Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971(PINDAAN) 2012

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971(PINDAAN) 2012"— Transcript presentasi:

1 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971(PINDAAN) 2012

2 SEJARAH RINGKAS AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti [Akta 30](“AUKU”) digubal untuk menyediakan asas undang- undang, antara lain dari segi tatacara penubuhan, struktur tadbir urus, penyelenggaraan dan pentadbiran sesebuah universiti dan kolej universiti awam di Malaysia dan kegiatan pelajar.

3 SEJARAH RINGKAS AUKU AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governan, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar dan pekerja universiti dan kolej universiti awam di Malaysia serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam terus licin dan sejajar dengan matlamat asal penubuhannya.

4 SEJARAH RINGKAS AUKU Sejak AUKU digubal dan dikuatkuasakan pada 30 April 1971, ia telah dipinda sebanyak 6 kali iaitu pada 24 September 1971, 13 Mei 1975, 20 Februari 1983, 1 Oktober 1996, 1 Februari dan 1 Ogos 2012.

5 HASRAT PINDAAN AUKU Menyedari keperluan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi. mempertingkat daya saing negara di peringkat global memperkasa institusi pendidikan tinggi (IPT) negara memperkukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

6 PINDAAN KEPADA AUKU Tadbir Urus Universiti
Proses Perundingan Secara Demokrasi - Pindaan kepada Akta ini akan memantapkan tadbir urus yang sedia ada melalui proses perundingan secara demokrasi dengan menyediakan peruntukan-peruntukan seperti berikut: a) Pelantikan Naib Canselor oleh Menteri hendaklah melalui proses pemilihan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Menteri dan juga selepas Menteri berunding dengan LPU.

7 PINDAAN KEPADA AUKU Ini akan memastikan ketelusan dalam proses pemilihan tersebut dan hanya calon yang benar-benar berkaliber, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul, mempunyai kelayakan yang istimewa, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman serta jaringan hubungan yang luas sahaja yang akan mengisi jawatan tersebut.

8 PINDAAN KEPADA AUKU b) Pelantikan Ketua Kampus akan dibuat oleh Menteri setelah berunding dengan Naib Canselor universiti. Ini akan dapat memastikan Ketua Kampus yang dilantik tersebut bersesuaian dengan keperluan sesebuah Kampus universiti berkenaan. Ia juga akan dapat menggalakkan kerjasama yang erat antara Ketua Kampus dan Naib Canselor dalam memastikan misi dan visi universiti berkenaan dapat dicapai dengan jayanya.

9 PINDAAN KEPADA AUKU c) Pemilihan keanggotaan Senat dari kalangan profesor akan dipilih oleh rakan sejawat mereka yang terdiri daripada Profesor dan Profesor Madya di sesebuah universiti. d) pelantikan Dekan, Ketua Sekolah hendaklah melalui proses perundingan dengan kakitangan akademik di setiap Fakulti dan Naib Canselor hendaklah memaklumkan kepada LPU tentang pelantikan itu.

10 KETERBUKAAN, KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI
Jawatankuasa Pengurusan Universiti hendaklah ditubuhkan di sesebuah universiti bertujuan untuk menasihati Naib Canselor dalam perkara pentadbiran dan pengurusan universiti.

11 AUTONOMI KEPADA UNIVERSITI
Pindaan kepada Akta ini akan menambah baik autonomi universiti dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di- Pertuan Agong dan Menteri kepada Pihak Berkuasa Universiti. Melalui pindaan ini, beberapa peruntukan perlu diubah : kuasa untuk menubuhkan Fakulti dan Jabatan diberikan kepada Senat. kuasa Menteri dalam hal rayuan tatatertib pelajar universiti dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh LPU. Ini bagi mempercepat proses penyelesaian sesuatu rayuan tatatertib pelajar. Kebenaran untuk memungut wang oleh pelajar dipindah kepada Naib Canselor.

12 PERINCIAN PEMBAHAGIAN
Fungsi Dan Kuasa Fungsi dan Kuasa LPU bertindak sebagai badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi bagi universiti. - semua kuasa yang diperuntukkan dalam Seksyen 4 Jadual Pertama AUKU diagihkan secara jelas antara LPU dan Senat.

13 PERUBAHAN KEPADA KEANGGOTAAN – AHLI LPU
Keanggotaan LPU ditambah daripada orang kepada 11 orang ahli : - seorang (1) profesor yang dipilih oleh Senat dimasukkan sebagai ahli LPU. Dato’ Dr Wan Zurinah , UMBI - wakil swasta di tambah dari 2 kepada tiga (3) orang - seorang wakil alumni universiti dimasukkan menjadi ahli LPU.

14 2 orang wakil ganti dari Kementerian dibenarkan bagi mengelakkan mesyuarat LPU tertangguh akibat ketidakhadiran ahli . Pendaftar menjadi Setiausaha bagi LPU LPU hendaklah melantik Penasihat Undang- Undang yang dapat membantu menangani isu- isu perundangan universiti yang kompleks seperti hak-hak harta intelek, rundingan persefahaman dan perjanjian antarabangsa, penubuhan kampus cawangan di luar negara dan hak-hak pelajar serta pekerja universiti.

15 LPU diberi kuasa untuk mendengar rayuan berkaitan dengan kenaikan pangkat atau pelantikan, menjana pendapatan bagi tujuan aktiviti akademik dan penyelidikan. LPU dibenarkan menubuh jawatankuasa untuk membantunya melaksanakan fungsi dan tugas dan boleh membubarkan jawatankuasa tersebut pada bila-bila masa. g) LPU diberi kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar bagi mengadili rayuan daripada pelajar.

16 FUNGSI DAN KUASA SENAT Senat mempunyai kuasa yang mengatasi kuasa LPU dalam hal berkaitan akademik. Persetujuan Senat hendaklah diperoleh sebelum LPU membuat, meminda atau memansuh mana- mana Statut berkaitan hal-ehwal akademik. Keanggotaan Senat ditambah dengan memasukkan Ketua Kampus Cawangan dan lima (5) orang yang diko-opt oleh Naib Canselor

17 FUNGSI DAN KUASA SENAT Senat boleh mengundang mana-mana orang termasuk pelajar untuk menghadiri mesyuarat Senat. Penubuhan Fakulti/Institut/Pusat diletakkan di bawah bidang kuasa Senat Kuasa-kuasa akademik mengikut Seksyen 4 Jadual Pertama (kuasa universiti) kecuali yang jelas kuasa LPU

18 FUNGSI DAN KUASA NAIB CANSELOR
Naib Canselor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Universiti yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, akademik dan pengurusan Universiti secara keseluruhan. Kuasa Naib Canselor sebagai pihak berkuasa tatatertib pelajar dijelaskan lagi. Beberapa proses dan prosedur digariskan dengan terperinci bagi menjamin hak dan kepentingan pelajar yang menghadapi tindakan tatatertib dipatuhi. Naib Canselor boleh menentukan mana-mana kawasan lain untuk kegunaan sementara oleh universiti. Kuasa untuk meluluskan penubuhan badan pelajar selain daripada Kesatuan Pelajar Universiti dan Majlis Perwakilan Pelajar dipindahkan kepada Naib Canselor

19 PENYELESAIAN PERTIKAIAN ANTARA PIHAK BERKUASA UNIVERSITI
Mana-mana pegawai atau pihak berkuasa boleh merujuk apa-apa pertikaian berhubung apa- apa isu yang tidak dapat diselesaikan kepada Menteri. Sekiranya Menteri tidak bercadang untuk menyelesaikan pertikaian tersebut sendiri, beliau boleh menubuhkan satu Panel Penyelesai Pertikaian bagi mendengar dan membuat keputusan berhubung pertikaian tersebut.

20 PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN
Pindaan kepada Akta ini akan menggalakkan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dengan membenarkan peminjaman dan pertukaran pakar (pekerja) dari satu universiti ke universiti/institusi yang lain dan kuasa LPU untuk mendapatkan dana bagi universiti Memberikan Menteri kuasa untuk meminjam atau memindahkan perkhidmatan pekerja universiti atas persetujuan pekerja tersebut.

21 PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN
Dapat membenarkan mobiliti pekerja dan dapat membantu universiti baru yang kekurangan pekerja yang pakar dan berkemahiran dalam sesuatu bidang untuk berkhidmat di universiti tersebut. Memantapkan fungsi dan kuasa LPU untuk menjana pendapatan bagi memajukan penyelidikan inovasi dan pengkomersialan.

22 PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN TINGGI
Membenarkan Menteri untuk menubuhkan kampus cawangan bagi sesebuah universiti di luar negara

23 KEBAJIKAN DAN HAK ASASI PEKERJA UNIVERSITI
Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Pindaan kepada Akta ini memberi ruang kepada mana-mana pekerja yang terkilan/tidak berpuas hati dalam hal pelantikan atau kenaikan pangkat untuk merayu kepada LPU.

24 KEBAJIKAN DAN HAK ASASI PEKERJA UNIVERSITI
Peminjaman atau Perpindahan Perkhidmatan Pekerja Universiti atau institusi yang menerima perkhidmatan pekerja universiti tersebut hendaklah membayar apa-apa tuntutan yang berbangkit daripada peminjaman atau perpindahan pekerja tersebut.

25 KEBAJIKAN DAN HAK ASASI PEKERJA UNIVERSITI
Penubuhan Jawatankuasa Kebajikan Pekerja bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan hak pekerja universiti terpelihara. seorang wakil daripada setiap kesatuan dilantik mengganggotai Jawatankuasa Kebajikan Pekerja yang ditubuhkan.

26 Hak untuk Memilih Perwakilan dalam Senat
memberikan hak kepada Profesor dan Profesor Madya di sesebuah universiti untuk memilih 20 orang profesor untuk mewakili mereka di dalam Senat. Perwakilan dalam LPU membenarkan seorang profesor yang dipilih oleh Senat untuk mengganggotai LPU.

27 Pelantikan Dekan dan Ketua Sekolah dan Sebagainya
Pelantikan Dekan hendaklah dibuat oleh Naib Canselor melalui proses perundingan dengan kakitangan akademik di setiap Fakulti. Ini membolehkan kakitangan akademik menyuarakan pandangan mereka berhubung dengan pelantikan tersebut.

28 KEBAJIKAN DAN HAK ASASI PELAJAR UNIVERSITI
Kebebasan Berpersatuan Membenarkan pelajar untuk menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan, badan atau kumpulan orang sama ada di dalam atau di luar negara termasuk mana-mana parti politik. Naib Canselor boleh memberi kebenaran atas permohonan pelajar tersebut untuk terlibat dalam parti politik. Ini membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar sebagai pelajar di universiti tanpa melepaskan kerjaya politiknya.

29 Walau bagaimanapun pelajar dilarang terlibat dengan entiti berikut :
(i) aktiviti parti politik dalam kampus (ii) ahli pertubuhan/persatuan yang menyalahi undang- undang (iii) ahli pertubuhan/persatuan yang dikenal pasti oleh LPU sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti Kebebasan Bersuara Pindaan kepada Akta ini akan memberikan kebebasan kepada pelajar untuk bersuara dalam hal yang berkaitan dengan perkara akademik Pemansuhan Penggantungan/Pembuangan Secara Automatik Naib Canselor dibenarkan untuk mengguna budi bicara sama ada untuk menggantung seseorang pelajar yang didakwa atau mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang disabitkan atas kesalahan boleh daftar

30 Pemansuhan Penggantungan/Pembuangan Secara Automatik
Naib Canselor dibenarkan untuk mengguna budi bicara sama ada untuk menggantung seseorang pelajar yang didakwa atas kesalahan boleh daftar Pemansuhan Kesalahan dan Hukuman Jenayah Pindaan kepada Akta menggantikan kesalahan dan hukuman jenayah kepada kesalahan boleh daftar.

31 Sekiranya pelajar terlibat dengan kes jenayah, kesnya akan dikendalikan berdasarkan undang-undang negara yang berkaitan jenayah dan bukan mengikut AUKU

32 Hak Pelajar Pascasiswazah (Post-graduate Student)
Pindaan kepada Akta ini membenarkan pelajar pascasiswazah menjadi ahli Kesatuan Pelajar yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus. Wakil MPP dalam Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Dua (2) orang wakil MPP dilantik menganggotai Jawatankuasa Kebajikan Pelajar. Penglibatan Pelajar dalam Senat Pelajar boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat Senat

33 PERKARA-PERKARA LAIN Penubuhan Kampus Universiti
Kuasa untuk menubuhkan Universiti yang dahulunya dibawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong diturunkan kepada Menteri Pengajian Tinggi Pengecualian oleh Yang Dipertuan Agong - memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk mengecualikan pemakaian AUKU samada secara keseluruhan atau sebahagian ke atas mana-mana Universiti Meningkatkan jalinan kerjasama di antara Universiti dengan pihak swasta dan industri melalui penambahan ahli di kalangan sektor swasta dalam LPU

34 Pelucutan Ijazah Siswazah
Kuasa Canselor untuk melucutkan ijazah mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal atas syor tidak kurang 2/3 ahli LPU sebelum dilucutkan siswazah berkenaan hendaklah diberi hak untuk didengar. Hak asasi Pelajar kepada Pendidikan membenarkan pelajar yang diletakkan di bawah tahanan atau tertakluk kepada satu perintah sekatan atau dipenjarakan untuk menduduki peperiksaan dengan keizinan Senat dan tertakluk kepada kelulusan Menteri Dalam Negeri atau pihak berkuasa berkaitan.

35 membenarkan pelajar yang digantung atau dibuang dari universiti memohon untuk memasuki universiti yang sama atau universiti lain dengan kelulusan bertulis Menteri membenarkan pelajar yang dibebaskan oleh mahkamah untuk kembali menyambung pengajian tanpa mengambil kira tempoh penggantungan atau tahanan.

36 Tatacara Pengendalian Kes Tatatertib
menetapkan tempoh masa yang munasabah bagi sesuatu perbicaraan, keputusan dan rayuan dengan lebih spesifik. Ini akan memastikan pelajar mendapat keadilan yang sewajarnya. menyatakan dengan jelas hak asasi pelajar universiti untuk mendapatkan keadilan dalam sesuatu prosiding tatatertib.

37 KES UKM 4 MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM WOONG KING CHAI
MUHAMMAD ISMAIL BIN AMINUDDIN AZLIN SHAFINA MOHAMAD ADZHA LAWAN KERAJAAN MALAYSIA MENTERI PENGAJIAN TINGGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

38 LATAR BELAKANG KES Semua pelajar dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 2010 yang bertentangan dengan Seksyen 15(5)(a) AUKU iaitu “ tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Univ yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh ditafsirkan sebagai mengatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap – (a) mana-mana parti politik samada di dalam atau di luar Malaysia Pelajar telah mohon injunksi interim ex parte untuk halang UKM dari teruskan prosiding tatatertib terhadap mereka dan berikutan itu prosiding tatatertib ditangguhkan.

39 LATAR BELAKANG KES MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
Pada jam 2.00 petang di Pekan Rasa, Jalan Kuala Kaki Daerah Hulu Selangor memandu kereta jenis Kia Spectra didapamembawa dan memiliki CD, bungkusan risalah berunsur sokongan terhadap parti politik ti yang bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan berkenaan. Pada jam malam di Persimpangan Jalan Selesa KM2, Jalan Kuala Lumpur, Kuala Lipis, Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor telah ditahan dan ingkar arahan pasukan pemantauan pilihanraya KPT dan pegawai pemantau UKM untuk beredar dan tidak terlibat dalam kempen pilihanraya kecil kawasan hulu Selangor. Representasi – mengaku berada di Hulu Selangor semasa pilihanraya kecil berlangsung dengan tujuan untuk memerhati dan mendapatkan pengalaman sendiri berkaitan pilihanraya kecil memnadangkan beliau pelajar jurusan sains politik dan membantu untuk penyediaan tesis – semasa ditahan beliau sedang menghidupkan enjin kenderaan di hadapan restoran di Pekan Rasa – risalah dan CD bukan miliknya tetapi milik tuan punya kenderaan (salah seorang yang ditahan bersamanya) dan tidak mengetahui sama sekali barang dalam kenderaan. - tidak pernah terlibat dalam sebarang kempen pilihanraya kecil kawasan Hulu Selangor

40 LATAR BELAKANG KES WOONG KING CHAI
Pada jam 1.00 tengahari bersama 3 orang lain ditahan di kawsan sekatan jalanraya di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu dengan van yang mengandungi risalah berunsur sokongan kepada parti politik yang bertanding dalam kawasan pilihanraya kecil. Representasi – pergi ke kawasan pilihannraya untuk tahu tempat2 yang perlu dikunjungi sebagai mahasiswa sains politik untuk memahami keadaan kempen pilihanraya kecil kawasan Hulu Selangor – perlu bantuan orang yang lebih tahu (saudari J iaitu orang awam yang baru dikenali yang menaiki kereta Kia Spectra –tuan punya kereta) kawasan tersebut kerana bukan berasal dari kawasan Hulu Selangor. Saudari J telah tumpangkan keretanya letak bungkusan A4 tanpa tahu kandungan kerana kereta saudari J penuh - telah ditahan dan digeledah oleh sepasukan individu dan dipaksa bergambar dengan risalah – semasa polis tahan beliau beri kerjasama baik dan nafi beri sokongan kepada mana-mana parti politik

41 LATAR BELAKANG KES MUHAMMAD ISMAIL BIN AMINUDDIN
Pada jam 1.00 tengahari, bersama dengan 3 orang yang lain ditahan di kawasan sekatan jalanraya di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu dengan van yang mengandungi risalah berunsur sokongan kepada parti politik yang bertanding dalam kawasan pilihanraya kecil. Representasi – ditahan sekumpulan individu yang menggelar anggota polis semasa menaiki van yang disewa milik En Z (pengusaha kedai gambar di Pusanika UKM) – jumpa saudari J yang menaiki kereta Kia Spectra (orang awam yang lebih faham selok belok kawasan berkenaan) untuk bawa lawat sekitar Hulu Selangor lihat suasana kempen pilihanraya – kereta saudari J penuh dan telah tumpangkan beberapa bungkusan berbalut dan arah supaya tidak disentuh – saudari J telah buat perakuan bungkusan adalah miliknya semasa ditahan polis dan pelajar dibebaskan oleh polis – kesal kerana dipaksa untuk bergambar bersama bungkusan – tidak terlibat dalam sebarang kempen tetapi untuk tujuan akademik sahaja – bungkusan milik saudari J dan tidak tahu kandungan bungkusan.

42 LATAR BELAKANG KES AZLIN SHAFINA MOHAMAD ADZHA
Pada jam 2.00 petang di Pekan Rasa, Jalan Kuala Kaki Daerah Hulu Selangor bersama 2 orang yang lain telah ditahan oleh polis bersama dengan sebuah kereta jenis Kia Spectra didapati membawa dan memiliki CD, bungkusan risalah berunsur sokongan terhadap parti politik yang bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan berkenaan. Representasi – beliau bersama Hilman dan saudari J ditahan polis - hanya kenal saudari J pada hari kejadian dan baru tahu terdapat CD dan bungkusan risalah dalam kenderaan – barang adalah milik saudari J dan diakui beliau semasa keterangan diambil oleh polis – tidak pernah menyokong mana-mana parti politik dan barang bukan kepunyaannya - tujuan ke Hulu Selangor untuk jalankan pemerhatian sebagai pelajar jurusan sains politik bagi bantu pemahaman situasi sebenar pilihanraya kecil sesuai dengan tajuk permerhatian iaitu ”pemerhatian terhadap suasana pilihanraya kecil di Malaysia’

43 LATAR BELAKANG KES Pelajar mohon Perintah – supaya tindakan tatatertib ditangguhkan hinginjunksi interim ex parte ga prosiding diputuskan oleh mahkamah. Pelajar memohon deklarasi bahawa Seksyen 15 (5)(a) AUKU tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 10(1)(a). Mahkamah Tinggi pada menolak permohonan Pelajar dan meutuskan Seksyen 15(5)(a) adalah tidak bercanggah dengan Fasal 10(1)(a) Perlembagaan Pelajar tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi telah failkan rayuan (appeal within High Court) dan masukkan Injunksi Erinford iaitu perintah untuk halang UKM dari teruskan prosiding kepada Pelajar hingga keputusan rayuan diperolehi. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada sekali lagi menolak rayuan Pelajar dan kekalkan keputusan terdahulu dan sekaligus Injunksi Erinford digugurkan – tindakan tatatertib boleh diteruskan terhadap pelajar

44 LATAR BELAKANG KES Pelajar telah merayu ke Mahkamah Rayuan.
Pihak berkuasa tataterib memutuskan kesemua pelajar dibebaskan dari pertuduhan setelah didapati tiada bukti untuk mensabitkan mereka di bawah Seksyen 15(5) (a). Mahkamah Rayuan membuat keputusan 2-1 bawah Seksyen 15 AUKU adalah bertentangan dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaaan. UKM kemudiannya memohon kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan dan IPTA lain dijadikan sebagai pencelah untuk menguatkan kes UKM. Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan UKM ditolak dan berikutan itu Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971 (pindaan 2009) telah dipinda kepada Seksyen 15(1) AUKU 1971 (pindaan 2012) di mana seseorang pelajar universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, samada di dalam atau di luar Mlaysia, termasuk mana-mana parti politik. Walau bagaimanapun Seksyen 15(2)( c) telah memperuntukan bahawa penglibatan pelajar dalam parti politik tidak boleh dibuat di dalam kampus.

45 SEKIAN


Download ppt "AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971(PINDAAN) 2012"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google