Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TAKLIMAT ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA AAN 2010 oleh

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TAKLIMAT ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA AAN 2010 oleh"— Transcript presentasi:

1 TAKLIMAT ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA AAN 2010 oleh
PROFESOR ASMA ISMAIL Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Tokoh AAN 2010

2 Ahli J/Kuasa Pemilih ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA
AAN2010 PROF. ASMA ISMAIL (USM) – Pengerusi PROF. DATIN ANN ANTON (UMS) PROF. MUHAMAD AWANG (SEGI) PROF. HALIMATON HAMDAN (MOSTI) PROF. DATO’ MD IKRAM MOHD SAID (UKM) PROF. V. NAVARATNAM (USM) PROF. RAHMAH MOHAMAD (UKM) PROF. EMERITUS MUHAMAD HAJI SALLEH (USM) PROF. DATO’ DR. MOHD AMIN JALALUDIN (UM)

3 ASAS ANUGERAH AAN2010 1. Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara dan dunia ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat. 2. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

4 KRITERIA PEMOHON Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:
AAN2010 Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah: Menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pentadbiran akademik. Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik. …bersambung

5 KRITERIA PEMOHON AAN2010 Telah menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 4. Telah mendapat anugerah atau pengiktirafan bagi sumbangannya selama 10 tahun kebelakangan dari tahun yang dinilai. …bersambung

6 KRITERIA PEMOHON AAN2010 5. Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan. 6. Menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui. …bersambung

7 JENIS ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DPERTIMBANGKAN UNTUK PERMOHONAN ANUGERAH
AAN2010 1. Anugerah / pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 2. Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement). 3. Zamalah (fellowship) yang diperolehi mestilah berasaskan undangan dan bukan permohonan.

8 KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH
AAN2010 Dalam proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement) akan diambil kira.

9 NILAI ANUGERAH AAN2010 Nilai hadiah Anugerah adalah RM80,000 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu) berserta sijil pengiktirafan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

10 ANUGERAH AKADEMIK NEGARA
BORANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA AAN2010 Untuk muat turun borang, sila lawat laman web Anugerah Akademik Negara di;

11 AAN2010 TERIMA KASIH


Download ppt "TAKLIMAT ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA AAN 2010 oleh"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google