Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)"— Transcript presentasi:

1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
Panduan PEGAWAI PENILAI Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)

2 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) Lantikan dan Agihan Tugas Prinsip Asas Penilaian PdP Sebar luas kepada warga Kefahaman Instrumen Penilaian Adil dan telus berasaskan kepada kompetensi, potensi dan keberhasilan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab 2. Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi 3. Fokus kepada jumlah peruntukan masa bagi sesuatu mata pelajaran bukan keperluan opsyen utama Kehadiran Taklimat Kuasai Bidang PYD Tahu Username dan Password Penilaian dan Pelaporan Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian seperti berikut: Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab; Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi. Memberi fokus kepada penilaian ke atas guru mengikut peruntukan masa mengajar yang banyak dalam jadual waktu guru tidak hanya tertumpu kepada mata pelajaran yang mempunyai keperluan opsyen major individu . Ini bagi memberi peluang untuk guru membuat pilihan nilai keberhasilan yang lebih banyak selepas penilaian.

3 KONSEP PENILAIAN PdP Kesesuaian Masa Kepelbagaian Kaedah Fleksibiliti
Pengupayaan (empowerment) kepada pegawai penilai untuk merealisasikan penilaian berasaskan tugas dan tempat bertugas Kesesuaian Masa Kepelbagaian Kaedah Fleksibiliti Individu Job Base Work Place Kesesuaian Tempat 5 Standard Utama Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT); Kriteria Kecemerlangan (KC) – time based berdasarkan kecemerlangan; Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Standard 4 (Keguruan); Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan PTK tetapi telah ditangguhkan mengikut SPP Bil 4/2011; dan Penilaian Guru Cemerlang. Penilaian yang fleksibel bermaksud sistem penilaian yang tidak terikat kepada sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berikut. Kesesuaian Masa; - pagi/ petang/ malam – bergantung kepada majlis/ program Kesesuaian Tempat; - cth: bilik darjah/ makmal/ padang Kepelbagaian Kaedah. – semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian

4 INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK
01 02 03 04 D4 Kemahiran Profesional E1 Perancangan E2 Pelaksanaan E3 Pentaksiran E1 Perancangan A1.1 Pengetahuan A1.2 Perancangan A1.3 Pengetahuan Pentaksiran E2 Pelaksanaan A2.1 Penyampaian A2.2 Penggunaan Sumber Pendidikan A2.3 Kemahiran Komunikasi A2.4 Teknik Penyoalan A2.5 Penglibatan dan Penguasaan Pembelajaran Murid E3 Pentaksiran A3.1 Penilaian Prestasi Murid Instrumen fungsional guru akademik (PdP) membawa skor 60% dari keseluruhan nilai. Kandungan Deminsi 4 Kemahiran Profesional PdP ini mengandungi : 3 Elemen : Perancangan (20%), Pelaksanaan (30%) dan Pentaksiran (10%)

5 4 3 2 1 ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
Berkesan, Relevan Guna, analisis dan menilai dengan cemerlang Berkesan, terkawal, menarik, selamat Menerapkan nilai murni, kritis dan kreatif Tindakan susulan Menggabungjalin Bimbingan minimum Guna, analisis dan menilai dengan baik Berkesan tetapi kurang kawalan Menarik dan selamat Menguasai Masih memerlukan bimbingan Merancang Kurang menggunakan, Kurang berkesan, kurang kawalan, kurang menarik Kurang menguasai Sentiasa memerlukan bimbingan Tidak ikut prosedur, Tidak menggunakan, Tidak berkesan, Tidak menarik Rujuk slaid Setiap aras penilaian mempunyai kata kunci tertentu bagi menggambarkan tahap prestasi yang dicapai.

6 E1 PERANCANGAN PdP A1.1 Pengetahuan Kaedah ARAS PENILAIAN
Semakan Bahan dan Temu Bual ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Menguasai isi kandungan dan teknik / strategi penyampaian bidang berkaitan serta menggabungjalinkan dalam PdP yang dirancang dan menyesuaikannya dengan ciri-ciri dan gaya pembelajaran murid dalam merancang penyampaian yang berkesan. Menguasai isi kandungan dan teknik / strategi penyampaian bidang berkaitan serta menggabungjalinkan dalam PdP yang dirancang tetapi memerlukan bimbingan untuk menyesuaikannya dengan ciri-ciri dan gaya pembelajaran murid dalam merancang penyampaian yang berkesan. Menguasai isi kandungan bidang berkaitan tetapi masih memerlukan bimbingan untuk menguasai teknik / strategi penyampaian. Kurang menguasai isi kandungan dalam bidang berkaitan dan sentiasa memerlukan bimbingan untuk menguasai teknik / strategi penyampaian. Menguasai SP, RPT, RPI /RPH dan buku panduan serta rekod pencapaian pada tahap menganalisis, mengkaji dan menilai serta mencipta. Menguasai SP, RPT, RPI /RPH dan buku panduan serta rekod pencapaian pada tahap mengaplikasikan, menganalisis dan mengkaji. Menguasai SP, RPT, RPI /RPH dan buku panduan serta rekod pencapaian pada tahap memahami dan mengaplikasi dengan bimbingan minimum. Kurang menguasai SP, RPT, RPI /RPH dan buku panduan serta rekod pencapaian pada tahap memahami dengan bimbingan sepenuhnya. Guru mengetahui : SPI Bil.3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran SP - Sukatan Pelajaran terkini RPT - Rancangan Pelajaran Tahunan RPH - Rancangan Pelajaran Harian RPI - Rancangan Pendidikan Individu- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Buku Panduan - buku panduan / manual yang berkaitan dengan kurikulum Memahami – menguasai isi kandungan dan konsep umum Mengaplikasi – menggunakan kefahaman isi kandungan dan konsep dalam membuat perancangan Mengkaji – mencari kelemahan dan kekuatan isi kandungan dan konsep Menilai – buat penilaian terhadap kefahaman isi kandungan dan konsep

7 4 3 2 1 E1 PERANCANGAN PdP A1.2 Perancangan Kaedah ARAS PENILAIAN
Semakan Bahan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Merancang dan menyediakan RPT dan RPH mengikut prosedur yang ditetapkan serta dapat menentukan bahan bantu belajar/ sumber pendidikan, strategi dan teknik pengajaran yang relevan. Merancang dan menyediakan RPT dan RPH mengikut prosedur yang ditetapkan serta dapat menentukan strategi dan teknik pengajaran yang relevan tetapi memerlukan bimbingan minimum dalam menentukan bahan bantu belajar. Merancang dan menyediakan RPT dan RPH mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi memerlukan bimbingan untuk menentukan bahan, strategi dan teknik pengajaran. Memerlukan bimbingan kerana merancang dan menyediakan RPT atau RPH tetapi tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. RPT / RPH / RPI ditulis mengikut prosedur yang ditetapkan dengan cemerlang. RPT / RPH / RPI ditulis mengikut prosedur yang ditetapkan dengan baik. RPT / RPH / RPI ditulis mengikut prosedur yang ditetapkan dengan memuaskan. RPT / RPH / RPI tidak ditulis mengikut prosedur yang ditetapkan dan memerlukan bimbingan. RPH / RPI – Merujuk Pekeliling Bil. 3/1999 : Tajuk Objektif yang eksplisit Mesti boleh diukur dan bersesuaian dengan keupayaan murid Mengandungi isi kandungan yang perlu dikuasai Tahap penguasaan dalam bentuk perbuatan – contoh menyenaraikan, menyatakan, menamakan dan sebagainya. Kualiti (di akhir ayat ada penyataan kualiti ) – contoh berkesan, betul, tepat, jelas dan sebagainya. Contoh objektif Explisit : menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kata nama dengan betul. Aktiviti Terarah untuk mencapai objektif pembelajaran Berpusatkan murid Tiga hala – guru, murid dan bahan Unsur-unsur kreativiti dan inovasi Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh Nilai/BBM Sesuai dan menarik Mencukupi Penggunaan secara berkesan dan optimum Impak/Refleksi Dicatatkan dalam RPH selepas sesi pembelajaran bagi setiap pelajaran dengan merujuk objektif yang ditetapkan Bilangan contoh 25 hadir daripada 30 murid. 3 murid tidak hadir diberikan latihan, 2 murid tidak menguasai diberikan tindakan susulan. Refleksi PdP digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya. 4 3 2 1

8 A1.3 Pengetahuan Pentaksiran
E1 PERANCANGAN PdP A1.3 Pengetahuan Pentaksiran Kaedah Semakan Bahan, Temu Bual dan Pemerhatian ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan secara berhierarki, menganalisis kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid serta menilai keperluan PdP dengan cemerlang. Menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan secara berhierarki, menganalisis kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid serta menilai keperluan PdP dengan baik. Kurang menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan secara berhierarki, menganalisis kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid serta menilai keperluan PdP. Tidak menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan secara berhierarki. Menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan dan menganalisis serta menilai keperluan PdP dengan cemerlang. Menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan dan menganalisis serta menilai keperluan PdP dengan baik. Kurang menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan dan menganalisis serta menilai keperluan PdP. Tidak menggunakan pengetahuan pentaksiran untuk menyediakan soalan dan memerlukan bimbingan. Maksud pengetahuan pentaksiran : merancang pemilihan / penyediaan / penggunaan bahan pentaksiran PdP berdasarkan kesesuaian isi kandungan, objektif pelajaran dan keupayaan murid Kaedah pentaksiran : pemerhatian, lisan dan penulisan. Pentaksiran berdasarkan setiap sesi pembelajaran Contoh jenis pentaksiran : latihan bertulis, soal-jawab, lembaran kerja, kad imbasan dan sebagainya Menguasai JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) Aras rendah (50%) Pengetahuan Pemahaman Aras sederhana (30%) Aplikasi Analisis Aras Tinggi (20%) Mengkaji / menilai (Sintesis) Merekacipta

9 1 4 2 3 E2 PELAKSANAAN PdP A2.1 Penyampaian Kaedah ARAS PENILAIAN
Semakan Bahan dan Pencerapan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Penyampaian PdP yang berkesan mengikut prosedur yang ditetapkan serta dapat mengawal kelas dan masa penyampaian.  Penyampaian PdP yang berkesan mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi kurang dalam mengawal kelas dan masa penyampaian. Penyampaian PdP yang mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi kurang berkesan serta kurang dalam pengawalan kelas dan masa penyampaian.  Penyampaian PdP tidak berkesan serta kurang dalam pengawalan kelas dan masa penyampaian.  Kawalan kelas, masa aktiviti dan penyampaian PdP mengikuti perancangan RPH/RPI dengan cemerlang serta penglibatan murid secara menyeluruh. Kawalan kelas, masa aktiviti dan penyampaian PdP mengikuti perancangan RPH/RPI dengan baik serta melibatkan murid. *Kurang kawalan kelas, masa aktiviti dan penyampaian PdP mengikuti perancangan RPH/RPI dengan memuaskan. * atau salah satu berada pada tahap kurang Tiada kawalan kelas, masa aktiviti dan penyampaian PdP mengikuti perancangan RPH/RPI tetapi memerlukan bimbingan. 1 4 Pengurusan kelas Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP Guru dapat mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan pada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) denan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid Penyampaian guru Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak) Aktiviti dijalankan menarik dan menjurus kepada objektif pelajaran Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan secara terancang Guru menyampaikan pelajaran secara fleksibel mengikut situasi Masa pelajaran digunakan secara optimum 2 3

10 A2.2 Penggunaan Sumber Pendidikan
E2 PELAKSANAAN PdP A2.2 Penggunaan Sumber Pendidikan Kaedah Semakan Bahan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Memilih, menyediakan dan menggunakan sumber pendidikan yang menarik, selamat dan berkesan. Memilih, menyediakan dan menggunakan sumber pendidikan yang menarik dan selamat tetapi kurang berkesan. Menyediakan dan menggunakan sumber pendidikan yang kurang menarik dan kurang berkesan. Menggunakan sumber pendidikan yang tidak menarik, dan tidak berkesan. Penggunaan bahan yang pelbagai, sesuai dengan objektif PdP dan keupayaan murid, selamat , menarik dan berkesan. Penggunaan bahan yang sesuai dengan objektif PdP dan keupayaan murid, selamat dan menarik. Penggunaan bahan kurang berkesan. Tiada atau kurang penggunaan sumber pendidikan dan memerlukan bimbingan. Guru memilih/menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid ke arah lebih kreatif dan kritis. Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran. Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan.

11 A2.3 Kemahiran Komunikasi
E2 PELAKSANAAN PdP A2.3 Kemahiran Komunikasi Kaedah Pencerapan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Mendengar, memberikan maklum balas yang relevan , menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP dan interaksi murid secara aktif dalam pelbagai hala serta menerapkan nilai-nilai murni dalam komunikasi berkesan. Mendengar, memberikan maklum balas yang relevan dan menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP serta interaksi murid secara aktif dalam pelbagai hala. Mendengar, memberikan maklum balas yang relevan dan menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP tetapi memerlukan bimbingan untuk menggalakkan interaksi murid secara aktif dalam pelbagai hala. Mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan tetapi memerlukan bimbingan untuk menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP serta interaksi murid secara aktif dalam pelbagai hala. Komunikasi berkesan dengan memberikan maklum balas relevan, aktif, pelbagai hala serta menerapkan nilai murni. Komunikasi berkesan dengan memberikan maklum balas relevan dan tumpuan serta interaksi aktif. Komunikasi berkesan dengan bimbingan minimum. Komunikasi tidak berkesan dan perlukan bimbingan sepenuhnya. 4 3 2 1 Komunikasi berkesan - menggunakan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat serta nada suara yang sesuai Memberi maklum balas - berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan. Penerapan nilai murni – menerapkan nilai-nilai murni serta berjaya memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.

12 E2 PELAKSANAAN PdP A2.4 Teknik Penyoalan Kaedah ARAS PENILAIAN
Semakan Bahan dan Pencerapan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Mengemukakan soalan yang mampu mendorong minat, mempelbagaikan teknik penyoalan yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman dan menggalakkan murid berfikir kritis dan kreatif.  Mengemukakan soalan yang mampu mendorong minat, mempelbagaikan teknik penyoalan yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman murid dan menggalakkan murid berfikir. Memerlukan bimbingan kerana kurang mempelbagaikan teknik penyoalan untuk meningkatkan pemahaman murid. Memerlukan bimbingan kerana tidak menggunakan teknik penyoalan untuk meningkatkan pemahaman murid. Mengemukakan soalan dengan kepelbagaian teknik yang menjurus pada objektif PdP serta mendorong minat murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Mengemukakan soalan dengan kepelbagaian teknik yang menjurus pada objektif PdP bagi meningkatkan kefahaman murid dan galakan berfikir. Mengemukakan soalan tetapi kurang kepelbagaian teknik yang menjurus pada objektif PdP. Soalan yang dikemukakan tidak menjurus pada objektif PdP dan memerlukan bimbingan. Kepelbagaian teknik - mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas. Guru memberi respons yang sesuai terhadap murid dan mendorong murid untuk mengemukakan soalan. Soalan yang dikemukakan dapat meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dalam PdP. Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid.

13 A2.5 Penglibatan dan Penguasaan Pembelajaran Murid
E2 PELAKSANAAN PdP A2.5 Penglibatan dan Penguasaan Pembelajaran Murid Kaedah Pencerapan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Murid dapat melibatkan diri dan berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP dijalankan untuk mencapai objektif pembelajaran serta dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid.  Murid dapat melibatkan diri dan berinteraksi dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP dijalankan serta mencapai objektif pembelajaran. Murid kurang melibatkan diri dan berinteraksi dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP dijalankan. Murid tidak melibatkan diri dan berinteraksi dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP dijalankan. Penglibatan murid aktif, menyeluruh dan berinteraksi dalam pelbagai hala bagi mencapai objektif pembelajaran. Penglibatan murid aktif dan berinteraksi dalam pelbagai hala bagi mencapai objektif pembelajaran. Kurang penglibatan murid dan berinteraksi dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP. Tiada penglibatan murid dan berinteraksi dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP. 4 2 1 Penglibatan dan penguasaan menggalakkan penglibatan dan penguasaan murid dalam pembelajaran memastikan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan boleh memberikan respons yang baik menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam PdP. menggalakkan murid memberikan tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu PdP menggunakan kreativiti guru yang dapat menarik minat dan tumpuan murid dalam PdP. Contohnya Perbincangan / aktiviti berkumpulan / pembelajaran koperatif dan sebagainya memberikan respons terhadap soalan/ arahan guru membuat gerakan fizikal atau arahan-arahan lain daripada guru berinteraksi dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan 3

14 A3.1 Penilaian Prestasi Murid
E3 PENTAKSIRAN PdP A3.1 Penilaian Prestasi Murid Kaedah Semakan Bahan dan Pencerapan ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Membuat penilaian dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid dan membuat tindakan susulan. Membuat penilaian dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid.  Membuat penilaian tetapi tidak mempelbagaikan kaedah bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid. Kurang membuat penilaian dan tidak menggunakan kaedah yang sesuai bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid.  Penggunaan kepelbagaian kaedah penilaian dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran serta membuat tindakan susulan selepas penilaian. Penggunaan kepelbagaian kaedah penilaian dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Penilaian dilaksanakan dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Penilaian dilaksanakan secara minimum dengan bimbingan. Penilaian dilaksanakan bermaksud melaksanakan penilaian formatif dan sumatif untuk menentu atau mengukur tahap pencapaian murid dalam menguasai isi pelajaran (melihat sejauh mana pencapaian objektif tercapai) Bimbingan bermaksud PYD perlu dibimbing kaedah pelaksanaan penilaian yang betul, keberkesanan item soalan, aras soalan yang digunakan. Bersesuaian bermaksud penilaian yang dibuat mengikut kepelbagaian aras dan memikirkan tahap kebolehan kumpulan sasaran, pencapaian objektif, menggambarkan hasil capaian isi kandungan (tidak terkeluar tajuk) Kepelbagaian kaedah bermaksud mempelbagaikan kaedah secara lisan dan bukan lisan untuk menilai tahap keupayaan murid. Contoh soal jawab, sesi sumbangsaran, pembentangan, forum, ujian, kuiz, treasure hunt, pembelajaran koperatif dan sebagainya. Semakan Bahan - Antara contoh : rekod pencapaian murid, hasil kerja murid, buku latihan, lembaran kerja, data/graf, hasil penulisan, jurnal/penulisan refleksi Pencerapan – Antara contoh : jawapan murid, kuiz, ujian, pengayaan, pemulihan Tindakan susulan bermaksud melaksanakan refleksi berdasarkan data dan maklum balas untuk membuat penambahbaikan. PYD mengambil tindakan ke atas dapatan penilaian dengan membuat post mortem, kajian, mengambil inisiatif untuk memperbaiki kaedah dan teknik penyampaian serta memberi fokus kepada kumpulan sasaran yang lebih kecil untuk peningkatan pencapaian keseluruhan kumpulan sasaran.

15


Download ppt "Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google