Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)"— Transcript presentasi:

1 Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2 UJIAN MINAT KERJAYA Teori Tipologi Kerjaya Holland
PSIKOMETRIK Teori Tipologi Kerjaya Holland Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

3 Holland-Andaian 1 PSIKOMETRIK Realistik Investigatif Artistik
6 Personaliti Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Konvensional

4 Holland-Andaian 2 PSIKOMETRIK Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu : Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), Konvensional (K).

5 Holland- Andaian 3 PSIKOMETRIK Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut. Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.

6 Holland- Andaian 4 PSIKOMETRIK Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria- kriteria persekitarannya. Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

7 Kesahan & Kebolehpercayaan Ujian
PSIKOMETRIK Kajian rintis: 1000 murid tingkatan 1 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah > 0.8 IMK mengandungi 6 konstruk dan 2 bahagian. Setiap konstruk mempunyai 10 item kesukaan dan 10 item jenis pekerjaan.

8 CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK
Murid dikumpulkan Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan Sasaran : ITP – Tingkatan 1 dan 4 IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5 Tempat : Sesuai dan kondusif Edaran kertas ujian & borang jawapan Arahan menjawab mengikut keperluan inventori Penstrukturan etika kerahsiaan dan limitasi Menjawab di atas borang jawapan Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan Penerangan Murid menjawab soalan Masa: 30 minit Kaedah pentadbiran Pengiraan skor Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSM Pengisian skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) Mengedar BPP kepada murid Murid memindahkan skor ke dalam Borang Profil Psikometrik GBKSM akan memberikan pentafsiran skor Pentafsiran skor Pengesahan/ tanda tangan GBKSM Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD) Simpan mengikut urutan nama dalam kelas Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling Penyimpanan fail BPP

9 Pengiraan PSIKOMETRIK Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor dapatannya tepat. Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Konvensional. 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item.

10 Pengiraan Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;
PSIKOMETRIK Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut; Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam . Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi (3 kod mata Holland). Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya.

11 Pentafsiran Inventori Minat Kerjaya
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

12 Realistik Penerangan Kerjaya Ciri PSIKOMETRIK
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. Penerangan Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli Perkebunan dan Pembuat Perabot. Kerjaya Praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip. Ciri

13 Investigatif Penerangan Kerjaya Ciri PSIKOMETRIK
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Penerangan Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan Matematik. Kerjaya Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu. Ciri

14 Artistik Penerangan Kerjaya Ciri PSIKOMETRIK
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Penerangan Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek. Kerjaya Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik. Ciri

15 Sosial Penerangan Kerjaya Ciri
PSIKOMETRIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Penerangan Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/ Pramugara dan Pemandu Pelancong. Kerjaya Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Ciri

16 Enterprising Enterprising Penerangan Kerjaya Ciri PSIKOMETRIK
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Penerangan Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan. Kerjaya Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan memanipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi. Ciri

17 Konvensional Penerangan Kerjaya Ciri
PSIKOMETRIK Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Penerangan Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Pegawai Bank, Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit, Juruwang dan Pegawai Perangkaan. Kerjaya Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin. Ciri

18 Terima Kasih


Download ppt "Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google