Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Konsumerisme
2
Maksud Pengguna Pengguna ialah sesiapa sahaja yang memperoleh atau menggunakan barangan atau perkhidmatan dari pasaran untuk keperluan atau penggunaan diri sendiri dan kegunaan keluarganya. Ini bermakna semua orang adalah pengguna. Pengeluar juga adalah pengguna kerana mereka juga menggunakan barang-barang dan perkhidmatan.
3
Maksud Konsumerisme Konsumerisme diertikan suatu usaha untuk membantu pengguna melengkapkan diri dengan konsep, pengetahuan, kemahiran berbelanja dengan bijak di samping menyedari hak dan tanggungjawab serta hidup dengan harmoni bukan sahaja dengan pengguna lain tetapi juga dengan alam sekitar. Konsumerisme boleh melahirkan suatu keadaan yang seimbang dalam pasaran barangan dan perkhidmatan dengan cara: Menentukan harga barangan senantiasa berpatutan Barangan yang dikeluarkan selamat digunakan dan tahan lama Barangan yang dijual diberi penerangan yang lengkap dan jujur Pengguna bebas memilih barangan yang diingini dan mendapat ganti rugi.
4
Hak Pengguna i) Hak untuk mendapatkan keperluan asas - makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan. ii) Hak untuk mendapatkan keselamatan - Dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan nyawa pengguna iii) Hak untuk mendapatkan maklumat - Maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan dari segi harga, kualiti, berat dan kuantiti barang. iv) Hak untuk membuat pilihan- Pelbagai pilihan barang atau perkhidmatan tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak. v) Hak untuk bersuara - Pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan. vi) Hak untuk mendapatkan ganti rugi – mendapat pampasan bagi keluaran yang rosak atau mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya. vii) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna - pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat- berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya.
5
T/jwb Pengguna i) Kesedaran untuk mengkritik - jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. ii) Penglibatan dan tindakan- memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. iii) Tanggungjawab sosial - Terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. iv) Bersatu padu - bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat. v) Pengguna mestilah dapat bertindak dengan rasional sewaktu hendak membeli dan merancang perbelanjaan dengan membuat belanjawan diri. Tanggungjawab pada diri sendiri paling berkesan kerana pengguna dalam melindungi dirinya daripada diperdaya oleh pengeluar.
6
T/jwb Pengeluar kepada Pengguna
Harga Berpatutan - menjual barang dengan harga yang berpatutan. Kuantiti Yang Tepat – Ketepatan dalam proses menimbang dan menyukat supaya sepadan dengan apa yang dibayar oleh pengguna. Produk Berkualiti - Mutu barang-barang hendaklah memuaskan sepadan dengan harga yang dibayar oleh pengguna. Selamat Digunakan – barang yang dikeluarkan hendaklah selamat dan tidak menggunakan bahan-bahan berbahaya. Maklumat Tepat - keterangan tentang isi kandungan bahan, harga, kuantiti , tarikh luput dan kualitinya dinyatakan secara jelas kepada pelanggan. Mesra Alam – tidak mencemarkan alam sekitar ketika melakukan proses pengeluaran.
7
Bentuk Penyelewengan Mengurangkan timbangan, sukatan dan bilangan dalam proses memecah pukal untuk mendapat untung yang berlebihan. Barangan yang dihasilkan tidak berkualiti dijual dengan harga yang tinggi. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan barangan tersebut boleh membahayakan kesihatan, keselamatan dan mungkin juga nyawa pengguna. Promosi yang sering ditambah kosnya yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.
8
Cara-cara Membuat Aduan
Telefon Surat Telefon: Tarikh, Nama pelapor, masa, alamat, no. KPT, No. Telefon, Tempat yang diadukan, butir-butir aduan. Taiping: /16 Ipoh:
9
Aduan Secara Surat Sekiranya gagal, maka tindakan selanjutnya adalah dengan menulis surat secara rasmi kepada pekedai dan syarikat yang berkenaan. Antara kaedah menulis surat aduan secara berkesan adalah seperti berikut: Nyatakan butir-butir tentang pembelian termasuk harga, siapa kakitangan syarikat atau pembantu kedai yang menjualnya (jika diketahui namanya), tarikh pembelian atau pemasangan, janji yang dibuat, nama cawangan kedai atau syarikat dan sebagainya. Nyatakan kerosakan atau rasa tidak puas hati terhadap barangan atau perkhidmatan. Ceritakan bentuk tindakan yang telah dibuat sebelum ini dan jawapan yang diterima. Nyatakan bentuk tuntutan yang diingini (pengambalian wang, ganti rugi, pembaikan dan sebagainya). Sertakan salinan dokumen (seperti resit atau bukti-bukti pembelian) bagi menyokong tuntutan. Nyatakan cara terbaik kaedah bagi menyelesaikan masalah anda. Buat salinan surat tersebut kepada pihak berkenaan seperti syarikat induk bagi cawangan kedai tersebut, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Pengguna dan sebagainya. Kirimkan surat tersebut secara pos berdaftar.
10
Persatuan Pengguna badan sukarela yang ditubuhkan untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.
11
Memberi pendidikan pengguna kepada semua pengguna.
Peranan Persatuan Pengguna Menyebar maklumat tentang barang-barang dan perkhidmatan kepada pengguna. Memberi pendidikan pengguna kepada semua pengguna. Memberi perlindungan kepada pengguna. Menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar. Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna. Berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan
12
Pengubalan Undang-Undang
Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973) – pengawalan harga barang di pasaran. Akta Kawalan Bekalan 1961 – bekalan barang mudah didapati dengan harga berpatutan. Akta Timbang Dan Sukat 1972 – memastikan semua alat timbang dan sukat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Akta Sewa Beli 1967 – Kawalselia bentuk dan kandungan perjanjian berkaitan sewa beli. Akta Perihal Dagangan 1972 – larangan terhadap kenyataan palsu tentang barang yang dipasarkan. Akta Hakcipta 1987 – hakcipta karya-karya daripada dicabuli. Akta Jualan Langsung 1993 – kawalselia aktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos. Akta Padi dan Beras 1994 – penentuan gred dan harga padi disamping bekalan beras. Akta Perlindungan Pengguna melindungi pengguna daripada amalan-amalan yang tidak beretika disamping penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara bagi menasihati Menteri yang berkenaan. Akta Cakera Optik melesenkan pengilangan cakera optik bagi mencegah aktiviti cetak rompak
13
b) Menguatkuasakan Undang-Undang – dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains Teknologi Dan Alam Sekitar Institut Piawaian Dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM) dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
14
Bentuk Penyelewengan Masyarakat pengguna sedar mereka dididik agar kritis dalam menilai kualiti barang. Masyarakat juga dilatih supaya dapat membuat pilihan yang bijak. Pembentukan nilai hidup yang menguntungkan pengguna dan mengubah kepercayaan umum bahawa barangan atau perkhidmatan yang mahal atau diimport adalah lebih baik daripada dikeluarkan di negara sendiri. Pengguna disarankan berani mengambil tindakan apabila tertindas Mengetahui peruntukan undang-undang yang ada dan dapat menggunakannya apabila diperlukan. Masyarakat harus sentiasa mempertingkatkan kemahiran mereka ketika membeli barangan atau perkhidmatan. Masyarakat sekarang telah sedar agar sentiasa melindungi alam sekitar. Pengguna yang bijak ialah pengguna yang dapat menguruskan perbelanjaannya dengan baik mengikut suasana ekonomi semasa.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.