Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI"— Transcript presentasi:

1 PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI
TOPIK : PEROLEHAN

2 KAEDAH PEROLEHAN UNIVERSITI (UMUM)
Perolehan melalui panjar wang runcit Kontrak pusat Perolehan terus Sebutharga Tender Perolehan melalui perlanjutan/perubahan kontrak Perolehan melalui perkhidmatan perunding

3 Dasar Perolehan Universiti
Peraturan tender yang saksama Membantu Dasar Perolehan Kerajaan iaitu menggalakkan perkembangan industri tempatan termasuk dasar perolehan barangan import melalui penggunaan pengangkutan (perkapalan/pengangkutan) dan insurans tempatan Memberi keutamaan syarikat Bumiputera Menggalak pemindahan teknologi dan latihan Sebagai “leverage” untuk mendapatkan konsesi

4 Objektif Pengurusan Perolehan Universiti
Best value for money Kualiti yang terjamin Sebagai alat untuk mencapai dasar kerajaan Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan Pengurusan stor yang cekap dan berkesan Pemindahan teknologi Menjimatkan pertukaran wang asing

5 Prinsip Perolehan Akauntabiliti awam
Diuruskan secara telus (transparent) Nilai faedah yang terbaik (best value for money) Saingan terbuka Adil dan saksama

6 Definasi Alatan, Kerja, Perkhidmatan
Alatan – pembelian alatan, barang bahan yang hanya perlu dibekal dipasang dan diujilari (komisyen) Kerja - perolehan yang melibatkan bahan dan komponen binaan dimana skop kerja berpelan. Perkhidmatan - perolehan yang melibatkan tenaga kerja seperti cuci bangunan, mengangkut sampah dan lain-lain.

7 Pihak Berkuasa Pusat Bagi Perolehan Universiti Sains Malaysia
Kuasa Am Universiti Sains Malaysia adalah pihak berkuasa pusat bagi perolehan (Bekalan, Kerja dan Perkhidmatan) sama ada di Malaysia atau di luar negara dalam pengawalan, penguatkuasaan, penyeliaan, penyelarasan, penggunaan, pembahagian, penyimpanan, pemindahan antara Pusat Tanggungjawab dan pelupusan barang-barang. Kuasa Khusus Membuat kontrak bagi perolehan Pusat Tanggungjawab dengan mengenakan terma-terma dan syarat-syarat yang paling menguntungkan/berfaedah;

8 Mengeluarkan arahan kepada Pusat Tanggungjawab bagi pengawalan, peruntukan untuk barang-barang,
kerja dan perkhidmatan yang diberikan. Mengambil tindakan ke atas individu, firma, syarikat dan pertubuhan serta perunding yang didapati telah bersalah kerana keingkaran dalam melaksanakan sesuatu kontrak atau prestasi tidak memuaskan daripada memasuki tender atau sebutharga atau memberi perkhidmatan kepada Universiti Sains Malaysia bagi sesuatu tempoh yang berpatutan. Mengenakan denda ke atas firma-firma, syarikat yang tidak menyempurnakan bekalan, perkhidmatan atas kerja di dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan.

9 Tanggungjawab Pegawai Pengawal
Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab sendiri termasuk bertanggungjawab membayar balik jika berlaku kerugian berhubung dengan penyeliaan, penyenggaraan dan pengawalan am barang-barang Universiti, kerja dan perkhidmatan yang diterima atau dipegang oleh Universiti yang perbelanjaannya dikawal olehnya.

10 Tanggungjawab Pegawai Pusat Tanggungjawab
Pegawai Pusat Tangungjawab adalah bertanggungjawab sendiri termasuk bertanggungjawab membayar balik jika berlaku kerugian berhubung dengan barang-barang Pusat Tanggungjawab, kerja dan perkhidmatan yang diterima di bawah kawalannya atau dalam simpanannya di Pusat Tanggungjawab.

11 Keizinan Membuat Perolehan
Seseorang Pegawai Pengawal boleh mengizinkan membuat perolehan yang mana peruntukan telah disediakan dalam anggaran yang diluluskan bagi Pusat Tanggungjawabnya, tertakluk kepada arahan-arahan kewangan Universiti dan semua peraturan Perbendaharaan. Kajian Pasaran Dalam Perolehan Setiap Pegawai yang menguruskan perolehan diwajibkan membuat kajian pasaran yang berpatutan bahawa barang yang akan dibeli itu adalah yang paling sesuai dan menguntungkan. Andaian ini dibuat setelah mengambil kira kualiti, harga, kegunaan barang itu dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Keutamaan Kepada Barang Buatan Tempatan - Perolehan melalui import hanya akan dipertimbangkan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan.

12 Senarai Barang-Barang
Semua Jabatan hendaklah menyimpan senarai barang-barang dan menyampaikan senarai barang-barang itu kepada Bendahari pada akhir tiap-tiap tahun. Senarai itu hendaklah mempunyai butir-butir yang menunjukkan kuantiti pada awal tahun, tambahan dalam tahun dan juga jumlah pada akhir tahun. Satu ruang hendaklah dikhaskan juga untuk menunjukkan tempat barang-barang itu disimpan. Senarai barang-barang itu hendaklah dibahagikan kepada 5 kategori iaitu:- Perabot dan alat kelengkapan sahaja. Alat kelengkapan yang dibeli daripada Kumpulan Wang Universiti. Barang-barang yang diderma. Barang-barang yang dibeli daripada Kumpulan Wang yang diderma. Barang-barang dari mana pengecualian daripada duti kastam telah diberi. Semua barang-barang hendaklah ditanda menunjukkan harta Universiti.

13 AKTIVITI PRA-TENDER PELAWAAN SEBUTHARGA PELAWAAN TENDER UNIVERSITI
LAPORAN TEKNIKAL ALATAN/KERJA PENYEDIAAN KERTAS KERJA SEBUTHARGA (PTJ) PENYEDIAAN KERTAS KERJA (TENDER)

14 AKTIVITI -samb JAWATANKUASA SEBUTHARGA JAWATANKUASA PEROLEHAN
JAWATANKUASA PERLANTIKAN PERUNDINGAN KONTRAK PEROLEHAN/KERJA DENDA ‘LAD’ PEMBEKAL PELAWAAN SEBUTHARGA MTO

15 AKTIVITI -samb LANTIKAN MTO LAPORAN SEBUTHARGA/TENDER
KAWALAN & PEMANTAUAN BERKALA SEBUTHARGA (NGAHPUSAT KE PTJ)

16 SPESIFIKASI PENENTUAN SEBUTHARGA/TENDER
TIDAK BOLEH MENJURUS KEPADA JENAMA ATAU BUATAN (MODEL) SEKIRANYA TERPAKSA, UNGKAPAN “ATAU PERSAMAAN” HENDAKLAH DIGUNAKAN. MEMAKLUMKAN KEPADA PEMBEKAL APA YANG DIPERLUKAN OLEH PENGGUNA MEMBERI KRITERIA ALATAN YANG DITAWARKAN SUPAYA PERBANDINGAN ALATAN BOLEH DIBUAT. AP 174.1

17 SPESIFIKASI PENENTUAN SEBUTHARGA
MASALAH-MASALAH BERIKUT HENDAKLAH DIELAKKAN. KEKABURAN TIDAK LENGKAP TIDAK TERANG TIDAK TEPAT AP 174.1

18 SPESIFIKASI PENENTUAN SEBUTHARGA
PENENTUAN PERLU MENGAMBILKIRA “ACCESSORIES” YANG DIPERLUKAN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN SEPERTI KEPERLUAN UNTUK LATIHAN MAKLUMAT TENTANG ALAT GANTIAN MANUAL LUKISAN

19 TEMPOH PELAWAAN SEBUTHARGA
Tempoh: Alatan hari Bekalan habisguna hari Kerja hari

20 PEROLEHAN MELALUI TENDER
Penyediaan dokumen Tender Iklan Tempoh iklan: Tender Alatan – 30 hari Tender Kerja hari Jawatankuasa Pembuka Tender akan menjadualkan dokumen-dokumen yang diterima.

21 PEROLEHAN BEKALAN Kuasa Perolehan
Pembelian terus boleh dilakukan untuk perolehan seperti berikut:- Harga sehingga RM10, PTJ boleh dapatkan sebutharga dari mana-mana pembekal. >RM10,000,00 hingga RM20, PTJ boleh membuat pembelian terus kepada Syarikat Bumiputera. > RM20, ke atas hingga RM50, Jika tidak melalui proses sebutharga, kuasa Naib Canselor meluluskan pembelian terus, tetapi kepada pembekal Bumiputera sahaja. Sekiranya tiada Bumiputera, kelulusan Kementerian perlu diperolehi.

22 samb………. Melebihi RM50, hingga RM200, termasuk juga pembelian dari luar negara Jika tidak melalui proses sebutharga semua pembelian termasuk pembelian terus dari luar negara perlu memohon kelulusan Kementerian Kewangan yang biasanya dibuat melalui Naib Canselor.

23 Keutamaan Kepada Bumiputera SPP Bil 4 Tahun 1995
perolehan yang melebihi RM100,000, adalah dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan seperti berikut:- Nilai Tender Peratusan Keutamaan : Melebihi RM100,000 hingga RM500, % Melebihi RM500,000 hingga RM1.5 juta 7% Melebihi RM1.5 juta hingga RM5 juta 5% Melebihi RM 5 juta hingga RM10 juta 3% Melebihi RM10 juta hingga RM15 juta 2.5% Melebihi RM15 juta Tiada

24 Sebutharga Bekalan Bernilai Tidak Melebihi RM200,000
Sebutharga Bekalan Bernilai Tidak Melebihi RM200, SPP Bil 2 Tahun 2001 Pembelian setiap jenis barangan yang berkaitan melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan melebihi RM20,000 tetapi tidak melebihi RM200,000 boleh dibuat dengan mempelawa sebutharga daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkenaan. Perolehan bekalan yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM100,000 hendaklah dibuat secara sebutharga dikalangan lima (5) pembekal bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan . Jika bilangan sebutharga yang dikehendaki tidak boleh didapati, Jawatankuasa Sebutharga hendaklah berpuas hati bahawa bilangan pembekal yang ada kurang daripada lima (5).

25 Keputusan Jawatankuasa Sebutharga
Dibuat oleh satu Jawatankuasa yang mengandungi tiga (3) orang. Dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti. Tanggungjawab - meneliti semua sebutharga yang diterima samada alat-alat yang dipelawa boleh diterima atau tidak dari segi teknikal berasaskan kepada ciri-ciri penting dalam penentuan/spesifikasi yang telah disediakan dalam dokumen sebutharga. Jawatankuasa Sebutharga hendaklah menerima tawaran yang paling baik segi harga dan kualiti mengikut keperluan PTJ dan penentuan sebutharga. Jika tawaran yang terendah tidak disetuju terima, sebab-sebab penolakan tawaran itu hendaklah dinyatakan dalam keputusan sebutharga. Satu rekod yang lengkap mengenai pertimbangan dan keputusan sebutharga hendaklah disimpan oleh Urusetia Sebutharga untuk tujuan audit.

26 Perolehan Melebihi RM200,000. 00 Dipelawa Secara Tender
Perolehan Melebihi RM200, Dipelawa Secara Tender. SPP Bil 2 Tahun 2001 Tender terbuka hendaklah dipelawa untuk bekalan yang nilainya melebihi RM200,000 setahun bagi setiap jenis item/barangan, kecuali jika dibenarkan dengan menulis kepada Kementerian Kewangan memohon kelulusan seperti berikut:- Keperluan Mendesak - mendesak dan perlu disegerakan. Sekiranya perolehan tersebut tidak dibuat dengan segera maka akan memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam.

27 Sambungan…. Bagi Maksud Penyeragaman - memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan yang sedia ada dengan barangan baru yang akan dibeli, maka permohonan untuk membeli barangan yang sama dan daripada pembekal yang sama secara rundingan terus boleh dipertimbangkan. Satu Punca Bekalan/perkhidmatan (Pembuat/Pemegang Franchais) - Pembelian khusus yang mana hanya satu syarikat sahaja yang dapat membekalkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki seperti membeli alat ganti dan lain-lain.

28 Sambungan…. Melibatkan Keselamatan/Strategik - Perolehan yang melibatkan alat-alat keselamatan atau projek tertentu yang strategik yang perlu dirahsiakan. Kontrak Dengan Syarikat Pembuat Bumiputera -Dalam usaha untuk memupuk pertumbuhan syarikat Bumiputera yang bertaraf pembuat, Kerajaan telah mengadakan tender khusus yang dibuka kepada pembuat berkenaan sahaja. Bagi barangan tertentu yang mana terdapat satu atau dua pembuat Bumiputera sahaja, perolehan secara rundingan terus bolehlah dipertimbangkan bagi membantu mewujudkan pembuat Bumiputera yang berdaya saing.

29 Publisiti Tender publisiti yang seluas-luasnya hendaklah dibuat supaya semua pembekal yang bona fide berpeluang untuk menyertai tender dan dengan demikian membolehkan Universiti Sains Malaysia mendapatkan tawaran yang terbaik. Pertimbangan sewajarnya mengenai kos iklan hendaklah juga diambil kira. Sekiranya kontraktor yang berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak lebih lima (5) kontraktor, iklan tidak perlu dibuat. Dalam hal ini, demikian kelulusan Kementerian Kewangan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada kontraktor yang diluluskan hendaklah dihantar dengan surat berdaftar. Semua dokumen tender/sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dituliskan rujukan tertentu supaya boleh dikenali sebelum ianya dibuka.

30 Peti Tawaran Tender/Sebutharga
Petender sendiri hendaklah memasukkan tender atau sebutharga ke dalam peti tawaran berkunci. Peti Tawaran hendaklah ditanda tarikh dan waktu peti akan dibuka. Dua kunci yang berbeza bagi peti tawaran hendaklah diadakan dan anak kunci dipegang secara berasingan oleh dua orang pegawai kanan Jabatan berkenaan. Keselamatan hendaklah sentiasa dijaga. Waktu tender ditutup bagi penerimaan hendaklah ditetapkan pada jam tengahari pada hari bekerja.

31 Pembelian Runcit Bagi Jumlah Perbelanjaan Tidak Melebihi RM20,000
Pembelian Runcit Bagi Jumlah Perbelanjaan Tidak Melebihi RM20, Setahun. Boleh dibuat oleh Ketua Pusat Tanggungjawab yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM20,000 setahun bagi setiap jenis item/barangan yang berkaitan dengan membuat pesanan terus kepada syarikat pilihan yang diketahui sentiasa mengenakan harga yang berpatutan.

32 Pembelian darurat Pembelian yang perlu dibuat segera atau serta merta di mana kelewatan perolehan akan memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam. Dalam hal demikian pembelian hendaklah dihadkan kepada kuantiti barang yang mencukupi untuk menampung keperluan darurat yang berkenaan. Laporan perlunya pembelian itu dibuat hendaklah dikemukakan kepada Bendahari dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pembelian untuk dihantar kepada Kementerian Kewangan untuk tujuan penyiasatan dan audit.

33 Penentuan Untuk Tender Atau Sebutharga
Penentuannya hendaklah jelas supaya petender mendapat gambaran mengenai kehendak-kehendak Universiti Sains Malaysia. Tender Antarabangsa Hanya boleh dipelawa bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang tidak boleh diperolehi di dalam negeri atau tidak mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) wakil jualan dalam negeri bagi barang-barang dan perkhidmatan tersebut yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

34 AHLI JAWATANKUASA SEBUTHARGA
Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (P&I) Ahli-ahli : 2 Wakil Senat Bendahari / wakilnya

35 MESYUARAT JAWATANKUASA PRA-TENDER
PRA-TENDER ALATAN Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (P&I) Ahli-ahli : Dua orang ahli pakar Bendahari / wakilnya Wakil Pusat Tanggungjawab

36 AHLI JAWATANKUASA PRA-TENDER
PRA-TENDER KERJA Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (P&I) Ahli-ahli: Pengarah/wakil Jab.Pembangunan Bendahari/wakilnya

37 AHLI JAWATANKUASA PEROLEHAN
Perolehan Kecil ( RM200,000 – RM500,000) Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (P&I) Ahli-ahli: Wakil Senat Ahli Pakar Bendahari Pengarah Jab Pembangunan (Kerja)

38 AHLI JAWATANKUASA PEROLEHAN
Perolehan B ( RM500,000 – RM20,000,000) Pengerusi: Naib Canselor Ahli-ahli: Wakil Lembaga Pengarah Universiti Wakil Senat Wakil Kementerian Pendidikan Wakil Kementerian Kesihatan Pengarah Kampus Kesihatan Bendahari

39 AHLI JAWATANKUASA PEROLEHAN
Perolehan A ( Melebihi RM20,000,000) Pengerusi: Naib Canselor Ahli-ahli: Wakil Lembaga Pengarah Universiti Wakil Senat Wakil Kementerian Kewangan Wakil Kementerian Kesihatan Pengarah Kampus Kesihatan Bendahari

40 Perlu Diambil Perhatian
Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Memastikan peruntukan mencukupi Mengenalpasti tempoh perolehan alatan Memastikan alatan terdapat di dalam belanjawan yang diluluskan Dilarang memecah kecilkan perolehan untuk mengelak pelawaan melalui sebutharga atau tender

41 RUMUSAN Perkhidmatan Awam harus memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan kewangan disamping meningkatkan tahap akauntabiliti Kawalan kewangan perlu untuk memastikan program dan aktiviti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dan pencapaiannya memenuhi objektif organisasi. Akauntabiliti yang tinggi adalah tunjang kepada pembentukan sesebuah pentadbiran yang TEGUH, CEKAP DAN TELUS.

42 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google