Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
LINGUISTIK SEBAGAI ILMU:
MINGGU 2 LINGUISTIK SEBAGAI ILMU: KONSEP, SUBDISIPLIN, ANALISIS DAN MANFAAT
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > konsep linguistik
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > konsep linguistik > subdisiplin linguistik > analisis linguistik > manfaat linguistik
3
KONSEP PENDEKATAN BAHASA
Bahasa ialah bunyi ujaran, maka linguistik melihat bahasa sebagai bunyi. Yang primer ialah bahasa lisan, dan yang sekunder ialah bahasa tulisan Bahasa bersifat unik, maka linguistik menggunakan lebih daripada satu kerangka untuk mengkaji bahasa Bahasa merupakan satu sistem, maka linguistik melihat bahasa sebagai kumpulan unsur yang satu dan berhubungan Bahasa dapat berobah, maka linguistik melihat bahasa sebagai sesuatu yang dinamis Bahasa bersifat empiris, maka linguistik melihat bahasa secara deskriptif (menggambarkan apa adanya) bukannya preskriptif (petunjuk atau ketentuan) unik = tersendiri dalam bentuk atau jenisnya empiris = berdasarkan pengalaman, terutama yang diperoleh daripada penemuan, percubaan, pengamatan yang telah dilakukan
4
SUBDISIPLIN LINGUISTIK
Bahasa sebagai objek linguistik merupakan fenomena yang tidak terlepas daripada kegiatan bermasyarakat. Oleh sebab kegiatan ini sangat luas, maka subdisiplin linguistik itu juga menjadi sangat banyak Subdisiplin linguistik dibuat melalui kriteria tertentu
5
SUBDISIPLIN LINGUISTIK
Pembidangan Sifat kajian Pendekatan objek Instrumen Ilmu lain Penerapan Aliran dan teori
6
PEMBIDANGAN linguistik umum: linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataannya secara umum linguistik khusus: linguistik yang mengkaji kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu, atau rumpun bahasa tertentu Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem bahasa itu
7
PEMBIDANGAN linguistik terapan: merupakan hasil penelitian linguistik untuk tujuan praktis. Linguistik digunakan untuk tujuan kemanusiaan dan keilmuan linguistik teoretis: melihat bahasa sebagai bahasa bukan hanya sebagai alat. Linguistik teoretis berbeda dengan teori linguistik sejarah linguistik: huraian kronologi perkembangan linguistik untuk menemukan kekuatan dan kelemahan
8
SIFAT KAJIAN linguistik dibahagikan kepada dua, iaitu linguistik mikro dan linguistik makro linguistik mikro: objeknya struktur dan elemen bahasa itu sendiri, iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak mengaitkannya dengan ilmu yang lain linguistik makro: objeknya bahasa dalam hubungannya dengan faktor luar bahasa, iaitu kegiatan manusia dalam masyarakat. Bidang ini meliputi linguistik interdisiplin dan linguistik terapan
9
Mengkaji struktur bahasa
LINGUISTIK MIKRO Mengkaji struktur bahasa > struktur dalaman: fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, leksikologi, fonetik > gabungan subdisiplin: morfosintaksis, leksikosemantik, perbandingan bahasa, teori linguistik
10
LINGUISTIK MIKRO fonologi: Bunyi sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut. Bunyi itu disusun dalam satu sistem bedaan, dan kemudian dianalisis dari segi fonem, fitur distingtif, atau unit fonologi yang lain. Tujuannya untuk menunjukkan pola bunyi distingtif dalam sesuatu bahasa. Antara cabang fonologi termasuklah fonologi diakronik dan fonologi prosodi * fonologi diakronik: cabang fonologi yang mengkaji perubahan bunyi * Fonologi prosodi: kaedah analisis fonologi yang membahagikan ciri fonetik kepada dua, iaitu unit fonematik dan prosodi (fonologi pelbagai matra, fonologi polisistemik, fonologi prosodi). Prosodi merujuk ciri bunyi yang merentasi struktur segmental seperti intonasi, tekanan dan nada. distingtif = sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang membedakan satu unit linguistik dengan unit linguistik lain (fungsian)
11
LINGUISTIK MIKRO morfologi: cabang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata Dalam linguistik Arab, morfologi ialah tasrif, iatu perubahan satu bentuk (asal) kata menjadi pelbagai bentuk untuk memperoleh makna yang berbeda, yang tanpa perubahan ini, makna yang berbeda tidaklah wujud Morfologi juga mencakup kajian sinkronik dan sejarah perkembangan dan pembentukan kata
12
LINGUISTIK MIKRO sintaksis: cabang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat Ayat ialah satuan terbesar yang mewadahi segala butir daripada kelompok dan struktur bahasa Bahasan sintaksis mencakup tautan sintaksis, iaitu tautan tempat dan tautan saling memerlukan Tautan tempat ialah tautan bentuk kata dalam ayat, iaitu tertib penempatan kata sebagai simbol dalam frasa (a good book / sebuah buku yang baik) Tautan saling memerlukan bermaksud pelbagai jenis kata memerlukan kehadiran kata lain untuk membolehkannya berfungsi dalam sesuatu konstituen
13
LINGUISTIK MIKRO semantik: Sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. Semasiologi dan sematologi ialah istilah kuno untuk semantik Objek semantik ialah hubungan antara benda (objek) dengan simbol linguistik (kata, frasa, ayat) Bahasa berkait erat dengan fenomena sekitar penggunanya, dan makna ujaran erat tautannya dengan siapa penutur, di mana, situasi apa, bila, mengapa dan bagaimana. Semuanya mempengaruhi bahasa dan pentafsirannya Semantik juga menyentuh bidang sejarah perubahan makna kata
14
LINGUISTIK MIKRO leksikologi: cabang linguistik yang mengkaji dan menganalisis butir kosa kata sesuatu bahasa, berserta dengan makna dan evolusinya Dalam menelesuri perkembangan bentuk dan makna sesuatu kata, pengetahuan tentang etimologi amat penting Cabang leksikologi ialah leksikografi yang membicarakan dasar kaedah penyusunan kamus, pengumpulan data, pemilihan data, pengabjadan, penyusunan definisi dan pemberian makna
15
LINGUISTIK MIKRO fonetik: Kajian tentang bunyi yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa, dan bunyi pinggiran, dan memberikan lambang fonetik untuk bunyi tersebut. Kajian ini terbahagi tiga, iaitu fonetik auditori, fonetik akustik dan fonetik artikulasi * fonetik auditori: kajian tentang pendengaran dan persepsi bunyi bahasa * fonetik akustik: kajian tentang sifat fizikal bunyi bahasa, seperti frekuensi dan amplitud, yang teralir di antara mulut dengan telinga (fonetik fizikal) * fonetik artikulasi: kajian tentang fungsi alat artikulasi bunyi bahasa (fonetik fisiologi)
16
LINGUISTIK MIKRO morfosintaksis: Struktur bahasa yang ada di persimpangan antara morfologi dengan sintaksis leksikosemantik: Gabungan antara leksikologi dengan semantik perbandingan bahasa: Pemerian butir dan pola yang serupa dan berbeda antara dua bahasa atau lebih, atau dua tempoh atau lebih, dalam perkembangan sesuatu bahasa untuk mencari hubungan genetik atau tipologi, atau untuk mencari prinsip, supaya pengajaran bahasa dan penterjemahan menjadi lebih berkesan teori linguistik: Pendapat yang dikemukakan sebagai keterangan tentang suatu peristiwa bahasa
17
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN
Bidang interdisiplin meliputi subbidang berikut: psikolinguistik, antropolinguistik, stilistik, filologi, falsafah bahasa, dialektologi, sosiolinguistik, fonetik interdisiplin, etnolinguistik, semiotik, epigrafi, paleografi, etologi, etimologi…
18
psikolinguistik: gabungan usaha ahli linguistik dengan ahli psikologi yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori linguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecerdasasan atau motovasi. Hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia,dan kemampuannya berbahasa psikologi + linguistik. Ilmu yang mempelajari bahasa akibat latar belakang kejiwaan penutur bahasa. Tiga bidang utama yang digarap, iaitu pemerolehan bahasa, prestasi bahasa/prestasi linguistik dan hubungan bahasa dengan pemikiran.
19
antropolinguistik: Kajian tentang kelainan bahasa dan penggunaannya berhubung dengan pola kebudayaan dan kepercayaan manusia dengan menggunakan teori dan kaedah antropologi, iaitu hubungan bahasa, pengguna bahasa dan kebudayaan, khususnya dari aspek penyelidikan antropologi budaya stilistik: Penerapan ilmu linguistik untuk mengkaji gaya bahasa dalam karya sastera, yang tujuannya untuk melamar perasaan. Gabungan linguistik + kesusasteraan
20
filologi: Istilah lama untuk linguistik bandingan dan sejarah, khususnya yang digunakan dalam penyelidikan linguistik sejarah berdasarkan bahan tulisan dan kesusasteraan, yang merangkumi juga kajian peradaban. Bahasa, kebudayaan, dan sejarah bangsa yang terakam dalam bahan bertulis peninggalan naskhah kuno linguistik + sejarah + kebudayaan itu dijadikan bahan primer dalam kajian
21
falsafah bahasa: usaha untuk mencari hakikat dan taraf bahasa sebagai satu kegiatan manusia dan juga sebagai wahana utama dalam pengungkapan segala aktiviti hidup, dan sebagai asas teori dan sains linguistik. Bidang yang dicakupinya termasuklah makna dan budaya, logik dalam bahasa, kesejagatan bahasa dan konsep bahasa. Kudrat hakiki dan kedudukan bahasa sebagai kegiatan manusia, serta dasar konsep dan teori linguistik linguistik + falsafah itu dijadikan fokus utama garapannya dialektologi:: Analisis dan huraian kelainan bahasa dari segi kawasan, sosial atau tempoh, untuk menunjukkan perbedaan sebutan, tatabahasa dan kosa kata, dan penyebarannya menurut kawasan. Batas dialek dan bahasa dalam wilayah tertentu linguistik + geografi. Variasi bahasa berdasarkan geografi
22
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN
sosiolinguistik: Kajian tentang semua aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Bahasa dari aspek penggunaannya dalam masyarakat, pengguna dan penggunaan bahasa, tempat penggunaan bahasa, tatatingkat bahasa, kontak bahasa, ragam bahasa. Hubungan antara aspek sosial dengan kegiatan berbahasa fonetik interdisiplin: Bunyi bahasa dan kaitannya dengan ilmu yang lain. Misalnya ilmu Fizikal dan Muzik etnolinguistik: Bahasa dalam kaitannya dengan sikap penutur, khususnya bentuk yang mewujudkan keakraban dan prestij semiotik:: Kajian sistematik tentang tanda dan lambang linguistik serta lambang bukan linguistik yang digunakan dalam perhubungan berpola manusia. Semiotik terbahagi tiga, iaitu pragmatik, semantik dan sintaktik
23
epigrafi: Bahasa dalam kaitannya dengan tulisan kuno pada prasasti (permukaan keras seperti batu)
paleografi: Bahasa dalam kaitannya dengan pendeskripsian tulisan kuno, pada permukaan lembut, biasanya tulisan manuskrip etologi: Bahasa dalam kaitannya dengan alat komunikasi yang dipergunakan oleh margasatwa etimologi: Sejarah dan asal-usul kata dan perubahan pada bentuk serta maknanya, termasuk peminjaman daripada bahasa asing
24
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
Linguistik terapan merangkumi subbidang berikut: fonetik terapan, perancangan bahasa, pembinaan bahasa, pengajaran bahasa, penterjemahan, grafonomi atau ortografi, grafologi, gramatologi, leksikografi, mekanolinguistik, medikolinguistik, metalinguistik, sosiolinguistik terapan (pragmatik), leksikostatistik
25
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
fonetik terapan: Bunyi bahasa dan penggunaannya dalam praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak perancangan bahasa: Bahasa dalam konteks perkembangan bahasa. Misalnya usaha dan tindakan untuk mewujudkan bahasa kebangsaan yang baku dalam negara yang jamak budaya dan bahasa. Perancangan bahasa melibatkan perancangan korpus bahasa dan perancangan taraf bahasa pembinaan bahasa: Bahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati pengajaran bahasa: Penerangan tentang teori dan amalan pendidikan (pendekatan, kaedah dan teknik tertentu, pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan serta penilaian), yang berkaitan pengajaran bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa asing
26
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
penterjemahan: Bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain grafonomi:: Cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan, khususnya tentang sistem ejaan yang telah dibakukan. grafologi: Kajian tentang tanda graf yang digunakan dalam bahasa tertentu, berbanding dengan grafetik. Tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis, berasaskan tanda graf
27
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
gramatologi: Kajian tentang bahan graf dan bentuk tanda bertulis, dengan tiddak mengambl kira bahasa atau sistem tulisan tertentu, berbanding dengan grafologi leksikografi: Bahasa dalam konteks penulisan leksikon (analisis butir kosa kata serta makna dan evolusinya) dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus mekanolinguistik: Bahasa yang digunakan dalam penyusunan program mekanik
28
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
medikolinguistik: Bahasa untuk diterapkan dalam pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius, dan terapi perubatan untuk anak autis metalinguistik: Kajian bahasa yang merujuk hubungan keseluruhan sistem linguistik dengan sistem tingkah laku manusia dalam budaya berkenaan sosiolinguistik terapan: Bahasa dalam konteks penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira situasi, maksud, status penutur… leksikostatistik: Kajian secara perangkaan tentang kosa kata asas dua bahasa atau lebih untuk menentukan kefahaman menyalingnya, mencari hubungan antaranya, dan menggolongkannya kepada jenis dan kumpulan. Ilmu yang mempelajari usia kata sejak dini kewujudannya dengan menggunakan rumus statistik. Penting untuk menentukan bahasa induk / proto
29
PENDEKATAN OBJEK linguistik sinkronik: Kajian bentuk satu bahasa atau lebih pada peringkat atau satu jangka masa perkembangan tertentu dan terbatas. Dikenali juga sebagai linguistik deskriptif kerana keupayaannya memerikan bahasa seperti adanya linguistik diakronik: Kajian tentang perubahan bahasa yang terjadi dalam tempoh sejarah yang lama, pada masa yang tidak terbatas, iaitu dari mula bahasa itu wujud sehingga bahasa itu mati. Dikenali juga sebagai linguistik historis dan linguistik bandingan
30
>linguistik deskriptif: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan
memerikan struktur permukaan bahasa (ciri bunyi, tatabahasa, kosa kata) yang digunakan pada masa tertentu linguistik historis: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan perkembangan struktur bahasa (sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata) dari dini kewujudannya hingga kini. Dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif linguistik bandingan: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan perbedaan dan persamaan struktur bahasa. Hubungan sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbedaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif
31
INSTRUMEN Linguistik dilihat daripada alat yang digunakan untuk membantu dalam penganalisisan bahasa Komputer dimanfaatkan oleh ahli bahasa untuk menganalisis bahasa, menyusun kamus, menterjemah, dan sebagainya
32
ILMU LAIN psikologi: memanfaatkan proses mental baik normal atau abnormal dan pengaruhnya pada perilaku untuk mengkaji pemerolehan bahasa dan penampilan bahasa akibat gangguan psikologi sosiologi: mempelajari ilmu tentang sifat, perilaku dan perkembangan masyarakat, dan menyelesaikan konflik bahasa dan perancangan bahasa di daerah tertentu antropologi: memanfaatkan ilmu tentang manusia, khususnya asal-usul, bentuk fizikal, adat istiadat dan kepercayaan lampau untuk kajian bahasa aljabar: ilmu yang menggunakan tanda dan huruf berhubungan dengan sistem formal yang dapat digunakan oleh ahli bahasa. Contohnya linguistik kuantitatif, linguistik komputer dan linguistik aljabar
33
ALIRAN DAN TEORI Teori atau aliran yang popular dalam penyelidikan bahasa ialah linguistik: tradisional, struktural, transformasional, generatif semantik, relasional, sistematik… Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok ilmu linguistik, dan meneliti pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat terhadap bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat, dan pendidikan
34
KESIMPULAN SUBDISIPLIN LINGUISTIK
Bidang subdisiplin linguistik amat luas kerana objeknya, iaitu bahasa mempunyai jangkauan hubungan yang amat luas dan pelbagai dalam kehidupan manusia Aktiviti baharu akan mewujudkan cabang linguistik baharu. Kini, komputer telah mewujudkan linguistik komputer atau mekanolinguistik Inti linguistik ialah struktur dalaman bahasa, atau cabang linguistik mikro. Misalnya bidang penterjemahan memerlukan pengetahuan struktur kata, kalimat dan semantik, dan bidang leksikografi memerlukan pengetahuan fonologi, sistem ejaan, morfologi, sintaksis dan semantik
35
ANALISIS LINGUISTIK Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau memperkenalkan konsep hubungan sintagmatik dan hubungan asosiatif untuk memperkatakan hubungan satuan kata Hubungan sintagmatik bermaksud hubungan antara satuan bahasa dalam ayat konkrit tertentu. Misalnya ayat: Yang merah itu buah hatiku Ayat di atas mengandung 21 fonem, 6 kata, dan 2 fungsi sintaksis, iaitu subjek dan predikat Ini menunjukkan bahawa hubungan sintagmatik itu bersifat linear atau horizontal antara satuan yang menjadi unsurnya
36
HUBUNGAN ASOSIATIF Hubungan asosiatif bermaksud hubungan dalam bahasa tetapi tidak tampak dalam susunan ayat. Hubungannya akan lebih jelas apabila ayat itu dibandingkan dengan ayat yang lain Dalam BM, terdapat banyak bentuk seperti yang berikut: mengahwini, mengahwinkan, perkahwinan, dikahwini, dikahwinkan, kaukahwini, terkahwini, berkahwin… Konsep asosiatif kemudiannya digantikan dengan nama paradigmatik. Paradigmatik memperluas maksud asosiatif, iaitu hubungan terjadi bukan sahaja pada peringkat morfologi, tetapi juga pada peringkat sintaksis Firth menggunakan istilah struktur untuk menamakan konsep sintagmatik, dan sistem untuk menamakan konsep paradigmatik.
37
STRUKTUR / SISTEM Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon Struktur ialah susunan bahagian ayat atau konstituen ayat yang bersifat linear. Ayat dapat dianalisis bahagiannya secara fonemis, morfemis, atau sintaksis. Konstituen itu dapat dibandingkan dengan bentuk yang lain Hubungan antara konstituen itu dinamakan sistem. Misalnya kewujudan KKJ aktif atau KKJ pasif, atau kedudukan objek, ayat songsang, dan sebagainya Struktur dapat dibedakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alofon, morfemis, atau sintaksis
38
DISTRIBUSI Sistem menyangkut masalah distribusi. Distribusi bermaksud dapat atau tidaknya penggantian konstituen tertentu dalam ayat tertentu dengan konstituen lainnya. Contoh: * Orang itu mengait buah * Mahasiswa itu memetik bunga * Dia membawa bakul Dalam BM, terdapat distribusi fonemis, morfemis, dan sintaksis. Contoh: Fonemis: penggantian fonem dengan fonem. Pasangan minimal: dari – lari, kipas – kapas, maka – maki… Morfemis: penggantian morfem dengan morfem: menjeling – dijeling, daya saing – daya juang, tunasusila – tunabusana… Sintaksis: penggantian kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa
39
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT
Analisis konstituen terdekat dikenali juga dengan nama analisis bawahan langsung, analisis unsur langsung atau analisis bawahan terdekat Analisis ini merupakan teknik penganalisisan konstituen yang membina satuan bahasa, sama ada satuan kata, frasa, klausa ataupun ayat Setiap satuan bahasa, diandaikan mengandung dua konstituen asas pembinaannya. Contoh: di jeling, alat tulis Satuan bahasa yang mengandung beberapa unsur akan menimbulkan masalah. Contoh: di jeling i di jeling i
40
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT
Suami Minah yang nakal Suami Minah yang nakal Analisis konstituen terdekat dapat memberikan manfaat untuk memahami satuan bahasa, di samping menghindari ketaksaan satuan bahasa yang terikat pada konteks wacana (konteks paragraf). Tanpa konteks wacana, tafsiran ganda mungkin terjadi (taksa = mempunyai makna lebih daripada satu, kabur atau meragukan)
41
ANALISIS RANGKAIAN UNSUR
Analisis rangkaian unsur (item) digunakan dalam bidang morfologi Analisis ini mengatakan bahawa setiap satuan bahasa dibentuk daripada unsur lain. Contoh: tersenyum ter + senyum keindahan ke…an + indah gadis-gadis gadis + gadis menjalankan men…kan + jalan memperluas mem, per + luas
42
ANALISIS PROSES UNSUR Analisis proses unsur mengatakan bahawa setiap satuan bahasa merupakan hasil daripada proses pembentukan. Contoh: tersenyum awalan + kata dasar keindahan apitan + kata dasar gadis-gadis reduplikasi kata dasar gadis membangun awalan + kata dasar pembangunan pe…an + membangun pembangunan daripada kata membangun, iaitu hal membangun atau proses membangun
43
ANALISIS PROSES UNSUR pengembangan daripada kata kerja mengembangkan, (menjadikan besar) perkembangan daripada kata kerja berkembang atau memperkembang (menjadikan lebih berkembang) mengatakan daripada apitan men…kan + kata (menuturkan) dasar kata menyatakan daripada apitan men…kan + kata (menjadikan nyata) dasar nyata mengenal pasti daripada awalan me + kata majmuk kenal pasti
44
MANFAAT LINGUISTIK Bagi ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat membantunya melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya Bagi guru bahasa, linguistik jati dan hubungan masyarakat dan budaya penting dalam pembinaan keterampilan berbahasa, terutama dalam konteks bahasa merentas kurikulum. Pengetahuan linguistik juga dapat dijadikan titik tolak dalam menerangkan aturan bahasa kepada pelajar Bagi penterjemah, pengetahuan linguistik jati dan linguistik gunaan amat membantu dalam penghasilan karya terjemahan yang baik
45
MANFAAT LINGUISTIK Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspek penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan bahasa Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam bidang ilmu masing-masing, di samping dapat memastikan bahawa komunikasi dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan
46
KESIMPULAN Dari segi konsep, bahasa bersifat ujaran, unik, bersistem, berobah dan empiris Subdisiplin linguistik merangkumi bidang, sifat, pendekatan, instrumen, ilmu lain, penerapan, aliran dan teori Analisis linguistik berdasarkan hubungan asosiatif, struktur dan distribusi yang dijelmakan melalui analisis konstituen terdekat, analisis rangkaian unsur dan analisis proses unsur. Linguistik amat bermanfaat kepada ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, penterjemah, penyusun kamus, penyusun buku, negarawan, dan pengguna bahasa yang lain
47
MADAH PUJANGGA MELAKUKAN KESALAHAN DALAM HIDUP BUKAN SAHAJA LEBIH TERHORMAT, TETAPI LEBIH BERMANFAAT DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA SAMA SEKALI Wahai anakanda bunda beramanat bertanggungjawab memanglah berat tetapi sudah menjadi adat berani berbuat berani dikerat
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.