebagai tidak berkeyakinan diri dan mempunyai personaliti yang lemah.

13 Bercakap Bercakap hendaklah bersopan dan ada gaya (bukan gaya yang dibuat-buat seperti pelakon filem). Seperti seni lukisan, percakapan juga mempunyai seni yang tertentu. Apabila kita berkomunikasi atau bercakap, mesti pastikan suara kita ada NADA, INTONASI, VOLUME, dan SEBUTAN yang betul. Di samping itu juga apabila kita bercakap dan berkomunikasi, kita hendaklah tahu menghormati orang yang sedang kita bercakap. (ini termasuk jangan banyak bercakap hingga orang lain tidak ada peluang bercakap!).

14 Duduk Cara duduk ini lebih ditekankan kepada kaum perempuan. bagaimanapun lelaki juga tidak boleh lari dari mematuhi tertib duduk. Sebagai wanita yang bersopan, bersila dan kaki terbuka adalah kurang senang diterima dan dianggap sebagai kurang tertib. Seseorang wanita hendaklah duduk dengan cara ‘bersimpuh/bertimpuh’ apabila terpaksa duduk di lantai. Apabila duduk di kerusi pula, wanita seharusnya menutup rapat kaki untuk kelihatan lebih anggun dan tertib. Di samping itu juga kita tidak seharusnya duduk bersilang kaki di depan tetamu.

15 Layanan Cara dan gaya kita melayan tetamu atau pelanggan juga adalah penting kerana apabila kita melayan dengan kasar, pelanggan akan lari. Oleh itu, imej organisasi akan terjejas. Layanan ini hendaklah mengambilkira dari aspek perwatakan, senyum, bersedia dengan maklumat yang mungkin diperlukan oleh pelanggan, bersopan, menghormati orang yang sedang berkomunikasi dengan kita. (Ini termasuk ‘eye-contact’ yang betul). Aspek ini adalah terpenting semasa kita berinteraksi di majlis-majlis dan juga semasa melayani pelanggan di kaunter.

16 Kebersihan Bagi sesetengah individu, penjagaan kebersihan diri dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh dan tidak perlu diberi tumpuan. Sebenarnya, penjagaan kebersihan adalah tuntutan yang harus diberi tumpuan utama bagi mengelakkan dari dianggap ‘pengotor’. Penjagaan kebersihan termasuk penjagaan pakaian (luar dan dalam), stokin, kulit, kasut, rambut, kuku, misai dan janggut. Pernahkah anda mendekati seseorang yang mempunyai bau badan atau stokin yang busuk?. Anda lari atau mendekati… kalau anda sendiri pula yang begini, anda rasa ada orang yang akan mendekati?.

17 Kesihatan Badan yang sihat, otak pun cergas. Kesihatan termasuk dari segi mental dan juga fizikal. Kalau asyik tidak bertenaga untuk bekerja, orang lain akan melihat kita sebagai lemah, malas, lembab, dan sebagainya. Jika anda sakit, seharusnya anda terus berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Amalkan pemakanan yang sihat. Jalani ujian pemeriksaan tahap kebersihan. Di samping itu, lakukan senaman ‘regular’ setiap hari. Pastikan anda cukup rehat bagi mengembalikan tenaga yang hilang. Wajah anda akan sentiasa berseri dan ‘mood’ pun akan stabil. (Kuranglah marah-marah dan ‘tension’ di pejabat atau di majlis-majlis.

18 Pengetahuan Seseorang individu akan dihormati jika ia mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai sesuatu yang penting. Sebagai contoh, seorang pelayan pejabat (PAR) akan lebih dihormati jika ia lebih berpengetahuan dalam aspek-aspek keagamaan, percetakan, ehwal semasa, dan sebagainya. Bagaimana untuk tambah pengetahuan ialah melalui pembacaan yang banyak. Galakkan diri untuk jadikan membaca itu sebagai satu hobi. Bagi yang berkemampuan, dicadangkan untuk khaskan sejumlah peruntukan untuk membeli buku, tidak kira apa juga tajuknya, asalkan ia membantu dalam meningkatkan pengetahuan.

19 Personaliti merangkumi cara kita ‘membawa diri’ dikhalayak ramai.
Periksa diri kita… Adakah kita bercakap dengan penuh yakin? Adakah kita berhati-hati dengan tutur kata kita apabila bercakap dengan orang lain atau kita ikut sedap mulut sahaja? Adakah kita membuat lawak yang kurang sesuai bagi sesuatu majlis? Adakah kita menghormati pendapat orang lain semasa berkomunikasi? Personaliti

20 Sikap Sikap ialah bagaimana kita memindahkan ‘mood’ kita pada orang lain. Bila anda optimis dan menerima kejayaan orang lain, anda telah memindahkan sikap positif, dan orang lain akan memberi maklumbalas yang baik. Sebaliknya, bila anda pesimis dan menjangkakan yang buruk, sikap anda sentiasa negetif; dan orang akan menjauhi anda. Sikap adalah bagaimana anda melihat sesuatu perkara secara mental.

21 MENGAPA PERLU IMEJ ~> Maruah dan harga diri Pengaruh Keyakinan diri
Keyakinan orang lain Komunikasi berkesan MENGAPA PERLU IMEJ ~> Keyakinan pelanggan Kepuasan pelanggan Imej organisasi Komunikasi berkesan Kerjasama berkesan Pengaruh

22 5 ASPEK IMEJ PERSONALITI - kekemasan diri
- kebersihan rohani / jasmani - pembawaan -perhubungan manusia -komunikasi berkesan -sikap profesional SIKAP DAN AMALAN - profesional -bertanggungjawab - kreatif - tidak emosional - yakin diri - disiplin - kerjasama - hormat TERTIB DIRI - sopan santun - adab pergaulan ` adab perbualan KOMUNIKASI - 2 hala - kumpulan - senyum - mesra PENGETAHUAN - mahir dalam bidang tugas - boleh selesai masalah - ada pertimbangan diri

23 24 CARA MENYAKINKAN DIRI DALAM PENAMPILAN
Berpakaian seperti yang anda senangi. Jangan berfikir yang bukan-bukan. Tinggalkan majlis secara bergilir-gilir. Jangan mencampuri snobbisme orang lain. Jangan membicarakan soal zodiak. Katakan ‘ tidak ’ kalau memang tidak Jangan libatkan diri dengan gosip. Bersikap sewajarnya. Apa harus dibuat jika anda sedang melakukan diet. Berdebat secara terhormat.

24 Keluar rumah dengan persediaan yang rapi.
Jangan membuat orang tercenggang. Keluar rumah dengan persediaan yang rapi. Jangan berlagak sombong di tempat orang. Berdandan kena pada tempatnya. Jangan jadikan diri papan iklan. Wang jangan dijadikan topik perbualan. Di mana kita berada , ada tukang nilai. Hindari kata-kata kasar dan humor yang lucah. Tepat waktu. Bersikap tenang.

25 Berjalan dengan memandang ke hadapan.
Jangan mudah terpengaruh. Yakini dengan pendapat diri sendiri. Hadapi sesuatu dengan santai / tenang.

26 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMIKIRAN YANG POSITIF
Kenalpasti dan hadapi ‘negatif’ dalam kehidupan dan uruskan dengan betul Cari dan sebarkan perkara positif Pilih hasil positif Guna ‘positive self-talk’ Kenalpasti dan jauhi ‘pembawa kuman negatif ’ - elak dijangkiti

27 Pilih Hasil Positif Sahaja
Kawal diri anda dari mereka yang merosakkan fikiran Elakkan membaca sesuatu yang ‘tidak berharga’ dan juga cerita-cerita negatif Mental- “Saya perlu belajar dari sesiapa yang tahu…” Jangan dengar khabar-khabar negetif dan juga berunsur ‘umpat’ Elak tonton filem ganas (violent) Gantikan ‘self-talk’ yang negetif kepada positif Selalu guna perkataan ‘affirmative’. Contohnya; Kerohanian- “saya bersyukur pada Tuhan…”

28 Mengenali kuman negatif
Tidak boleh Mengapa pula saya? Saya tidak tahu Tidak mahu susahnya saya tiada masa Bencinya Masalah Mesti tidak elok

29 Apabila satu pintu tertutup, pintu yang lain masih terbuka
PINTU POSITIF jangan hanya merenungi pintu yang tertutup hingga tidak nampak pintu yang terbuka Apabila satu pintu tertutup, pintu yang lain masih terbuka

30 Sebarkan Yang Positif Sahaja
Galakkan kemesraan dan anda akan menerima tindakan yang sama Hadapi kehidupan dengan minat ada matlamat/ arahtuju Lihat hanya yang baik sahaja pada seseorang Berurusan dengan manusia seolah-olah menapis/ mendulang emas

31 AMBIL NOTA BERTANYA SEDIA BELAJAR BERKONGSI FIKIRAN POSITIF PEKA MEMERHATI BEBASKAN FIKIRAN MENDENGAR

32 MENGAPA POSITIF?? Tenang Berjaya Melihat masalah sebagai peluang Buat keputusan secara rasional Fikiran sihat Komunikasi yang lebih berkesan Perhubungan manusia yang baik

33 PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Objektif sesi Menggalakkan peserta berkomunikasi dengan lebih berkesan Memberi kefahaman tentang konsep komunikasi berkesan Membantu peserta mengenalpasti halangan-halangan komunikasi

34 PERHUBUNGAN MANUSIA Definisi
Ikatan, jalinan antara manusia, tidak kira sama ada pertentangan atau kerjasama Kaedah/cara untuk memahami sikap manusia bagi mendapat kerjasama Satu seni untuk melahirkan semangat kekitaan dalam usaha mencapai sesuatu objektif Satu cara untuk mewujudkan suasana yang sihat antara individu atau kumpulan

35 TUJUAN PERHUBUNGAN MANUSIA KERJASAMA KESEFAHAMAN KEPERCAYAAN KEADAAN HARMONI

36 Ciri-Ciri Penting Manusia
NILAI SIKAP TABIAT BERBEZA FAHAMAN BERLAINAN

37 TEMA ASAS PERHUBUNGAN MANUSIA
Perbezaan individu Individu secara menyeluruh Perilaku bersebab (motivasi) Maruah Komunikasi Empati

38 Racun perhubungan manusia
Bina sempadan Tunjuk mood tidak menentu Tidak memeriksa diri Guna/layan orang macam alat Singkir penentang Kelompok sama taraf Guna bahasa istimewa Terlalu tekankan peraturan Dichotomise Tidak menghargai orang lain

39 PENAWAR PERHUBUNGAN MANUSIA
Sentiasa ceria dan riang! - bijak menyerikan suasana - beri salam/sapaan dengan ikhlas dan senyum Hindar perasaan yang tidak menyenangkan terhadap orang lain - jangan buruk sangka - berfikir secara positif Hormati perbezaan orang lain -fizikal -pemikiran -latarbelakang -pendapat

40 Tahu Hargai Jasa Orang Lain
murah dengan terima kasih beri penghargaan buat orang seronok untuk bantu lagi

41 Jangan bebankan masalah pada orang lain
orang lain ada masalah sendiri tidak semua orang suka dengar masalah orang lain

42 Sensitif pada mood orang lain
tahu sesuaikan cara pendekatan tahu masa untuk buat jenaka

43 Sedia bantu orang lain dengan ikhlas tanpa balasan
kegembiraan orang yang dibantu-kepuasan anda

44 Lengkapkan diri dengan pengetahuan
Buat orang rasa yakin Lengkapkan diri dengan pengetahuan

45 Belajar jadi pendengar yang baik
elak suka dengar suara sendiri

46 Hargai Keistimewaan Orang Lain
ucap tahniah kepada rakan yang berjaya

47 Boleh ceriakan keadaan tapi jangan keterlaluan
Ada Sense Of Humour walau anda dikritik Boleh ceriakan keadaan tapi jangan keterlaluan

48 one-to-one atau one-to-two orang akan rasa penting
Semasa komunikasi, kerap sebut nama orang yang mendengar one-to-one atau one-to-two orang akan rasa penting

49 SEKIAN Terima kasih


Download ppt "Pembentukan Imej dan Penampilan Diri Yang Positif."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google