Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA
Topik 4 PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI (Minggu 10 – Minggu 11)

2

3 CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL
A. PERKEMBANGAN EKONOMI 4.1 Menerangkan perkembangan ekonomi sebelum Merdeka Menyatatakan ciri-ciri ekonomi tradisional Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan aktiviti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Ekonomi begini dikenali sebagai ekonomi sara diri. CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL 1 Pengeluaran dalam skala yang kecil 2 Teknologi yang mudah 3 Modal yang kecil 4 Jumlah buruh yang terhad 5 Pasaran yang kecil Pengeluaran dalam skala yang kecil untuk memenuhi keperluan sendiri. Teknologi yang mudah – Menggunakan peralatan asas yang diperbuat daripada bahan yang sedia ada di sekitar mereka. Contohnya, penanaman padi. Peralatan yang digunakan ialah tugal, cangkul, tenggala dan tajak. Sistem pengairan yang mudah berasaskan sumber air sungai atau hujan yang bermusim. Kaedah menangkap ikan pula berbeza-beza bergantung kepada kawasan penangkapan. Modal yang kecil – Ekonomi yang tidak menggunakan modal yang banyak kerana merupakan ekonomi sara diri. Jumlah buruh yang terhad – Dilakukan bersama ahli keluarga. Tidak wujud pengkhususan pekerjaan. Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur. Pasaran yang kecil – Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah ataupun hadiah. Tujuan lain, disimpan untuk tempoh tertentu. Contohnya, padi bertujuan untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.

4 A. PERKEMBANGAN EKONOMI 4
A. PERKEMBANGAN EKONOMI 4.1 Menerangkan perkembangan ekonomi sebelum Merdeka Menyatatakan ciri-ciri ekonomi dagangan Kegiatan pertanian ataupun perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran. Sebelum kedatangan British, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan. Bijih timah dilombong dengan cara mendulang. Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah ialah Datuk Kelana Putera, Datuk Bandar dan Datuk Mua Linggi, di Sungai Ujong (Negeri Sembilan) dan Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat, di Selangor. Selepas kedatangan British – Pada abad ke-19 di Tanah Melayu. British menguasai pelabuhan utama dan mewujudkan rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat. Terutama di kawasan yang kaya dengan bijih timah dan sesuai seperti getah. Kepesatan dasar pertanian yang mereka laksanakan menyebabkan ekonom tradisional kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.

5 CIRI-CIRI EKONOMI DAGANGAN
A. PERKEMBANGAN EKONOMI 4.1 Menerangkan perkembangan ekonomi sebelum Merdeka Menyatatakan ciri-ciri ekonomi dagangan CIRI-CIRI EKONOMI DAGANGAN 1 Pengeluaran dalam skala yang besar 2 Teknologi yang tinggi 3 Modal yang besar 4 Sumber tenaga yang banyak 5 Pasaran yang luas

6 KESAN EKONOMI DAGANGAN
A. PERKEMBANGAN EKONOMI 4.1 Menerangkan perkembangan ekonomi sebelum Merdeka Menyatatakan ciri-ciri ekonomi dagangan KESAN EKONOMI DAGANGAN 1 Dua Bentuk Ekonomi 2 Wujud ketidakseimbangan pembangunan antara negeri-negeri di pantai Timur dan negeri2 di Pantai Barat. 3 Wujud permintaan yang tinggi terhadap biijih timah. Terpaksa membawa mauk menaga buruh (China) Wujud dua bentuk ekonomi (dwiekonomi) secara serentak iaitu (a) Ekonomi sara diri (b) Ekonomi dagangan Wujud ketidakseimbangan pembangunan antara negeri-negeri di pantai Timur dan negeri-negeri di Pantai Barat. Wujud permintaan yang tinggi terhadap bijih timah. Terpaksa membawa masuk tenaga buruh luar (China).

7 A. PERKEMBANGAN EKONOMI 4. 1
A. PERKEMBANGAN EKONOMI Menerangkan sistem pertanian komersial Mengenal pasti faktor perkembangan getah KONSEP Konsep sektor pertanian berasaskan eksport. Tanaman dikomersialkan dan dianggap penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu sebelum merdeka. GETAH Getah diperkenalkan sebagai tanaman komersial pada awal abad ke-20 oleh pemodal British. Penanaman pertama adalah di halaman rumah Sir Hugh Low, di Kuala Kangsar, sebagai tanaman hiasan. Henry N. Ridley bertanggungjawab memajukan perusahaan getah pada tahun Beliau berjaya mencipa cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibidem (bentuk tulang ikan hering) yang tidak merosakkan pokok getah. FAKTOR PERKEMBANGAN GETAH 1. Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna 2. Kemasukan modal asing 3.Dasar British 4. Kemudahan infrastruktur 5.Kemasukan pekerja asing Tanaman spt. kopi, tembakau, gambir, ubi kayu, tebu dan lada hitam. Di Johor, Maharaja Abu Bakar usahakan tanaman gambir dan lada hitam secara besar-besaran melaui sistem Kangcu. Pemodal Eropah dan China terlibat kerana ada modal dan teknologi, mendapat konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama. FAKTOR PERKEMBANGAN GETAH Tayar basikal, kasut dan peralatan elektrik. Modal milik pemodal Eropah Dasar British menyokong dan menggalakkan kemasukan pemodal asing. British mengenakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang. Jalan raya dan jalan kereta api dibina bagi menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran. Kemasukan pekerja asing untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. Mereka dibayar gaji yang murah. Kemerosotan getah berlaku pada 1929 hingga 1932 semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia. Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menyekat kejatuhan harga getah pada tahun Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga Oktober 1928.

8 INDUSTRI PERLOMBONGAN
A. PERKEMBANGAN EKONOMI Menerangkan perkembangan perusahaan perlombongan INDUSTRI PERLOMBONGAN 1. Galian Tanah Melayu – contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauksit, antimoni. 2. Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil–kecilan oleh orang Melayu. 3. Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besar hingga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar Melayu. 4. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar Melayu. 5. Kedatangan pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini. 6. Kedatangan pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar – besaran. Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh. 7. Kerajaan penjajah British juga telah meluluskan enakmen dan undang – undang yang mewujudkan penguasaan pengusaha Eropah. 8. Terdapat juga pembesar Melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan modal. 9. Tanah Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia Kedua

9 KESAN-KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI
A. PERKEMBANGAN EKONOMI Menghuraikan kesan-kesan perkembangan ekonomi KESAN-KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI 2 Pembandaran 3 Pembentukan Masyarakat 4 Sistem Pendidikan Vernakular 5 Sektor Perkilangan 6 Perkhidmatan Kesihatan 1 Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Jalan kereta api dibina dari lombong ke pelabuhan. Pada 1885, jalan kereta api pertama dibina menghubungkan Taiping ke Port Weld. Lebih banyak kawasan pertanian di pedalaman. Jalan raya dibina. Sistem perhubungan diwujudkan memudahkan komunikasi. Perubahan daripada kampung atau pekan kecil kepada sebuah bandar. Ini berlaku di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan kawasan yang menjadi pusat pentadbiran. Ada kemudahan infrastruktur. Kawasan di pantai Barat lebih membangun berbanding kawasan di pantai Timur. Penghijrahan buruh asing di Tanah Melayu telah meningkatkan jumlah kedatangan imigran China dan India. Kedatangan mereka ini menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan yang berbeza-beza mengikut kaum. Orang Melayu (bertani), orang India (kawasan estet) dan orang Cina (berniaga) Bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di Negeri-negeri Selat. Sistem pendidikan India diguna oleh orang India. Orang Cina menggunakan sistem pendidikan China. Kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Pada 1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina. Pada awalnya, ekonomi bertumpu kepada bijih timah dan getah. Barang-barang lain diimport. Pada tahun 1923, Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua buah kilang di Selangor dan Tapah bagi menghasilkan kasut untuk dieksport ke China. Pada masa itu, kebanyakan pembinaan kilang diusahakan oleh pemodal Eropah dan Cina. Orang Melayu tidak terlibat. Pada 1970-an, kerajaan berusaha melibatkan orang Melayu dalam perindustrian. Pada 1898, hospital pertama dibina di Taiping dan Kuala Lumpur. Pusat kesihatan kecil dibina di negeri-negeri lain. Terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor. Ada hospital yang dibina atas sumbangan perseorangan spt. Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur. Pusat penyelidikan dibina untuk mengawal wabak penyakit.

10 SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
B. SISTEM PENDIDIKAN 4.2 Perkembangan Sistem Pendidikan Menerangkan sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan zaman British SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

11 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYA
B. SISTEM PENDIDIKAN 4.2 Perkembangan Sistem Pendidikan Menerangkan sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan zaman British Pendidikan Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan Bahasa komunikasi berbeza Sekolah Berasaskan Kaum Terpisah Kerana Keadaan Geografi Kurikulum berbeza Kurikulum Tidak Berasaskan Tanah Melayu SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYA

12 SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH
B. SISTEM PENDIDIKAN 4.2 Perkembangan Sistem Pendidikan Menerangkan sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan zaman British SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH

13 B. SISTEM PENDIDIKAN 4. 2 Perkembangan Sistem Pendidikan 4. 2
B. SISTEM PENDIDIKAN 4.2 Perkembangan Sistem Pendidikan Menghuraikan cadangan-cadangan pendidikan

14 LAPORAN JAWATANKUASA KABINET, 1979
Laporan Kabinet ini telah dikemukakan pada November dan jawatankuasa laporan tersebut telah mendapati bahawa terdapat pelbagai kelemahan yang menghalang untuk mencapai matlamat pendidikan yang bermutu dalam sistem pendidikan ketika itu. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Ini telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.

15 CIRI-CIRI LAPORAN JAWATANKUASA KABINET, 1979
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan


Download ppt "MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google