Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN P2112 PERBANKAN DI MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN P2112 PERBANKAN DI MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN P2112 PERBANKAN DI MALAYSIA
JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN P2112 PERBANKAN DI MALAYSIA DISEDIAKAN UNTUK: Encik Rashdan Bin Rashid OLEH: Ummi Noor Wani Binti Kamarudin (18PPM09F2004 ) Nurhazana Bt Sohimee (18PPM09F2013) Abd Hakim Bin Abd Majid (18PPM09F2018) Sia Han Teik (18PPM09F2019) Nur Aizam Bt Hj Ismail (18PPM09F2020) Mohamad Shauqie Bin Jaafar (18PPM09F2037)

2 1.1 Evolusi , fungsi, peranan dan struktur sistem kewangan di Malaysia
Fasa Satu Fasa Kedua Fasa Ketiga Fasa Keempat FASA SATU -Awal tahun 1960an BNM memberi tumpuan mewujudkan infrastruktur asas bagi sistem kewangan. -Turut membangunkan sistem perbankan yang berorientasikan Malaysia. -BNM lebih menumpukan kepada penubuhan institusi-institusi kewangan untuk membangunkan rangkaian perbankan domestik yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. FASA KEDUA -Tahun 1970an, tumpuan BNM adalah untuk memperkenalkan institusi-institusi perantara kewangan. Contohnya penubuhan bank-bank saudagar pada tahun 1970an. -Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan kepakaran didalam bidang kewangan dan pembiayaan kewangan secara besar- besaran. -Kerana pada tahun 1970an syarikat awam dan swasta semakin berkembang dalam sektor teknologi serta memerlukan pembiayaan kewangan yang lebih kompleks. FASA KETIGA -Dalam tahun1980an, BNM menumpukan perhatian untuk memperteguhkan lagi sistem pengawalan dan penyeliaan terhadap rangka kerja sistem perbankan. Bagi mengelakkan berlakunya penipuan. -Pada tahun ini banyak perubahan yang berlaku terhadap peraturan dan pengawalseliaan terhadap sistem perbankan seiring perubahan yang berlaku di luar negara dan seluruh dunia. FASA KEEMPAT Dalam tahun 1990an berlaku banyak perubahan yang pesat disebabkan oleh leberalisasi dan globalisasi serta perubahan teknologi dalam pasaran kewangan dan pembangunan produk kewangan. -Tahun dunia tanpa sempadan bermula

3 1.2 Peranan dan fungsi institusi kewangan
Sistem Perbankan Sistem perbankan meliputi BNM, institusi-insitusi perbankan dan lain-lain institusi kewangan. Contohnya, Gedung diskaun, pejabat perwakilan bank asing, bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan Labuan (Labuan IOFC). BNM merupakan bank pusat yang berperanan utama didalam sistem perbankan. BNM bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengawalselia sistem perbankan kecuali bank yang beroperasi di Labuan IOFC yang tertakluk dibawah LOFSA (Labuan Offshore Financial Services Authority).

4 Bank-bank Perdagangan (komersial) memainkan peranan utama dalam sistem perbankan. Ia adalah yang terbesar dan merupakan penyumbang dana terbesar dalam sistem perbankan. Contohnya, RHB bank, EON bank, CIMB bank. Perkhidmatan yang disediakan bank-bank perdagangan adalah seperti akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap dan instrumen deposit boleh runding. (Negotiable instruments of deposit). Selain menyediakan perkhidmatan pembayaran dan penghantaran wang domestik atau asing, menyediakan pinjaman kepada industri dan perdagangan.

5 Syarikat-syarikat kewangan merupakan kumpulan kedua terbesar didalam pengambilan deposit di Malaysia. Yang menyediakan perkhidmatan pinjaman/kredit. Bank-bank saudagar menyediakan perkhidmatan kredit bagi memenuhi keprluan sektor perindustrian dan perdagangan yang memerlukan pinjaman yang besar. Pinjaman jangka pendek bagi modal kerja dan pembiayaan perdagangan diuruskan oleh bank-bank perdagangan.

6 Rumah/gedung diskaun lebih mengkhususkan kepada operasi pasaran kewangan jangka pendek dan perkhidmatan pemindahan deposit dari insitusi kewangan dan perbadanan dalam bentuk ‘wang panggilan’ (money at call), ‘wang semalaman’ dan deposit jangka pendek. Dana yang dipindahkan akan dilaburkan di dalam Bil Perbendaharaan Malaysia, Sekuriti Kerajaan Malaysia, Penerimaan Jurubank, Instrumen Deposit Boleh Niaga dan Bon Cagamas.

7 Perantara Kewangan Bukan Bank
Institusi-institusi ini terletak dibawah pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti MARA, Mardi, Sirim dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk membangunkan sektor-sektor tertentu didalam ekonomi melalui pelaburan sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek.

8 Pasaran Kewangan Meliputi pasaran wang dan pertukaran asing, pasaran modal, pasaran derivatif dan pasaran pesisir (offshore market). Pasaran wang ialah tempat bagi menyalurkan dana jangka pendek yang matang dalam tempoh 12 bulan. Selain itu ia juga menyediakan sumber dana bagi firma-firma yang mengalami kekurangan dan juga menyediakan pelaburan jangka pendek bagi firma-firma yang mempunyai lebihan dalam dana operasi mereka.

9 Pasaran modal merupakan pasaran dimana menyediakan pembiayaan jangka panjang meliputi ekuiti dan pasaran bon. Pasaran derivatif bertujuan untuk memperdagangkan instrumen-instrumen yang memberikan tuntutan terhadap aset yang tersedia yang nilainya bergantung kepada harga aset tersebut ataupun sekuriti yang dimiliki atau didagangkan. Labuan IOFC memberi fokus untuk menarik minat pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia sebagai pasaran kewangan serantau disamping memperkenalkan Labuan sebagai pusatnya.

10 Peranan Sebagai ‘perantara’
Melibatkan pemindahan dan pergerakan sumber dana dengan menyediakan mekanisme bagi penyimpanan wang dan pengurusan aset. Meletakkan sumber dana terhadap pelaburan yang sewajarnya.

11 Mengoperasikan Sistem Pembayaran
Menubuhkan rangkaian perkhidmatan dan menyediakan kemudahan transaksi yang melibatkan penukaran pembayaran. Perantara pembayaran boleh diberikan dalam bentuk matawang, cek ataupun kad kredit. Sebagai Saluran Penyebaran Polisi Kewangan Sebarang polisi kewangan terkini akan disalur dan disebarkan menerusi sistem perbankan.

12 1.3 Harta-harta sumber dan kegunaan dana dan langkah-langkah membangunkan sistem kewangan
Sumber Pembiayaan 1. Deposit 2. Insurans 3. Modal Sumber-sumber Isi rumah Perniagaan Kerajaan Institusi kewangan Sektor luaran Kegunaan Pembiayaan 1. Pinjaman dan Pendahuluan 2. Sekuriti 3. Simpanan dengan institusi kewangan Terbahagi 4 - Sektor awam - Sektor swasta - Asing - individu Premium+Caruman Terbahagi 2 - Dibenarkan =rizab, untung - Berbayar

13 Langkah-langkah dalam membangunkan sistem kewangan
1. Melaraskan pemain-pemain dalam bidang kewangan 2. Perubahan kepada kadar faedah 3. Pembangunan institusi kewangan 4. Sistem pembayaran. 5. Perubahan regulasi 6. Liberealisasi 1. Contoh institusi perbankan -tindakan diambil melalui rizab berkanun 2. Perubahan kepada kadar faedah 3. Pembangunan institusi kewangan i. suruhanjaya sekuriti 1993 - memberi maklumat tentang saham ii. Ram - satu badan yang memberi senarai saham ubtuk syarikat - contoh saham amanah 4. Mesdaq - merupakan pasaran saham yang berteknologi It - mewujudkan dana harta dan dana modal koperasi - pengabungan bank-bank 5. Sistem pembayaran 1996 - wujud satu plan untuk memberi sistem pembayaran efisien dan efektif 6. Perubahan regulasi 7. Liberealisasi

14 1.4 Aliran kumpulan wang dalam ekonomi dan haluan berian pinjaman
Aliran dana dalam ekonomi. Evolusi sistem kewangan boleh dikategorikan kepada 4 peringkat asas. Sistem barter kepada sistem kewangan Praktis penyimpanan dan peminjaman. Kewujudan perantara kewangan. Instrumen kewangan pelbagai. Sistem barter kepada sistem kewangan. -Keadaan dimana wang diperkenalkan untuk tujuan penukaran barangan. Matawang diwujudkan dari penggunaan logam berharga. Praktis penyimpanan dan peminjaman. -Dana yang terkumpul dari orang dipinjamkan kepada individu dan syarikat yang bersedia membayar dengan dikenakan faedah tertentu. Hasilnya lahirlah istilah ‘defisit’ bagi yang memerlukan dana dan surplus (lebihan) digunakan bagi dana yang berlebihan dan boleh diberikan sebagai pinjaman. Pada peringkat ini mula kelihatan beberapa elemen tertentu seperti ‘risiko’, jumlah amaun di berikan pinjaman. ‘kematangan’. Kewujudan perantara kewangan. -Pengenalan kepada perantara kewangan untuk menyelesaikan masalah proses beri-pinjam (borrow-lending). Pada peringkat ini pemindahan lebihan kewangan yang diberikan untuk tujuan pinjaman diperkenalkan bersama mekanisme liabiliti tanpa risiko (risk – free liabilities). Liabiliti yang diperkenalkan ini dikenali sebagai hutang tak langsung (indirect debt). Instrumen kewangan pelbagai. -Peringkat akhir ini, penubuhan dan pembentukan sistem perantara yang meliputi sistem penyimpanan sebagai medium untuk pembayaran pinjaman, disamping pengenalan pelbagai skim kredit dan kemudahan pelaburan bagi yang memerlukan suntikan dana.

15 1.5 Dasar-dasar kewangan terkini
Dasar Kewangan Kuantitatif a) Kadar keperluan Rizab yang ditetapkan - hubungan kadar keperluan rizab tunai dengan jumlah penawaran wang adalah secara negatif. - lebih tinggi kadar rizab tunai, lebih rendah kredit yang boleh dicipta & sebaliknya.

16 Dasar-dasar kewangan terkini
Operasi Pasaran Terbuka - dalam operasi pasaran terbuka, BNM menjual bil perbendaharaan & sekuriti kerajaan kepada orang ramai, Firma, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja & Tabung Pencen. - Wang hasil jualan tersebut boleh digunakan pula oleh kerajaan untuk membiayai perbelanjaannya apabila kerajaan berbelanja lebih banyak berbanding kutipan hasil cukainya (G > T)

17 Dasar-dasar kewangan terkini
c) Kadar Bunga & Tempoh Pembayaran Balik yang Ditetapkan - pengguna memandang kadar bunga sebagai kos pinjaman - semakin tinggi kadar bunga, maka semakin kurang keinginan pengguna untuk meminjam

18 Dasar Kewangan Kualitatif
Ia bertujuan untuk membuat kawalan atau memberi galakan kepada aktiviti-aktiviti dalam sektor-sektor ekonomi tertentu. a) Pujukan Moral - ia adalah dasar bank pusat melalui perjumpaan dengan wakil daripada bank-bank perdagangan b) Pengawalan Pinjaman Secara Terpilih - strategi ini lebih kepada penumpuan terhadap hala tuju pinjaman yang diberikan oleh bank-bank perdagangan

19 1.6 Akta-akta yang mengawal selia Institusi Kewangan
Akta Bafia (1989). Akta Bank Pesisiran (1990) Akta Perbankan Islam (1983) AKTA BAFIA (1989). -Ia menggantikan Akta Bank 1973 dan Akta kewangan Pengenalan BAFIA dilakukan untuk mengintegrasikan penyeliaan Sistem kewangan Malaysia dan bertujuan untuk memodnkan dan menyeragamkan aspek perundangan ke atas institusi bank dan kewangan. -Rasional kewujudan BAFIA adalah wujud kekaburan akibat persaingan antara tiga kumpulan yang beroperasi iaitu bank komersial, bank saudagar dan syarikat kewangan yang terletak dibawah kawalan bank pusat. Hasilnya, ia menunjukkan kaedah penyeliaan terhadap institusi telah berlakunya pertindanan walaupun aspek asas perundangan untuk mengawalnya adalah sah dan terbahagi dibawah Akta Bank 1973 (repealed) dan Akta syarikat kewangan 1969 (repealed). -Bafia telah menggantikan semua intitusi yang dikawal oleh Bank Pusat, termasuklah rumah diskaun, broker pasaran wang dan penukaran wang asing yang dahulunya dikawal selia dibawah satu penyeliaan dan skim perundangan sahaja. 2. AKTA BANK PESISIRAN. -OBA mengawal aktiviti bank pesisir dan bank pelaburan pesisir. Bagi bank yang berhasrat untuk beroperasi sebagai bank pesisir dan bank pelaburan pesisir perlu mendapatkan lesen dari kementerian kewangan melalui Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA). -Didalam pindaan OBA 1996, beberapa perubahan dilakukan antaranya ialah meluaskan definisi bank pesisir meliputi rangkaian luas, perkhidmatan kewangan yang boleh diambil alih oleh bank pesisir dari firma pemberi kredit dan penerima deposit yang lain. 3. AKTA PERBANKAN ISLAM. -Dikuatkuasakan pada 7 April 1983, yang memberikan lesen dan perundangan terhadap aspek perbankan islam. Akta ini mengawal selia terhadap keperluan kewangan islam dan tanggungjawab bank islam, pemilikan, kawalan, dan pengurusan bank islam, had-had perniagaan dan perkhidmatannya, kawalan kuasa penyeliaan dan kawalan keseluruhan terhadap bank islam termasuklah hukuman dan sebagainya.

20 1.7 Peranan dan Tujuan Badan-Badan Perundangan
Bank Negara Malaysia Badan yang mempunyai kuasa kawalan terhadap sistem kewangan dan bank di Malaysia. Bertindak sebagai agen kerajaan dalam hal-hal pertukaran Suruhanjaya Sekuriti Menyelaraskan struktur pasaran modal dan berkuasa menyiasat dan mengenakan sekatan perundangan. Fungsi Suruhanjaya Sekuriti termasuklah: i. Menyelia pertukaran, rumah-rumah penjelasan (clearing houses) dan pendeposit berpusat (central depositors). ii. Badan berkuasa untuk sebarang pendaftaran prospektus firma. iii. Badan pengesah bagi penerbitan bond korporat. iv. Mengawal semua hal berkatian dengan sekuriti dan kontrak masa depan. v. Mengawal pengambil alihan dan pengembangan/pengabungan syarikat. vi. Megnawal hal berkaitan unit trust (unit amanah). vii. Pengawalan pemberian lesen dan menyelia pemilik lesen. viii. Memastikan pengurusan yang baik bagi institusi pasaran kewangan dan pemilik – pemilik lesen kewangan.

21 1.8 Pusat Kewangan Pesisir Pantai Antarabangsa
Ciri-ciri IOFC. Peranan dan Objektif IOFC. Faktor yang menyumbang kejayaan koperasi IOFC. Perkhidmatan yang diberikan oleh IOFC dan insentif. Insentif 1. Ciri-ciri IOFC :- -Ia merupakan wilayah kecil atau bidang kuasa (jurisdiction) yang mengenakan cukai yang rendah atau tiada cukai langsung yang dikenakan terhadap pendapatan, keuntungan dan faedah yang diperolehi aktiviti luar pesisir atau dari transaksi yang dilakukan oleh MNC pesisir. -Amnya, ia juga tidak mempunyai kawalan pertukaran atau limitasi pemindahan/pergerakan dana keluar dan masuk(dibawah bidang kuasa) syarikat pesisir. -IOFC mengenakan dasar kerahsiaan yang tinggi menerusi pembatasan pemeriksaan fail syarikat, penghadang dari menyebarkan pemiliksaham dan pemilikan serta pengurusan perniagaan sesebuah firma. 2. Peraan dan Objektif IOFC :- -Menaikkan dan menarik minat terhadap Malaysia sebagai pusat pelaburan. -Pemangkin sistem kewangan dalam negara yang berpusat di Kuala Lumpur dengan menaikkan permintaan terhadap keperluan perkhidmatan kewangan dan yang berkaitan dengannya. -Untuk memperkukuhkan sumbangan sektor kewangan terhadap ekonomi. -Sebagai langkah pembangunan bagi Malaysia Timur. 3. Faktor Yang Menyumbang Kejayaan Koperasi IOFC. i. Kestabilan politik ii. Kestabilan kewangan iii. Kerahsiaan perbankan yang tinggi iv. Kadar cukai yang kompetitif v. Kos operasi yang rendah vi. Infrastruktur yang baik dan kemudahan yang tinggi. vii. Tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi disokong oleh kemudahan ICT. 4. Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh IOFC dan Insentif. -Operasi bank pesisir -Perkhidmatan insuran pesisir dan berkaitan dengannya. -Pembiayaan korporat. -Pengurusan amanah dan pelaburan. -Syarikat pelaburan pesisir. -Perkhidmatan profesional lainnya. 5. Insentif. -Tiada cukai atau kadar cukai rendah terhadap pendapatan, perniagaan, keuntungan yang diperolehi dari aktiviti perdangangan MNC pesisir. -Tiada Limitasi atau kawalan pergerakan/pemindahan dana keluar dan masuk dari wulayah/bidang kuasa IOFC. Melainkan kehendak (requirement) standard kawalan terhadap institusi tetap/ atau tidak tetap yang dinyatakan. -Tiada levi stamp, perwasiatan kematian dalam hubungan pemilikan perniagaan. -Peraturan yang tegas terhadap kerahsiaan urusan bank di dalam wilayah IOFC.

22 1.9 Cabaran-cabaran sektor kewangan dalam ekonomi global


Download ppt "POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN P2112 PERBANKAN DI MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google