Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PRINSIP ASAS GRAFIK EDU 3105.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PRINSIP ASAS GRAFIK EDU 3105."— Transcript presentasi:

1 PRINSIP ASAS GRAFIK EDU 3105

2 Asas Grafik  Prinsip  Reka bentuk visual
 Peralatan penghasilan grafik

3 Visual Alat komunikasi yang memberi gambaran yg lebih konkrik dpd kata, ucapan & tulisan. Merujuk kpd gambar, photo yg melakarkan pelbagai situasi & keadaan dan juga memperlihatkan benda, objek, proses dsbnya.

4 Kenapa Guna Visual? 1. Menyediakan rujukan konkrik kpd idea dalam bentuk ikonik

5 Kenapa Guna Visual? 2. Boleh memotivasikan pelajar
Menarik & mengekalkan perhatian Menjana respon emosi

6 Kenapa Guna Visual?

7 Kenapa Guna Visual?

8 Kenapa Guna Visual? 3. Mempermudahkan maklumat yang sukar diproses difahami

9 Kenapa Guna Visual? Menyediakan saluran berganda (redundant channel)

10 Visual yang Baik

11

12 Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan
 Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

13 PRINSIP ASAS GRAFIK Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

14 Sambungan…  Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

15 Enam prinsip grafik Simplisiti Dominan Pola Seimbang Variasi Harmoni

16 1. Simplisiti Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

17 2. Dominan Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :

18 a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. 41% 20% 25% 14%

19 b) Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

20 3. Pola Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama. Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

21 4. Seimbang Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

22 Terdapat dua jenis seimbang
a) Seimbang formal Bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

23 Seimbang tidak formal Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.

24 5. Variasi Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

25 6. Harmoni Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

26 Reka Bentuk Visual Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau betulis.

27 Konsep dan Fungsi Visual
Visual boleh didapati dalam tiga bentuk: Fotografi Elektronik Grafik Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.

28 Definisi Grafik  Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

29 Manakala Grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.
Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan untuk ketiga-tiga visual tersebut:  Mudah dan jelas dibaca dan difahami.  Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.  Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual.  Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

30 Elemen Reka Bentuk Visual
Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.  Elemen Grafik terdiri daripada: Ruang ( Space ) Garis ( Line ) Permukaan ( Surface ) Bentuk tiga dimensi ( Form ) Bentuk dua dimensi ( Shape )

31 Ruang (Space) Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis: Ruang Positif – ruang yang digunakan. Ruang Negatif – ruang yang kosong.

32 Ruang negatif Ruang positif

33 2. Garisan ( Line ) Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain. Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).

34 Fungsi garisan ialah: Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain. Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan. Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan. Menunjukkan kekusutan.

35 5. Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain.
6. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

36 3. Permukaan ( Surface ) Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.

37 4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: a) Bentuk geometri

38 b) Bentuk abstrak

39 c) Bentuk gambaran

40 5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori: Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

41 Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.

42 Prinsip Reka Bentuk Visual
Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

43 Warna

44 Roda Warna

45 Menjiwai Warna

46 Warna PANAS

47 Warna SEJUK

48 Warna HANGAT

49 Warna NYAMAN

50 Warna PUCAT

51 Warna GELAP

52 Warna CERAH

53 Skema Asas Warna

54 Juga dikenali sebagai KOMBINASI WARNA

55 Skema Primer

56 Skema Sekunder

57 Skema Tertiar

58 Komplimentari

59 Komplimentari Terpecah

60 Skema Bertembung

61 Skema Analogous

62 Skema Akromatik

63 Skema Neutral

64 Proses membina suatu persembahan berwana
Langkah 1 Jelaskan hasil yang anda mahukan dengan warna Langkah 2 Pilih satu warna utama yang melambangkan keperluan projek Langkah 3 Pilih satu skema warna berasaskan pilihan warna utama Langkah 4 Perincikan pilihan warna yang lain berdasarkan pengkhususan dalam projek dan citarasa individu

65 HURUF Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan. Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan. Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

66 Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu:
Stail huruf Bilangan stail huruf Huruf besar dan huruf kecil Warna huruf Saiz huruf Jarak antara huruf Jarak antara baris

67 1. Stail Huruf Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu: a) Huruf Roman A

68 b) Huruf Gotik A c) Huruf Sambung atau Cursive

69 Huruf Teks A Huruf Novelti

70 2. Bilangan Stail Huruf Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.

71 3. Huruf Besar dan Huruf Kecil
Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda. Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.

72 4. Warna Huruf Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan. Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, “ Aku Terpenjara” warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

73 5. Saiz Huruf Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu seperti rajah dibawah: 4” Ketinggian huruf kecil 3’’ 2 ½” 2” 1’’ 20 40 50 60 80 Jarak penglihatan dalam kaki

74 6. Jarak Antara Huruf Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat. Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan.

75 7. Jarak Antara Baris Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama. Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan. Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.

76 PERALATAN PENGHASILAN GRAFIK
Setiap pelajar perlu mencari apakah peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan bahan grafik yang menarik dan berkesan.

77 SEKIAN Terima Kasih


Download ppt "PRINSIP ASAS GRAFIK EDU 3105."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google