Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"— Transcript presentasi:

1 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH : ENCIK MAZLAN

2 Arivalagan Raja Manickam
Ahli Kumpulan : Arivalagan Raja Manickam Ravind Sivalingam

3 Soalan 1: Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “teknologi pendidikan”. Nyatakan unsur-unsur / elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiapa warga guru.

4 MAKSUD “TEKNOLOGI PENDIDIKAN”

5 Teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip- prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran dengan penekanan kepada : pencapaian objektif yang tepat dan boleh diukur, pemusatan kepada pelajar bukan berorentasi matapelajaran, lebih bergantung kepada teori pendidikan, kesahihan, penemuan hasil kajian pendidikan menerusi analisis empirikal dan penggunaan alat pandang dengar yang meluas.

6 Crowell (1971): Encyclopedia of education:- "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"

7 Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology:- "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"

8 Derek Rowntre (1974) : “ Teknologi pendidikan merupakan satu pendekatan yang sistematik bagi proses penyelesaian satu- satu masalah pengajaran dan pembelajaran , amat sesuai dan boleh diterima.”

9 Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

10 unsur-unsur / elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan

11 Terdapat lima elemen atau teknologi utama didalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, videodan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakansebahagian daripada elemen yang diperlukanbagi melengkapkan proses komunikasi interaktifmenerusi penggunaan multimedia Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan

12 Elemen Multimedia :Teks
Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna

13 Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.

14 PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS
Panduan ringkas menggunakan teks dalam sesuatu persembahan : pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. pastikan teks tersebut boleh dibaca pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian kawal pemilihan fon serta konsisten pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain

15 Elemen Multimedia :Grafik
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran,gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.

16 Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan.
Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata- mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat

17 Elemen Multimedia : Audio
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaianmaklumat.

18 Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. ELEMEN MULTIMEDIA : AUDIO Panduan Menggunakan Audio di dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan TEKNOLOGI

19 Elemen Multimedia : Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen- elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat

20 Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

21 Elemen Multimedia :Animasi
Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu prosesbmenjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik

22 Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan

23 kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiap warga guru?

24 Untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan dan latihan. Untuk menambahkan kualiti pembelajaran atau darjah penguasaan. Menambahkan keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran. Mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti. Membantu guru dalam penyampaian maklumat.

25 Ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah. 
Proses penyampaian sesuatu maklumat yang lebih efektif hasil daripada penggunaan pelbagai jenis media seperti teks, audio, video, grafik dan animasi merupakan antara kelebihan penggunaan multimedia dalam P&P.

26 Berfungsi dengan lebih cekap,  berkesan, mudah, cepat dan  membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar,  pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. 

27 Membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.
Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan minda pelajar dan tidak membosankan.

28 Membantu dan menolong  mereka  (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap,  berkesan, mudah, cepat dan  membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar,  pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya

29 Membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan satu pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

30 Bibliografi www.yahoo.com
sicMM.pdf kepada-pengurus-sekolah.html emenMM.pdf pendidikan-teknologi-pendidikan-1

31 Muhamad Hasan Abdul Rahman,2003,Media
Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan,Penerbit Universiti Putra Malaysia. Yusup Hashim, 1998, Teknologi Pengajaran, Penerbit fajar Bakti Sdn. Bhd. Ismail Zain, 2002, Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.


Download ppt "EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google