Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan."— Transcript presentasi:

1 Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan

2 PENGENALAN Rancangan Orientasi Sekolah (BBD 10500) adalah kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional. Kursus ini memerlukan komitmen pelajar selama dua (2) minggu bertujuan untuk memastikan pelajar memiliki pengetahuan dan memahami sistem persekolahan masa kini, peranan guru dan tanggungjawabnya, dan aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran di sekolah dan bilik darjah.

3 SINOPSIS KURSUS Kursus ini memberi pendedahan khusus dan pengetahuan asas kepada pelajar terhadap sejarah sekolah, lokasi sekolah, visi dan misi sekolah, organisasi pentadbiran sekolah, aktiviti sekolah, dan penglibatan sekolah dan masyarakat.

4 HASIL PEMBELAJARAN Hasil pembelajaran bagi kursus ini adalah pelatih dapat:- menerangkan tentang iklim sekolah dan bilik darjah masa kini, melaporkan hasil refleksi perancangan orentasi sekolah, dan menjelaskan tugas dan tanggung jawab guru berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh latihan

5 KONSEP Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan suatu program yang mendedahkan alam persekolahan kepada guru pelatih. ROS bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami sekolah sebagai sebuah institut pendidikan dan perasaan guru di dalam bilik darjah.

6 OBJEKTIF Melalui ROS guru pelatih dapat memahami masyarakat sekolah.
menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah. menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran merekodkan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

7 PENTAKSIRAN Penilaian ROS adalah berdasarkan kepada rubrik penilaian yang telah ditetapkan oleh fakulti. Komponen penilaian adalah seperti berikut: (i) Laporan Akhir ROS 100%

8 PENDEKATAN Dijalankan dengan menggunakan 3 kaedah
Pemerhatian Interaksi Refleksi Tanpa melaksanakan PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dalam kelas.

9 KEHADIRAN Kehadiran pelatih adalah wajib dan perlu direkodkan di dalam borang kehadiran (LAMPIRAN C). Pelatih perlu menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh latihan dengan menjalani latihan selama (2) dua minggu. Pelatih tidak dibenarkan bercuti selain dari cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan) dan cuti kecemasan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah dan universiti perlu dimaklumkan dan kelulusan cuti tertakluk kepada kebenaran pihak sekolah. Selain dari kes-kes yang dinyatakan, pelatih perlu melengkapkan tempoh latihan ROS sebelum menjalani Latihan Mengajar jika komitmen kehadiran kurang dari 100%.

10 FORMAT LAPORAN ROS Penilaian prestasi semasa ROS akan dinilai berdasarkan portfolio. Laporan ROS perlu dilaksanakan secara individu. Lampiran bergambar perlu disertakan bersama-sama laporan. Kedatangan pelajar individu perlu dilampirkan di dalam laporan akhir. Aktiviti yang perlu dilaksanakan dan perlu melaporkan dalam bentuk laporan refleksi dalam bentuk laporan berjilid (binding). Isi kandungan laporan ROS perlu merangkumi aspek-aspek yang berikut (LAMPIRAN A)

11 TUGASAN ROS Bahagian Pertama (Suasana Pengajaran dan Pembelajaran) menggunakan 3 pendekatan iaitu pemerhatian, interaksi dan refleksi Aktiviti 1: Kumpul Data Aktiviti 2: Pelan dua (2) bilik darjah dan jawab setiap soalan 1 – 6. Aktiviti 3: Jawab soalan (Peraturan dan Disiplin Sekolah). Rujuk LAMPIRAN F. Bahagian Kedua (Kemudahan Fizikal dan Peralatan) Lengkapkan borang kemudahan yang terdapat di sekolah

12 LAMPIRAN LAPORAN PELAJAR
LAMPIRAN BERTULIS Pentaksiran Penilaian Berasaskan Sekolah Contoh Kurikulum dan Sukatan Pelajaran (bagi setiap tingkatan) LAMPIRAN BERGAMBAR Keceriaan (kawasan sekolah dan bilik darjah dan lain-lain) Kebersihan sekitar sekolah Bilik guru Kantin Padang Tandas Taman dan landskap Mural pada dinding, tangga dan koridor. Papan tanda. Aktiviti Sekolah

13 LAPORAN REFLEKSI PELATIH
Laporan refleksi Pelatih adalah laporan refleksi secara keseluruhan sepanjang ROS dilaksanakan di sekolah/institut (LAMPIRAN E) Merangkumi Refleksi Pemerhatian Pasarana Persekitaran Refleksi Interaksi Konteks Pengurusan Pendekatan PdP Refleksi Keseluruhan Keseluruhan Aktiviti

14 TARIKH PERLAKSANAAN Tarikh pelaksanaan Program
09/10 Julai 2017 – 20/21 Julai 2017. Penempatan Sekolah/Institut Ditentukan oleh fakulti berdasarkan permohonan pelajar. Penempatan Pelajar Tanggungjawab Pelajar.

15 PERATURAN Tertakluk kepada peraturan Sekolah/Institusi dan universiti.
Pelajar yang tidak mengikut atau ingkar arahan/peraturan/undang-undang sekolah dan universiti (UTHM) pelajar akan digagalkan dalam ROS. Jika pelajar melakukan jenayah atau bersubahat melakukan jenayah di institusi semasa melaksanakan ROS, pelajar akan digagalkan dalam ROS dan tindakan undang-undang akan dilakukan.

16 MAKLUMAT PELATIH Semakan melalui data profile pelajar yang perlu dilengkapkan dalam link ( adalah diperlukan bagi tujuan memastikan maklumat telah diterima oleh pelajar. Pelajar DIWAJIBKAN untuk mengisi segala butiran yang disediakan sebelum 30 JUN 2017.

17 Sekian Selamat Maju Jaya


Download ppt "Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google