Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY (MQA)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY (MQA)"— Transcript presentasi:

1 AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY (MQA)
  AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY (MQA)   MQA telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

2   KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (KKM) MALAYSIA QUALIFICATION FRAMEWORK (MQF)   MQF adalah deklarasi Malaysia tentang kelayakan-kelayakan tempatan dan kualiti yang dimiliki oleh kelayakan-kelayakan tersebut. MQF merupakan instrumen yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa dan menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diterima dan diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi. Justeru MQF mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan negara.

3 AKREDITASI PROGRAM   Akreditasi Program dilaksanakan bagi membuat penilaian dalam menentukan sama ada suatu program itu memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Akreditasi Program ini bertujuan untuk memastikan program yang ditawarkan menepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan garis panduan lain yang berkaitan.   Program yang mematuhi standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan akan diberikan Perakuan Akreditasi (status akreditasi) dan program berkenaan layak menggunakan perkataan 'Pengiktirafan Dari Malaysian Qualifications Agency, (MQA)'.

4 PERAKUAN AKREDITASI   Perakuan Akreditasi ini penting sebagai tanda aras kualiti program pengajian dan juga memberi manfaat berikut kepada pelajar: Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pelajar juga layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapat pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada institusi terbabit. Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka. Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

5 HASIL PEMBELAJARAN LEARNING OUTCOME (LO)
Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran (LO). LO ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian. Pencapaian LO ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning time - SLT) dan bukannya berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar. Student Learning Time (SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasuk persediaan material di perpustakaan dan pencarian sumber maklumat di internet. SLT diambil kira bukannya berasaskan kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar semata-mata.

6 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM PROGRAM LEARNING OUTCOME (PLO)
Hasil pembelajaran program (PLO) adalah berbeza mengikut keperluan program itu sendiri. Program pengajian di Politeknik mempunyai sembilan domain PLO yang disenaraikan dalam buku Kurikulum Program yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

7 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)
Hasil pembelajaran kursus (CLO) adalah berbeza mengikut keperluan kursus itu sendiri dan dikaitkan dengan PLO. Bilangan CLO bagi sesuatu kursus adalah antara tiga hingga lima yang menilai pelajar dari segi kognitif, psikomoto dan afektif seperti yang disenaraikan di dalam buku Kurikulum Program yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

8 RUBRIK - RUBRIC  Rubrik adalah kriteria pemarkahan yang digunakan oleh pensyarah bagi menentukan markah sebenar yang layak diterima oleh seseorang pelajar bagi Penilaian Berterusan (PB) yang dinilai. Rubrik digunakan bagi semua penilaian kecuali kuiz, ujian dan peperiksaan akhir seperti tugasan, amali, projek dan pembentangan.

9 PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
Outcome-based education (OBE) adalah salah satu kaedah dan pendekatan dalam merekabentuk kurikulum sesuatu program yang menumpukan kepada pencapaian pelajar setelah pembelajaran berlaku dengan falsafah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning – SCL) fokus kepada pengukuran prestasi pelajar yang dikenali sebagai outcomes. OBE adalah kontras dengan pembelajaran tradisional yang fokus kepada sumber pembelajaran pelajar yang dikenali sebagai input. Umumnya, pelaksanaan OBE memerlukan pelajar untuk aktif dalam meningkatkan potensi diri dalam pembelajaran dan pelaksanaan penilaian berterusan.

10 Rajah A: Sumbangan MQA dan faedah
Rajah A: Sumbangan MQA dan faedah pelaksanaan MQF

11 Rajah B: Proses Jaminan Kualiti (MQA)
Rajah C: Kaitan antara hasil pembelajaran, jam kredit, MQF dan MQA


Download ppt "AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY (MQA)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google